Sunday, May 24, 2009

BERDAKWAH MELALUI PEMANDU PELANCONG DI MASJID

Oleh : Tn Hj. Daud bin Abd. Kadir
(Management Training and Consultancy-Pemandu Pelancong Masjid Negara)

APAKAH ITU DAKWAH? APAKAH ITU TABLIGH?
  • DAKWAH - mengajak kepada kebenaran dengan perkataan atau akhlak
  • TABLIGH - menyampaikan ajaran Islam khusus kepada orang-orang Islam dengan apa cara sekalipun

DAKWAH BUKAN BERMAKNA BERCERAMAH ATAU BERDEBAT

  • DAKWAH BUKAN bermakna mengislamkan seorang bukan islam. Walau pun usaha-usaha dakwah itu mungkin akan membuka hati seseorang itu memasuki islam.
  • "OUR DUTY IS TO CONVEY NOT TO CONVERT"

Firman Allah : Oleh itu, jika mereka berpaling ingkar maka kami tidak mengutusmu (wahai Muhammad) sebagai pengawas terhadap mereka; tugas mu tidak lain hanya menyampaikan (apa yang diperintahkan kepada mu) [42:48]

Firman Allah : Sesungguhnya kamu tidak dapat menghidayahkan sesiapa yang kamu sukai Allah yang memimpin sesiapa yang Dia kehendaki Allah lebih Mengetauhi sesiapa yang layak dipimpin. [28:56]

  • Berdakwah kepada orang bukan Islam berbeza caranya dengan berdakwah pada orang Islam walau pun prinsip-prinsip dakwah itu sama.
  • Minda seorang bukan Islam itu berbeza dengan kita oleh itu kita perlu kepada cara yang berlainan.

BERDAKWAH VS ORANG ALIM

  • Orang alim : mempunyai ilmu yang luas
  • Pendakwah : seperti jurujual

SIAPAKAH ORANG-ORANG BUKAN ISLAM

  • Mereka adalah saudara-saudara kita sesama manusia. Mereka perlukan kita untuk menyampaikan kecantikan Islam kepada merek.a
  • Adalah menjadi hak mereka untuk mengetahuinya dan adalah menjadi tugas kita untuk menyampaikan.

Firman Allah : Wahai umat manusia, sesungguhnya kami telah menciptakan kamu dari lelaki dan perempuan, dan kami telah menjadikan kamu berbangsa-bangsa dan bersuku-puak, supaya kamu berkenal-kenalan (dan beramah mesra antara satu dengan yang lain). Sesungguhnya semulia-mulia kamu di sisi Allah ialah orang yang lebih takwanya di antara kamu (bukan yang lebih keturunan atau bangsanya). Sesungguhnya Allah amat mengetahui lagi amat mendalam pengetahuannya (akan keadaan dan amalan kamu) [49:13]

Sebagai orang Islam--->>> Memimpin orang-orang bukan Islam

Firman Allah : Kamu (wahai umat Muhammad) adalah sebaik-baik umat yang dilahirkan bagi faedah umat manusia, kerana kamu menyuruh membuat segala perkara yang baik dan melarang daripada segala perkara yang salah (buruk dan keji), serta kamu pula beriman kepada Allah dengan sebenar-beanr iman. [3:110]

Firman Allah : Dan demikianlah (sebagaimana Kami telah memimpin kamu ke jalan yang lurus), Kami jadikan kamu (wahai umat Muhammad) satu umat yang pilihan lagi adil. [2:143]

.

ALLAH BUKAN TUHAN ORANG-ORANG ISLAM DAHAJA BAHKAN TUHAN BAGI BUKAN ISLAM JUGA

RABBULAALAMEEN - Tuhan yang memelihara dan mentadbirkan sekian alam [1:2]

RABBUN NAAS - Allah pemelihara sekalian manusia [114:1]

.

NABI MUHAMMAD SAW BUKAN NABI UNTUK ORANG-ORANG ISLAM SAHAJA BAHKAN BELIAU ADALAH NABI UNTUK ORANG BUKAN ISLAM JUGA

RAHMATUL AALAMEEN : Rahmat seluruh alam [21:107]

KAAFFTUN LIN NAAS : Dan tiadalah kami memutusmu (wahai Muhammad) melainkan untuk umat manusia seluruhnya [34:28]

.

ALLAH BUKAN UNTUK ORANG-ORANG ISLAM SAHAJA BAHKAN IA ADALAH SEBAGAI PEMIMPIN BAGI ORANG-ORANG BUKAN ISLAM JUA

DZIKRIL AALAMEEN : Peringatan untuk seluruh alam [12:104]

HUDAN LIN NAAS : (Masa yang diwajibkan kamu berpuasa itu dalam bulan Ramadhan yang padanya diturunkan Al-Quran, menjadi petunjuk sekalian manusia. [2:185]

.

ORANG-ORANG BUKAN ISLAM ADALAH SAUDARA KITA SESAMA MANUSIA YANG TIDAK MENGENALI

  1. Allah yang telah menjadikan seluruh alam
  2. Muhammad rahmat bagi seluruh alam
  3. Al-Quran sebagai "pemimpin" di dalam kehidupan kita
  • Allah merujuk kepada manusia sebagai Bani Adam {Islam dan bukan Islam}

Firman Allah : Dan sesungguhnya kami telah memuliakan anak-anak Adam [17:70]

.

SIFAT SEORANG DAI'

Seorang dai' adalah ibarat sebagai seorang doktor yang prihatin dengan 'penyakit' pesakitnya bukan rupa parasnya atau tindak tanduknya.

