Tuesday, June 16, 2009

Mencaci Seorang Muslim Suatu Kefasiqan dan Membunuhnya Suatu Kekufuran

Ketahuilah! Bahawa membenci,memutuskan hubungan dan memusuhi kaum Muslimin itu adalah haram. Mencaci seseorang Muslim merupakan suatu kefasiqan dan membunuhnya tanpa alasan yang benar, adalah suatu kekufuran apabila dia menghalalkan perbuatan tersebut.

Sebagai suatu tegahan dalam permasalahan ini, memadailah diperingatkan hadith Khalid ibn al Walid RA ketika diutuskan kepada kaum Bani Jazimah untuk mengajak mereka kepada Islam. Apabila beliau sampai, mereka pun menemuinya.

Lalu Khalid RA berkata kepada mereka,

"Masuklah kalian ke dalam Islam!"

Mereka menjawab,

"Kami adalah kaum Muslimin."

Khalid ibn Walid RA berkata,

"(Jika begitu) letakkanlah senjata kalian dan turunlah (dari bukit itu)."

Mereka menjawab,

"Tidak! Demi Allah, tidak ada sesuatu yang terjadi setelah meletakkan pedang melainkan pembunuhan. Kami masih belum berasa aman denganmu dan orang-orang yang bersamamu."

Khalid RA berkata dengan tegas,

"Tidak ada keamanan bagi kalian kecuali jika kalian turun (dari bukit itu)".

Setelah mendengar ancaman itu, sebahagian mereka pun turun, manakala sebahagian yang lain berpecah.

Dalam suatu riwayat disebutkan bahawa, ketika Khalid ibn Walid RA sampai kepada kaum Jazimah, mereka menyambutnya dengan baik. Lalu Khalid RA berkata,

"Siapakah kalian? Sudah Muslim, atau masih kafir?"

Mereka menjawab,

"Kami adalah Muslimin. Kami telah mendirikan solat, kami juga membenarkan kenabian Nabi Muhammad SAW, kami telah membangunkan beberapa buah masjid di halaman rumah kami, dan melaungkan azan di dalamnya".

Dalam satu lafaz, mereka tidak tidak menyatakan, "Aslamna (kami telah masuk Islam)," tetapi menyebut "(Soba'na,soba'na) Kami telah meniggalkan agama kami dahulu, kami telah meniggalkannya."

Kemudian Khalid ibn Walid RA berkata kepada mereka,

"Mengapa kalian masih menyandang pedang?"

Mereka menjawab,

"Sesungguhnya di antara kami dan sebahagian orang-orang Arab ada permusuhan. Kami takut, jikalau kalian adalah mereka. Maka kami pun tetap menyandang pedang".

Khalid RA berkata,

"(Sekarang) letakkanlah pedang kalian".

Mereka akhirnya meletakkan senjata. Kemudian Khalid ibn Walid RA berkata kepada angkatan tenteranya,

"Tawanlah mereka".

Maka sebahagiannya ditawan, sementara sebahagian lagi diikat dan kemudian dipecah-pecahkan (dibahagi-bahagikan) di antara sahabat-sahabatnya.

Pada waktu Sahur, seorang penyeru Khalis RA berseru,

"Sesiapa yang ada bersamanya tawanan, maka bunuhlah tawanan itu".

Bani Sulaim pun membunuh tawanannya, sedangkan orang-orang Ansar dan Muhajirin tidak mahu melakukannya. Bahkan, mereka melepaskan tawanan yang ada pada mereka. Ketika berita mengenai perlakuan Khalid ibn Walid RA terhadap tawanannya sampai kepada pengetahuan Rasulullah SAW, Baginda bersabda :

"Ya Allah! Sesungguhnya aku membebaskan diri daripada apa yang telah dilakukan oleh Khalid".

Baginda SAW mengucapkannya sebanyak dua kali.

Ada yang mengatakan bahawa, pada pemahaman Khalid RA, kaum Jazimah menyatakan pernyataan masuk Islam itu hanya kerana mereka sebenarnya tidak akan memeluk agama Islam. Namun, Rasulullah SAW tidak menyetujui perbuatan Khalis RA yang terlalu tergesa-gesa itu dan tidak mempunyai kepastian tentang keadaan mereka yang sebenarnya, sebelum dia sendiri mengetahi maksud sebenar perkataan mereka, "(Soba'na) Kami telah meninggalkan agama kami dahulu." Namun perbuatan Khalis RA telah dimaafkan. Kenapa tidak, kerana Rasulullah SAW sendiri pernah bersabda:

"Sebaik-baik hamba Allah dan sebaik-baik saudara bagi sesebuah keluarga ialah Khalid ibn Walid RA. Dia adalah salah seorang daripada pedang-pedang Allah yang dihunus oleh Allah SWT untuk menghadapi orang-orang kafir dan munafiq".

