Wednesday, December 9, 2009

Tarik balik undang2 tentera ?? pastu jadi ape2 ke?

Langkah awal Abhisit tamatkan kemelut selatan Thailand: PM KERAJAAN Thailand memberi jaminan kepada dua juta penduduk Melayu Islam di selatan negara itu kerajaannya akan memulihkan keamanan secara berperingkat dengan menarik balik undang-undang tentera. Jaminan itu diberikan Perdana Menterinya, Abhisit Vejjajiva kepada Datuk Seri Najib Razak pada sesi Perundingan Tahunan Ke-4 Malaysia-Thailand, di sini semalam. Najib berkata, Kerajaan Thailand juga akan melantik lebih ramai pegawai daripada kalangan penduduk tempatan mengisi jawatan dalam pihak berkuasa tempatan, selain menggubal undang-undang untuk membolehkan pihak berkenaan melapor terus kepada Kerajaan Pusat.

Beliau berkata, Abhisit menyatakan kesanggupan kerajaannya memenuhi tuntutan penduduk Melayu Islam itu dengan syarat ia munasabah dan mengikut undang-undang. Perdana Menteri berkata, kerajaan Thailand akan menggantikan undang-undang tentera yang kini berkuat kuasa di Yala, Pattani dan Narathiwat dengan ordinan darurat yang lebih longgar. "Sama ada ini daripada segi istilahnya ke arah autonomi atau desentralisasi tidak begitu penting. Apa yang lebih penting ialah beliau (Abhisit) menyatakan hasrat Thailand untuk mengenal pasti keperluan dan aspirasi rakyat di wilayah selatan itu.

"Setelah mengenali hasrat dan cita-cita mereka (penduduk), kerajaan Thailand sanggup memberi maklum balas positif yang mana tuntutan itu adalah munasabah dan mengikut undang-undang," katanya pada sidang media kepada wartawan Malaysia. Terdahulu sesi Perundingan Tahunan Ke-4 Malaysia-Thailand berlangsung kira-kira sejam di Rumah Kerajaan. Kelmarin, Najib dan Datin Seri Rosmah Mansor, tiba di sini untuk lawatan rasmi tiga hari termasuk sehari ke Narathiwat. Rombongan Najib disertai lapan menteri dan dua timbalan menteri, termasuk Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishammuddin Hussein; dan Menteri Pertahanan, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi, manakala Thailand disertai kedua-dua Timbalan Perdana Menterinya, Suthep Thaugsuban dan Korbsak Sabhavasu selain 10 menteri. Konflik di Yala, Pattani dan Narathiwat tercetus pada Januari 2004. Setakat ini, kira-kira 4,000 mangsa terkorban yang mendorong kerajaan negara itu menguatkuasakan undang-undang tentera.

Najib berkata, langkah memulihkan keamanan serta mengembalikan semula keyakinan penduduk kepada Kerajaan Pusat memberi fokus kepada pembangunan sosio ekonomi. Kerajaan Thailand juga mengambil kira aspek pembelajaran, bahasa ibunda, pendidikan Islam termasuk kurikulum yang baru, penggunaan undang-undang syariah dalam sistem mahkamah serta kaedah hidup penduduknya. "Saya lihat ini perubahan yang positif dan pemikiran baru (mencari) penyelesaian yang tuntas. Bukan bererti penyelesaian berlaku dalam masa yang singkat tetapi ia meyakinkan banyak pihak bahawa ada harapan dan cahaya di hujung terowong walaupun akan memakan masa. "Kalau semua pihak menerima betapa pentingnya kedua-dua pihak bekerjasama dalam erti kata Kerajaan Thailand menilai hasrat dan aspirasi rakyat di selatan dan rakyat di sana menolak keganasan serta menerima pendekatan kerajaannya, maka peringkat demi peringkat keadaan boleh bertambah baik lagi," katanya. Ditanya mengenai keselamatan rombongan beliau dan Abhisit yang dijadual melawat Narathiwat hari ini, berikutan kejadian letupan bom di sana kelmarin, Najib berkata: "Saya tidak fikir, pihak Thailand akan membiarkan itu (kejadian buruk) berlaku. Sebagai tuah rumah, mereka perlu memastikan keselamatan pemimpin yang melawat negaranya." Mengulas laporan akhbar tempatan di sini, Najib berkata: "Ini adalah satu perjalanan. Yang penting ada komitmen dan rancangan untuk bergerak menuju arah penyelesaian yang komprehensif. Kaedah yang dipilih adalah yang dirasakan sesuai kepada mereka. Kita tidak boleh menyelar kerana ini hal dalam Thailand dan terpulang kepada mereka. Kaedah di selatan Filipina dan Aceh adalah berbeza." Menjawan soalan lain, Najib berkata, Malaysia tidak tahu jumlah sebenar militan di selatan Thailand tetapi tetap menyifatkannya sebagai masalah serius kerana pembunuhan dan meletupkan bom berterusan. "Oleh itu, kita tidak boleh memandangnya remeh tetapi perlu ditangani supaya tidak berlarutan sehingga mendedahkan kepada pembabitan pihak luar," katanya. Pada majlis makan di Rumah Kerajaan malam ini, Najib memberi jaminan sedia membantu sedaya upaya dengan cara yang diterima oleh negara itu. "Pada peringkat tertinggi, hubungan antara pemimpin politik kedua-dua negara sangat kukuh dan tidak dilupakan mengenai sejarah antara keluarga diraja Sultan Melayu dengan keluarga diraja Thailand," katanya. (BH Online 9 Dis 09)
*******************************************************
Ulasan penulis : mari kita lihat sejauh mana keberkesanan thailan tarik balik undang2 tentera... nantikan..huh
About The Author
Michi, that's my nickname. Im just an ordinary blogger. Searching for Mardhatillah. I'm hoping something. For those who knew me already, they will know what I looking for. Pray for my strenght and my success. I want to fly without wings... And I really what I think... (^_^) LuKLuK BaiDoa
Share This
Subscribe Here

2 comments:

iqbalsyarie on December 9, 2009 at 11:43 PM said...

hmmm...tak yakin lah..

LuKLuK BaiDoa on December 10, 2009 at 10:35 AM said...

to iqbal syarie: tak yakin ape yek?keberkesanan tarik balik undang2 tentera tu ke?

 

Challenge Me!

Promote This Blog

Visitors

...::Lukluk Baidoa::..