Monday, November 16, 2009

Tawassul Manhaj Aqidah ASWJ

Tawassul Manhaj Aqidah Ahli Sunnah Wal Jamaah

Hukum berdoa kepada yang lain selain dari Allah HARAM. Ia adalah syirik besar. Berdoa merupakan "otak" kepada segala jenis ibadat menurut hadis; dan segala ibadah mestilah hanya diarahkan kepada Allah semata-mata. Oleh itu, sesiapa yang berdoa kepad selain daripada Allah bermaksud ia telah mengabdikan dirinya kepada selain dari Allah. Sekiranya ia telah mengabdikan diri kepada selain dari Allah, maka ia telah syirik kepada Allah. Nauzubillah min zalik...

Contohnya ialah membuat seruan "Ya Abdul Qadir Jailani", "Ya Saidina Al-Badawi", "Ya Ali", "Ya Hassan", dan lain-lain lagi. Perbuatan itu selalu dibuat oleh sesetengah golongan di hadapan kubur wali-wali atau syeikh mereka atau ketika mereka dalam keadaan bahaya. Allah melarang kita berdoa melainkan kepadaNya sahaja. FirmanNya dalam Surah Al-Jin ayat 18 :

وأن المساجد لله فلا تدعوا مع الله أحدا

yang bermaksud : "Da sesungguhNya masjid-masjid itu adalah kepunyaan Allah. Maka janganlah kamu berdoa kepada sesiapa pun bersama Allah". FirmanNya juga kepada Nabi Muhammad SAW dalam Surah Al-Jin ayat 20 :

قل إنما أدعوا ربي ولا أشرك به أحدا

yang bermaksud : "Katakanlah : Sesungguhnya aku hanya berdoa semata-mata kepada Tuhanku dan aku tidak mempersekutukan sesuatu denganNya".

Dalam perkara ini eloklah dijelaskan di sini masalah "tawassul" dari sudut hukum Islam. Dalam Kamus Lisan Al-Arab (Jilid 11, muka surat 724), telah dijelaskan bahawa maksud seseorang itu "bertawassul kepada Allah melalui wasilah" ialah dia mengerjakan suatu amalan untuk mendekatkan dirinya kepada Allah dengan amalan tersebut". Begitu juga maksudnya dalam tafsiran ayat 35 Surah Al-Maidah :

يأيها الذين ءامنوا اتقوا الله وابتغوا إليه الوسيلة

yang bermaksud : "Hai orang-orang yang beriman, bertaqwalah kepada Allah dan carilah Al-Wasilah kepadaNya". Imam At-thabari (Jilid 6, muka surat 226) dan Ibnu Kathir (jilid 2, muka surat 48) telah mengatakan :

وابتغوا إليه الوسيلة.......... قال قتادة : أي تقربوا إليه بطاعة والعمل بما يرضيه

yang bermaksud : "Dan carilah Al-Wasilah kepadaNya... Berkata Qatadah : "Iaitu mendekatiNya dengan taat kepadaNya dan beramal dengan apa yang diredhaiNya".

Perkataan tawassul adalah lebih umum dari perkataan "istighathah". Menurut kamus Lisan Al-Arab (jilid 2, m/s 174) dan Al-Mukjam Al-Wasid, makna perkataan istighathah ialah memohon pertolongan kepada sesiapa yang boleh membantu atau melepaskannya ketika dalam kesempitan atau ditimpa bala. Maka istigahthah adalah merupakan sebahagian dari amalan tawassul dan kedua perkataan ini adalah sebahagian dari jenis doa.

Pada umumnya tawassul terbahagi kepada tiga :

1) Bertawassul dengan iman dan amal soleh. Ia terbahagi pula kepada tiga bahagian:

(a) Bertawassul kepada Allah dengan mana-mana atau sifat Allah. Firman Allah pada Surah Al-A'raf ayat 80 :

ولله الأسماء الحسنى فادعوه بها

yang bermaksud : " Dan Allah itu mempunyai nama-nama yang baik (mulia) oleh itu berdoalah dengan (menyebut) nama-nama itu".

(b) Bertawassul kepada Allah dengan amalan soleh orang yang berdoa atau meminta.

