Friday, October 9, 2009

Laporan Seminar Anti Dadah IPTA Zon Pantai Timur

Bismillahirrahmanirrahim.

Selamat Datang Ke Program Seminar Anti Dadah IPTA 2009 Zon Pantai Timur

Pada pagi 9 Oktober, satu program Sekretariat AADK UDM (SAADK UDM) telah julung-julung kalinya diadakan di Dewan Besar Al-Muktafi Billah Syah, Universiti Darul Iman Malaysia. Program ini telah mendapat sambutan yang begitu menggalakkan dari semua IPTA dan IPTS di seluruh zon pantai timur.
Inilah AJK Jemputan yang berdiri dari seawal pukul 7.30 pagi sehingga 8.30 pagi dengan penuh kesabaran dan muka yang manis. (Smart juga ajk jemputan dan protokol pakai pakaian selaras-sape yek ketuanya. Hehehe...) Ajk jemputan dan protokol telah diberikan taklimat awal supaya menjadi professional untuk menyambut tetamu yang hadir.
Ini urusetia di bahagian pendaftaran. (sian kat sorang tu sakit mata- tu yang pkai spek mata hitam-->diberitahu oleh ajk)
Dua orang di sebelah kiri adalah ketua unit jemputan dan dua orang di sebelah kanan merupakan ketua unit protokol. Buat pengetahuan semua, ketua setiap unit adalah terdiri daripada wanita. Di bawah setiap unit, terdapat 12-13 orang AJK untuk membantu.
Ini adalah ketua unit makanan. Mereka mempunyai ajk yang paling ramai dan sentiasa berada di tempat makanan disediakan. Tugas mereka lebih memenatkan kerana tempat jamuan tersebut panas. Apepun, tiada keluhan yang kedengaran dari ajk-ajk mereka. Tahniah dan bagus! Mari kita lihat tetamu-tetamu yang hadir pula...
Ini adalah rombongan pertama yang selamat tiba pada pukul 8.00 pagi. Ceria kesemuanya.
Pihak sekretariat kami mengiringi pegawai pengiring ke tempat pendaftaran. Lihat pula rombongan2 seterusnya.
Selamat Datang ke Pameran AADK
Peserta-peserta teruja untuk melihat pameran yang diadakan di foyer DABS.
Sampai terduduk2 melihat pameran. Ish...apa yang mereka tengok tu? Mari kita lihat apa yang mereka sibuk nak tengok...
Pegawai AADK memberi taklimat tentang jenis-jenis dadah kepada para peserta.
Ceramah AADK
Khusyuk sangat mendengar sampai ade yang tertidur. Nasib la.. camerawoman ni maen tangkap gambar semua orang. Jadi, jangan salahkan camerawoman ni..keletihan dengan perjalanan ke UDM tadi barangkali.
Pihak urusetia juga tidak melepaskan peluang untuk mendengar ceramah tentang dadah yang membahayakan.
Barisan AJK wanita
Ajk makanan sudah bersedia di tempat jamuan untuk melancarkan makan pagi dan tengahari walaupun cuaca agak panas.
Bagus kan kerja ajk makanan.. Cantik tersusun je air minuman die...
Peserta yang membanjiri tempat jamuan. Kesemuanya diberi makanan...(kebuluran..keh3)...
Penerangan kepada peserta yang masih belum mendaftarkan diri menjadi ahli RADA-Rakan Anti Dadah.
Apabila selesai isi.... Dapatlah KEYCHAIN FREE!!!
Ni ajk protokol yang smart bergaya yang kene pakse berdiri kat depan pintu dewan sampai VIP datang. (Sape la ketua mereka yang kejam tak sediakan tempat duduk untuk diorang nih..ish3)
Ni ajk protokol dan jemputan yang sama-sama bekerjasama dalam menyambut VIP yang bakal tiba sebentar lagi...
Mengumumkan ketibaan... Yang berhormat En Nordin bin Jusoh, Dekan Hal Ehwal Pelajar dan Alumni UDM, En Rumaizi, En Fauzan, dan pegawai AADK (tak ingat la name die sape), diiringi oleh Presiden Sekretariat Agensi Anti Dadah Kebangsaan UDM iaitu Saudara Mohd Khabir bin Mohd Yassin....
En Nordin diberi penerangan oleh pegawai AADK.

