Sunday, December 6, 2009

Khabar Mardud dan sebab-sebab penolakannya

Definisi Khabar Mardud:

Hadis yang tidak terbukti kebenaran perawi kerana ketiadaan salah satu atau lebih syarat penerimaan hadis yang telah dibincangkan dalam perbahasan hadis sahih.

.

Pembahagian Mardud dan sebab-sebab penolakannya

Ulama telah membahagikan khabar mardud kepada beberapa bahagian. Bagi setiap bahagian itu, ulama telah menyebutkan namanya masing2. Ada juga yang tak diberikan nama khusus tapi mereka menamakannya guna nama umum iaitu dhoif.

Terdapat banyak sebab2 penolakan ssuatu hadis namun secara ringkasnya ia merujuk kepada dua sbb utama iaitu :

1) Keguguran perawi dari sanad

2) Kecaman terhadap perawi

'

PERBAHASAN PERTAMA : Hadis Dhoif

Definisi:

Dari sudut bahasa ia lawan kepada al-qawiyy (yang kuat), kelemahan itu terbahagi kepada konkrit dan abstrak. Yang dimaksudkan di sini ialah kelemahan abstrak.

Makna istilahnya pula ialah hadis yang tak mencukupi sifat hassan kerana ketiadaan salah satu syaratnya. Al-Bayquni mengungkapkan di dalam nazamnya :

كل ما عن ثبة الحسن قصر فهو الضعيف وهو أقسام كثر

Setiap apa drpd tingkat hassan, rendah maka iatu dhaif dan bahagiannya banyak

Kepelbagaiannnya

Tahap kedhaifan hadis berbeza mengikut tahap berat dan ringan kelemahan para perawi sebagaimana hadis shahih berbeza-beza. Antaranya dhaif, dhaif jiddan, wahi, mungkar dan yang paling jelik ialah maudu'.

Sanad yang paling lemah

Berdasarkan kepada perbahasan dalam hadis sahih tentang sanad yang paling sahih, ulama menyebut dalam perbahasan dhaif satu istilah yang dinamakan sanad yg paling lemah. Al-Hakim al-Naisaburi menyebut beberapa buah sanad yang paling dhaif dengan nisbah kepada sebahagian sahabat, sebahagian kawasan dan negeri.

1) Sanad yang paling lemah dengan nisbah kepada Abu Bakar al-Siddiq, iaitu Sadaqah bin Musa al-Daqiqi daripada Farqad al-Sabkhi drpd Murrah al-Tayyib drpd Abu Bakar.

2) Sanad penduduk Syam yang paling lemah iaitu Muhammad bin Qays al-Maslub daripada Ubaidullah bin Zahr daripada Ali bin Yazid drpd al-Qasim daripada Abi Umamah.

3) Sanad yang paling lemah dengan nisbah kepada Ibn Abbas iaitu al-Suddi al-Saghir. Hafiz Ibn Hajr berkata: Ini adalah silsilah dusta bukan silsilah emas.

Contoh

Hadis yang dikeluarkan oleh al-Tarmizi dari tariq Hakim al-Athram daripada Abu Tamimah al-Hujaimai drpd Abu Hurairah bhw Rasulullah SAW brsabda:

من أتى حائضا أو امرأة في دبرها أو ماها فقد كفر بما أنزل على محمد

Sesiapa yg mdatangi prmpn yg haid atau mendatangi isteri pd duburnya atau menemui tukang tilik, ssghnya dia tlh mengkufuri apa yg tlh diturunkan kp Muhammad.

Setelah mengeluarkan hds ini, al-Tarmizi mengulas: "Kita tidak mngetahui hadis ini dari hadis Hakim al-Athram daripada Abu Tamimah al-Hujaimai daripada Abu Hurairah." Kemudian al-Tarmizi berkata lagi: " Muhammad al-Bukhari telah mendhaifkan hadis ini dari sudut sanadnya. Penulis berpendapat kerana pada sanadnya ada Hakim al-Athram. Ulama telah mengatakannya dhaif. Di dalam Taqrib al-Tahzib, Hafiz Ibn Hajar berkata: Padanya ada kelemahan"

Hukum meriwayatkan hadis dhaif:

Di sisis ulama hadis dan juga orang lain harus meriwayatkan hadis haif dan bermudah pada sanadnya tanpa menjelaskan kedhaifannya berbeza dengan yang maudu' kerana tak harus meriwayatkannya kecuali dengan menjelaskan tentangnya. Keharusan meriwayatkan hadis dhoif dengan untuk asyarat :

1) tak brkait dgn aqidah

2) Periwayatan itu bkn ttg hukum syara' yang berkait dengan halal haram

Harus meriwayatkannya pada perkara seperta peringatan, galakan, ancaman, cerita2 dan sebagainya....

Antara mereka yang disebutkan contohnya macam Sufyan al-Thauri, Abdul Rahman bin Mahdi....dan Ahmad bin Hanbal.

Kene amik prhatian apabila nak meriwayatkn hadis dhaif tanpa sanad , jangan katakan "Rasulullah SAW bersabda:, akan tetapi katakan diriwayatkan daripada Rasulullah SAW...." atau "sampai kepada kami" dan sebagainya supaya orang yang meriwayatkn hadis tidak secara pasti menisbahkan hadis tersebut kepada Rasulullah SAW sedangkan orang yang meriwayatkn hadis mengetahui kelemahannya.

Hukum beramal

Ulama' berbeza pendapat tentang hukum beramal dengan hadis dhoif. Pendapat yang dipegang oleh majoriti ulama ialah dianggap sunat beramal dengan hadis haif berkenaan dengan keutamaan2 amalanmu dengan tiga syarat yang telah dihuraikn Ibn Hajar:

1) Kedhaifan yg tiak bersangatan

2) Ia tidak termasuk di bawah prinsip atau dalil yang diamalkan

3) Tidak boleh yakin tentang sabitnya ketika beramal dengannya bahkan mesti berwaspada dan berhati-hati

Kitab2 yang banyak hadis dhoif:

1. Kitab2 yang disusun berkenaan perawi2 dhaif spt Kitab al-Dhu'afa tulisan Ibn Hibba, Mizan al-I'tidal karangan al-Zahabi. Mereka ni telah menyebutkan contoh2 hadis dhaif yang mnjadi dhaif kerana priwayatan orang2 dhaif tsbut..

2. Kitab2 yg disusun tentang bentuk2 dhaif secara khusus seperti kitab2 al-Marasil, al-'illal, al-Mudraj dan macam2 lagi...Contohnya kitab al-Marasil tulisan Abu Daud, Kitab al-'Illal susunan al-Daruqutni

Rujukan

1-Ma'lim al-Sunan, Jil. 2 hal 1

2-Jami' al-Tarmizi ma' syarh Tuhfah al-Ahwazi-Kitab al-'illal fi Akhirihi jil 10 hal 519

3- Nuzhah al-Nazar syarh Nukhbah al-Fikar, hal 29

4-Tadrib al-Rawi, hal 29

5- Jami' al-Tarmizi, Abwab Fahail al-Jihad

6-Ulum al-Hadis, hal 31-32

About The Author
Michi, that's my nickname. Im just an ordinary blogger. Searching for Mardhatillah. I'm hoping something. For those who knew me already, they will know what I looking for. Pray for my strenght and my success. I want to fly without wings... And I really what I think... (^_^) LuKLuK BaiDoa
Share This
Subscribe Here

0 comments:

 

Challenge Me!

Promote This Blog

Visitors

...::Lukluk Baidoa::..