Tuesday, September 1, 2009

Perbezaan Tafsir Maudi’iy Dengan Tafsir Maudu’iy

Kita dah tahu tafsir dari sudut methodologinya dan jalan-jalan para mufassirin (penafsir) terbahagi kepada empat iaitu Tafsir Tahlili, Tafsir Ijmali, Tafsir Muqaran dan Tafsir Maudu’iy.

So, kali ni kita tau bahagian2 yang empat ini boleh dibahagikan kepada pembahagian lain, yang lebih syumul (lengkap). Maka kat sini kita jadikan 3 Tafsir yang terawal tadi (Tafsir Tahlili, Tafsir Ijmali dan Tafsir Muqaran) di bawah satu bahagian yang besar iaitu Tafsir Maudi’iy yang mana ianya bertentangan dengan Tafsir Maudu’iy.

Tafsir dari sudut metodologi para mufassirin (penafsir) ni terbahagi kepada dua : Tafsir Maudi’iy dan Tafsir Maudu’iy.

Tafsir Maudi’iy adalah seseorang itu rujuk kepada sesuatu tempat dari Al-Quran, dengan mengikut susunan ayat demi ayat dalam surah-surahnya. Bahagian ini kadang-kadang dalam bentuk Al-Ma’thur atau Ar-Ra’yi, kadang2 dalam bentuk tahlili (analitik) secara detail, ataupun dalam bentuk ijmali secara ringkas, dan kadang-kadang dalam bentuk muqaran (perbandingan), megikut kesesuaian metod tersebut.

Tafsir Maudu’iy pula adalah seseorang itu melazimi padanya dalam bentuk topik, bukan pada tempat itu sendiri. Maka seseorang itu menghimpunkan ayat2 Al-Quran dari tempat2nya dan membina daripadanya dengan binaan yang sempurna, menetapkan tempat Al-Quran itu pada satu isu tertentu.

Tafsir Tahlili, Ijmali dan Muqaran adalah Tafsir Maudi’iy kerana seseorang yang kekal pada sesuatu tempat tidak melangkaui tempat laen kecuali selepas dia menyempurnakannya. Maka dia kekal di surah tersebut sehingga datang tafsirannya. Dan ketika seseorang berhenti pada wihdah al-uula, maka dia kekal di situ dan tidak berpindah ke wihdah at-thani kecuali menyelesaikan wihdah al-uula tadi. Dan ketika mana seseorang itu menafsirkan satu ayat dari ayat-ayat Al-Quran, dia tidak melangkaui dalam menafsirkan ayat seterusnya melainkan dia selesai mentafsirkannya. Contohnya Tafsir Al-Munir karangan Wahbah Zuhaili. Sebab itulah kita boleh katakan nama Tafsir Maudi’iy adalah sebahagian daripada tafsir. Setiap karangan yang sebelum ini adalah mengikut peredaran kurun sejarah Islam – iaitu dari segi bahagian2 dari tafsir dalam sudut boleh mengambil kira tafsir mauduiyyah untuk Al-Quran.

Manakala Tafsir Maudu’iy pula adalah berlawanan dengan Tafsir Maudi’iy kerana seseorang pengkaji atau pentafsir tidak kekal pada sesuatu tempat dari Al-Quran, satu surah, satu himpunan ayat dan sebagainya. Dia mengambil topik untuk dikaji di atas topik yang dia buat kajian dan berdirinya penafsir ini dalam perjalanan topik, dalam surah-surah dan ayat-ayat sekaligus, mengenali cara merawati surah-surah yang pelbagai dan ayat-ayat yang berbilang2 untuk sesuatu tajuk tertentu, iaitu pada skop kajiannya dan tidak berpaling kepada topik lain. Contohnya macam ni, Seseorang itu mengkaji topik zakat, maka ia akan mengkaji ayat-ayat,surah-surah secara keseluruhan tentang zakat sahaja dan tidak pergi kepada topik yang lain. Dia tidak pergi kepada topik nikah kerana masa tu dia sedang mengkaji topik zakat sehingga selesai topik zakat tu.

Tafsir Maudi’iy ada nama lain iaitu Tafsir At-Tajzii-iy (juzuk demi juzuk) manakala Tafsir Maudu’iy pula juga ada nama lain iaitu Tafsir At-Tauhidiy (satu-satu topik).

