Tuesday, July 14, 2009

Pengantin Di Alam Barzakh

Bismillah walhamdulillah,

kali ni nak berkongsi sedikit dengan kawan dan untuk sama-sama mengoreksi diri kita yang sentiasa dalam kelalaian dan kealpaan. sememangnya ilmu yang bertakung di dadaku tidaklah mampu menandingi ke'arifan dan ketinggian ilmu mereka yang diluar sana.tidak kurang yang hebat dalam perjuangan.tapi begitulah adat dan ajaran Nabi S.A.W tatkala menyampaikan dakwah kepada semua ummat Islam.tidaklah disyaratkan untuk kita menjadi sempurna barulah kita dibolehkan untuk menyampaikan.perkara ini sering menjadi anggapan dan alasan bagi kita untuk mengelakkan diri dari menyampaikan yang hak.dan terkadang-kadang kita lebih suka mendiamkan diri dan menjadi seperti perabot yang pegun terpaku.

Nabi S.A.W pernah bersabda yang bermaksud:

"sampaikanlah dariku walaupun sepotong ayat-riwayat"
difahami dari maksud sabda baginda bahawa kita wajib menyampaikan sesuatu perkara walaupun dengan sepotong ayat.

Sesuatu yang berlaku di sebuah masjid menarik perhatian sekumpulan pelajar dan jemaah...

kelihatan segerombolan jemaah sedang memikul sesuatu di atas bahu mereka dan adakah saudara2 tahu apakah yang mereka sedang pikul?inilah jawapannya...

bersediakah anda semua???cukuplah ini sbg ingatan..

setiap yang bernyawa pasti akan menghadapi saat kematian.semua ini adalah realiti dan bukannya fantasi.semuanya telah dijelaskan oleh Allah S.W.T di dalam Al-Quran yang mulia.cumanya kita yang sentiasa melupakan perkara ini.

Oleh itu,untuk menghadapi saat kematian ini,kita mestilah mempersiapkan diri kita agar kita mampu soalan-soalan SPM yang akan dilontarkan nanti.jikalau soalan peperiksaan bolehlah kita 'menggoreng' atau 'menghentam kromo' aje,tapi soalan-soalan yang akan ditanya selepas kematian adalah soalan yang jawapannya bergantung kepada persediaan dan amalan serta ketaatan kita sewaktu di muka bumi ini.

Jika ditanya berkenaan soalan peperiksaan,ada antara kita yang menjawab "bolehlah..sekadar je" atau bahasa tganunya"skoda je",tidak kurang juga mereka yang menjawab dengan "aku goreng je". Tapi adakah soalan yang bakal ditanya di SPM atau (Sijil Padang Mahsyar) boleh kita menggoreng seperti peperiksaan di dunia???semestinya tidak saudara2 kerana disana yang berkata2 atau menjawab setiap persoalan bukanlah lidah kita,akan tetapi anggota2 yang terlibatlah akan menjawabnya..

Mata kita akan menjawab kemana arah pandangan kita sewaktu dimuka bumi ini,adakah pandangan kita sentiasa disucikan dengan melihat maksiat atau sebaliknya??

Tangan kita pula menceritakan apakah amalan yang kita lakukan ketika hidup di alam fana ini,adakah sentiasa membantu kearah kebaikan atau sebaliknya??

Begitulah yang dilakukan oleh anggota2 kita yang lain.sementara lidah kita yang banyak memutarbelitkan kata2,yang selalu menuturkan kata-kata dusta,hanyalah kaku dan tidak seperti di dunia satu ketika dulu..

Ingatlah sahabat2,hidup di dunia sementara,pintu rahmat dan maghfirah Allah sentiasa terbuka luas untuk hamba2Nya sementara belum tibanya hari Kiamat.Allah sentiasa memberi peringatan kapada hamba2Nya agar kita sentiasa berada dekat padaNya,oleh itu,janganlah "membutakan mata","memekakkan telinga" untuk melihat dan mendengar peringatan itu.

Akhir kalam,sama2lah kita mengetuk hati dan fikiran kita agar kita tidak terus terlalai dan tenggelam dengan nikmat dunia yang hanya sementara.

"antara tanda Allah benci kepada hambanya ialah menyibukkan mereka dengan sesuatu yang tidak bermanfaat"

saya berdoa agar kita semua tidak tergolong di dalam golongan dibenci Allah dan semoga Allah tetapkan hati kita dalam keimanan dan maghfirahnya sehinggalah kita bertemu dengan Allah dalam keadaan kita bersedia untuk menghadapinya.amin.

-kembaramursyid-

Pengantin... utk semua... Pada suatu masa yang ditetapkan... Kita pasti dirisik.. Pertunangan sejak azali.. Di hujung hidup nanti.. Berlangsungnya perkahwinanmu dengan maut.. Hantarannya..sakit dan nazak.. Tamu bertandang menghadiahkan esak tangis.. Pengantin dimandikan.. Dipakaikan baju cantik putih.. Wangian gaharu dan cendana.. Keranda jadi pelaminan.. Pengantin bersanding sendirian.. Di arak keliling kampung.. Berkompangkan azan dan kalimah kudus.. Akad nikahnya bacaan talkin.. Berwalikan liang lahat.. Saksi pula nisan-nisan.. Siraman air mawar.. Keluarga terdekat menepung tawar.. Tiba masa pengantin.. Menunggu sendirian.. Malam pertama bersama KEKASIH.. Di kamar bertilamkan tanah.. Dan Dia menuntut janji.. Sucikah kita tatkala berpadu.. Pernahkah taubat sepanjang hayat.. Atau terkubur bersama dosa-dosa... Dan Dia Kekasih itu.. Menetapkanmu ke syurga.. Atau melemparkan dirimu ke neraka
About The Author
Michi, that's my nickname. Im just an ordinary blogger. Searching for Mardhatillah. I'm hoping something. For those who knew me already, they will know what I looking for. Pray for my strenght and my success. I want to fly without wings... And I really what I think... (^_^) LuKLuK BaiDoa
Share This
Subscribe Here

1 comments:

ijad on July 15, 2009 at 10:01 PM said...

bagus blog ni....ada ilmu agama

 

Challenge Me!

Promote This Blog

Visitors

...::Lukluk Baidoa::..