Friday, October 16, 2009

Al-Mughni An Hamlil Asfaar Fil Asfaar Fi Takhrij Ma Fil Ihya Minal Akhbar

Kitab ini dikarang Al-Hafiz Zainuddin Abdur Rohim bin Husin al-Iroqi. Beliau telah mentakhrij hadis-hadis yang terdapat pada kitab "Ihya Ulumuddin" karangan Al-Ghozali (505 H).

Takhrij ini dicetak dengan label kitab "Ihya Ulumuddin". Kitab ini kitab takhrij yang sangat baik sekaligus membuktikan kepiawaian al-Iroqy dalam ilmu-ilmu hadits.

Method al-iroqi dalam takhrij, jika suatu hadis terdapat pada kitab As-Sohihaini atau pada salah satunya, cukuplah mengacu kepadanya. Jika hadis tersebut terdapat pada salah satu kitab yang enam yang mentakhrijkan. Jika hadis tersebut terdapat pada salah satu kitab yang enam, ia tidak perlu mengacu kepada yang lainnya. Kecuali ada tujuan positif, di mana orang yang mentakhrijnya komit dengan kesohihan dalam kitabnya, atau lafaznya lebih dekat kepada lafaznya yang ada pada "Al-Ihya". Jika hadis dimaksud tidak terdapat pada salah satu kitab yang enam, ia menyebut sumber-sumber lainnya dari kitab-kitab hadis yang terkenal, jika hadis tersebut terulang dalam "Al-Ihya". Jika hadis itu terulang pada salah satu bab, biasanya, ia menyebut takhrijnya pertama kali.

Terkadang ia mengulang takhrij kerana suatu maksud, atau kerana takhrijnya sudah disebutkan terdahulu.

Jika sebutan ulangan itu pada bab lain, ia mentakhrijkanya pada semua tempat dan memperingatkan bahawa ia sudah terdapat di muka.

Metod Al-Iroqy dalam mengemukakan takhrij dengan menyebut permulaan hadis yang ada dalam "Al-Ihya" dan para pelakunya. Kemudian ia jelaskan yang sohih, hasan atau dhoif. Jika hadis termaksud tidak berasal pada kitab As-Sunnah, ia menjelaskan demikian dengan perkataan :

(Tidak ada asalnya).Terkadang dengan (Aku tidak mengetahuinya). Ertinya ia tidak mengetahui sebagai hadis pada kitab-kitab sunnah, sepanjang pengamatannya. Hal ini ungkapan yang sangat tepat darinya.

Kitab takhrij tercetak ini merupakan resume (ringkasan) kitab takhrij yang besar dan luas. Hal ini disinyalir Al-Iroqy dalam mukaddimahnya berikut ini:

"Waba'du. Ketika Allah sudah member taufik untuk menyempurnakan pembicaraan tentang hadis-hadis Ihya Ulumuddin 751 H. Ia tidak sepat meneliti sebahagian hadisnya. Lalu aku undur hingga tahun 760 H. lalu aku beruntung mendapat banyak hal yang tidak aku ketahui sebelumnya, kemudian penjelasan pada tulisan yang sederhana. Aku terlambat menyempurnakannya, bukan bererti aku menyerah sebelum aku memperoleh informasi lebih banyak tentang itu.

Permintaan orang banyak berulang kali agar aku merampungkannya, lalu aku sambut baik. Tetapi aku melakukannya sangat ringkas, agar mudah menggunakannya. Di dalamnya aku membatasi menyebut permulaan hadis, pengarangnya, pentakhrijnya dan menjelaskan yang sohih, hasan atau dhoif.

Takhrij ini penting sekali kerana kitab "Ihya Ulumuddin" mengandung banyak hadis dhoif dan diragukan. Takhrij ini hadir menjelaskannya, membedakan antara yang sohih dan yang tidak dengan singkat dan bahasa yang jelas, mudah difahami. Semoga Allah membalas ganjaran sebaik-baiknya kepada hafiz Al-Iroqy dan ulama-ulama lain yang sudah melestarikan Sunnah-sunnah Nabi lewat karya tulis/kitab mereka yang sangat berguna.

Berikut sebuah contoh takhrij Al-Iroqy tersebut :

"Allah menciptakan air dalam keadaan suci, tidak ternoda oleh najis sedikitpun, kecuali yang berubah warnanya, rasa dan baunya".

Hadis ini ditakhrij oleh Ibnu Majah dari hadis Abi Umamah dengan isnad dhoif. Diriwayatkan tanpa pengecualian oleh Abu Daud, An-Nasa'iey dan At-Turmudzi dari hadis Abu Sa'id. Abu Daud dan lainnya menganggapnya sohih.

Kitab Usul Attakhrij Wa Dirasat Al Asanid

Oleh : Prof Dr. Mahmud Al Thohhan

Terjemahan untuk Pelajar Pengajian Islam

Madah Takhrij Hadis Musyrif : Al-Ustaz Mohd Hakim (UDM - Universiti Darul Iman Malaysia)

About The Author
Michi, that's my nickname. Im just an ordinary blogger. Searching for Mardhatillah. I'm hoping something. For those who knew me already, they will know what I looking for. Pray for my strenght and my success. I want to fly without wings... And I really what I think... (^_^) LuKLuK BaiDoa
Share This
Subscribe Here

0 comments:

 

Challenge Me!

Promote This Blog

Visitors

...::Lukluk Baidoa::..