Thursday, November 19, 2009

Perlis pengganti Sempadan Thai...

Kahwin lari salah satu pemudah cara untuk bersama. Tidak dinafikan orang Mesia ramai yang memilih kawin lari di sempadan Thailand. Siapa yang beriya kahwin di selatan Thailand ini? Tentulah LELAKI. Pemudah cara kan...

Almaklumlah wang hantaran yang diminta wang ringgit beribu-ribu, rumah sebesar yusof haslam dengan kereta limosin sebijik. Nak kenduri pulak macam Datuk Siti dgn Datok K...aduhai... mana tak beruban. wat sesimple dah la... jgn kerana nk wat kenduri branded smpai nk tnjuk riak. Nabi saw bersabda;

حَدَّثَنَا أَوْلِمْ وَلَوْ بِشَاةٍ

“Adakah walimah walaupun dengan seekor kambing”.[HR. Imam Bukhari dan Muslim]

.

Kan best kalau mas kawin hanyalah telekung dan senaskhah Al-Quran je. Tak adalah nak terkuis-kuis cari kerja untuk menyediakan mas kawin. Itulah sebaik-baik hantaran. Qalam Al-Quran itu mampu memimpin rumahtangga dalam meraih keredhaanNya bukan kekayaan dunia yang bersifat sementara. Harta bukan jaminan kebahagiaan. Nabi SAW bersabda :

“Sebaik-baik mahar, adalah mahar yang paling ringan [bagi laki-laki].” (HR Al-Hakim, Al-Mustadrak no 2692; Imam Ash-Shan’ani, Subulus Salam, 3/152

Bacala kisah Tsa'labah di sini tentang sahabat nabi yang terlalu cintakan harta....

masuk bab wali jap...Wali enggan terima menantu...Ada juga wali yang inginkan terbaik untuk anaknya. Dia tidak akan senang-senang memberikan anaknya kepada orang lain tanpa menyelidiki ciri-ciri seseorang lelaki tersebut. Sebagai contoh, wali akan menyelidiki tentang cara pergaulan lelaki tersebut. Caranya bagaimana? Wali ni ajak bersembang lah. Dia akan melihat sejauh manakah lelaki tersebut dari segi agamanya, ilmunya, hormat orang tua, etc. Dari cara sembang tulah wali tadi akan menilai sesuaikah lelaki ini untuk anaknya. Dari perbualan, wali akan dapati gambaran awal tentang lelaki tersebut. Kemudian, wali akan menjenguk pula kepada keluarga lelaki tersebut. Masa itulah kata putus seorang ayah untuk anak gadisnya sama ada "Ayah berkenan" atau "Ayah tak berkenan".

Tapi ada juga wali yang pergi menyamar tukang jual ubat macam cerita P.Ramlee dengan lagunya "Hai obat, hai obat, marilah beli obat, kalau terlambat, tak dapat..." hahaha... Tak percaya? Percayalah sekali sekala. Memang ada wali yang berbuat demikian

Baru-baru ni ana dapat berita dari seorang teman. Mertua tak berkenan. Sebabnya, lelaki takat SPM, anak dia pula universiti. Yang lelaki walaupun takat SPM, dah bekerja kat Jabatan A---- I---- ------- -----------. kerja dalam pejabat pula. Katanya dah mampu nak beristeri. Tapi,apakan daya. Mertua tak setuju jugak. Terbengkalai lah harapan dua-dua merpati ni nak bina masjid tahun ini. Tak apalah... ada hikmahnya.bersabarlah...sesungguhnya Allah bersama-sama dengan orang yang bersabar.

Ada juga yang meminta pendapat ana tentang kawin lari. Seketika ana diam. Adakah itu sahaja yang nampak sebagai jalan terakhir untuk bersama? Namun ana tetap memberikan bicara mengenainya.

Hukum Kahwin lari Di Selatan Thailand

Soalan : Apakah hukum ‘kahwin lari’ di Selatan Thailand?

Jawapan : Hukum pernikahan di luar negara adalah sah dengan syarat :

a) Pernikahan itu mengikut rukun nikah

b) Pernikahan itu melebihi dua marhalah

c) Tiada keputusan mahkamah yang menghalang perempuan itu berkahwin atas alasan syarak di tempat dia bermastautin

d) Pernikahan itu dilakukan oleh wali hakim yang diiktiraf oleh wilayah negara berkenaan dan diakad nikahkan di wilayah berkenaan di mana dia ditauliahkan sebagai wali hakim.

