Wednesday, July 1, 2009

Memohon calon suami yang soleh?

Semoga dikurnia suami soleh yang boleh membimbing ana dunia dan akhirat. Jawapan begini biasa diberikan gadis yang bakal mendirikan rumahtangga ataupun pengantin baru. Kebanyakan wanita jika diajukan mengenai jodoh mahukan suami soleh. Tetapi, apakah suami yang diidamkan itu, benar-benar memenuhi keperluan wanita?. Cuba kita jenguk apa yang berlaku dalam sesebuah rumah tangga selepas doa si gadis untuk mendapatkan 'lelaki soleh' mungkin sudah dimakbulkan Allah.

Lelaki yang soleh amat takut kepada Allah. Salah satu bukti ketakutannya kepada Allah ialah mengerjakan solat. Jadi lelaki yang soleh akan menyuruh, malah kadang-kadang sehingga memaksa isterinya solat. Tetapi ada isteri yang liat untuk solat, sedangkan sebelum kahwin dia kata dia mahukan suami yang soleh. Sedang si isteri sedap tidur di waktu malam, si suami kejutkan suruh solat tahajud. "Apalah suamiku ini?", rungut si isteri. Dulu si gadis mahukan lelaki soleh, tetapi selepas dapat lelaki soleh yang kejutkan si isteri untuk solat tahajud, dia marah-marah pula.

Lelaki yang soleh amat taat kepada Allah. Islam mewajibkan wanita tutup aurat. Jadi suami yang soleh tidak akan benarkan isterinya keluar rumah atau mengenakan pakaian sesuka hati. Atau berhias dan bermekap tebal. Suami yang soleh akan memastikan si isteri tutup aurat. Tetapi ada isteri kurang senang dengan perkara begini. Bukankah dulu, anda berdoa untuk mendapat suami yang soleh, tetapi bila dimakbulkan anda bantah pula cakapnya!.

Suami yang soleh tidak akan duduk di rumah sahaja, 'berada di bawah ketiak isteri sepanjang hari'. Ini kerana jihad fisabilillah adalah antara program lelaki soleh. Dia akan sentiasa keluar untuk berjuang. Sama juga dengan mencari rezeki halal, sehingga kadang-kadang balik lewat malam. Ini lagi tak disukai wanita. Jika dulu anda dambakan suami soleh, bila dah dapat, cara hidupnya pulak yang tak anda sukai.

Lelaki yang soleh juga akan menjadikan masjid sebagai 'rumah keduanya'. Ini pun ada wanita tak suka, asyik-asyik ke masjid saja, kata mereka.

Lelaki yang soleh amat taat kepada kedua ibu bapanya. Malah, baktinya kepada ibu bapanya melebihi kepada isteri. Ini menyebabkan sesetengah isteri amat cemburu. Dulu anda mahukan lelaki yang soleh (amat taat kepada ibunya), bila dah dapat, anda marah pula!. Macamana doa anda dulu??.

Lelaki yang soleh juga tidak hidup bermewah-mewah. Wangnya yang banyak dihabiskan dalam perjuangan. Dia pun takut terima rasuah dan segala macam duit haram. Jadi dia tak dapatlah beri barang-barang mewah seperti rumah besar, kereta besar dan rantai berjela kepada isteri dan keluarganya. Dalam perkara ini pun ada isteri yang tak gemar. Jika dulu doa mahukan suami soleh, tetapi sekarang tidak suka pula sikapnya.

Demikian banyaknya perkara yang tidak disukai oleh isteri, walaupun doanya dulu mahu mendapat suami yang soleh. Berdasarkan kriteria yang dibincangkan di atas, jelaslah suami yang soleh tidak dapat memberikan sebahagian besar daripada kehendak duniawi si isteri. Si isteri tak perlulah mengeluh, sebaliknya bersyukur kerana doa untuk mendapatkan suami yang soleh, mungkin telah dimakbulkan Allah. Ingatlah, isteri-isteri Rasulullah s.a.w. sendiri pernah ditawarkan pilihan dunia (kesenangan) atau akhirat. Akhirnya mereka memilih akhirat.

Ya Allah, aku berlindung daripadamu dari segala kejahatan syaitan dan manusia. Aku berlindung daripadaMu dari fitnah dunia. Berikanlah aku cinta sejatiMu agar aku tidak lagi mencemarkan cintaku padaMu dengan cinta dunia dan manusia. Peliharalah aku dari segala perosak yang merosakkan dan mengotorkan hatiku dari mencintaiMu. Ya Allah, aku belum betul-betul menemui apa yang aku cari di atas bumiMu, maka kau berikanlah aku petunjuk. Ya Allah, kuatkankanlah imanku yang pudar ini. Kuatkanlah hatiku untuk terus berjuang di jalanMU. Ya Allah, permudahkanlah urusanku... Amin...

About The Author
Michi, that's my nickname. Im just an ordinary blogger. Searching for Mardhatillah. I'm hoping something. For those who knew me already, they will know what I looking for. Pray for my strenght and my success. I want to fly without wings... And I really what I think... (^_^) LuKLuK BaiDoa
Share This
Subscribe Here

1 comments:

naiChampa on August 25, 2009 at 7:38 AM said...

xtau nk ckp ape, cuma terima kasih kpd tuan punya blog sj yg terpike.

 

Challenge Me!

Promote This Blog

Visitors

...::Lukluk Baidoa::..