Friday, July 10, 2009

Perbezaan Di Antara Maqam Khaliq Dengan Makhluk

Membezakan di antara maqam (kedudukan) Khaliq (Allah) dan makhluk ialah batas pemisah di antara keimanan dan kekufuran. Kami mempercayai, bahawa sesiapa yang mencampuradukkan di antara kedua-dua maqam ini, maka ia menjadi kafir. Semoga dilindungi Allah SWT.

Sememangnya, setiap maqam mempunyai hak-haknya yang khusus. Tetapi, terdapat beberapa perkara yang dibicarakan di dalam bab ini; terutamanya yang berkaitan dengan peribadi Nabi Muhammad SAW dan keistimewaannya, membezakan di antara Baginda SAW dengan manusia yang lain dan meninggikan martabatnya daripada manusia yang lain. Kadang kala, perkara ini mengelirukan dan samar-samar di sisi pengetahuan sebahagian manusia lantaran kesentengan akal, kelemahan fikiran, kesempitan penelitian dan kesalahan fahaman mereka. Lantas, mereka secara terburu-buru menghukum kafir orang yang membicarakan keistimewaan dan kelebihan Rasulullah SAW kerana menganggap golongan yang melakukan perbuatan sedemikian telah mencampuradukkan antara maqam Khaliq dan makhluq dan mengangkat darjat Nabi SAW sama tarafnya dengan darjat Tuhan. Sesungguhnya kami berlepas diri daripada anggapan sedemikian.

Sesungguhnya kami dengan kurniaan Allah, mengetahui apa yang wajib bagi Allah SWT dan apa yang wajib bagi RasulNya SAW. Kami juga juga mengetahui apa yang hana menjadi hak Allah SWT dan apa yang menjadi hak Rasulullah SAW, tanpa melampai batas dan berlebih-lebihan hingga sampai mensifatkannya engan sifat-sifat ketuhanan yang khusus bagi Allah; baik sebagai Tuhan yang disembah (ilah), mahupun sebagai Tuhan yang mengurus alam ini (rabb). Misalnya, sifat menghalang, mengurniakan, memberi manfaat dan kemudharatan secara sendiri bukan dengan kekuasaan Allah. Kita tidak mensifatkan Rasulullah SAW sebagai Zat yang Maha Berkuasa, Maha Kuat, Maha Menciptakan, Raja Yang Maha Kuasa, Yang Maha Mentadbir Alam, Yang Maha Agung, Yang Maha Berhak disucikan dan disembah dengan pelbagai cara ibadah, dalam pelbagai keadaan dan tingkatan.

Adapun Ghuluw, iaitu berlebih-lebihan dalam kesungguhan mencintai Nabi Muhammad SAW, mentaatinya dan teetambat hati dengannya, merupakan sikap yang disukai dan dituntut oleh Nabi Muhammad SAW, sebagaimana yang disebut di dalam hadith, sabda Rasulullah SAW:

لا تطروني كما أطرت النصارى ابن مريم

“Janganlah kamu berlebih-lebihan memujiku, sebagaimana orang-orang Nasrani berlebih-lebihan memuji Putera Maryam (Nabi ‘Isa A.S)

Maksud hadith ini ialah bersungguh-sungguh mencintai Nabi SAW dan memujinya dengan cara yang selain itu (tidak berlebih-lebihan sehingga mempertuhankannya seperti perbuatan orang Nasrani terhadap Nabi Isa A.S), merupakan perbuatan yang terpuji . Jika maknanya tidak sedemikian, maka hadith ini bermaksud melarang kita semua daripada memuji Nabi Muhammad SAW sama sekali. Tetapi kita sedia maklum, maksud yang kedua ini tidak akan diperkatakan oleh sejahil-jahil orang Islam sekalipun, kerana Allah SWT sendiri telah membesarkan dan menyanjung Nabi Muhammad SAW di dalam Al-Quran degan setingi-tinggi pujian dan kebesaran. Maka, kita wajib membesasrkan atau mengagungkan insan yang diagungkan oleh Allah dan yang diperintahkan supaya kita mengagungkannya. Meskipun emikian, wajib bagi kita untuk tidak mesifatkannya dengan sifat Rububiyyah. Semoga Allah merahmati orang yang berkata :

دع ما ادعته النصارى في نبيهم

واحكم بما شئت مدحا فيه واحتكم

"Tinggalkan cara orang Nasrani (Kristian) dalam menyanjungi Nabi mereka. (Nabi Isa A.S. Iaitu, jangan katakan Muhammad SAW itu mempunyai sifat-sifat ketuhanan). Selepas itu, terserahlah kepadamu untuk memuji Baginda SAW sesuka hati”.

Mengagungkan Nabi Muhammad SAW dengan selain daripada sifat-sifat ketuhanan, sama sekali tidak menganungi unsur-unsur kekufuran atau kesyirikan. Bahkan perbuatan tersebut merupakan ketaatan dan pendekatan diri kepada Allah yang sangat tinggi dan agung. Demikian juga halnya, mengagungkan orang-orang yang diagungkan oleh Allah SWT, seperti para Nabi dan Rasul SAW, para malaikat, ahli siddiqin, syuhada’ dan orang-orang soleh. Allah SWT berfirman :

         

32. Demikianlah (ajaran Allah), dan sesiapa yang menghormati syi'ar-syi'ar agama Allah[1], Maka(dialah orang yang bertaqwa) kerana sesungguhnya perbuatan itu satu kesan dari sifat-sifat taqwa hati orang Mukmin.”

(Surah Al-Haj : 32)

[1] Syi'ar Allah ialah: segala amalan yang dilakukan dalam rangka ibadat haji dan tempat-tempat mengerjakannya.

Di antara syi’ar Allah ialah Ka’abah yang diagungkan, Hajar Aswad dan Maqam Ibrahim A.s. Semuanya itu adalah batu-batu yang diperintahkan oleh Allah kepada kita supaya mengagungkan, engan cara melakukan tawaf di sekeliling Ka’abah, mengusap Rukun Yamani, mencium Hajar al-Aswad dan melakukan solat di belakang Maqam Nabi Ibrahim A.S. Kita juga diperintahkan supaya berhenti untuk berdoa di tempat-tempat yang mustajab, di pintu Ka’abah dan Multazam. Ketika melakukan semua perkara tersebut, kami tidak berniat menyembah selain Allah SWT. Bahkan, kami tidak ber’itiqad adanya sesuatu yang memberi kesan selain kekuasaan Allah SWT; baik dalam memberi manfaat, mahupun mudharat. Tidak ada sedikitpun daripada semuanya itu terjadi kerana pengaruh dan kekuasaan seseorang melainkan kerana kekuasaan Allah SWT.

About The Author
Michi, that's my nickname. Im just an ordinary blogger. Searching for Mardhatillah. I'm hoping something. For those who knew me already, they will know what I looking for. Pray for my strenght and my success. I want to fly without wings... And I really what I think... (^_^) LuKLuK BaiDoa
Share This
Subscribe Here

0 comments:

 

Challenge Me!

Promote This Blog

Visitors

...::Lukluk Baidoa::..