Wednesday, May 27, 2009

Wanita dan Poligami....

Assalamualaikum wrt wbt... Baru-baru ini, penulisan ana telah mendapat perhatian dari kaum ibu-ibu dan isteri-isteri mithali... Mungkin kerana kurangnya pengetahuan ana tentang poligami ini tetapi ana tetap berpegang kuat dengan pendapat ana berdasarkan dalil-dalil dari Al-Quran dan As-Sunnah. Ana tidak bertaqlid semata-mata.
Firman Allah subhanahu wa ta’ala: وَإِنْ خِفْتُمْ أَلاَّ تُقْسِطُواْ فِي الْيَتَامَى فَانكِحُواْ مَا طَابَ لَكُم مِّنَ النِّسَاء مَثْنَى وَثُلاَثَ وَرُبَاعَ فَإِنْ خِفْتُمْ أَلاَّ تَعْدِلُواْ فَوَاحِدَةً أَوْ مَا مَلَكَتْ أَيْمَانُكُمْ ذَلِكَ أَدْنَى أَلاَّ تَعُولُواْ
“Dan jika kamu takut tidak akan dapat berlaku adil terhadap (hak-hak) perempuan yang yatim (bilamana kamu menikahinya), maka nikahilah wanita-wanita (lain) yang kamu senangi: dua, tiga atau empat. Kemudian jika kamu takut tidak dapat berlaku adil, maka (nikahilah) seorang saja, atau budak-budak yang kamu miliki. Yang demikian itu adalah lebih dekat kepada tidak berbuat aniaya.” (QS. An Nisaa: 3)
Ya, memang ana tidak merasakan bagaimana deritanya kaum ibu-ibu dan isteri-isteri bagaimana dimadukan dan ana sendiri juga belum berkahwin. Namun demikian, ana tetap dengan pendirian ana menyokong poligami kerana Nabi Muhammad SAW sendiri berpoligami. Apakah kalian tidak setuju dengan sunnah Rasulullah? Isu poligami membuatkan hati kaum adam berbunga-bunga kerana mereka telah diberi 'line' untuk beristeri dua, tiga mahupun empat. Namun diingatkan para kaum bapa-bapa dan suami-suami, poligami adalah suatu perkara yang membuatkan anda perlu bijak dan adil. Jika anda mahukan sunnah poligami, maka lakukan seperti mana yang Nabi Muhammad SAW ajarkan kepada kamu... Bagi kaum hawa tidak suka dimadukan. Isu poligami amat ditentang para isteri-isteri dan ibu-ibu kerana beberapa sebab. Malah, amat menyakitkan! Namun, apakah layak bagi kita, kaum hawa, menghalang poligami dan menentang sunnah Rasulullah SAW? Menentang Rasulullah bererti kita menentang Allah! NAUZUBILLAHI MIN ZALIK... Para ibu-ibu dan isteri-isteri mithali, ana tidak merasakan apa yang kalian rasakan saat dimadukan. Maafkan segala salah silap penulisan ana jika apa yang ana tulis menimbulkan ketidakpuasan pada hati kalian. Mari ana bentangkan beberapa kisah: Kisah 1 Seorang isteri bernama Siti Aminah. Dia adalah seorang isteri yang cukup sempurna pada pandangan suaminya Haziq. Namun Haziq telah berkenan pada seorang gadis yang bernama Fatin. Sang suami pernah memberi klu kepada isterinya Aminah tentang poligami dalam Islam. Namun Aminah telah berkata " Abang, kalau nak pasang dua, langkah mayat saya dulu". Akhirnya sang suami tidak mampu menyuarakan hasratnya dan berzina dengan Fatin. Komen: Anda membiarkan suami anda melakuan zina? Andalah faktor sebenar suami anda melakukan zina kerana tidak membenarkan dia bernikah lagi satu. Redhakah Allah kepada anda... Kisah 2 Amin bernikah dengan Haspalela dan mempunyai beberapa orang anak. Haspalela tidak membenarkan Amin memadukannya dan memohon diceraikan jika ingin berkahwin lain. Maka jatuhlah talak ke atasnya. Komen : Kalian akan berkata "Apakah nasib bagi anak-anakku nanti? aduhai...dibesarkan tanpa kasih seorang bapa. Apabila besar nanti, apakah yang akan kujawab? Bagaimana ingin ku membesarkan mereka. Alangkah baiknya jika ada orang disampingku..." Banyak kos lepas yang kalian akan hilang... Bahkah bukan kalian, tapi anak-anak kalian.... Kisah 3 Hidayat telah berkahwin dengan seorang isteri. Tapi ingin berkahwin dengan seorang lagi wanita... Dia telah berkahwin senyap-senyap dan sang isteri mengetahuinya beberapa tahun kemudian. Mengamuk sang isteri.... Komen : Lebih memeritkan jika suami kalian berkahwin senyap2 kan? Tengok-tengok dah ada isteri...dah ada anak dah pun!! Lagi sakit... Beberapa individu telah menghantar kepada ana beberapa komen