Saturday, November 28, 2009

Kerana lidah tak bertulang...

Apabila lidah itu tidak bertulang, ia tidak akan pernah senyap. Pernahkah kalian jumpa lidah yang tidak digunakan sedangkan ia befungsi? Tidak! Sama sekali tidak! Setiap kali ia digunakan seumur hidup kita, ia tidak akan lari dari berkata bohong, fitnah, kritik, mgata... Inilah bencana lidah apabila ia tidak selari dengan iman di dada. Tepuklah dada sendiri, tanyalah pernahkah diri kita tidak pernah melakukan tipu? Pernahkah kita tidak pernah memfitnah? Pernahkah kita tidak pernah mengkritik dan mengata? Setiap insan pasti pernah paling kurang sekali melakukan perkara tersebut. Tidak ada yang tidak pernah berbuat demikian. Itulah kekurangan kita berbanding Junjungan Besar Nabi Muhammad Sallallahu Alaihi Wasallam. Maka, perbaikilah diri kita supaya mengawal lidah. Lidah yang biasa dengan bohong, akan digelar pembohong. Lidah yang biasa dengan fitnah, akan digelar pemfitnah dan seterusnya. Nauzubillah min zalik. Nah, marilah sahabat-sahabat sekalian. Kita elakkan lidah kita dari berbicara perkara yang mendatangkan binasa pada diri kita.
.
Acapkali kita terkena bencana lidah. Hatta kerana lidah orang lain pun, kita terkena bencananya. Benarlah kata pujaan seven, andai lidah terpotong, berkuranglah penghuni neraka. Kita sedih, kecewa, terpinggir, teraniaya, terfitnah dek kerana lidah yang tak bertulang ini.

sedih + kecewa + terkilan

Sesuatu tertimpa kepada kerana sesuatu yang tidak dijangka. Sesuatu yang tidak pernah terjadi. Suatu kepercayaan yang telah dihancurkan. Suatu amanah yang dimusnahkan. suatu janji yang dimungkiri. Itulah yang tertulis di dalam kehidupan. Teruslah bersujud pada Khaliqmu, mengadu kepada Dia bahawa engkau tertimpa sesuatu yang beban, sesuatu yang sukar, sesuatu yang dihancurkan, sesuatu yang dimusnahkan, sesuatu yang dimungkiri, sesuatu yang begitu menyesakkan dadamu. Sujud... Mengadulah... Dia mengetahui apa yang berada di dalam dadamu. Hanya DIA... Dia akan mengurangkan bagimu segala yang kau deritai... PASTI.

sedikit pasrah + sedikit redha

masih lagi terbelenggu dari sakit yang mencalar? apakah tidak kau serahkan hati sepenuhnya pada Tuhanmu? memang kau insan yang dhaif, kasihan... Iman masih belum tebal. senipis bawang barangkali. Itulah namanya ujian duniawi yang kecil. Tapi engkau sudah lemah. Mana pengakuanmu sebagai seorang yang beragama Islam, bersaksi bahawa Allah itu Tuhanmu, bersaksi bahawa Rasul itu utusan Tuhanmu? Alunkan ayat-ayat suci Al-Quran, bertasbihlah memuji Tuhan, bermunajat penuh khusyu', rindui kasih Ilahi di sepertiga malam, buatlah sesuatu yang baik di atas muka bumi ini dan menghindarkan diri dari perkara yang tidak disukaiNya. Pasti kau beroleh kenikmatan yang tidak terhingga. Nikmat kelapangan hati menerima ujian dengan seredha-redhanya. Hanya kerana DIA...

Kembalikan tali yang terputus. ikatkan kembali butiran tasbih itu. Sambungkan tangan-tangan yang terurai. Kesat air matamu. ini perhentian sementara buatmu. hanya sementara... Ujian itu juga sementara. Sebentar lagi kau dijemput Ilahi. Sambutlah tangan yang menghulur. Jangan diulit dengan egois yang ada. Buangkan sifat syaitaniah itu jauh2.

REDHA + PASRAH

About The Author
Michi, that's my nickname. Im just an ordinary blogger. Searching for Mardhatillah. I'm hoping something. For those who knew me already, they will know what I looking for. Pray for my strenght and my success. I want to fly without wings... And I really what I think... (^_^) LuKLuK BaiDoa
Share This
Subscribe Here

0 comments:

 

Challenge Me!

Promote This Blog

Visitors

...::Lukluk Baidoa::..