Wednesday, July 1, 2009

9 Hari Musafir...

Assalamualaikum warahmatullah wabarakatuh wamaghfiratuh waridhwanuh...

Kumulai tinta dengan kalimah suci bismillah agar segala yang ana tulis tidak diganggu oleh sebarang gangguan syaitan laknatullah. Semoga tinta ini dapat memberi manfaat dan tidak disalah erti.

Pertama2nya, marilah kita sama-sama ucap alhamdulillah, dengan limpah kurnianya, dapatlah kita menghirup udara Allah di atas muka bumi ini. Kita masih diberi kesempatan untuk hidup sedangkan pada hari ini beribu manusia ditarik nyawanya. Kita masih diberi kesempatan untuk memperbaiki hari ini sebelum esok dan esok kemungkinan kita akan mati meninggalkan dunia. Bahkan bukan esok, mungkin sekejap lagi, sesaat kemudian...

9 hari ana bermusafir...

Sekejap ke selatan, kemudian ke utara, kemudian ke selatan... Namun apa yang penting bukannya tempat ana bermusafir. Yang penting apa yang ana dapat dari perjalanan selama 9 hari. Semalam ana baru pulang mendapat seribu satu perkara di dalam dada yang ingin dikongsi bersama pembaca budiman.

Hari ke 1-3 bermusafir

Hari ini bermulanya ana bermusafir, perkara pertama yang ana dapat semasa sampai di tempat tersebut adalah penipuan. Ana juga turut bersama bersubahat dalam penipuan tersebut. Masya Allah... Ana tidak menyangka selama 3 hari ana bermusafir, perkara yang pertama ana dapat adalah dosa.

Ana diminta oleh seorang teman untuk menipu bapa kandungnya supaya dia dapat berjumpa dengan ibu kandungnya. Walaupun ana tidak berkata sedikit pun, tapi kehadiran ana rupa-rupanya dapat membantunya untuk menemui ibu kandungnya yang lama tidak berjumpa. Maknanya, ana tetap bersubahat walaupun ana tidak tahu menahu tentang perkara tersebut. Setelah diperjelaskan oleh teman tersebut, barulah ana tahu perkara tersebut. Ya Allah, ampunilah dosa-dosaku sebelum, semasa dan selepas musafir ini...

Maka ana menyaksikan sejarah seorang teman. Ana menceritakan perkara ini supaya kita ambil iktibar dengan keadaan insan yang lain dan supaya kita beringat bahawa ada keluarga yang tidak sebahagia keluarga kita. Bersyukurlah dengan nikmat yang diberikan oleh Allah kepada kita.

Sepasang suami isteri berpisah dan anak-anak diberikan kepada pihak suami untuk menjaganya. Si bekas isteri berkahwin dengan lelaki lain yang sudah berumah tangga. Maknanya si bekas isteri berkahwin dengan title isteri kedua. Sedangkan si bekas suami berkahwin dengan seorang janda yang mempunyai seorang anak. Anak bekas suami tadi terus mendapat tamparan hebat dek perkara yang menimpa, dan menerima keluarga baru.

Namun, kebahagian itu bukan berada di situ. Penderitaan demi penderitaan menimpa si anak tadi. Sungguh ana pun turut menangis melihat helaian demi helaian sejarah diselak oleh seorang teman. Betapa tabahnya teman ini sedangkan jika ana berada di tempatnya, ana tidak tahu adakah ana akan menjadi setabah dia. Ya Allah....

Selama 3 hari di bumi teman ini, selepas solat sunat taubat dan sujud syukur, menyaksikan titisan mutiara-mutiara putih sebuah kehidupan, ana meneruskan perjalanan ke bumi seorang teman lagi.

Hari ke 4-6 bermusafir

Ana menjejakkan kaki ke sebuah rumah yang sangat sejuk hati memandangnya. Bukan kerana ianya rumah berpapan, bukan kerana ianya di kawasan kampung, entah la... ana juga tak pasti sebab apa ana merasakan ketenangan di dalamnya. Ya Allah...

Ana diperlihatkan dengan ukhuwah sebuah keluarga yang sangat rapat, yang sangat bahagia, sampaikan ana cemburu walaupun hidup mereka tidaklah seberapa senang. Menyaksikan perkara tersebut, terbitlah di hati ana untuk mengorek rahsia kebahagian keluarga tersebut.

Apa yang ana dapat tahu adalah mereka hidup di dalam serba kekurangan. Suatu ketika dahulu, mereka belajar di bawah lampu pelita. Di kala hujan, terpaksa menadah titisan air hujan dengan baldi. Mandi di perigi yang sangat jauh. Masya Allah... Banyak lagi yang diceritakan... Ana tidak merasai apa yang mereka rasakan. Sungguh ana terkedu mendengarnya. Ya Allah...

Disebabkan kekurangan tersebut, mereka belajar bersungguh-sungguh supaya suatu masa nanti, mereka akan mengubah nasib mereka menjadi senang dan membahagiakan kedua ibu bapa mereka. Mendengar perkara tersebut, barulah ana mengerti mengapa rajinnya teman ana menelaah pelajaran dan sentiasa mendapat pointer yang tinggi setiap semester.

Terlalu banyak memori yang pahit diungkap kembali dan ana merasakan diri ana diberi kurniaan dan nikmat yang sebelum ini ana tidak sedar ana memiliki kurniaan dan nikmat tersebut. Alhamdulillah...

Selama 3 hari di bumi teman ini, selepas solat sunat taubat dan sujud syukur, menyaksikan titisan mutiara-mutiara putih sebuah kehidupan, ana bermusafir lagi.

