Sunday, September 27, 2009

Al-Isti'arah

Al-Isti'arah pada bahasa merujuk kepada meminjam sesuatu. Al-Isti'arah mengikut pandangan ahli balaghah merupakan penggunaan sesuatu perkataan yang tidak mengikut pengertian asal kerana ada hubungan persamaan serta ada petanda yang menghalang daripada menggunakan pengertian asal.

Al-Isti'arah adalah sebahagian daripada al-majaz yang pada asalnya merupakan tasybih yang digugurkan musyabbah, wajh syabah, partikel tasybih dan hanya menyebut musyabbah bih atau sifatnya sahaja. Oleh itu Al-Isti'arah ialah al-majaz yang mana hubungan antara makna asal dan makna majazi adalah dalam bentuk persamaan/tasybih.

Rukun Isti'arah

Al-Isti'arah mempunyai tiga rukun asas seperti berikut :

  1. Musta'ar lahu
  2. Musta'ar minhu
  3. Musta'ar

Musta'ar lahu ialah perkataan yang tidak mengikut pengertian asal yang dipinjam daripada perkataan lain. Musta'ar minhu merupakan perkataan yang tidak mengikuti pengertian asal yang dipinjam kepada perkataan lain. Sementara itu musta'ar perkataan yang dipinjam untuk makna lain.

Anda boleh membezakan perkataan yang mengandungi makna asal atau isti'arah berdasarkan beberapa ayat yang berikut:

  1. Saya lihat singa di hutan
  2. Saya lihat seorang lelaki gagah berani di medan peperangan
  3. Saya lihat seorang lelaki gagah berani seperti singa di medan peperangan
  4. Saya lihat seekor singa di medan peperangan

Ayat (1) hingga (3) merupakan ayat hakikat kerana kita boleh memahami maksud sebenar daripadanya dan tidak terdapat sebarang makna majazi. Ayat (4) adalah ayat isti'arah apabila anda meminjam perkataan musyabbah (lelaki) kepada musyabbah bihnya (singa) dan bukan yang dilihat di medan peperangan itu seekor singa tetapi seorang lelaki. Ayat ini digugurkan musyabbah (lelaki) dan dipinjamkan musyabbah bihnya (singa) menggantikan musyabbah; maka makna majazi yang dikehendaki daripada ayat tersebut ialah seorang lelaki walaupun perkataan yang disebut adalah perkataan singa kerana petunjuk (qarinah) kepada makna majazi ialah 'di medan peperangan'.

Terjemahan kitab Ilmu al-Bayan, Siri Al-Balaghah Al-Arabiyah II.

Oleh Ustaz Abdul Wahid Salleh

Khas untuk semua student Pengajian Kontemporari Islam yang mengambil madah Balaghah.

About The Author
Michi, that's my nickname. Im just an ordinary blogger. Searching for Mardhatillah. I'm hoping something. For those who knew me already, they will know what I looking for. Pray for my strenght and my success. I want to fly without wings... And I really what I think... (^_^) LuKLuK BaiDoa
Share This
Subscribe Here

0 comments:

 

Challenge Me!

Promote This Blog

Visitors

...::Lukluk Baidoa::..