Monday, July 20, 2009

Minggu Ketiga dan Ujian Allah...

Dengan Nama Allah aku berlindung, dengan Namanya memohon ampunan dan petunjuk...

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh wamaghfiratuh waridhwanuh... Masuk minggu ketiga, ujian demi ujian datang menimpa. Macam-macam ujian... tak tertanggung rasanya.

*Konvokesyen berjalan dengan lancar. Namun masih banyak kekurangan kerana inilah konvo pertama UDM. Banyak mulut-mulut daripada graduan, ibu bapa mahupun penggerak konvo sendiri. Bagi graduan yang mahukan sangat konvo, inilah konvo yang kamu inginkan. Terimalah seadanya. Jangan banyak komplen. Dulu bising nak konvo, bila dah konvo, bising apa lagi?? Inikan konvo pertama, tak mungkin lah semua nak perfect.

*Gerai PMKI pula, menjadi tempat persinggahan exco2 utk jaga. Malah ada juga yang tumpang sekaki nak promote barang HPA. Baju kelawar dan baju batik tu... tak tahulah sapa punya. Ape pun tolong je lah jaga gerai. Sebenarnya, bayak duty tak wat. Ana asif jiddan pengarah. Banyak masaqqah....

*TIGA PROPOSAL in progress during three weeks. Adoyai...semalam satu proposal kene reject. Problem kat belanjawan. Satu lagi proposal masalah perhubungan ngan Negeri Sembilan dan masalah bawah budi bicara presiden kolej kediaman. Satu lagi proposal, dah hantar ke ketua lajnah publisiti untuk disemak. Lepas ni, bertambah lagi satu untuk Kelab Catur pula...hahaha.padan muka. Proposal untuk tubuhkan satu lagi kelab mungkin akan menyebabkan semua masa ana akan lebih padat dan sendat.

*Bulan bahasa PMKI start bila ek ukhti Jumilah? Ana ditugaskan bahagian Bahasa Inggeris? Hahaha...camne nih,bahasa arab ley lar Jumilah... Apepun, itu satu cabaran. Bak kata pepatah kak Fatimah Az-Zahra, ukhti fil bait, buat jer,jangan takut.

*Sekretariat AADK bermasalah? Inilah yang paling mendukacitakan apabila AADK memberi kata “kamu yang ingin jadi sekretariat kami, bukan kami yang minta...” Kata-kata sinis seperti ini menyebabkan sapa2 yang mendengarnya terguris. Janganlah kamu sakiti saudara kamu seperti itu... Kesian presiden kami... asif la Khabir, kerana ana dan muslimat yang lain, enta dipilih jadi presiden pertama sekretariat ini. Semoga dapat menjalankan amanah dengan penuh sabar dan ikhlas. Allah pasti membalasnya nanti di syurga kelak.... Apepun, nantikan kemunculan PELANCARAN SEKRETARIAT AADK UDM pada 26 Julai 2009, 8.00 malam... Semoga berjalan dengan lancarnya...

*Untuk ukthi Nurul Islam, asif jiddan akk bukan sengaja nak tolak pelawaan enti jadi pentazkirah malam Tautan Ukhuwah bersama pelajar baru. Hari tersebut akk akan mengikuti seminar penghayatan Ramadhan. Janganlah berkecil hati... Masih ramai sahabat2 akak yg boleh ganti tmpat akak. Bukan akak seorang... afwan dan mohon faham

*Permintaan dari akhi di internet untuk cari maktabah hadis, permintaan penerangan untuk salah faham seorang teman mengenai salah fahamnye “virus H1N1 ada kaitan ke dengan yakjuj makjuj”, permintaan pembelajaran microsoft office, permintaan pembelajaran blogging... kesemuanya adalah sampingan ujian.

*Kelmarin g Kursus Pendakwah. Kat situ macam belajar Fiqh Muqarran plak. Start pukul 11 pagi dan abis slps asar. Peserta dberi peluang memegang Bible dan meneliti apa yang bercanggah dalam Al-Quran. Kami juga diberi pendedahan mengenai Hinduism dan Kristianiti...Bagus la Ustaz Amin dan Ustaz Lim. Tahniah kepada K.Nor kerana ley wat sampai ke sni...

