Wednesday, July 1, 2009

Rejab

Assalamualaikum.. Alhamdulillah.. Masih punya nafas di bulan Rejab ini. Kabare iman hari ni?? Sekadar nak berkongsi ilmu dari buku Koleksi 100 Solat Sunat tulisan Al-Fadhil Al-Ustaz Hj.Ahmad bin Hj.Ibrahim. InsyaAllah tak rugi baca sampai habeh. Enjoy it!

Daripada Anas bin Malik r.a katanya Rasulullah SAW telah bersabda : "Rejab adalah bulan Allah, Syaaban adalah bulanku dan Ramadhan adalah bulan umatku." Sahabat pun bertanya : "Ya Rasulullah, apakah makna perkataanmu bulan Allah?" Jawab Rasulullah SAW : "Lantaran bulan itu dikhususkan dengan keampunan, di dalam bulan itu diharamkan menumpahkan darah (dalam peperangan), di dalam bulan itu Allah menerima taubat nabi-nabiNya, Allah mengeluarkan auliaNya dari cengkaman musuh-musuh dan barangsiapa puasa di dalam bulan itu diwajibkan oleh Allah untuk mendapat tiga perkara iaitu :

  1. Keampunan untuk semua dosa yang telah lalu
  2. Pemeliharaan baginya dari baki hidupnya
  3. Selamat dari kedahagaan pada hari kiamat

Maka bangunlah seorang lelaki yang agak uzur lalu berkata, "Ya Rasulullah, sesungguhnya aku tak mampu berpuasa di sepanjang bulan itu." Rasulullah SAW pun bersabda, "Puasalah kamu sehari di awalnya, sehari di pertengahannya, dan sehari di akhir bulan itu. Kerana sesungguhnya engkau dikurniakan pahala seolah-olah puasa di sepanjang bulan tersebut kerana sesungguhnya satu kebaikan itu akan digandakan dengan sepuluh kebaikan umpamanya. Akan tetapi, janganlah engkau lalai dari malam pertama hari Jumaat pertama bulan Rejab kerana sesungguhnya para malaikat menamakan malam tersebut malam Ar-Raaqho'ib. Demikian disebabkan apabila telah berlalu sepertiga malam, tidaklah tinggal seorang pun malaikat di seluruh langit dan bumi melainkan mereka berkumpul di sekeliling Kaabah dan sekelilingnya."

Maka Allah SWT memerhatikan mereka dan berfirman, "Malaikat-malaikatKu mintalah dariKu apa saja yang kamu kehendaki." Maka para malaikat pun berkata, "Tuhan kami, adapun hajat kami agar Engkau mengampunkan orang yang mengerjakan puasa di dalam bulan Rejab." Allah berfirman, "Telah Aku lakukan yang sedemikian itu." Rasulullah SAW bersabda, "Maka tidaklah seorang pun yang berpuasa pada hari Khamis [hari Khamis yang pertama di bulan Rejab] kemudian bersolat di antara waktu Maghrib dan Isyak iaitu pada malam Jumaat 12 rakaat dengan membaca didalam setiap rakaat Al-Fatihah[1x], Al-Qadr[3x], dan Al-Ikhlas[12x] dipisahkan antara 2 rakaat dengan 1 salam. Apabila selesai solat, berselawatlah ke atasku sebanyak 70 kali :

اللهم صل على محمد النبى الامى وعلى اله وسلم
Kemudian sujudlah dengan sekali sujud dengan berdoa :
رَبِّ اغْفِرلِى وَارْحَمْ وَتَجَاوَزْ عَمَّ تَعْلَمْ "Tuhanku, ampunilah dan rahmatilah dan hindarilah dari sebarang yang Engkau ketahui kerana sesungguhnya Engkau Maha Mulia dan Maha Besar." [70x]

Kemudian hendaklah sujud bagi kali yang kedua dengan berdoa seperti doa yang di atas dan mintalah segala hajat di dalam sujud lantaran ianya dimakbulkan.

Rasulullah SAW telah bersabda, "Demi Dia yang memegang nyawaku, tidaklah seorang hamba ataupun umat mengerjakan sembahyang ini melainkan Allah mengampunkan dosa-dosanya walaupun sebanyak buih-buih di lautan, sebanyak bilangan pasir-pasir dan seberat gunung-ganang, sebanyak bilangan titisan air hujan dan bilangan daun-daun pokok dan akan diberikan syafaat pada hari kiamat untuk 700 ahli keluarganya."

Pada malam pertama di dalam kuburnya datanglah kepadanya pahala solat ini dengan wajah yang bercahaya dan lidah yang fasih lalu berkata, "Ya kekasihku, gembiralah kerana sesungguhnya engkau telah selamat dari segala kepayahan."

Maka dia akan berkata, " Siapakah kamu? Demi Allah tidak pernah aku melihat seorang lelaki yang terlebih cantik seumpama kamu, tidak pernah aku mendengar perkataan yang lebih manis dari perkataanmu, dan tidak pernah aku mencium bau yang terlebih harum dari bau kamu."

Maka berkatalah ia, "Ya kekasihku, aku adalah pahala solat kamu yang telah engkau kerjakan pada malam sekian, hari sekian di dalam bulan sekian di dalam tahun sekian. Aku telah datang kepadamu pada malam ini untuk menunaikan hajatmu, menemani kesunyianmu dan melepaskanmu dari kesengsaraan. Apabila tiba hari kiamat, aku akan melindungi kamu dari kedahsyatan hari itu di atas kepalamu maka gembiralah sesungguhnya kebaikan tidak akan putus dari Tuhanmu untuk selama-lamanya."

Subhanallah. Allah Maha Pemurah lagi Maha Pengampun. Muga memberi manfaat.

Dipetik dari Pecinta Islam Sejati
About The Author
Michi, that's my nickname. Im just an ordinary blogger. Searching for Mardhatillah. I'm hoping something. For those who knew me already, they will know what I looking for. Pray for my strenght and my success. I want to fly without wings... And I really what I think... (^_^) LuKLuK BaiDoa
Share This
Subscribe Here

0 comments:

 

Challenge Me!

Promote This Blog

Visitors

...::Lukluk Baidoa::..