Wednesday, May 13, 2009

Cintakanadat daripada syariat?

Ade umat islam kita skang lbh cintakan adat drpd syariat. Hukum adat….hish, mana leh tinggal, kna buat ni. Hukum syariat….ala, xper la, kita niat baik. Cuba tgk satu ayat: Al-Baqarah ayat 170

Dan apabila dikatakan kepada mereka: "Ikutilah apa yang telah diturunkan Allah," mereka menjawab: "(Tidak), tetapi kami hanya mengikuti apa yang telah kami dapati dari (perbuatan) nenek moyang kami". "(Apakah mereka akan mengikuti juga), walaupun nenek moyang mereka itu tidak mengetahui suatu apapun, dan tidak mendapat petunjuk?.

Ada yg menganggap belanja hantaran wang perkahwinan adalah suatu kemestian walau ramai mengakui ianya membebankan pasangan pengantin khususnya si lelaki dengan anggapan ianya sebagai satu tanda kesungguhan si lelaki untuk mengahwini wanita idamannya dan sebagai satu tanda penghargaan kepada si wanita.

Apa pun alasan yang diberikan, yang jelas adat ini membebankan pasangan yang ingin berkahwin. Ada yang terpaksa berhutang begadai puluhan ribu, ada yang terpaksa menangguhkan perkahwinan kerana duit belanja masih belum cukup.

Kenduri itu adalah ibadah, lakukanlah sekadar kemampuan. Bagi yang kaya dengan kemampuannya, bagi yang kurang dengan kemampuannya. Jika keluarga lelaki dari keluarga yang berkemampuan, mmg tiada salahnya untuk memberi hadiah kpd pihak perempuan tp realitinya kini….belanja itu diminta oleh pihak perempuan dan mahu atau tidak, rela atau terpaksa, pihak lelaki perlu menunaikan kehendak keluarga perempuan. Ye la…..klu tidak, tertangguh la nk kawen.

Jauhilah dari perbuatan riak, menunjuk nunjuk, membazir dan berhutang di sana sini, janganlah kita menurut rentak semasa sehingga bergolok bergadai. Sesungguhnya jika termasuk sifat riak, menunjuk nunjuk dan keinginan di puji orang dan malu dipandang tidak berkemampuan sedangkan sebenarnya kita sememangnya tidak berkemampuan maka semua itu adalah jalan jalan kebencian Allah.

Pekahwinan itu adalah amalan yang mulia dan Islam itu datang untuk memberi kemudahan kepada umat manusia. Jadi jika kita hiasi perkahwinan itu dengan urusan yang sukar dengan wang belanja yang beribu ribu, hantaran dan berbagai adat yang akhirnya menyebabkan tertangguh dan menjadi kesukaran kepada pihak yang lainnya, itu semua adalah adat yang perlu dipinggirkan, biarlah kenduri itu walau sederhana namun penuh dgn keberkatan Allah dari meriah dgn berbagai acara yg grand namun dicela Allah. sabda Rasulullah saw.: Riwayat Bukhari.

Sesungguhnya agama itu adalah mudah. Dan tidaklah seseorang itu keterlaluan dalam amalan agama melainkan dia akan mengalah (tidak sanggup meneruskannya). Maka tutup menutup (kedhaifan), dekat mendekat (menurut kadar kemampuan) dan berikan khabar gembira (terhadap ganjaran baik)”

Ade yg beranggapan belanja hantaran ni adalah nilaian seseorang wanita….pergh….murah sungguh klu benar demikian. Bagi wanita yang bekerja kilang cukup dengan 5-6 ribu wang hantaran, xleh letak banyak sangat sbb nnt org xmo kawen…awk tu kerja kilang ja. Klau seorang wanita itu lulusan ijazah maka up kan lagi nilainya, 8ribu 9ribu…bangunlah wahai umat Islam.

Belanja hantaran ini bukan nilaian harga wanita. Jika wanita itu boleh dinilai dengan wang ringgit, walau sejuta diberikan ianya masih murah. Wanita itu amat berharga dan ia bukan sesuatu untuk dinilai dengan wang ringgit atau kekayaan. Pekerja kilang ke, cikgu tadika, lawyer, nilai wanita itu pd agamanya, pd akhlaknya dan ianya sgt berharga, xdpt dinilai dgn wang ringgit.

Disebabkan adat inilah, antara sebab berlakunya zina. Untuk berzina cukup dengan rm10, dah dapat pompuan. Tapi untuk melakukan ibadah, untuk mengelak dari maksiat maka berpuluh2 ribu diperlukan. Seseorang yg ingin melakukan ibadah, sepatutnya kita tolong. Kawan datang ke rumah, ingin tumpang bersolat…kita bentangkan sejadah untuknya, kita sediakan tempat yang bersih untuknya. Anak muda yg ingin berkahwin sepatutnya kita mudahkan urusan mereka bukan menyusahkan.

Di sinilah perkara yang perlu kita renungkan…apakah kita lebih menyintai Allah atau kita lebih menyintai adat yang diwarisi turun temurun ? Surah Zukhruf ayat 36

Barangsiapa yang berpaling dari pengajaran Tuhan Yang Maha Pemurah (Al-Quran), Kami adakan baginya syaitan (yang menyesatkan) maka syaitan itulah teman yang menyertainya.

Ingat ek….setan ni tukang hasut je. Kita yg pilih nk ikut die ke tak, dan kita bertanggungjawab atas pilihan kita masing2. Surah Ibrahim ayat 22

Dan berkata syaitan tatkala perkara (yakni hisab) telah diselesaikan: Sesungguhnya Allah telah menjanjikan kepadamu janji yang benar dan aku pun telah menjanjikan kepadamu tetapi aku menyalahinya. Sekali-kali tidak ada kekuasaan bagiku terhadapmu melainkan sekadar aku menyeru kamu lalu kamu mematuhi seruanku, oleh sebab itu janganlah kamu mencerca aku akan tetapi cercalah dirimu sendiri. Aku sekali-kali tidak dapat menolongmu dan kamu pun sekali-kali tidak dapat menolongku. Sesungguhnya aku tidak membenarkan perbuatanmu mempersekutukan aku (dengan Allah) sejak dahulu. Sesungguhnya orang-orang yang zalim itu mendapat siksaan yang pediH.

http://liveurlife-chipsey.blogspot.com/2009/05/unseen-enemy.html

About The Author
Michi, that's my nickname. Im just an ordinary blogger. Searching for Mardhatillah. I'm hoping something. For those who knew me already, they will know what I looking for. Pray for my strenght and my success. I want to fly without wings... And I really what I think... (^_^) LuKLuK BaiDoa
Share This
Subscribe Here

0 comments:

 

Challenge Me!

Promote This Blog

Visitors

...::Lukluk Baidoa::..