Wednesday, May 27, 2009

Rasulullah SAW Seorang Suami Periang

Kebanyakan orang membayangkan bahawa baginda adalah seorang yang selalu serius, disiplin dan tegas, termasuk kepada isteri-isteri baginda. Sehingga ada yang merasa kasihan terhadap isteri-isteri baginda.
Tetapi hal yang sebenarnya Rasulullah SAW adalah orang yang paling lembut terhadap keluarganya dan seorang yang periang pada saat-saat gembira. Baginda sering bergurau dengan keluarga dan membuat mereka ketawa.
Ummul Mukminin Aisyah berkata : "Demi Allah aku melihat Rasulullah SAW berada di depan pintu kamarku, sedangkan orang Habsyah bermain di luar, Rasulullah SAW menutupi aku dengan serbannya agar aku dapat melihat permainan mereka, melalui celah antara telinga dan bahunya, sedangkan wajahku aku sandarkan kepada pipi Rasulullah SAW, kemudian baginda bertanya, "Wahai Aisyah sudah puaskah kamu (untuk melihat)?" Maka aku berkata: "Belum". Maka aku tetap di dalam posisi seperti itu sehingga aku merasa puas".
Dalam riwayat lain, "Baginda berdiri untukku sehingga aku sendiri yang menyudahi. Aku melihat kanak-kanak perempuan yang bersemangat sedang bermain".
Rasulullah SAW berwajah riang, bersenda gurau sehingga semua ahli keluarganya merasakan kenikmatan berkeluarga. Baginda sekeluarga menjalani kehidupan suami isteri yang aman dan bahagian agar tidak tegang yang lama-kelamaan akan menjemukan dan akhirnya menimbulkan kesusahan (penceraian).
Aisyah berkata: "Saya keluar bersama Rasulullah SAW di dalam suatu perjalanan. Ketika itu saya masih sangat muda dan kurus. Baginda bersabda kepada para sahabat, "Jalanlah dahulu!" Maka mereka pun mendahului kami. Kemudian baginda bersabda kepadaku, "Marilah kita berlumba lari dan saya akan berusaha megalahkanmu." Maka kami berlumba lari dan saya dapat mengalahkan baginda.
Selang beberapa lama kemudian tubuhku menjadi gemuk dan saya telah lupa peristiwa itu. Pada ketika itu, saya pergi berjalan bersama baginda, maka baginda bewrsabda kepada para sahabat, "Jalanlah dahulu!". Maka mereka pun mendahului kami. Baginda bersabda, "Mari kita berlumba dan aku akan mengalahkanmu". Waktu itu saya sudah lupa dengan peristiwa di masa lampau kerana say asudah gemuk. Say aberkata, "Bagaimana ak boleh mengalahkanmu ya Rasulullah kerana badan saya seperti ini?" Baginda bersabda, "Ayuhlah!" Maka kami berlumba dan baginda menang sehingga baginda tertawa dan bersabda. "Ini pembalasan terhadap kekalahanku di masa lalu".
Rasulullah SAW suatu ketika bersabda kepada Aisyah, "Sesungguhnya aku tahu, bila engkau redha terhadapku dan bila engkau benci terhadapku". Saya berkata: "Bagaimana engkau mengetahuinya ya Rasulullah?"
Baginda menjawab, "Adapun apabila engkau redha terhadapku, nescaya engkau akan mengatakan "Tidak, demi Rabb Muhammad dan apabila engkau marah kepadaku maka engkau berkata : "tidak, demi Rabb Ibrahim".
Maka Aisyah berkata: "Benar ya Rasulullah, demi Allah memang aku tidak menjauhimu melainkan namamu (apabila marah) sahaja".
Seorang ualamak berkata: "Ketahuilah bahawa akhlak yang baik terhadap isteri itu bukan sekadar mencegah agar tidak menyakitinya, akan tetapi termasuk juga sabar terhadap gangguan yang berpunca daripadanya dan bersifat lapang dada apabila dia marah.
Perkara ini wujud untuk menjadikan Rasulullah SAW sebagai teladan, yang mana pada suatu ketika isteri-isteri baginda berani membantah kepada baginda, ada di antaranya yang memboikot baginda selama sehari semalam. Dan juga suatu ketika isteri Umar membantah perkataan beliau. Berkatalah Umar, "Apakah engkau membantah diriku?" Maka isterinya menjawab, "Sesungguhnya isteri-isteri Rasulullah SAW pernah membantah baginda, sedangkan baginda lebih baik daripada engkau".
Maka apabila perkara-perkara tersebut ada pada diri Rasulullah SAW, penghulu bagi segala nabi, maka setiap lelaki hendaklah meneladani Rasulullah SAW yang suka beramah mesra dan bergurau pada waktu-waktu tertentu di dalam rumahnya, terlebih-lebih lagi kepada isterinya agar dapat menyenangkan ketegangan masalah hidup dan pekerjaan baginda.
Ini akan membantu untuk menguatkan ikatan cinta antara suami isteri. Semoga Allah memberikan kebaikan kepada nabi kita, Rasulullah SAW.
(Disalin dari Buku Peranan Wanita Pada Zaman Rasulullah SAW yang disusun oleh Puan Amina Haji Noor-Kamilarini binti Kamalsha. Terbitan Al-Hidayah Publication)
About The Author
Michi, that's my nickname. Im just an ordinary blogger. Searching for Mardhatillah. I'm hoping something. For those who knew me already, they will know what I looking for. Pray for my strenght and my success. I want to fly without wings... And I really what I think... (^_^) LuKLuK BaiDoa
Share This
Subscribe Here

0 comments:

 

Challenge Me!

Promote This Blog

Visitors

...::Lukluk Baidoa::..