RUJUKAN : Keputusan Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Kebangsaan Kali Ke 52 Bertarikh 1 Julai 2002

.

punca: jahil. mengikut hawa nafsu.

kebaikan: dapat berkahwin, menghalalkan hubungan suami-isteri.,tak kena denda bila nak daftar perkahwinan di mesia,tak terjerat dlm sindiket perkahwinan palsu (tok kadi palsu..etc),sekurang kurangnya rasa selamat@secure berkahwin di negara sendiri..

keburukan: derhaka. mengaibkan ahli keluarga, menghancurkan hati ibubapa. mendapat murka Allah, and the list goes on.

.

Perlis Pengganti Sempadan THai???

Sekarng ini tidak perlu lagi bagi mana-mana lelaki atau suami yang mhu berkahwin/nikah dua pergi ke menyeberang ke Thailand. Perlis adalah negeri pengganti bagi sempadan Thai jika untuk kahwin dan mahu menyembunyikan rahsia dari diketahui oleh isteri pertama.Perlis mendapat untung dari hasil upah nikah dan bayaran pendaftaran tersebut. Perlis amat kekurangan hasil kutipan kerana negeri itu kecil dan hanya bergantung kepada pertanian seperti padi dan buah-buahan.

Nikah di sempadan mmg senang tapi bila nk daftar di malaysia prosedurnya agak rumit. utk proses pendaftaran pernikahan tu lebih kurang begini (ikut undang-undang negeri masing2) secara umum:

1. rujuk pejabat agama masing2 - ada negeri yang buat pndakwaan terlebih dahulu dan ada yang buat pengesahan dan pendaftaran dulu baru pendakwaan

2. ada negeri yang boleh daftar terus tanpa perlu panggil isteri pertama dan ada negeri yang panggil isteri pertama untuk proses mengesah dan mendaftar perkahwinan poligami

3. utk langkah yg selamat..dptkan pengesahan daripada kedutaan negara kita diluar negara (negara kita bernikah)-surat mengesahkan bahwa pernikahan kita itu sah dan surat bahawa pernikahan kita dijalankan oleh majlis agama yg diiktiraf

4. prepare saksi yg boleh bg keterangan bg pihak kita di mahk sama ada yg jadi saksi perkahwinan atau yg ada dan wujud di tempat kejadian dan menyaksikan pernikahan tu

5. dari segi hukuman boleh dikenakan denda atau penjara bagi kesalahan2 yg berasingan, tak semstinya pertuduhan atas satu kesalahan je, blh jadi lebih - c/o suami blh didakwa atas kesalahan poligami tanpa kebenaran, bernikah tanpa kebenaran dan isteri juga boleh didakwa atas kesalahan bernikah tanpa kebenaran pendaftar nikah.

.

munaqashah: bole kahwin tanpa wali. kes kat perlis tu maksudnya bole kahwin dgn mendapat persetujuan mahkamah kalau ayah-wali mujbir tak setuju menjadi wali, dalam kes ni mahkamah yg jadi wali atau wali hakim. bukan bule kawin langsung tanpa wali.menda ni dah lama ada dalam enakmen, kalau ayah/abang/atuk tak setuju nak jadi wali, phk perempuan bule mendapatkan wali hakim dgn menyatakan sebab wali2 tersebut enggan menjadi wali.. benda dah lama, kita je tak alert.. kes2 mahkamah yg serupa pun dah ada... (tentang wali, nanti kita akan bincangkan pada post2 yg akan datang)

wanita menolak Kahwin lari

Kenapa nak berlari, kawin jalan tak de ke? Nah...ini ayat majaz ni.. kawin jalan yang ana maksudkan kawin mengikut prosedur yang betul. Effects die banyak... So many lah... Tapi wanita perlulah berfikir semasak-masaknya menerima seseorang lelaki menjadi zaujnya. Jikalau lari pemudah cara, silakan. Tapi beringatlah, wahai wanita... itulah maruahmu... Kalau sape2 ajak ana kawin lari, ana nak lempang die...(huyooo... macam berani je). Tapi jawapan ana, AWAK BUKAN CALON SUAMI YANG SAYA CARI SEBAB MEMBELAKANGKAN IBU BAPA AWAK DAN IBU BAPA SAYA.

sedarlah wahai wanita....lelaki yang anda kenal 3-4 bulan itu, tidaklah baik seperti yang anda sangka.lebih-lebih lagi kalau yang nak kahwin lari dengan anda itu adalah suami orang.jangan kerananya anda mengabaikan ibu-bapa yang menjaga anda selama belasan atau puluhan tahun.kasih lelaki boleh ditukar-ganti, tetapi kasih ibubapa bawa ke mati.akhir kata, hormatilah ibubapa anda, kalau nak kahwin, minta izin.redha Tuhan terletak pada redha ibubapa. perkahwinan tu sesuatu yg suci. kahwin lari ke sempadan bnyk keburukan dr kebaikan..dah la memula nak kahwin besusah .payah ke sana..lepas kahwin pun ada kesannya..family masih tak dpt terima ke..umm..fikir habis2..jangan ikutkan.nafsu & kehendak.. wanita..berkeraslah apabila tiba saat dan masanya maruahmu cuba 'dimurahkan'..ngan takut kalo tak da jodoh dgn si dia..percaya dgn janji ALLAH s.w.t..

