Sunday, December 20, 2009

Kedudukan Berjalan Di Dalam Kumpulan ~ Di manakah Anda?

Assalamualaikum Warahmatullahi wabarakatuh...

Kali ini ana membawa pemerhatian ana terhadapa cara jalan seseorang individu. Untuk pengetahuan semua, cara jalan seseorang di dalam suatu kelompok menggambarkan personaliti seseorang. Berikut adalah rahsia perwatakan seseorang melalui cara berjalan. Betul atau tidak, wallahualam.

1. Kedudukan di hadapan sekali

Selalunya orang ini dikatakan berkaliber dalam kepimpinan, sentiasa dihormati oleh orang lain, mempunyai kekuatan pengaruh, tegas dan optimis, bercita-cita tinggi, serius, berketrampilan, smart, sangat mudah melihat kelemahan orang lain, sentiasa mengganggap diri lebih hebat dan seorang yang romantik. Orang seperti ini selalunya bertuah.

2. Kedudukan di tengah-tengah/berdekatan dengan orang paling hadapan

Bagi sesiapa yang selalu berada di kedudukan tengah-tengah dalam kumpulan atau berdekatan dengan orang yang paling depan adalah seorang yang amanah, suka membantu, mempunyai daya pertimbangan yang baik, perahsia, banyak mulut, mementingkan persahabatan lebih dari semua orang, suka berlawak, amat bergantung kepada orang lain dan seorang yang ceria.

3. Sebelah kanan/kiri

Sangat seronok mendampingi orang ini. Ringan tulang, bersopan santun, emosi sangat mendalam, suka berkorban untuk orang lain, mementingkan persahabatan. Idea mempengaruhi orang lain, namun lemah dalam pertimbangan. boros tetapi boleh menjadi penjimat ketika memerlukan sesuatu yang penting. Senang dididik. Ada stail tersendiri dan seorang yang penyayang.

4. Paling belakang sekali

Orang ini adalah seorang yang pemalu dan merendah diri. Seseorang yang suka memerhati, suka berfikir, suka berkhayal, mementingkan orang lain dari dirinya sendiri, tidak menyusahkan orang lain, sangat sensitif tetapi seorang yang romantik, mempunyai daya pemerhatian yang tajam, jujur, dan memilih. Selalunya orang ini seorang yang pendiam namun akan menjadi peramah apabila sudah lama bersahabat.

********************************************************

Di bawah ini ana selitkan juga rahsia cara berjalan bagi wanita. Jadi, jaga-jagalah wanita. Ada lelaki sedang memerhatikan personaliti anda dari cara jalan anda.

1. Jika berjalan, dari belakang kelihatan seperti tidak memijak tanah. Golongan wanita yang jalannya berginjat, konon wanita ini adalah wanita yang tidak jujur, kalau berbual, mulutnya laser dan menyinggung perasaan orang lain. Wanita yang berjalan seperti ini juga terkenal dengan sikap egonya. Lebih parah, wanita ini biasanya pemboros atau suka membazir wang tanpa berfikir sebelum berbelanja. Padahal, wang yang dimilikinya itu masih banyak kegunaannya. Tapi jangan berkecil hati, kerana wanita seperti ini biasanya menjadi pujaan ramai lelaki.

2. Jika berjalan, sering menoleh ke kanan and kiri. Wanita seperti ini biasanya pandai menyimpan rahsia. Walaupun ramai yang menganggap wanita seperti ini tidak jujur, suka menipu teman sendiri,dan merugikan teman bualnya, namun, ramai lelaki yang berusaha untuk menakluk hatinya. Konon wanita seperti ini senang diatur dan diuruskan.

3. Jika berjalan suka menunduk. Cara berjalan melambangkan wanita seperti ini memiliki sifat yang tertutup. Ia hanya akan berbual dengan orang-orang yang rapat dengannya dan boleh dipercayai untuk menyimpan rahsianya. Wanita seperti ini biasanya sukar untuk ditakluk hatinya. Disamping sikapnya yang dingin, wanita seperti ini tidak peduli dengan kehidupan cinta. Namun, jika ada lelaki yang berjaya menawan hati wanita dengan cara berjalan menunduk ini, dijamin akan mendapat kebahagiaan. Sebab, wanita jenis ini sangat setia, dan dia tidak akan mengkhianati lelaki yang dicintainya.

4. Jika berjalan menatap lurus ke depan. Wanita seperti ini biasanya memiliki pendirian yang teguh, bukan senang hendak menggoncangkan imannya. Jangan sekali-sekali menentang apa yang pernah dikatanya, jika anda tidak mahu mendengar dia berleter panjang lebar. Meski pendiriannya teguh, tapi dia selalu berselisih pendapat. Jangan hairan jika wanita seperti ini hanya mahu berbual dengan orang yang berpengalaman luas.

5. Jika berjalan badan bergerak ke kanan dan kiri. Wanita yang berjalan dengan gaya yang sedemikian tidak ambil kisah dengan masalah yang berlaku. Apa pun masalah yang ada dihadapannya, dia dianggap kecil. Padahal masalah itu sebenarnya memerlukan kebijaksanaan untuk diselesaikan. Kerana sifatnya yang suka ambil mudah ini, banyak persoalan yang akhirnya tidak dapat diselesaikan dan akibatnya merugikan dirinya sendiri.

6. Jika berjalan badan tampak tegak. Wanita ini tegas menentukan sikapnya sendiri. Dia tidak mahu urusan peribadinya dicampur oleh orang lain. Gaya bicaranya serius seperti ingin menunjukkan dia memiliki pendirian teguh. Yang menarik dari wanita ini, dia bertanggungjawap terhadap apa yang pernah dilakukannya. Dia menyenangi lelaki yang berdikari tanpa meninggalkan sifat-sifat romantiknya.

7. Jika berjalan seperti zirafah. Maksudnya, ketika melangkahkan kaki ,badannya ia kelihatan bergerak ke depan dan ke belakang. Wanita jenis ini sangat lemah perasaannya. Dia seorang yang mudah terasa dan mudah tersinggung. Jadi, jika anda berbual dengan wanita seperti ini kenalah menjaga perasaannya agar tidak tersinggung, kerana wanita ini mudah mengalirkan air mata.

**********************************************************

Jadi, anda orang yang mana? Yang selalu duduk di hadapan? tengah2, kiri kanan atau belakang? Cara berjalan anda juga bagaimana?

**********************************************************

About The Author
Michi, that's my nickname. Im just an ordinary blogger. Searching for Mardhatillah. I'm hoping something. For those who knew me already, they will know what I looking for. Pray for my strenght and my success. I want to fly without wings... And I really what I think... (^_^) LuKLuK BaiDoa
Share This
Subscribe Here

1 comments:

bungaliani on December 21, 2009 at 12:55 PM said...

salam hangat dan salam kenal buat sahabat baruku dari malaysia..

dari saya omiyan

Serang Tangerang banten Indonesia

 

Challenge Me!

Promote This Blog

Visitors

...::Lukluk Baidoa::..