Monday, November 30, 2009

Umar & Wanita Bani Hilal

Kisah Umar bin al-Khattab dan Wanita Daripada Bani Hilal Serta Proses Perkahwinan Puteranya Dengan Wanita Itu

Di antara yang mereka ceritakan adalah semasa Umar menjadi khalifah, dia melarang perbuatan mencampurkan susu dengan air. Suatu malam, dia keluar menuju ke pinggiran kota Madinah. Tanpa diduga, dia mendengar suara seorang wanita berkata kepada anak gadisnya, "Tidakkah engkau mencampurkan susu daganganmu dengan air? Subuh sudah datang!"

Anak gadisnya menjawab, "Bagaimana mungkin aku mencampurkannya. Engkau lakukan sahajalah. Amirul Mukminin tidak akan tahu."

Anak gadisnya berkata lagi, "Jika Umar tidak tahu, Tuhan Umar pasti tahu. Aku tidak akan mencampurkannya kerana dia telah melarangnya."

Kata-kata gadis itu menusuk ke relung hati Umar bin al-Khattab. Keeseokkan paginya, Umar mengundang Ashim, puteranya menemuinya dan dia berkata kepada puteranya, "Puteraku, pergilah ke tempat begini dan begini. Tanyakanlah mengenai gadis ini, (Umar menceritakan mengenai si gadis itu kapda puteranya)."

Ashim lalu pergi. Ternyata si gadis itu berasal dari Bani Hilal. Umar lalu berkata kepada Ashim, "Pergilah anakku dan kahwinilah gadis itu. Dia sangat sesuai melahirkan seorang kesatria yang akan memimpin bangsa Arab".

Ashim lalu mengahwini gadis itu. Wanita itu melahirkan untuk Ashim seorang puteri iaitu Ummu Ashim binti Ashim bin Umar al-Khattab, yang kemudian dinikahi oleh Abdul Aziz bin Marwan bin Hakam. Daripada pasangan ini, lahirlah Umar bin Abdul Aziz. Imam Laits bin Sa'ad menceritakan kepadaku, "Firasat yang benar adalah firasat Aziz Mesir ketika meramal Nabi Yusuf AS dan mengatakan, 'Bawalah Yusuf kepadaku agar aku memilih dia sebagai orang yang rapat kepadaku.' Maka tatkala raja telah bercakap-cakap dengannya, dia berkata, 'Sesungguhnya, kamu mulai hari ini menjadi orang yang berkedudukan tinggi lagi dipercayai pada sisi kami.' (Surah Yusuf:54) dan firasat Umar dalam melihat jati diri wanita daripada Bani Hilal dan melahirkan Umar bin Abdul Aziz".

Ada seorang yang dapat dipercayai memberitahuku daripada Laits, dia menambah, "Dan firasat Sulaiman bin Abdul Malik pada Umar bin Abdul Aziz."

Suatu ketika, Umar terbangun daripada tidurnya, lalu mengusap-usap wajahnya dan menggosok-gosok kedua belah matanya sambil berkata, "Siapa ini keturunan Umar yang diberi nama Umar dan perilaku seperti Umar?" Dia mengulang-ulang pertanyaannya itu.

Buku: Umar Abdul Aziz (Peribadi Zuhud Penegar Keadilam)

Karya: Abdullah bin Abdul Hakam

About The Author
Michi, that's my nickname. Im just an ordinary blogger. Searching for Mardhatillah. I'm hoping something. For those who knew me already, they will know what I looking for. Pray for my strenght and my success. I want to fly without wings... And I really what I think... (^_^) LuKLuK BaiDoa
Share This
Subscribe Here

0 comments:

 

Challenge Me!

Promote This Blog

Visitors

...::Lukluk Baidoa::..