.

KUALA LUMPUR: Mufti Johor, Datuk Noh Gadut menasihatkan wanita Islam yang hendak berkahwin dengan cara menggunakan wali hakim berusaha memujuk bapa mereka terlebih dahulu supaya membenarkan perkahwinan itu.

Beliau berkata, ikatan perkahwinan yang mendapat restu ibu bapa pasti beroleh keberkatan berbanding perkahwinan yang tidak mendapat kebenaran keluarga.

Pelaksanaan enakmen itu boleh mewujudkan ‘hubungan tidak jernih’ antara anak dengan bapa yang menentang perkahwinan anaknya atas sebab-sebab yang dirasakan munasabah.

Noh menegaskan, tiada ertinya seseorang wanita mendapat seorang suami tetapi kehilangan bapanya, malah lebih buruk lagi perkahwinan yang tidak direstui boleh mencetuskan permusuhan keluarga yang berterusan.

“Dari segi agama, memang boleh wanita itu mendapatkan wali hakim apabila walinya ingkar atau tidak memberi persetujuan atas sebab-sebab munasabah.

“Tetapi nasihat saya, tunggu dahulu. Pujuk betul-betul. Ini kerana jika bapa sendiri tidak memberi restu, ia seperti mewujudkan permusuhan... dan ini tidak cantik.

“Jika ada perselisihan, cuba gunakan orang tengah,’’ katanya kepada Utusan Malaysia hari ini.

Mufti Johor itu berkata demikian ketika diminta mengulas keputusan kerajaan negeri Perlis menguatkuasakan Enakmen Pentadbiran Undang-Undang Keluarga Islam (Pindaan) 2007 yang akan memberi peluang kepada wanita Islam di negeri itu yang tidak mendapat persetujuan wali meneruskan hasrat mereka untuk berkahwin.

Mengulas lanjut, Noh berkata, enakmen itu sebenarnya bukan baru kerana ia telah pun dilaksanakan oleh negeri-negeri lain.

Bagaimanapun, beliau berkata, pelaksanaan enakmen itu boleh mewujudkan ‘hubungan tidak jernih’ antara anak dengan bapa yang menentang perkahwinan anaknya atas sebab-sebab yang dirasakan munasabah.

Beliau berkata, dalam melaksanakan enakmen tersebut, Pejabat Kadi selalunya akan memanggil bapa terbabit dan memberinya nasihat tentang implikasi dan risiko yang mungkin dihadapi sekiranya dia enggan memberi kebenaran untuk anak perempuannya bernikah.

Sementara itu, tokoh agama, Datuk Abu Hassan Din berpendapat, wali hakim sepatutnya menjadi pilihan terakhir bagi wanita yang hendak berkahwin.

Menurutnya, seseorang bapa berhak untuk menghalang anaknya daripada berkahwin jika beliau berpendapat pasangannya tiada `kufu’ atau keserasian terutama dalam soal amal ibadat.

“Jika bapa itu melihat calon menantunya tidak solat dan sebagainya, maka mengikut syarak dia berhak menghalang perkahwinan tersebut.

“Bagaimanapun, jika beliau sengaja tidak mahu menikahkan anaknya tanpa sebab munasabah, maka mahkamah boleh memerintahkan wali hakim memberi kebenaran perkahwinan. Semua ini akan diambil kira oleh mahkamah dalam membuat keputusan,’’ katanya.

(Sumber : Akhbar tempatan)

Untuk Undang2 Mesia ttg kawin kawin lari nih leh la layari laman web subulassalam.blogspot...

About The Author
Michi, that's my nickname. Im just an ordinary blogger. Searching for Mardhatillah. I'm hoping something. For those who knew me already, they will know what I looking for. Pray for my strenght and my success. I want to fly without wings... And I really what I think... (^_^) LuKLuK BaiDoa
Share This
Subscribe Here

0 comments:

 

Challenge Me!

Promote This Blog

Visitors

...::Lukluk Baidoa::..