*ASSIGNMENT dah dapat DUA dari Ustazah Najmiah untuk madah Tafsir Maudhuiyy dan Ulum Quran II. Pertama kali kami sekelas mendapat assingment seawal ini dalam masa 3 minggu kuliah. Dan ini KALI PERTAMA JUGA DAPAT LECTURER YANG SAMA UNTUK 5 JAM BERTURUT2. Ha... tak sangka pula Dr. Majeed (dari Mesir yang cakap Arab) tu dah tak jadi lecturer kerana kontrak dah nak tamat. Kalau tak,merasa lah belajar ngan syeikh arab.

*Ustaz Zaid pula... Akan ke Urdu tak lama lagi menyambung pengajiannya sehingga Master. Terima kasih kerana sudi mengajar kami sekelas... Ana juga tak perlu menangis depan ustaz lagi...hahahaha.... baek tol ana nih. Kang die bace blog, padan muke... Apepun, ana dah bagi jawapan pada ustaz secara kinayah. Harap ustaz faham jawapan daripada ana. Sampaikan salam pada Pn. Izma ek... cakap t.kasih sudi membantu. Tapi maaflah, sampai sini je. Ana tak dapat nak teruskan...Ana akan jadi lebih kuat untuk suatu jangka masa. Jadi pergilah kalian ke bumi Urdu tanpa risaukan ana. Ana ada sumber kekuatan yang pasti. Khaliq ana takkan tinggalkan ana... Pn. Izma, maceh tau tolong pasal sekretariat. Jasa Pn Izma dan suami takkan ana lupakan....

*Setelah hijrah, ujian berkenaan kaum adam tidak berhenti. Makin kuat pula ujiannya. Kenapa ye makin ana ingin menjadi tabah, semakin tabah itu diuji? Jawapannya, beserahlah pada Allah. Hanya Allah yang tahu apa yang kamu tidak ketahui.... Semalam ana menolak lagi satu manusia yang berketurunan Adam. Dah masuk ke berapa? Apa sebab ana tolak? Ana ah ade pilihan, itu ringkasan yang ana berikan. Jangan mengharap pada ana kerana ana tidak langsung memberi harapan pada kalian. Hentikanlah perbuatan kamu... Ia akan jadi satu fitnah nanti.

*Sahabat yang dulunya agak terkejut dengan perubahan diri ini akhirnya tidak menyebut apa2 lagi. Da dua orang sahabat lagi memberikan hadiah belated bufay berupa sebuah buku yang tajuk 1001 wasiat Rasulullah kepada wanita solehah. Arigato Gozaimas! Untuk sahabat yaang lain, den tak mau kelihatan seperti orang yang suka dibuli mahupun membuli. Tapi apa yang ana ingin katakan, kita berenam sentiasa bersama dah nak smpai 3 tahun dah ni. Tapi sebenarnya kita masih belum kenal hati masing2. Ape yang kuharapkan dari kalian tidak lain tidak bukan. Fahamilah...

*Ujian demi ujian.... Ana sentiasa beringat bahawa apa yang Allah turunkan itu satu rahmat... Ada kebaikan untuk makhluqnya ini belajar dan memahami sebuah kehidupan....yang mampu dipikul hambaNya...Allah akan mempermudahkan segala urusan kita....yang penting kita usaha! Jangan keluar rumah tanpa bawa payung...

About The Author
Michi, that's my nickname. Im just an ordinary blogger. Searching for Mardhatillah. I'm hoping something. For those who knew me already, they will know what I looking for. Pray for my strenght and my success. I want to fly without wings... And I really what I think... (^_^) LuKLuK BaiDoa
Share This
Subscribe Here

0 comments:

 

Challenge Me!

Promote This Blog

Visitors

...::Lukluk Baidoa::..