Monday, July 27, 2009

Di Bawah Mizab Ka'bah

SEORANG ULAMA TABI'IN Imam Thawus Al-Yamani mengisahkan : "Aku melihat seorang lelaki solat di Masjidil Haram di bawah mizab Ka'bah. Ia bedoa dengan khusyu' dan menangis. Aku ikuti sampai ia selesai solat dan berdoa, ternyata ia adalah Ali Zainal Abidin, putera Husein bin Ali bin Abi Thalib, yang tak lain tak bukan adalah cicit Rasulullah SAW.

Aku katakan padanya:

"Wahai cicit Rasulullah SAW, aku melihat kamu dalam keadaan bagini dan begini. Padahal kamu meilih tiga hal yang aku harap akan membuatmu aman dari ketakutan.

Pertama : kamu adalah cicit Rasululllah SAW Kedua : kamu boleh mendapatkan syafa'at datukmu iaitu Rasulullah SAW Ketiga : rahmat Allah SWT

Ali Zainal Abidin menjawab:

"Hai Thawus, bahawa aku adalah cicit dan keturunan Rasulullah SAW itu tidak menjamin keamananku. Aku mendengar firman Allah SWT : Apabila sangkalala ditiup, maka tidaklah ada lagi pertalian nasab di antara mereka pada hari itu. (QS 23 :101). Sedangkan rahmat Allah, sesungguhnya Allah mewahyukan bahawa rahmatNya dekat pada kaum muhsinin, iaitu orang-orang yang berbuat kebajikan. Dan aku tidak tahu apakah aku termasuk di dalam golongan mereka atau tidak.

Oleh: Habiburrahman El Shirazy

----------

Wahai kawan-kawan dan sahabat-sahabatku sekalian, amalan itu terletak pada diri kita sendiri. Syurga dan neraka adalah perkara yang kita pilih sendiri dengan amalan kita. Andai kata kita pilih untuk memasuki syurga, kita akan berbuat kebaikan di atas muka bumi ini. Tetapi jika kita pili untuk memasuki neraka, kita akan berbuat kerosakan dan maksiat di atas bumi ini. Seandainya kita mengidamkan Jannatul Firdaus (Syurga Firdaus) yang paling tertinggi, maka berbuatlah amalan yang seperti syarat-syaratnya... Berbuatlah amalan soleh, tinggalkan perkara yang syubhah dan kotor. SesungguhNya kita ini hina dina...

Marilah kawan-kawan dan sahabat-sahabatku sekalian mengerjakan apa yang diperintahkan, meninggalkan perkara yang dilarang... Dakwah itu satu kemestian...

About The Author
Michi, that's my nickname. Im just an ordinary blogger. Searching for Mardhatillah. I'm hoping something. For those who knew me already, they will know what I looking for. Pray for my strenght and my success. I want to fly without wings... And I really what I think... (^_^) LuKLuK BaiDoa
Share This
Subscribe Here

0 comments:

 

Challenge Me!

Promote This Blog

Visitors

...::Lukluk Baidoa::..