Monday, December 14, 2009

Berprogram bersama Kump Nasyid !

Kem Bina Rohani ini telah dianjurkan oleh Mekar ESQ SDN BHD & Madrasah Qasimul Ulum bersama Kumpulan Nasyid yang baru yaitu ZAIDAN. Kem ini telah diadakan di River Stone Eco Resort, Ulu Yam, Selangor.
Sesi pendaftaran telah dibuka seawal 2.30 petang memandangkan ibu bapa telah tiba lebih awal dari masa yang ditetapkan. Pendaftaran agak kurang kerana telah urusetia lelaki sembahyang Jumaat dan masih belum pulang. Ana bersama K.liza menjaga pendaftaran wanita dan pendaftaran lelaki pula dijaga oleh urusetia peserta lelaki. (Mengomel sebab ade urusetia yang NAK belikan makanan tghari utk kami, tapi makanan tu tak sampai kepada kami. K.liza dan ana telah menjadi mangsa gastrik sehingga petang... )
Ana meneliti peserta2 yang bakal mendaftarkan diri untuk kem ni...
Setelah taklimat kepada ibu bapa diberikan, peserta pula diberi taklmat oleh Al-Ustaz Alauddin selaku Mudir Madrasah Qasimul Ulum dan Mekar ESQ SDN BHD. peserta diminta utk muhasabah diri mengapa mereka dihantar ke kem tersebut. (Ana ngan K.liza mase ni di tahap kritikal gastrik. Paling teruk k.liza...huhuhu...cian kat kitaowang. Sampai aty org yg nk belikan nasi tghari kat kitaowang tu tidak menepati apa yang dikatakannya. Waaaa... Kalau ya pun, jgn la bg harapan kat kitaowang mnuggu nasi tghari. Dari pagi kami tak makan...)
Solat maghrib di conduct oleh Al-Ustaz Saiful dan kuliah maghrib disampaikan oleh Al-Ustaz Azmir. LDK 1 - Membina moto dan bendera kumpulan masing2... best2... di conduct oleh salah seorang kump Nasyid ZAIDAN iaitu Faiz. (Sebenarnye ana tak rasa apa2 pun bersama kump nasyid ni, takde rase teruja atau apa2. Sebab bagi ana mereka orang biasa yang ingin berdakwah melalui nasyid. Bagus2... Semoga menjadi Kump Nasyid Terkenal :-] ) Disajikan nasyid Aku Khalifah Allah oleh Kump Nasyid Zaidan yang terdiri daripada Safiul (ketua), Firdaus, Pidut, Yazid dan Faiz.
Riadah
Okey... buat macam ni semua... bukan camtu. camni..camnilah..macam itik ni.. Nape tak ikut?? Sape tak ikut, kene penalti (sticker merah-tolak mata kump). Cepat buat!!.. Talipon berkarat Main tipu... Pandai bebudak ni nak menang Pindahkan kacang dengan chopstick Bersemangat sorang nih masukkan benang dalam jarum... Tiup, Tiup, Tiup... bagi pecah pipi tu... Tiup lagi.. Sampai semput2 bebudak ni... Hi3... Faci & Kump Nasyid Zaidan beramah mesra bersama peserta... Ceramah : Apa Maksudnya Saya Bertuhan LDK 2 : Membina bangunan setinggi boleh dan menyelesaikan binaan dengan mencari bendera masing2 yang disembunyikan oleh urusetia. (Kump ana paling tinggi wat bangunan. TAHNIAH!! ... siapa faci kump MUSLIMAH??? mestilah KAK MICHI! ..Hehehe... Setengah jam, asyik tinggi camni je dik...bila nk tggi lagi? Kump kedua binaannya tertinggi Ni la Dewan yang digunakan untuk wat slot, prog, LDK dan sebagainya... Best kan? Merasai fresh rimba... Ni bergambar sekitar camp site.. memang fresh! Eh k.liza cube tgk mici jap... purdah ni senget tak... K.liza menjawab. akak rase da cantik da ni...keh3
Michi ngan Maya.. Maya (tudung hitam) dari Madrasah Qasimul Ulum. Sebaya ngan michi. Seronok jumpe org kt mesia ni yang dapat membantu mengistiqomahkan michi memakai purdah. Alhamdulillah, puji2an buatMu Ya Allah, menghadirkan seorang teman penguat jiwa... ٍSubhanallah, Maya juga dok taman Melati..bestnye...
K.liza n Maya posing di taman bunga... Ni pandangan dari atas. Kat dorm mase ni... Ni ade chalet... tapi kami tak tempah duk situ. kami tempah duk kat dorm Praktikal wudhu' di dalam hutan. gune separuh botol kecil. Sah adik tdung hitam baju belang ni suka tido pagi. Ngantuk ye... Peserta mendengar dengan khusyu' apa yang dikatakan oleh Al-Ustaz Alauddin Maya... Pose cepat...
"Michi, tolong tangkap gambar akak dengan mamat hensem ni"
Okey...dalam masa 5 minit lagi kita akan berkawad masuk hutan... bace doa semua...
Sesi penjelajahan bermula "Sekarang cari kak Michi. Sapa jumpa, akan dihadiahkan sticker hijau !" "Eh, mana k.michi ni... korang cepat cari k.michi. Nanti dapat mata utk kumpulan kita... Cepat3."