Begitu juga kisah Usamah ibn Zaid RA ; kekasih Rasulullah SAW dan putera kepada kekasih Baginda SAW, sepertimana yang diriwayatkan oleh Imam Bukhari RA daripada Abu Zibyan RA berkata : Aku pernah mendengar Usamah ibn Zaid berkata :

"Kami pernah diutus oleh Rasulullah SAW kepada kaum al Huraqah. Kami menyerang mereka pada waktu pagi sehingga kami dapat menewaskan mereka. Aku dan seorang Ansar telah bertemu dengan seorang lelaki daripada mereka. Setelah kami menawannya, dia berkata,

"Laa Ilaaha Illallah (Tiada Tuhan yang berhak disembah melainkan Allah)".

Orang Ansar itu tidak mahu membunuhnya, lalu aku menikammnya dengan tombakku sehingga dia mati. Ketika kmi kembali dari peperangan itu, berita tersebut sampai kepada Rasulullah SAW. Maka Baginda SAW bersabda,

"Wahai Usamah! Apakah engkau membunuhnya setelah dia mengucap "Laa Ilaaha Illallah'?"

Aku menjawab,

"Dia mengucapkannya hanya untuk melindungi dirinya."

Tetapi Baginda SAW terus mengulangi sabdanya itu sehingga terfikir olehku bahawa lebih baik sekiranya aku belum masuk Islam sebelum hari itu".

Dalam satu riwayat lain disebut bahawa Rasulullah SAW bersabda kepada Usamah ibn Zaid RA:

"Kenapa kamu tidak membelah saja hatinya, maka kamu akan tahu sama ada dia bercakap benar atau berbohong?"

Usamah RA berkata :

"Aku tidak akan membunuh seseorang yang mengucapkan kalimah tauhid : (Laa Ilaaha Illallah)."

Imam Ali RA pernah ditanya mengenai golongan yang menentangnya, "Apakah mereka itu orang-orang kafir?" Beliau menjawab, "Tidak,mereka itu munafiq?" Jawab beliau, "Tidak. Sesungguhnya orang-orang munafiq itu tidak berzikir kepada Allah kecuali sedikit, sedangkan mereka banyak berzikir kepada Allah SWT". Lalu beliau ditanya lagi, "Kalau begitu, siapakah mereka itu?" Beliau menjawab, "Mereka adalah kaum yang ditimpa fitnah, lalu mereka menjadi buta dan tuli."

Oleh : Prof Dr Sayyid Muhammad ibn 'Alawi Al Maliki Al Makki Al Hasani RA

About The Author
Michi, that's my nickname. Im just an ordinary blogger. Searching for Mardhatillah. I'm hoping something. For those who knew me already, they will know what I looking for. Pray for my strenght and my success. I want to fly without wings... And I really what I think... (^_^) LuKLuK BaiDoa
Share This
Subscribe Here

3 comments:

Brilliant Marjan on June 18, 2009 at 8:19 AM said...

manusia itu perlulah berkasih syg..

nice entri..^_^

F.Aswan on June 18, 2009 at 12:40 PM said...

Salam Ziarah.Cadangan Yang baik

LuKLuK BaiDoaH on June 19, 2009 at 11:04 AM said...

To Brilliant Marjan:
Manusia tak sempurna sentiasa melakukan kesilapan...
oleh yg demikian, manusia perlulah sentiasa belajar...
-mengenal kesilapan yg lalu
-belajar dari kesilapan
-tidak mengulangi kesilapan
-belajar dan sentiasa belajar erti sebuah kehidupan

To F.Aswan:
ahlan wasahlan...cadangan sekadar lontaran idea.jika tak berkenan,tidak mengapa... kita berhak bersuara,berhak menerima,berhak menolak... malaysia kaya dengan kebebasan bersuara...

 

Challenge Me!

Promote This Blog

Visitors

...::Lukluk Baidoa::..