Sunday, May 10, 2009

Rasulullah SAW Sebagai Suami Tauladan

Apakah rahsia yang tersembunyi yang menyebabkan isteri-isteri Rasulullah SAW berhasil manjadi contoh yang baik dan teladan bagi seluruh wanita, misalnya di dalam berbakti, bertakwa, berhikmah, ilmu, kemuliaan dan akhlak yang baik?
.
Dengan mengikut perjalanan hidup Rasulullah bersama isteri-isteri baginda sebelum bi'tsah (diangkat menjadi Nabi) atau sesudahnya kita akan dapat mengetahui rahsia tersebut, dan kita dapat menyimpulkan bahawa kedudukan ummahatul mukminin yang tinggi tersebut tidak dapat dihasilkan melainkan kerana Rasulullah SAW sebagai seorang suami. Sebagaimana dikatakan, "Bahawa di belakang setiap orang yang agung ada seorang wanita". Begitu pula dikatakan, "Seorang yang pandai adalah kerana seorang guru".
.
Adapun guru, pemimpin dan pendidik umat ini adalah Muhammad SAw, seorang teladan yang sempurna dan sebagai uswah hasanah bagi para suami dalam bergaul dengan para isterinya dengan cara yang ma'ruf, membahagi dengan adil dalam bermalam, memberi nafkah, lemah lembut, menghargai, sabar dalam perselissihan yang terjadi di antara mereka, dengan perlahan dan ramah tamah, serta memberikan nasihat yang baik.
.
Baginda mengunjungi mereka semua pada pagi hari untuk memberikan peringatan dan pengajaran, dan pada waktu petang hari untuk bergaul dan beramah mesra. Baginda turut membantu pekerjaan rumah untuk memenuhi keperluan harian mereka dengan tangan baginda sendiri.
.
Dipaparkan sebahagian kehidupan Rasulullah SAW sebagai suami yang mendapat taufiq dan bijaksana dalam mengatur urursan rumahtangga yang mempunyai ramai ahli yang cerdas dan mulia, berbeza-beza karakternya, berlainan asal-usulnya dan tempat asal mereka, yang berbeza umurnya dan juga parasnya.
.
Apabila kita mengetahui bahawa ini adalah fitrah dan ia tidakhanya terjadi dalam rumahtangga baginda sahaja tetapi mencakupi seluruh aspek politik dan ekonomi. Sejarah kejayaan baginda dalam peperangan adalah merupakan bukti yang paling nyata tentang hal itu.
.
Baginda adalah satu-satunya contoh yang hebat dan berjaya di dalam sejarah kehidupan manusia. Ini adalah kebanyakan pemimpin yang berjaya menjalankan politik di dalam masyarakatnya, mereka gagal dalam mengatur urusan rumahtangga walaupun isterinya hanya seorang.
.
(Disalin dari Buku Peranan Wanita Pada Zaman Rasulullah SAW yang disusun oleh Puan Amina Haji Noor-Kamilarini binti Kamalsha. Terbitan Al-Hidayah Publication)
About The Author
Michi, that's my nickname. Im just an ordinary blogger. Searching for Mardhatillah. I'm hoping something. For those who knew me already, they will know what I looking for. Pray for my strenght and my success. I want to fly without wings... And I really what I think... (^_^) LuKLuK BaiDoa
Share This
Subscribe Here

0 comments:

 

Challenge Me!

Promote This Blog

Visitors

...::Lukluk Baidoa::..