Friday, December 4, 2009

Pendakwah Kristian masuk Islam

video

Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang

**************************************************************************

Tatkala ana menjejakkan kaki ke Hospital Pakar Al-Islam Kampung Baru, ana tertanya-tanya, apakah istimewanya Hosp ini berbanding ngan hosp swasta yang lain? Ana beruntung hari ini, Allah telah takdirkan ana sampai ke sebuah hospital Islam. Syukur Alhamdulillah

Kakitangan di dalam hosp ini kesemuanya Islam kecuali cleaner die. Ana masuk bahagian Pembangunan Perniagaan di dalam hosp tersebut pun, ana berjumpa dengan ustaz dan ustazah. Wahhh..staf ustaz dan ustazah. bukan calang2 ni. tpi masih biasa lagi...

mase solat jumaat, rupe2nya muslimat ade usrah...wah...first time ana tau ade hospital yang wat usrah. bagusnye...hosp yg sibuk sempat berusrah. pkul 2.30 pulak ade ceramah pengalaman dari Ust Jabar(klu tak silap la, mukaddimah die stgh jam...fuh...panjang berjela).

Beliau menceritakan bahawa beliau dahulu pendakwah Kristian berbangsa Catholic. mereka ade misi utk mgajak org len msk agama diorang.Mereka menggunakan banyak berdakwah dengan pelbagai cara terutama kebajikan. Saat orang susah, mereka tolong. Saat orang memerlukan duit, mereka tolong. Saat orang lapar, mereka tolong. Misi dan visi mereka adalah mengajak masuk ke dalam Kristian.

Namun, hidayah Allah melebihi segalanya. Beliau telah menghafal 5 juzuk Al-Quran sebelum memasuki Islam. Dan beliau kini telah menghabiskan 30 juzuk Al-Quran. Kita masuk Islam sejak bila? Adakah semasa kita mengaku Islam, kita menghafal Al-Quran? Ini orang yang belum masuk Islam dah hafal 5 juzuk. Masuk Islam, dah khatam 30 juzuk. Kita dah Islam berapa lama dah?? Da hafal berapa juzuk dah?? Tepuk dada tanyalah iman masing-masing... Beliau juga berseloroh mengatakan orang Islam hafal jus oren, jus epal, jus tembikei bukan juz Quran. Nah! pedas dan mendalam jenaka yang dibuat. Riuh seketika dewan hospital itu dengan ketawa. Bagi yang memahami, tertunduk malu...

Pengajaran

Didiklah diri kita menghafal Quran dan memahami isinya dengan membaca tafsirannya...Banyak fadhilatnya.Banyak kelebihannya. Beruntunglah bagi mereka yang berakal...

**********************************************
About The Author
Michi, that's my nickname. Im just an ordinary blogger. Searching for Mardhatillah. I'm hoping something. For those who knew me already, they will know what I looking for. Pray for my strenght and my success. I want to fly without wings... And I really what I think... (^_^) LuKLuK BaiDoa
Share This
Subscribe Here

4 comments:

iqbalsyarie on December 18, 2009 at 10:20 PM said...

Oh Tuhan...malunya dgn ustaz tu...huhu

LuKLuK BaiDoa on December 18, 2009 at 10:33 PM said...

btul..meresap betul sindirannya terhadap kita... kita ni dah lama da islam tapi tak menghafal 30 juzu lagi. die brape tahun baru masuk islam...dah hafal 30 juzu'

master on December 18, 2009 at 10:41 PM said...

Itulah berkat hidayah untuk orang2 yang terpilih dan orang yang sentiasa mencari hidayah..Amiin

LuKLuK BaiDoa on December 18, 2009 at 10:45 PM said...

betul3... semoga kita juga dibuka hati oleh Allah untuk menjadi muslim yang benar2 sejati. Jom same2 mghafal al-Quran!

 

Challenge Me!

Promote This Blog

Visitors

...::Lukluk Baidoa::..