Monday, November 16, 2009

Majaz Mursal

Al-Majaz al-Mursal ialah penggunaan perkataan yang tidak mengikut pengertian asal sebab tiada hubungan persamaan serta tiada petanda yang menghalang daripada menggunakan pengertian asal.

majaz Mursal ni merupakan majaz yang mana hubungan antara makna asal dengan makna majazi tidak terbina atas dasar persamaan. ia dinamakan majaz mursak sebab perkataan mursal bermaksud bebas atau tidak terikat dengan satu bentuk hubungan persamaan je.

kaitan makna al-majaz al-mursal

Kaitan makna asal dengan makna majazi dalam al-Majaz al-mursal adalah banyak. tapi yang kita nak bincang adalah lebih menekankan kepada lapan kaitan yang utama iaitu:

1) Kaitan seluruh ('Alaqah Al-Kulliyyah)

2) Kaitan Juzuk ('Alaqah Al-Juz iyyah)

3) Kaitan Sebab ('Alaqah As-Sababiyyah)

4) Kaitan Penyebab ('Alaqah Al-Musabbabiyyah)

5) Kaitan Tempat ('Alaqah Al-Mahalliyyah)

6) Kaitan keadaan ('Alaqah Al-Haaliyyah)

7) Kaitan Dulu ('Alaqah I'tibari Ma Kana)

8) Kaitan Depan ('Alaqah I'tibari Ma Yakunu)

1) Kaitan seluruh ('Alaqah Al-Kulliyyah)

Hubungan antara makna keseluruhan yang disebutkan dengan makna sebahagian yang dikehendaki.

Jom kita tengok contoh dulu nak bagi faham.

Contoh pertama

"يجعلون أصابعهم به آذانهم من الصواعق حذر الموت " (Al-Baqarah ayat 19)

Maksudnya : Mereka menyumbat jari ke dalam telinga masing-masing dari mendengar suara petir karana mereka takut mati.

Ade ke orang masukkan seluruh jari ke dalam telinga? tidak ada kan? jadi ayat ni majaz mursal sebab dia sebut jari. Yang dimaksudkan bukan semua jari tu, tapi hujung jari je... Maka jari disebut tapi yang dikehendaki adalah hujung jari sahaja...

contoh kedua;

أقاما ابن عبد الحميد في جوهور

Maksudnya : Ibnu Abdul Hamid menetap di Johor

Ayat ni menunjukkan bahawa Ibnu Abdul Hamid menetap di Johor tapi maksud sebenarnya bukan keseluruhan Johor tu beliau menetap. Tapi sebahagian kecil Johor. Ayat ni menyebut keseluruhan Johor tapi dia nak maksudkan kepada kita sebahagian kecil sahaja contohnya Segamat ke, Batu Pahat ke...Lagi kecil, di rumah dialah...

2) Kaitan Juzuk ('Alaqah Al-Juz iyyah)

Hubungan yang wujud antara sesuatu benda yang disebutkan sebahagiannya dengan makna keseluruhan benda tersebut.

Contohnya:

الإسلام يحث على تحرير الرقاب

maksudnya : Islam menggesa umatnya membebaskan tengkuk.

Tengkuk ayam? Pegi pasar malam, carilah tengkuk ayam pastu makan lah...apalagi..itu jela caranya nak bebaskan tengkuk... hihihi....melawak aja... okey kite serius balik na...

Maksud ayat di atas adalah ... Islam menyuruh umatnya memerdekakan hamba. hubungan makna majazi (tengkuk) dengan makna asal hamba adalah kaitan sebahagian dengan keseluruhan. Dia sebut tengkuk tapi dia sebenarnya nak sebut hamba. kan tengkuk tu sebahagian dari hamba...

I'rab sikit...

Al-islam : mubtada' marfu' biddommah azzohirah fi aakhirihi

yahussu: feel mudhori' marfu' biddommah azzohirah fi aakhirihi

'ala : aim mabni ala sukun la mahalla lahu minal 'irob

tahrir : majrur bi 'ala waalamatu jarrihi alkasrah azzohirah fi aakhirihi

arriqob : mudhof ilaih majrur bilkasrah

3) Kaitan Sebab ('Alaqah As-Sababiyyah)

Hubungan antara sebab yang disebutkan sebab dengan musabbab yang dikehendaki

contohnya

قرأت العقّاد

maksudnya : saya baca al-'aqqaad

maksud al-'aqqaad adalah karya-karya yang ditulis oleh beliau. al-'aqqaad tu adalah sebab terhasilnya karya-karya yang agung maka disebutkan terus dalam ayat dengan nama beliau sebagai majazi.

contoh lain

رعت الماشية الغيث

maksudnya : binatang ternakan memakan air hujan

perkataan air hujan bukan mununjukkan makna yang sebenar. Binatang ternakan hanya makan rumput. Kaitan antara air hujan dan rumput adalah kaitan sebab musabbab kerana air hujan merupakan punca atau sebab tumbuhnya rumput.

Faham tak ni? Gini... ade pernah nampak lembu buka mulut ternganga nak minum air hujan? tak pernah kan? jadi ayat ni majaz mursal la. sebab lembu bukan makan air hujan tapi dia makan rumput. rumput kalau tak ada hujan, tumbuh tak? Jadi air hujan adalah sebab musabbab rumput tumbuh.

4) Kaitan Penyebab ('Alaqah Al-Musabbabiyyah)

Hubungan antara penyebab yang disebutkan dengan sebab yang dikehendaki

contohnya:

إن الذين يأكلون أموالاليتامى ظلما إنما يأكلون في بطونهم نارا

(surah al-nisa ayat 10)

maksudnya: Sesungguhnya orang-orang yang memakan harta naka-anak yatim secara zalim sebenarnya mereka itu hanyalah menelan api ke dalam perut mereka

Perkataan nara (api) adalah lafaz majaz kepada mala (harta) kerana orang-orang yang memakan harta anak yatim tidak memakan api tetapi memakan makanan haram. Apabila mkanan haram memenuhi perut mereka maka balasannya adalah api neraka. Api neraka merupakan hasil kepada makanan haram.

5) Kaitan Tempat ('Alaqah Al-Mahalliyyah)

6) Kaitan keadaan ('Alaqah Al-Haaliyyah)

7) Kaitan Dulu ('Alaqah I'tibari Ma Kana)

8) Kaitan Depan ('Alaqah I'tibari Ma Yakunu)

no 5 hingga 8 akan dibincangkan pada post yang akan datang...

About The Author
Michi, that's my nickname. Im just an ordinary blogger. Searching for Mardhatillah. I'm hoping something. For those who knew me already, they will know what I looking for. Pray for my strenght and my success. I want to fly without wings... And I really what I think... (^_^) LuKLuK BaiDoa
Share This
Subscribe Here

2 comments:

islam is the way of life-فيصل مصطفى on December 3, 2011 at 4:48 PM said...

salam,saya mahu sangat share benda ni dengan kengkawan saya tapi x boleh..mohon sangat boleh share

LuKLuK BaiDoa on December 3, 2011 at 4:57 PM said...

wslm.silakan utk share.
Mohon diselitkan sumber asalnye dr blog ini

 

Challenge Me!

Promote This Blog

Visitors

...::Lukluk Baidoa::..