Mengikut pendapat Syeikh Muhammad Baqar As-Sodru dalam kitabnya “Madrasah Al-Quraniah” :

Tafsir At-Tajzii-iy ini bermakna satu metodologi yang dipelopori para mufassirin (penafsir) yang berkait dengan Al-Quran Al-Karim mengikut susunan ayat dan berdasarkan kepada rangkaian ayat Al-Quran itu.

Para penafsir dalam kawasan metodologi ini mengikuti mashaf dengan menafsirkan ayat Al-Quran – petikan2 ayat Al-Quran secara beransur-ansur (satu persatu).

Tafsir At-Tauhidiy pula tak menyediakan tafsiran ayat Al-Quran satu persatu yang dilaksanakan dalam Tafsit At-Tajzii-iy tadi. Tetapi Tafsit At-Tauhidiy ini berkisar pembinaan dengan pembelajaran Al-Quran, untuk satu topik dari topik-topik yang meliputi aspek kehidupan seperti akidah, kemasyarakatan, kejadian alam dan sebagainya.

Dari sini jenis penamaan Tafsir Maudi’iy dinamakan Tafsir At-Tajzii-iy kerana para penafsir menjuzuk-juzukkan (membahagi-bahagikan) ayat2 itu dan memklasifikasikan ayat2 itu kepada beberapa ayat atau jumlah. Kemudian, mereka membicarakan tentang jumlah tersebut satu ayat demi ayat. Kadang-kadang mereka membicarakan tentang kalimah demi kalimah ayat2 Quran itu sendiri.

Penamaan Tafsir Maudu’iy dinamakan Tafsit At-Tauhidiy kerana para penafsir menghimpunkan/menyatukan ayat-ayat yang pelbagai yang dibincangkan tentang sesuatu tajuk/topik, mengumpulkan ayat-ayat Al-Quran, menegeluarkan hakikat-hakikatnya, isyarat-isyaratnya yang berbeza, selepas dia meninjau dalam seluruh ayat2 Al-Quran tentang tajuk tertentu.

Kesimpulannya, Tafsir Tahlili kadang-kadang dinamakan Tafsir Maui’iy dan kadang-kadang dinamakan Tafsir At-Tajzii-iy. Manakala Tafsir Maudu’iy kadang-kadang dinamakan dengan Tafsir At-Tauhidiy.

Rujukan

Kitab At-Tafsir Al-Maudu’iy Baina A-Nazoriah Wa Tattbiq karangan Doktor Solah Abdul Fattah Al-Kholidiy

Untuk student tahassus lil qismi Al-Quran Wassunnah.
About The Author
Michi, that's my nickname. Im just an ordinary blogger. Searching for Mardhatillah. I'm hoping something. For those who knew me already, they will know what I looking for. Pray for my strenght and my success. I want to fly without wings... And I really what I think... (^_^) LuKLuK BaiDoa
Share This
Subscribe Here

3 comments:

Nor Atiqah Abd Talib on September 2, 2009 at 9:25 AM said...

salam.. michi..
akk pun amik subjek tafsir maudhu'iy sem ni..
best kan tajuk ni?
dh study semula utk exam baru phm betul2..huhu
truskn berkongsi ilmu qurani utk semua yg membaca..
=)

Nor Atiqah Abd Talib on September 2, 2009 at 9:25 AM said...

salam.. michi..
akk pun amik subjek tafsir maudhu'iy sem ni..
best kan tajuk ni?
dh study semula utk exam baru phm betul2..huhu
truskn berkongsi ilmu qurani utk semua yg membaca..
=)

aL-LuKLuK aL-BaiDoa on September 2, 2009 at 9:55 PM said...

waalaikumussalam wbt.
la..akak pun amik same yerk...meh la tukar2 ilmu.michi nak tau akk blaja ape..akk gtaw la akk blaja pkai kitab ape..michi suke tau subjek ni...hehe...time dalam kelas dah paham,alhamdulillah...berkat doa mak... best ngan syok sgt.hehe...
insyaallah kak michi try kongsi ape yg michi ade dgn pembaca... ^_^

 

Challenge Me!

Promote This Blog

Visitors

...::Lukluk Baidoa::..