Sunday, May 10, 2009

Buah Cinta Berasas Taqwa


Inilah kisah indah percintaan seorang tabi’in yang mulia. Namanya Mubarak.
.
Dulu, Mubarak itu seorang hamba. Tuannya memerdekakannya kerana keluhuran pekerti dan kejujurannya. Setelah merdeka ia bekerja engan seorang kaya-raya yang memiliki kebun delima yang cukup luas. Ia bekerja sebagai penjaga kebun itu. Keramahan dan kehalusan tutur sapanya, membuatnya disenangi teman-temannya dan penduduk di sekitar kebun.
.
Suatu hari pemilik kebun itu memanggilnya an berkata: “Mubarak, tolong petikkan buah elima yang manis dan masak!”
.
Mubarak seketika itu juga bergegas ke kebun. Ia memetik beberapa buah dan membawanya kepada Tuannya. Ia menyerahkannya kepada Tuannya. Majikannya mencuba elima itu, ternyata delima yang dipetik Mubarak rasanya pahit dan belum masak. Ia mencuba satu-persatu dan semuanya dan semuanya tidak ada yang manis dan masak.
.
Pemilik kebu itu gusar dan berkata: “Apakah kau tidak dapat membezakan mana yang masak dan yang belum masak? Mana yang manis dan yang masam?”
.
“Maafkan saya Tuan, saya sama sekali belum pernah merasakan delima. Bagaimana saya boleh merasakan yang manis dan yang kecut”, jawab Mubarak.
.
“Apa?Kamu sudah sekian tahun bekerja di sini dan menjaga kebun delima yang luas yang telah berpuluh kali berbuah dan kau katakan belum merasakan delima. Kau berani berkata seperti itu?” Pemilik kebun marah rasa dipermainkan.
.
“Demi Allah Tuan, saya tidak pernah memetik satu butir buah delima pun. Bukankah anda hanya memerintahkan saya menjaganya dan tidak memberi izin pada saya untuk memakannya?” lirih Mubarak.
.
Mendengar ucapan itu pemilik kebun itu tersentak. Namun ia tidak percaya begitu saja. Lalu ia pergi bertanya pada teman-teman Mubarak dan tetangga di sekitarnya tentang kebenaran ucapan Mubarak. Teman-temannya mengakui tidak pernah melihat Mubarak makan buah delima. Juga puga para tetangganya.
.
Seorang temannya bersaksi: “Ia seorang yang jujur. Selama ini tidak pernah berbohong. Jika ia tidak pernah makan satu buah pun sejak bekerja di sini bererti itu benar”.
.
Kejadian itu benar-benar menyentuh hati sang pemilik kebun. Diam-diam ia kagum engan kejujuran pekerjanya itu.
.
Untuk lebih meyakinkan dirinya, ia kembali memanggil Mubarak :
“Mubarak, sekali lagi, apakah benar kau tidak makan stu buah pun selama menjaga kebun ini?”
.
“Benar Tuan”
.
“Berilah aku alasan yang boleh aku terima”
.
“Aku tidak tahu apakah Tuan akan menerima penjelasanku atau tidak. Saat aku pertama kali datang untuk bekerja menjaga kebun ini, Tuan mengatakan tugasnya hanya menjaga. Itu qadnya. Tuan tidak mengatakan aku boleh merasakan delima yang aku jaga. Selama ini aku menjaga agar perutku tidak memasuki makanan yang syubhat apalagi yang haram. Bagiku kerana tidak ada izin yang jelas dari Tuan, maka aku tidak boleh memakannya.
.
“Meskipun itu selima yang jatuhke tanah, Mubarak?”
.
“Ya, meskipu delima yang jatuh ke tanah. Sebab itu bukan milikku, tidak halal bagiku. Kecuali jika pemiliknya mengizinkan aku boleh memakannya”.
.
“Kedua mata pemilik kebun itu berkaca-kaca. Ia sangat tersentuh dan terharu. Ia mengusap air matanya dengan sapu tangan dan berkata:
.
“Hai Mubarak, aku hanya memilki seorang anak perempuan. Menurutmu aku mesti mengahwinkan enga siapa?”
.
Mubarak menjawab:
“Orang-orang Yahudi mengahwinkan anaknya engan seseorang kerana harta. Orang Nasrani mengahwinkan kerana keindahan. Dan orang Arab mengahwinkan kerana nasab dan keturunan. Sedangkan orang Muslim mengahwinkan anaknya pada seseorang kerana melihat iman dan taqwanya. Anda tinggal memilih, mahu masuk golongan yang mana? Dan kahwinkanlah puterimu dengan orang yang kau anggap satu golongan denganmu”.
.
Pemilik kebun berkata: “Aku rasa tak ada orang yang lebih bertaqwa darimu”.
.
Akhirnya pemilik kebun itu mengahwinkan puterinya engan Mubarak. Puteri pemilik kebun itu ternyata seorang gadis yang cantik yang solehah dan cerdas. Ia hafal kitab Allah dan mengerti Sunnah NabiNya. Dengan kejujuran dan ketaqwaan, Mubarak memperoleh ni’mat yang agung dari Allah Subhanahu Wa Ta’ala. Ia hidup dalam syurga cinta. Dari percintaan pasangan mulia itu lahirlah seorang anak lelaki diberi nama “Abdullah”. Setelah dewasa anak ini dikenali dengan sebutan “Imam Abdullah bin Mubarak” atau “Ibnu Mubarak”, seorang ulama di kalangan tabi’in yang sangat terkenal. Selain dikenali sebagai ahli hadith, Imam Abdullah bin Mubarak juga dikenali sebagai ahli zuhud. Kedalaman ilmu dan ketaqwaannya banyak diakui ulama pada zamannya.
About The Author
Michi, that's my nickname. Im just an ordinary blogger. Searching for Mardhatillah. I'm hoping something. For those who knew me already, they will know what I looking for. Pray for my strenght and my success. I want to fly without wings... And I really what I think... (^_^) LuKLuK BaiDoa
Share This
Subscribe Here

0 comments:

 

Challenge Me!

Promote This Blog

Visitors

...::Lukluk Baidoa::..