Sunday, August 16, 2009

Gotong Royong Perdana di Tanah Perkuburan Karak

Berita lanjut di http://www.abim.org.my/component/content/article/22-laporan-a-berita-abim/409-sukarelawan-abim-sertai-gotong-royong-perdana-anjuran-jawi-dan-maiwp.html

Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) telah mengadakan Gotong - Royong Perdana Bersama Y.B Menteri di Jabatan Perdana Menteri pada 15 Ogos 2009 (Sabtu) bersamaan 24 Sya’aban 1430H, bermula jam 8.00 pagi hingga 1.00 tengahari bertempat Tanah Perkuburan Islam, Jalan Karak Kuala Lumpur (berdekatan dengan Taman Koperasi Polis, Gombak) .

Orang ramai dijemput hadir. Aturcara Majlis:-

GOTONG - ROYONG PERDANA BERSAMA Y.B MENTERI DI JABATAN PERDANA MENTERI

TARIKH DAN TEMPAT

MASA DAN ATURCARA

15 Ogos 2009 (Sabtu)

Tanah Perkuburan Islam, Jalan Karak, Kuala Lumpur

(berdekatan dengan Taman Koperasi Polis, Gombak)

7.30 pg - Ketibaan Peserta

8.15 pg - Ketibaan Y.Bhg. Dato’

Hj. Che Mat bin Che Ali

Pengarah JAWI

8.30 pg - Ketibaan Y.B. Senator

Mejar Jeneral Dato’ Hj.

Jamil Khir bin Hj. Baharom

Menteri di Jabatan

Perdana Menteri

8.45 pg - Bacaan Doa

- Ucapan Aluan oleh:

Y.Bhg. Dato’ Pengarah

JAWI

- Ucapan Perasmian

oleh: Y.B Menteri di

Jabatan Perdana

Menteri

- Pelancaran Projek

Raudatul Sakinah

- Lawatan Tapak

Pameran

- Upacara Gotong-

Royong dilancarkan

- Jamuan

- Sidang Media

- Bersurai

Salam elaik.

Pagi semalam ana, K.Liza, K.Ija dan Bro Rashdan, wakil dari ABIM, bergerak ke tanah perkuburan Karak. Sampai-sampai kene beratur untuk ambil sebotol air, sebiji buah pear, sarung tangan, t-shirt dan tuala good morning yang free.

Kemudian kami terus makan. Apalah...datang terus makan...ish3 (geleng kepala). Kelihatan bahagian hadapan perkuburan sudah bersih dan banyak da plastik sampah yang dibungkus... (agak terlewat ka kami?).

Namun demikian, setelah abis makan, kami wat kerja kat bahagian tengah tanah perkuburan. Hehe.. agak teragak-agak untuk memijak tanah sebabnya kubur tu bersepah-sepah. Tapi akhirnya pijak jugak (bukan pijak kubur ea...pijak tanah)...

Rasanya bro rashdan duk tangkap gambar lebih...hehe... yang paling byk wat keje kami ler... tapi sekrang bukan kerja yang dinilai. Yang dinilai adalah keikhlasan membuat kerja. Kalau tak ikhlas, adakah kerja itu sebaik yang kita mahukan?

Di sini ana ingin berkongsi perasaan. Sesuatu yang amat terasa menusup hati. Apabila membersihkan tanah perkuburan tu, ade perkara yang mase ana pulang, ana bawa sekali... (bukan penunggu dan bukan hantu)...

Saat melihat kubur2 yang berlalang, terdetik di hati 3 perkara...

1- Di sinilah ana akan kembali... ke liang lahad, ke lubang kubur setelah hidup di dunia. Inilah tempatnya ana akan bersendirian, tiada teman... Tiada siapa yang peduli lagi... Tangis mereka hanya di waktu kematianku, hanya di Aidilfitri.......

2- Bilakah tarikh kematianku... Bilakah saat kematianku... Adakah cukup amalanku di dunia ini? Apakah ana punya peluang untuk menambah setiap amalan persediaan menuju negeri abadi? Adakah sebentar lagi ana menghembuskan nafas terakhir? Ya Allah...

3- Siapakah yang akan ziarah kuburku nanti? Membersihkan kuburku... mendoakan diriku.. Adakah kuburku nanti seperti ini (yang berlalang tidak dibersihkan)... Adakah ana akan dapat melahirkan cahaya mata yang soleh dan solehah, yang mampu menjadi harta yang paling berharga, mendoakan diriku dan mengingatiku selalu dengan menghadiahkan Fatihah dan Yasin... Membekalkan cahaya terang untuk kuburku nanti..

Di saat ini ana insaf. Betul2 terkesan di dalam hati... Alhamdulillah, ana dipilih Allah untuk menghadirkan diri ke tanah perkuburan ini untuk bermuhasabah...

Buat yang bergelar sahabat, marilah kita nilai amalan kita, adakah berada di bahu kita amalan yang secukupnya menuju ke kubur yang gelap gelita... Sudah memadai kah amalan kita menanggung segala dosa kita sebelum ini? Fikir-fikirkanlah...

Setelah itu, majlis perasmian dimulakan...Kelihatan VVIP baru sampai (tak wat keje pun). Bayangkan salah satu ucapan pengerusi majlis membuatkan rase mmg untuk publisiti :

"Dipersilakan pihak media untuk berada di atas pentas untuk sesi fotografi kerana selepas ini Menteri di Jabatan Perdana Menteri akan menandatangani plak perasmian."

Inikah tujuan pihak media dijemput? Nampaknya pihak media kita tak lain tak bukan SAMA SEPERTI PIHAK MEDIA DI INDONESIA.

About The Author
Michi, that's my nickname. Im just an ordinary blogger. Searching for Mardhatillah. I'm hoping something. For those who knew me already, they will know what I looking for. Pray for my strenght and my success. I want to fly without wings... And I really what I think... (^_^) LuKLuK BaiDoa
Share This
Subscribe Here

0 comments:

 

Challenge Me!

Promote This Blog

Visitors

...::Lukluk Baidoa::..