Saturday, August 1, 2009

Hadith Pendukung keempat

Hadith pendukung keempat ini diriwayatkan oleh Abu Bakar al Aajuri di dalam kitab al Syari'ah (Jilid 2, H: 246) . Beliau berkata : Telah menyampaikan kepada kami Harun ibn Yusuf al Tajr, beliau berkata : Telah menyampaikan kepada kami Abu Marwan al 'Uthmani , beliau berkata : Telah menyampaikan kepadaku ayahandaku 'Uthman ibn Khalid daripada Abdur Rahman ibn Abi al Zinad daripada ayahandanya , beliau berkata :

من الكلمات التي تاب الله يها على آدم قال : اللهم إني أسألك بحق محمد عليك ، قال الله تعالى : وما يدريك بمحمد ؟ قال : يا رب ! رفعت رأسي فرأيت مكتوبا على عرشك ، لا إله إلا الله محمد رسول الله ، فعلمت أنه أكرم خلقك عليك .

"Di antara kalimah yang menyebabkan Allah menerima taubat Nabi Adam S.A.W ialah , dia berkata , "Ya Allah! Sesungguhnya aku memohon kepadaMu dengan kebenaran Muhammad di sisiMu" .

Allah S.W.T berfirman,

"Apakah yang menyebabkan engkau mengenali Muhammad?"

Jawabnya,

"Wahai Tuhanku ! Setelah aku mengangkat kepalaku, maka aku lihat di atas 'ArasMu tertulis : لا إله إلا الله محمد رسول الله (Tidak ada tuhan melainkan Allah, Muhammad pesuruh Allah).

Maka tahulah aku, sesungguhnya dia adalah semulia-mulia makhluk di sisiMu".

Melalui gabungan di antara athar ini dengan hadith yang diriwayatkan oleh Abdur Rahman ibn Zaid yang dikeluarkan oleh al Hakim, menguatkan dan menaikkan darjat hadith ini tanpa bersembunyi lagi.

Tulisan : Prof Dr Sayyid Muhammad Ibn 'Alawi Al Maliki Al Hasani

About The Author
Michi, that's my nickname. Im just an ordinary blogger. Searching for Mardhatillah. I'm hoping something. For those who knew me already, they will know what I looking for. Pray for my strenght and my success. I want to fly without wings... And I really what I think... (^_^) LuKLuK BaiDoa
Share This
Subscribe Here

0 comments:

 

Challenge Me!

Promote This Blog

Visitors

...::Lukluk Baidoa::..