tentang pendapat ana. Terima kasih ana ucapkan kepada ibu-ibu dan isteri-isteri yang telah menghantar komen tersebut. Ana bukanlah mahu kalian berpoligami. Ia hanyalah pendapat ana sendiri. Terpulang pada kalian untuk menerima atau tidak. Ana berhak bersuara, kalian juga berhak bersuara terhadap apa yang disuarakan. Ana menerima beberapa kritikan. Pendapat ana sebelum ini yang mendapat feed back panas dari para ibu dan isteri: "Biarlah ana sendiri yang pergi meminang gadis kesukaan dia dari dia ditangkap khalwat atau kawin senyap2." Explanation (pendapat ana): 1)Ya, benar seperti apa yang kalian katakan pada ana. Ana hipokrit mengatakan ana sendiri yang pergi meminang gadis kesukaan dia. Ana juga akan merasa sakit hati jika suami ana nanti ingin bernikah lagi satu. Ana juga akan merasa geram jika diri ana mahu dimadukan. Tetapi, ikutkan hati binasa... 2)Rasanya tiada suami yang ingin mengatakan pada isterinya bahawa dia ingin berkahwin lagi satu tapi tiada calonnya. Jarang kita jumpa. Kalau perkara itu berlaku kepada ana, ana akan carikan yang terbaik kepada suami ana. Pada pendapat ana, jika seorang isteri yang mencarikan isteri untuk suaminya, itu tandanya redha. Isteri untuk suamiku itu bakal menjadikan suamiku seorang yang lebih taat pada perintah agamanya, lebih beriman kepada tuhannya, lebih cintakan ukhrowi dari duniawinya... Dan kesemua itu akan memberi kesan yang baik kepada suamiku nanti. Dan isteri untuk suamiku nanti dapat mempengaruhi cara kehidupan kami semua ke arah mardhatillah... 3) Jika ada calon yang disukainya, memang hati ana sakit. Tetapi para ibu dan isteri sekalian, tahukah kita, bahawa apabila seorang suami meluahkan keinginannya mahu berkahwin lagi satu dan mempunyai pilihannya, bermakna dia seorang yang jujur pada isterinya. Jika dia seorang yang tidak jujur, mesti dia akan mengorat anak dara tersebut di luar pengetahuan kita. Mahukah kita terserempak dengan suami kita di luar sana sedang berdating dengan perempuan lain? Menyakitkan bukan? Apabila seorang suami memberitahu keinginannya berkahwin lagi satu kepada kita, ia menandakan mereka mahu meminta restu kita. Ada suami yang setia pada isteri, akan menurut jika isterinya tidak bersetuju suaminya berkahwin lain. Memang berat untuk melepaskan suami kita berkahwin lain, tapi janganlah fikir untuk diri kita. Fikirlah keperluan suami kita juga. Kalau anda rasa dia cukup syarat untuk beristeri dua, redhakanlah... Kesemuanya ada hikmah. Kalau ana yang yang pergi meminang sendiri gadis kesukaannya, ia menunjukkan ana meredhainya walaupun dalam jiwa hanya Allah je yang tahu. Sebenarnya isu meminang sendiri isteri untuk suamiku adalah salah satu cara menguatkan hati lebih kepada Mardhatillah...Ia menunjukkan kita bersetuju dengan sunnah Rasulullah... Para ibu dan isteri... Ana tidak layak memberi komen balas rasanya... Tapi ana rasa, ana berhak juga bersuara bagi pendapat ana. Ana memohon ampun maaf jika cara pendapat ana tidak kena... Ana belum merasakan apa yang kalian rasakan. Tapi ana tetap dengan pendirian ana. Poligami tidak menjadi masalah kepada wanita sebenarnya tetapi menjadi masalah bagi kaum lelaki. Mereka yang patut pening bagaimana berlaku adil. Bukan kita yang perlu pening-pening giliran bermalam, rezeki, tempat tinggal, etc.... Isteri-isteri dan ibu-ibu perlu lebih memikirkan hidup untuk memberi daripada memikirkan apa yang perlu diterima... -Mencari Mardhatillah...- LuKLuK BaiDoaH
About The Author
Michi, that's my nickname. Im just an ordinary blogger. Searching for Mardhatillah. I'm hoping something. For those who knew me already, they will know what I looking for. Pray for my strenght and my success. I want to fly without wings... And I really what I think... (^_^) LuKLuK BaiDoa
Share This
Subscribe Here

0 comments:

 

Challenge Me!

Promote This Blog

Visitors

...::Lukluk Baidoa::..