Monday, May 11, 2009

Kebiasaan Seorang Perempuan Bakal Isteri


Seorang Perempuan
Biasanya...
Ingin mencari pasangan yang sama taraf, sama kaya, sama pangkat, sama padan
Kerana...
Kononnya sekufu padahal nak jaga nama dan untuk berlagak
Bagi pendapat ana...
Satu hari nanti kalau jatuh miskin, hilang pangkat, hilang taraf, terus cerai la yer?

Seorang Perempuan
Biasanya...
Sebelum kahwin, akan berkata “saya sanggup bersama-sama awak susah dan senang”
Kerana...
Nak bagi keyakinan pada seorang bakal suami
Bagi pendapat ana...
Tak payah la bagi janji... nanti bila tak dapat nk tanggung susah bersama, janji tu makan diri. Ciri-ciri munafik adalah orang yang apabila berjanji, tapi dia mungkiri. Mahukah jadi orang munafik? Bila susah, balik umah mak ngadu. Seorang isteri sepatutnya berkata "Saya akan berusaha untuk jadi isteri yang baik dan solehah", itu sudah memadai...

Seorang Perempuan
Biasanya...
Nak pakai baju pengantin yang sangat cantik seperti puteri raja
Kerana...
Untuk kelihatan paling cantik dalam majlis kenduri dan mengatakan hari kawin sekali seumur hidup
Bagi pendapat ana...
Kalau nak pun, biarlah molek sikit baju pengantin tu.. ini tidak, belah sampai ke peha, jarang, patu nipis pulak tu... yang paling selalu orang pakai, mesti ketat. Nak bagi orang tengok la tu betapa rampingnye die, betapa cantiknye die, betapa bertuah sape yang dapat die... baru akad, da bagi dosa kat suami kerana xjaga aurat... kesian kat suami...

Seorang Perempuan Bakal Isteri
Biasanya...
Lebih suka kenduri kahwin buat besar-besaran, bertambah seronok kalau buat di hotel
Kerana...
Di situlah dia menunjukkan kekayaan dan kemegahan keluarganya
Bagi pendapat ana...
Balik semula kepada tujuan walimatul urus... untuk memberi tahu orang ramai tentang penyatuan dua pasangan dan menjamu orang ramai tanpa mengira kaya miskin... tak berkat walimatul urus tu dgn kemegahan dan kesombongan....

Seorang Perempuan Bakal Isteri
Biasanya...
Nak honeymoon jauh-jauh dan tempat mahal-mahal. Lagi suka dapat honeymoon di luar negara
Kerana...
Dia fikir orang yang kawin mesti honeymoon dan tanda sayang seorang suami kepada isterinya
Bagi pendapat ana...
Dari pegi honeymoon, baik pegi wat umrah, haji... bukan xboleh honeymoon, tapi kita dahulukan penyatuan dan pembentukan keluarga dulu. Honeymoon tu bila-bila pun boleh wat.. tapi ajal maut kita leh tau ke? Lebih best honeymoon lepas beberapa tahun kita kenal pasangan masing2...

Seorang Perempuan Bakal Isteri
Biasanya...
Nak duduk rumah sendiri. Tak mahu duduk rumah mentua...pastu nak duk jauh dari umah mentua
Kerana...
Dia memang tak suka mertua dan kononnya pandai uruskan rumah sendiri serta tak mahu suami asyik ajak balik umah mertua
Bagi pendapat ana...
Biarlah suami dekat dgn ibunya. Biar dia jadi anak yang soleh. Isteri solehah tidak akan biarkan suaminya masuk ke neraka kerana tanggungjawabnya kepada ibunya tidak sempurna. Fahamilah tanggungjawab seorang suami adalah lebih kepada ibunya...Fahamilah kaum hawa...
.
Seorang Isteri
Biasanya...
Nak nafkah zahir dan batin yang mencukupi dari pihak suami
Kerana...
Dia fikir dia lebih berhak memilik hak2nya sebagai isteri
Bagi pendapat ana...
Ingat kawin tu untuk minta nafkah dari suami ke? Itu tandanya perempuan tersebut hanya mahukan kesenangan... Ingatlah seorang isteri solehah tidak akan meminta apa yang tidak mampu disediakan oleh suami. Kesenangan tu sememangnya tidak akan berpanjangan... Ingatlah, seorang isteri sepatutnya lebih mementingkan hak suaminya dari haknya seniri. Hidup utk memberi bukan utk menerima je...

Seorang Isteri
Biasanya...
Tidak mahu dimadukan. Sanggup bercerai kalau suami nak kawin lain
Kerana...
Tak sanggup berkongsi kasih
Bagi pendapat ana...
Biarlah ana sendiri yang pergi meminang gadis kesukaan dia dari dia ditangkap khalwat atau kawin senyap2. Lagi sakit hati berganda2! Nabi Muhammad beristeri empat mampu berlaku adil. Tak mustahil lelaki tidak boleh berlaku adil... Tapi agak-agak la. Kalau ikut sunnah Nabi pun, biarlah adil pun berusaha macam Nabi juga..

Seorang Perempuan Isteri
Biasanya...
Akan mengadu pada keluarganya jika suaminya kurang itu, kurang ini, tak cukup ngan ibu bapa, cerita pula pada kawan-kawan dan jiran tetangga. Habis satu kampung dok citer
Kerana...
Nak lepaskan geram dan ketidakpuasan hati
Bagi pendapat ana...
Seorang isteri yang solehah tidak akan membuka keaiban seorang suami. Ingatlah, isteri yang mengaibkan suaminya, Allah akan memberinya aib di akhirat nanti... Berterus teranglah kepada suami dan bawa berbincang...

Seorang Isteri
Biasanya...
Tidak tahan bila diherdik dan dimarahi oleh suaminya.. Lagi teruk dizalimi... Pastu nak bawak ke muka pengadilan terus...
Kerana...
Tak sanggup hidup dalam kesengsaraan dan tidak mahu sakit sedikit pun
Bagi pendapat ana...
Andai seorang perempuan tu tahu, jika seorang isteri mati di tangan suami yang zalim, syurgalah tempatnya... Ini sampai bawa ke mahkamah tinggi dari mahkamah syariah, terpaksalah yang sulit-sulit pun cerita, apa kes?? Peringatkanlah suami tentang azab pedih di neraka bagi seorang suami yang menzalimi isterinya
.
Relevankah pendapat ana?
About The Author
Michi, that's my nickname. Im just an ordinary blogger. Searching for Mardhatillah. I'm hoping something. For those who knew me already, they will know what I looking for. Pray for my strenght and my success. I want to fly without wings... And I really what I think... (^_^) LuKLuK BaiDoa
Share This
Subscribe Here

0 comments:

 

Challenge Me!

Promote This Blog

Visitors

...::Lukluk Baidoa::..