Iaitu ber tawassul dengan satu atau beberapa amalan soleh yang telah dikerjakan dengan benar-benar ikhlas tanpa sebarang riya' atau kemegahan oleh yang meminta dengan berdoa kepada Allah meminta dikabulkan permintaannya dengan amalan-amalan ini. Dalilnya ialah kisah yang telah diriwayatkan oleh Rasulullah SAW (dalam Sahih Bukhari (kitab Al-Ijaarah, hadis no : 2272) dan Muslim) berkenaan tiga orang mukmin yang telah terperangkap di dalam sebuah gua yang ditutupi oleh batu yang besar lalu salah seorang daripada mereka pun berkata :

إنه لا ينجيكم من هذه الصخرة إلا أن تدعوا الله بصالح أعمالكم

yang bermaksud : "Sesungguhnya tidak akan diselamatkan kamu dari batu (besar) ini melainkan kamu mendoakan kepada Allah dengan amalan-amalan kamu yang soleh:.

Maka tiap-tiap mereka pun bertawassullah dengan amalan-amalan mereka yang soleh lalu berganjakkanlah batu tersebut dan selamatlah mereka dari masalah yang dihidapi.

(c) Bertawassul dengan doa seorang yang soleh

Iaitu meminta orang yang soleh yan masih hidup bukan setelah ia mati) agar mendoakan kepada Allah untuknya. Dalilnya ialah hadis riwayat imam Al-Bukhari (hadis no 3710 dan 1010) dan muslim di mana umar ibnu Al-Khattab R.A di zaman khalifahnya telah meminta Al-Abbas (bapa saudara Rasulullah SAW) untuk beroa kepada Allah meminta hujan di suatu musim kemarau dengan berkata :

اللهم إنا كنا نتوسل إليك بنبيك فتسقينا ، وإنا نتوسل إليك بعم نبينا

yang bermaksud : "Ya Allah sesungguhnya kami dahulu telah bertawassul kepada Engkau dengan nabi kami maka telah Engkau turunkan hujan kepada kami bertawassul kepada dengan Saudara Nabi kami".

maka kita perhatikan disini bahawa selepas wafatnya Rasulullah, PARA SAHABAT TIDAK LAGI BERTAWASSUL kepada Rasulullah SAW walau pun kubur Rasulullah SAW di sisi mereka di Madinah tetapi bertawassul kepada bapa saudaranya Al-Abbas yang masih lagi hidup di zaman umar RA. Perlu ditugaskan di sini bahawa bertawassul dengan menyeru atau pun yang masih hidup tetapi tiada wujud di sisi orang yang berhajat yang ingin meminta pertolongan orang yang ghaib itu supaya mendoakan untuknya. adalah amalan yang diharamkan .Oleh itu adalah wajib kita sentiase berpegang dengan manhaj mereka, ; tidak kepada yang lain.

2)Bertawassul dengan zat sesuatu.

Ini adalah menyerupai amalan musyrikin dengan tuhan-tuhan mereka. Mereka bertawassul dengan tuhan-tuhan ini untuk menyelamatkan mereka dari azab dan mendapat syafaat dariNya.

Firman Nya dalam Surah Az-Zumar ayat 3:

والذين اتخذوا من دونه أولياء ما نعبدهم إلا ليقربونا إلى الله زلفى

yang bermaksud: "Dan orang-orang yang mengambil pelindung selain dari Allah berkata: Kami telah menyembah mereka melainkan supaya mendekatkan kami kepada Allah dengan sedekat-dekatnya". Bertawassul cara berginilah yan BERBENTUK SYIRIK..

3) TAWASSUL YANG BID'AH

Contohnya ialah dengan berkata: "Aku meminta kepadaMu ya Allah dengan hak Nabi Muhammad", atau "Dengan hak wali fulan bin fulan (yang telah pun mati), dan lain-lain lagi. Cara begini kesemuanya adalah bid'ah yang menyesatkan. Tidak ada satu riwayat pun dari para sahabat, para tabi'in , para tabi' tabi'in , imam-imam besar dalam feqah dan ahli-ahli hadis yang membenarkan tawassul secara begini. Bahkan kita dapati dalam hadis Imam Al-Bukhari yang telah diriwayatkan di atas bahawa Umar Al-Khattab RA telah pergi ke Abbas RA dan tidak ke kubur Rasulullah atau menyeru nama Rasulullah SAW dalam bertawassul kepada Allah untuk meminta hujan. Semua hadis-hadis yang membenarkan kita bertawassul dengan orang yang telah mati adalah hadis lemah, batil atau palsu belaka.

About The Author
Michi, that's my nickname. Im just an ordinary blogger. Searching for Mardhatillah. I'm hoping something. For those who knew me already, they will know what I looking for. Pray for my strenght and my success. I want to fly without wings... And I really what I think... (^_^) LuKLuK BaiDoa
Share This
Subscribe Here

0 comments:

 

Challenge Me!

Promote This Blog

Visitors

...::Lukluk Baidoa::..