Tuesday, June 16, 2009

Rasulullah SAW Seorang Suami Yang Berwibawa

Sesungguhnya pergaulan Rasulullah SAW sangat baik terhadap isteri-isteri baginda, kelembutan baginda, bergurau dengan mereka dan sabar dengankemarahan mereka. Perkara ini tidak menghalang baginda untuk bersifat tegas dan berdisiplin terhadap mereka di dalam keadaan yang sesuai. Sebab tarbiyah tidak akan berhasil kecuali dengan menerapkan berlapang dada (bersuka ria) pada satu sisi dan marah pada sisi yang lain.

Allah SWT berfirman yang ditujukan kepada Muhammad SAW :

"Hai Nabi, katakanlah kepada isteri-isterimu : "Jika kamu sekalian mengingini kehidupan dunia dan perhiasannya, maka marilah supaya aku berikan kepadamu mu'tah dan aku ceraikan kamu dengan cara yang baik. Dan jika kamu sekalian mengkhendaki (keredhaan) Allah dan Rasul-Nya serta (kesenangan) di dunia akhirat, maka sesungguhnya Allah menyediakan bagi siapa saja yang berbuat baik di antaramu dengan pahala yang besar."

Surah Al-Ahzab :28-29

Ayat ini turun apabila tuntutan Ummahatul mukminin terhadap Rasulullah SAW sudah melampaui batas. Dia menuntut terlalu banyak nafkah dan perhiasan. Maka tidak ada sikap baginda pada ketika itu melainkan marah dengan kemarahan yang halus yang mana baginda bertekad untuk tidak mendekati mereka selama satu bulan. Baginda memisahkan diri daripada mereka selama satu bulan penuh sebagai pengajaran bagi mereka.

Maka Allah SWT menurunkan ayat ini untuk menyuruh mereka memilih hidup dengan Rasulullah SAW iaitu dengan cara hidup baginda serta bersabar bersamanya atau mereka kembali kepada keluarga maisng-masing. Maka tiada pilihan lain bagi seluruh Ummahatul Mukminin melainkan mereka memilih Allah dan RasulNya serta dunia akhirat.

Maka kembalilah mereka hidup bersama Nabi SAW untuk menunaikan tanggungjawab di rumah yang agung, untuk menjaga keamanan, kebahagiaan dan ketenteraman bagi baginda, serta saling tolong-menolong dengan baginda di dalam usaha menyebarkan Islam kepada umat manusia.

Diriwayatkan oleh Imam Muslim dalam sahihnya, daripada Jabir bin Abdullah berkata, "Abu Bakar masuk meminta izin kepada Rasulullah SAW sedangkan beliau mendapati bahawa orang-orang duduk di depan pintu baginda. Tidak seorang pun diizinkan masuk oleh Rasulullah SAW , tetapi Abu Bakar diizinkan, maka beliau pun kemudian masuk. Setelah itu, datanglah umar dan meminta izin daripada Rasulullah SAW dan baginda pun mengizinkannya.

Beliau mendapati bahawa Rasulullah SAW sedang duduk sedangkan isteri-isteri baginda duduk di sekeliling baginda dalam keadaan takut dan diam. Abu Bakar berkata, "Aku akan berkata sesuatu yang akan membuat Rasulullah SAW tertawa".

Beliau berkata: "Wahai Rasulullah seandainya aku melihat puteri Khadijah (isteri Abu Bakar) meminta nafkah yang tidak ada padaku maka aku akan berdiri untuk memukul tengkuknya". Maka Rasulullah SAW tertawa dan bersabda: "Mereka yang di sekelilingku ini juga meminta nafkah yang tidak ada padaku".

Maka Abu Bakar berdiri dan memukul tengkuk Aisyah. Disusul kemudian Umar mendatangi Hafshah dan memukul tengkuknya. Kemudian keduanya berkata: "Apakah kalian meminta kepada Rasulullah SAW sesuatu yang tidak ada pada baginda?" Mereka menjawab, "Demi Allah kami tidak akan meminta kepada Rasulullah SAW sesuatu yang tidak ada pada baginda selamanya".

Kemudian Rasulullah SAW menjauhi mereka selama sebulan atau 29 hari, kemudian turunlah ayat:

"Hai Nabi, katakanlah kepada isteri-isterimu : "Jika kamu sekalian mengingini kehidupan dunia dan perhiasannya, maka marilah supaya aku berikan kepadamu mu'tah dan aku ceraikan kamu dengan cara yang baik. Dan jika kamu sekalian mengkhendaki (keredhaan) Allah dan Rasul-Nya serta (kesenangan) di dunia akhirat, maka sesungguhnya Allah menyediakan bagi siapa saja yang berbuat baik di antaramu dengan pahala yang besar."

Surah Al-Ahzab :28-29

Baginda memulai dengan menyoal Aisyah, sabdanya : "Wahai Aisyah aku ingin mengemukakan pilihan kepadamu yang aku ingin kamu tidak menangguhkan jawapanmu sehingga kamu terpaksa berbincang dengan orang tuamu terlebih dahulu." Berkata Aisyah, "Apa itu ya Rasulullah?"

Baginda kemudian membaca ayat tersebut. Maka Aisyah berkata: "Apakah untuk memilih anda saya harus bertanya dulu kepada orang tua saya ya Rasulullah? Maka sudah jelas saya tetap memilih Allah, RasulNya dan akhirat. Saya memohon kepada engkau agar tidak memberitahu jawapanku ini kepada isteri-isteri engkau yang lain."

Baginda bersabda, "Tiada seorang pun daripada mereka yang akan mengetahuinya melainkan aku akan memberitahukannya, sesungguhnya Allah tidak mengutusku untuk menyusahkan dan mempersulitkan, akan tetapi Allah mengutusku agar mengajar manusia dan memberikan kemudahan."

Kemudian mereka semua memilih apa yang lebih baik bagi mereka yang mana mereka memilih Allah, Rasul dan akhirat. Riwayat ini benar-benar telah disepakati bahawa Nabi memberi pilihan kepada pada isteri baginda antara cerai atau tetap menjadi isteri baginda daripada segi yang baginda kehendaki di antara mereka.

Perkara ini berlaku agar mereka menjadi teladan yang baik bagi seluruh wanita dalam urusa berumahtangga. Hal itu terjadi sebulan setelah peristiwa marah baginda terhadap isteri-isterinya apabila Hafshah membuka rahsia Rasulullah SAW kepada Aisyah namun kemusian baginda meredhai mereka.

Telah sahih pula bahawa peristiwa lain hingga Rasulullah SAW menawarkan pilihan kepada para isteriyna, kerana mereka merengek-rengek meminta nafkah dan barang perhiasan yan berlebih-lebih.

Terlalu sedikit para lelaki pada zaman sekarang memiliki ketegasan sebagaimana ketegasan Rasulullah SAW kerana membiarkan mereka dalam kebebasan bagi kebanyakan wanita. Ini akan menyebabkan timbulnya sifat yang keji akibatnya pada diri mereka sendiri atau kepada suaminya.

About The Author
Michi, that's my nickname. Im just an ordinary blogger. Searching for Mardhatillah. I'm hoping something. For those who knew me already, they will know what I looking for. Pray for my strenght and my success. I want to fly without wings... And I really what I think... (^_^) LuKLuK BaiDoa
Share This
Subscribe Here

0 comments:

 

Challenge Me!

Promote This Blog

Visitors

...::Lukluk Baidoa::..