Seorang dai' seperti seorang jurujual cuba menjual produknya dengan cara terbaik dengan tidak menghiraukan jika ada apa-apa tindak-tanduk pembeli yang mungkin tidak menyenangkan

CARA BERDAKWAH

  • Semua usaha kita harus ditumpukan untuk menolong seorang itu memahami Islam dengan sebenarnya.
  • Proses transformasi akan berlaku sedikit demi sedikit, mereka harus diberi masa untuk memahami Islam.
  • Jika iman itu tidak mantap mungkin dia akan keluar dari Islam semudah ia meamsukinya dahulu.
  • Ikhlas untuk membantu sesama manusia dengan penuh perasaan tanggungjawab sebagai seorang muslim, dengan perasaan simpati di atas kesesatan mereka.
  • Ikhlas untuk menyelamatkan mereka dari kemurkaan Allah.
  • Ingin berkongsi bersama mereka kecintaan kita kepada Islam.

BAGAIMANA CARA BERDAKWAH...?

Berdakwah sambil memandu pelancong-pelancong masjid

TUJUAN PELANCONG : Melihat keindahan masjid dan senibinanya.

TUJUAN KITA :

  1. Memikat hati mereka dan membuka minda mereka
  2. Sedikit sebanyak cuba menghapuskan apa-apa presepsi negatif mereka tentang Islam dan penganutnya.
  3. Menerangkan islam sebagai satu agama atau addeen [cara hidup].

MENYERAPKAN TUJUAN MEREKA DENGAN TUJUAN KITA

  • Teknik "sandiwch"
  • Gunakan maklumat-maklumat sekular berkenaan masjid seperti Mehrab, perkataan Allah, Muhammad SWT, menara dan lain-lain sebagai asas untuk diselitkan maklumat-maklumat yang berupa konsep Islam dan hal-hal yang bersangkut-paut dengan keimanan.

TUJUAN SEBENAR KITA???

MENCARI KEREDHAAN ALLAH...

.

INFORMASI YANG PERLU DIBERIKAN:

  1. Tentang Masjid
  2. Tentang Islam

TENTANG MASJID

Sejarah pembangunannya :

  • Kos pembinaan (us $)
  • Senibina
  • Keluasan ruang
  • Bahan binaan (mungkin ada yang diimport dari negara pelancong yang kita sedang berinteraksi
  • Apa-apa kelainan yang mungkin boleh menarik minat pengunjung

MAKLUMAT YANG PERLU DIBERIKAN TENTANG ISLAM

  • Seberapa yang boleh cari peluang untuk menyampaikan maklumat berikut dalam kita menerangkan aspek-aspek fizikal masjid :
  1. Allah
  2. Islam
  3. Muhammad SWT
  4. Quran
  5. Sembahyang
  • Dari minat yang ditunjukkan dan juga dari gerak tubuh pengunjung kita boleh "agak" seumum mana atau seperinci mana huraian yang harus kita berikan.
  • Kalau dapat biarkan mereka mendengar azan dan melihat sembahyang jemaah.

DALAM MASA YANG TERHAD INI, ELAKKAN DARI PERKARA-PERKARA BERIKUT :

  • Mudah tersinggung dengan apa-apa kelakuan atau perkataan mereka - cool
  • Isu-isu kontreversi
  • Isu yang remeh-temeh
  • Menyakit atau melukakan hati mereja
  • Mengkritik secara terang-terangan tentang agama atau kepercayaan mereka.
  • Jangan sekali-sekali berinteraksi dengan cara yang boleh menimbulkan prasangka kepada mereka yang kita sedang bersungguh-sungguh "berdakwah"..Relaks!

CARA INTERAKSI

  • Cuba berinteraksi secara interaktif, elakkan berceramah
  • Bercakap dalam konteks yang mudah difahami
  • Tonjolkan apa ciri-ciri kesamaan antara kita dan mereka
  • Terangkan bagaimana Islam itu relevan kepada masyarakat manusia sejagat
  • Jangan berkobar-kobar, selitkan unsur-unsur kelakar dalam percakapan kita (inject humour)
  • Kebanyakan dari mereka adalah pelancong.."we wanna have a good time !"
  • Sesi foto kalau boleh cuba dapatkan mereka bergambar dalam keadaan tangan mereka sedang berdoa!

ASPEK-ASPEK DAKWAH YANG TIDAK LISAN "NON VERBAL"

  • Pakaian kita perlu kemas
  • Jubah yang disuruh mereka pakai harus selesa
  • Air muka kita yang tenang
  • Bau mulut
  • Pergerakan tangan
  • Gula-gula untuk kanak-kanak mungkin air untuk semua pengunjung
  • Kawasan dakwah yang terurus
  • Kipas angin untuk pengunjung
  • Kerusi untuk mereka yang perlu
  • Jika mereka kata "not mush time" "taxi waiting for me" cuba berjalan keluar dengan mereka dan tanya adakah apa-apa soalan tentang Islam yang mereka inginkan jawapan atau penerangan

MENCARI KEBERKATAN DALAM BERDAKWAH

  • Tahajud dan banyakkan doa
  • Apabila kita berdakwah kita sebenarnya berdakwah kepada diri kita sendiri
  • Banyak berbincang dengan rakan-rakan yang lain
  • Berkongsi pengalaman
  • Saling memotivasi sesama sendiri
  • Kalau ada apa-apa kritikan sesama sendiri dibuat secara konstraktif
  • Awas! Para Dai' adalah musuh syaitan yang lebih besar dari ahli 'abid !
About The Author
Michi, that's my nickname. Im just an ordinary blogger. Searching for Mardhatillah. I'm hoping something. For those who knew me already, they will know what I looking for. Pray for my strenght and my success. I want to fly without wings... And I really what I think... (^_^) LuKLuK BaiDoa
Share This
Subscribe Here

0 comments:

 

Challenge Me!

Promote This Blog

Visitors

...::Lukluk Baidoa::..