Alhamdulillah acara perasmian penutup berjalan lancar. Tak dapat nak amik gambar sebab ana akan bertugas di belakang pentas (walaupun lepas tu, dah ade orang ganti-nak kene En Fauzan nih-).

Di sini pihak penganjur dan semua Jawatankuasa Sekretariat Agensi Anti Dadah Kebangsaan UDM memohon seribu kemaafan jika ada sebarang kekurangan dalam menjalankan majlis tersebut. Segala yang baik itu datang dari Allah dan segala yang buruk itu datang dari diri kami sendiri.

Sekalung penghargaan buat kesemua ahli jawatankuasa program ini kerana bertungkus lumus dalam menjayakan program yang besar-besaran dan julung-julung kalinya diadakan oleh Barisan Sekretariat Agensi Anti Dadah Kebangsaan UDM. Sekian, wassalam...

Laporan untuk blog oleh

Mashitah binti Zainol Abidin

~Al-Lukluk Al-Baidoa a.k.a Michi~

5.30 pm

9 Oktober 2009

Bersamaan 20 Syawal 1430 H

Nota: Walau program ini adalah program yang ke berapa ntah ana dan sahabat2 wat, tapi inilah pertama kali ana meletakkan gambaran perjalanan program di blog untuk paparan umum. Sebab Sekretariat AADK UDM ini ana yang usaha untuk tubuhkan sejak Mei 2008. Namun, tahun ini barulah ia diluluskan. Rasa teruja untuk meletakkan program ini di blog kerana inilah persatuan yang ana sendiri tubuhkan bersama sahabat-sahabat ana. Terima kasih kepada Mr President kerana sanggup memikul tugas seorang Ketua Persatuan ana walaupun setelah didesak beberapa kali. Ana dan sahabat2 mengucapkan jutaan terima kasih kepada Mr President Mohd Khabir bin Mohd Yassin kerana sudi menerima kami seadanya sebagai orang yang sama-sama membangunkan persatuan ini. Mohon maaf kerana ana menolak jawatan Naib Presiden. Tidak semestinya persatuan ini ditubuhkan kerana idea ana, maka ana yang perlu menjadi Naib Presiden. Tak semua orang yang mengeluarkan idea itu berhak menjadi ketua. Ana dengan rendah diri mengatakan ana masih belum bersedia menerima jawatan itu. Terima kasih juga kepada semua exco-exco yang lain. Tiada kalian, tiadalah persatuan ini. Kalianlah sahabat-sahabat ana yang banyak berjasa membangunkan SAADK UDM. Tahniah dan syabas kepada semua barisan kepimpinan SAADK UDM. Terharu rasanya hati ana saat tulis ucapan ni. Semoga Barisan kepimpinan yang seterusnya akan wat lebih banyak program dan memperkasakan lagi program2 SAADK. Semoga berjaya...

About The Author
Michi, that's my nickname. Im just an ordinary blogger. Searching for Mardhatillah. I'm hoping something. For those who knew me already, they will know what I looking for. Pray for my strenght and my success. I want to fly without wings... And I really what I think... (^_^) LuKLuK BaiDoa
Share This
Subscribe Here

1 comments:

izzat89 on October 21, 2009 at 8:10 PM said...

assalamualaikum..ai kak..bile 1st time tau y udm nk wt prog ni kn...agk teruja jgkla nk join..tp pk kn mase 2 kte pn de prog jgk..utk pengetahuan akak kan..kte pn salah seorang mt bagi persatuan PEMADAM UKM, so apa2 program berkenaan dadah msti rasa teruja nak join..so boleh di katakan kita ni satu kroni la ek..hihi..salam ukhwah kak..syukran

 

Challenge Me!

Promote This Blog

Visitors

...::Lukluk Baidoa::..