Hari ke 7 bermusafir

Ana dijemput ke sebuah tempat untuk bermesyuarat. Apa yang ana rasa masa tu adalah segan dan tidak ada keyakinan diri kerana setiap ahli mesyuarat adalah orang ternama dan kesemuanya berumur dalam lingkungan 40an hingga 60an. Masya Allah... Ana seorang sahaja berumur 20 di situ... Silap majlis ke ana ni? Ya Allah...

Melihat agenda mesyuarat tersebut, ana tidak ketinggalan melontarkan idea meskipun ana paling muda di situ. Ada adab dan cara yang perlu ana pakai dalam mesyuarat ini supaya tidak menyinggung mana-mana pihak kerana kesemunya berumur macam ayah dan mak ana. Hormat dan sifat keterbukaan amat penting meskipun kita beinteraksi dengan sesiapapun.

Ada juga yang menyelitkan agenda politik di situ walaupun ianya BUKAN MESYUARAT POLITIK. Aduhai... ana terus menyaksikan agenda tersebut tanpa menyelit sedikitpun. Biarlah mereka selesaikan sendiri di negeri yang banyak menimbulkan kontroversi. Setelah beberapa ketika, ana dah mula merasai mengantuk.

Meskipun mengantuk, ana memastikan diri ana tahu agenda yang ke berapa mereka bincangkan. Akhirnya ana ditugaskan dalam sudut kreativiti membuat logo baru. Mereka memerlukan idea orang-orang muda. Tempoh masa diberikan... Ya Allah, permudahkanlah urusanku nanti...

Walaupun ana berada di kalangan veteran dan orang-orang yang ternama serta berada, ana tidak lah sampai nak menarik diri. Ianya satu mutiara berharga buat ana kerana dapat pengalaman yang orang lain tidak pernah dapat.Sama seperti mesyuarat dengan Datuk Bandar di Kuala Terengganu. Ana dan beberapa wakil lain ditugaskan untuk menghadiri mesyuarat kecil sebenarnya, tapi telah ditukarkan ke mesyuarat yang lebih tinggi kerana program tersebut akan dibuat di peringkat negeri. Inilah kali pertama ana bermesyuarat dengan orang-orang berjawatan dalam Negeri Terengganu. Kerana sebab itulah ana bersyukur kerana diberi kesempatan untuk merasai apa yang orang lain tidak rasakan. Alhamdulillah...

Selepas solat sunat taubat dan sujud syukur, menyaksikan titisan mutiara-mutiara putih sebuah kehidupan, ana bermusafir lagi.

Hari ke 8-9 bermusafir

Kali ini ana turun semula ke selatan mengikuti sebuah program yang pada mulanya sampai petang tapi habis sampai tengah hari.

Sampai di sana, ana dikuasai perasaan gusar kerana ana bersendirian. Tapi ana kuatkan juga hati ana untuk menjejakkan ke negeri tersebut kerana dijemput oleh dua sahabat. Ana juga merasa letih kerana perjalanan yang agak jauh dan makan masa.

Namun, Allah memeliharaku dari sebarang kecelakaan mahupun kesusahan dalam musafir. Alhamdulillah... Setelah menunggu hampir satu jam di stesen bas tersebut pada waktu tengah2 malam, akhirnya tibalah sebuah kereta di dalamnya dua orang bro dan sorang sis. Rasa bersalah terus menghimpit diri, kerana menyusahkan pihak penganjur. dan rasa bersalah kerana disebabkan ana sis tersebut terpaksa menaiki kereta bro seorang diri untuk menjemput ana di stesen bas. Walaupun akan menimbulkan syak wasangka, juga fitnah, sis tersebut sanggup jemput ana dengan berbekalkan tawakkal dan perlindungan dari Allah semasa menaiki kereta bro tersebut. Ya Allah....

Esoknya, ana menghadiri program tersebut. Alhamdulillah ana dapat ilmu yang jarang umat kita ingin tahu. Yang ramai adalah di kalangan makcik-makcik dan pakcik-pakcik. Alhamdulillah Allah menggerakkan kakiku ke program agama seperti ini sebelum ajal menimpa orang-orang terdekatku yang memerlukan ilmu untuk mengurusinya...

Ya Allah, berikanlah daku petunjuk dengan apa yang kucari selama ini...

Seorang sis memberikan ana sebuah buku bertajuk CINTAKU SELEPAS ALLAH DAN RASUL. Ana terpempan membacanya kerana apa yang ana dapat dalam buku tersebut amat bermakna sekali tentang apa yang ana cari.

Ya Allah, berakhir sudah perjalananku kali ini. Ana rasa doa ana selama ini termakbul. Ana berjumpa dengan mutiara-mutiara petunjuk tentang dunia dan akhirat, tentang agama dan petunjuk, tentang cinta dan perkahwinan, tentang kehidupan dan kematian, tentang pengalaman dan ilmu...

Ya Allah, sungguh kupanjatkan syukur padamu memberikan segala kurniaan dan nikmat.Ya Allah, sungguh insaf diriku meneliti 9 hari bermusafir di atas bumiMu... Ampunilah dosa-dosaku sebelum, semasa dan selepas ini... Tiada lagi pengharapan yang lain selain daripadaMu... Aku mohon dipermudahkan urusanku didunia ini menuju akhiratMu...

Amin...

About The Author
Michi, that's my nickname. Im just an ordinary blogger. Searching for Mardhatillah. I'm hoping something. For those who knew me already, they will know what I looking for. Pray for my strenght and my success. I want to fly without wings... And I really what I think... (^_^) LuKLuK BaiDoa
Share This
Subscribe Here

0 comments:

 

Challenge Me!

Promote This Blog

Visitors

...::Lukluk Baidoa::..