Insan bertuah yang mendapat mata (budak paling ceria)
"Okeyh Maya, pose cantik2..."
"Teruja tengok cendawan" ---> Jakun ke budak sorang nih...
Letih dah abes.. Tadi dalam hutan dah wat praktikal wudhu' dan sembahyang ketika darurat. Peserta rata-ratanya sudah memahami konsep tersebut. Tahniah...
Sungai yang cantik- "k.liza, jgn syok sgt maen air, nanti kene makan buaya.kih3"
Solat berjemaah
Sesi muhasabah
Solat Isya'
Persembahan peserta2 yang best. Suara adik naufal memang sedap. Best3
Janganlah kamu merempit. Nanti mati katak, sape susah...Nak ngutip serpihan2 kepala yang terburai
Insaf...
Panglima perang macam tu ke? hehehe... Johan persembahan peserta lelaki
persembahan kump k.liza. erm..penin2 skit. tapi bole faham
sibuk menyiapkan sijil peserta. k.liza ringan tulang utk mbantu. almaklumlah, dah kerja... kite ni sape la nk mbntu...huhu (rendah diri) Ha...........inilah persembahan kumpulan Muslimah. Facinya Michi la... hehe. dapat johan persembahan peserta perempuan tau. Tak sangka sebenarnya...hehehe. almaklumlah michi ingatkan persembahan mereka ni biasa2 je. rupe2nye barisan hakim suke dengan persembahan bebudak ni. Tahniah buat adik2 kump Muslimah. Kalian telah membuat persembahan yang terbaik
TAUBAT SEORANG ANAK
Kump muslimah di pengakhiran persembahan, menyampaikan syair dan sajak. Sedap suara athirah. Bakal menjadi pendeklamator terhebat suatu hari nanti, InsyaAllah... ni ha barisan hakim yang brkaliber. Al-Ustaz Saiful (guru) dan Al-Ustaz Yazid (student)--> mase ni Yazid umur 19 tahun tau. mudanya... die panggil Michi dengan panggilan akak lagi. hahaha... memang cute... (kalau die tau michi panggil die cute, mesti die marah~hehe)
Sarapan sesame...
huhu..makanan tengahari yang menyelerakan...
Antara ibu bapa yang terawal hadir untuk majlis penutup
Peserta memberikan persembahan buat ibu bapa mereka. Ade ibu yang mengalirkan air mata. Tersentuh pula tgk orang sblh kita nangis sbb anak die da jadi baik... wuuu...
Ibu bapa yang hadir
Persembahan emas dari kump nasyid ZAIDAN~albumnya akan ada di pasaran minggu ini
Penyampaian hadiah dan sijil
Mase ni, kamera dah takley pakai. Tak tahu ape sebabnya. Tapi takpelah. Michi nak cerita. Akhirnya setelah selesai majlis penutup, ade post mortem. Mase ni, ade manusia yang yang mengeluarkan geram dan marah semalam (tentang paip bocor tu~so sorry Faiz), ade yang merendah diri sesangat, ade yang menyimpan rasa (tak mau cite langsung mengenai prog), ade juge manusia yang mengomplen tentang diri Michi. Katanya kene perbaiki lagi dari segi perhubungan. Bagi pendapat michi, kepada yang mengkritik michi tu, kritakan itu michi terima. Tapi beringatlah, tolong hormati michi sebagai wanita berpurdah. Bercakap biarlah ade tujuan kerja. Dan jangan asyik dok tengok michi je. FITNAH di pandangan mata orang lain tidak boleh ditutup. Walaupun michi tak perasan, tapi apabila disampaikan oleh orang lain, menambahkan ketakutan michi utk berdepan dengan kamu. Tak sepatutnya kamu berkelakuan demikian. Takut dengan Allah. Takut dengan fitnah. Michi nak je cakap camni last post mortem tu. Tapi, klu michi cakap, akan ada yang terasa hati. Lastly, Michi memohon ampun maaf sekiranya ada salah n silap sepanjang program ini kepada semua yang bekerjasama langsung atau tidak langsung dengan program ni. Sekalung Tahniah buat Al-Ustaz Alauddin kerana berjaya mengadakan program ini dengan penuh jaya. Terima kasih tak terhingga kepada semua yang bertungkus lumus dengan niat berdakwah menjayakan program.
-------------------------------------------------------------
About The Author
Michi, that's my nickname. Im just an ordinary blogger. Searching for Mardhatillah. I'm hoping something. For those who knew me already, they will know what I looking for. Pray for my strenght and my success. I want to fly without wings... And I really what I think... (^_^) LuKLuK BaiDoa
Share This
Subscribe Here

0 comments:

 

Challenge Me!

Promote This Blog

Visitors

...::Lukluk Baidoa::..