Thursday, December 3, 2009

Tersesat di kota metropolitan

Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang, selawat dan salam ke atas junjungan besar Nabi Muhammad s.a.w.

*************************************************************************

Semalam, ana dijemput untuk membantu di sebuah NGO. Maka, selepas makan dua roti keping, pukul 12.30 tengah hari ana bertolak menaiki LRT ke Kampung Baru dari LRT Taman Melati. Setibanya ana di sana, ana terus melangkah ke mana orang ramai melangkah. Jalan yang orang lalu itulah jalannya untuk ke seseuatu tempat. Sebabnya itu adalah tempat mereka. Di persimpangan jalan, orang ramai mula melangkah ke destinasi masing2. Ana seakan-akan bingung. Kemanakah kakiku hendak melangkah .

Nampak la sebuah gerai menjual air dan pisang goreng. Ana mendekati penjual tersebut.

"Assalamualaikum. Tumpang tanya, masjid di mana?", ana bertanya sopan.

"Waalaikumsalam. Er...masjid kat mana mak?", seketika adik itu menoleh ke arah mak nya yang sibuk menggoreng. Dalam hati ana pula berkata: Ish... da selalu menjual kat sini pun, tak tahu masjid kat mana...ish3."

"Macam biasa la. Terus, pastu nampak simpang,belok, pastu terus...jumpe ar.." mak nye jawab acuh tidak acuh.

"Terima kasih makcik...Assalamualaikum", hati ana berkata: ish...tak faham la. Simpang mana??? Belok kiri ke kanan??? Semoga Allah memberkati makcik tadi kerana menjawab dan menunjuk sedikit arah walaupun kurang faham.

Ana pun terus berlalu...

Lorong mulai lengang. Ana tak terlalu berdebar sebab masih siang. Kalau malam iyalah berdebar. Jadi, ana pun jalan je la. Berserah pada Allah, semoga dipertemukan dengan masjid. Kedengaran azan berkumandang tapi ana masih tak tahu datangnya dari mana... Ish.. mane jalan ni...

PIIIINNNN!!!!

Dalam hati ana: Opocot...

Terkejut seketika sebab disergah motor. Ingatkan ana jalan tak betul sampai orang nk langgar . Rupa2nya makcik tadi.

"Meh naik nak, makcik hantar"

"Alhamdulillah, terima kasih makcik..."

Ana memperbetulkan kain baju kurung dan naek... Ha!!! Macam mana ana naek??? Hihihihi

Ana naek macam perempuan sebenar naek la... Hihihiihi... Duduk mengiring. Sopan. Huh, kalau nampak polis, mesti kene saman makcik ni sebab orang belakang die duduk macam ni...

Alhamdulillah..sampai juga ke masjid Kg Baru...

"Terima kasih makcik banyak2... Semoga Allah menambahkan rezeki buat makcik. Assalamualaikum..." , ana mendoakan juga di dalam hati. Ana dah biasa mendoakan orang yang membantu ana. Kerana mereka yang membantu kita dengan ikhlas, mereka itulah orang yang amat disukai oleh Allah. Maka ana tidak melepaskan peluang untuk mendoakan.

Selesai solat zohor berjemaah, ana bertanya kepada salah seorang jemaah perempuan di situ, ke manakah ana hendak tuju jika ana mahu mencari Jalan Raja Uda. Ana mendapat sedikit tunjuk arah.

Hendak sampai ke bangunan NGO tersebut, ana bertanya sekurang-kurangnya 8 orang. Bukan tidak mahu menelefon abang ana, tapi ana tahu die mesti sibuk dengan kerjanya. Ana pasti menganggunya kalau hendak meminta jalan sahaja. Lagipun, ana tak ambil nombor telefon die. Bertuah punya adik...apalah... abang sendiri pun tak ambik nombor.

Bekerjalah ana di bangunan NGO tersebut. Tahu tak kerja ana ape? Mewujudkan satu galeri untuk NGO tersebut di rangkaian internet. 2 jam ana buang masa sebab semua microsoft di dlm komputer tu EXPIRED!! ish... memang sakit hati. Mcam manalah ana nk buat nihhh... Dah la banyak program yang tak ada seperti mana dalam laptop ana. Arahan yang tidak berpatutan dengan kemampuan ana.

Jadi, ana pun menghantar ym kepada abang. Ana cakap perkara yang sebenar. Pukul 4 abang datang tengok2. heh, senang je rupenye. Pindah je la kat komputer lain. cCt...kalau tahu, tak de nye ana melepet kat kom tu lame2. gtaw la awal... memang rase nak makan je orang yang bgtaw tu.

Balik, ha... ni yg nak cite ni...

Asar da solat...cume jam da pukul 6.30...

Faham2 je la kalau dah pukul 4 dah jem... inikan pula pukul 6.30... Berdiri depan tren tu, dah masuk kali ke 7 tak sanggup nak naek. sebab memang tin sardin sungguh. Tapi kali ke tujuh tu, dapat la ruang sikit. Naek jap. Stesen berikutnya adalah KLCC. Bush!!! semua orang tolak berebut2 masuk...

gambar hiasan. tapi lebih kurang macam ni la keadaannye sampai di stesen klcc

"Izinkan saya keluar!!!!" Mase ni da tak sanggup... btul2 tak sggup...suara ana hanya kedengaran di cuping telinga seorang wanita. Dia membantu ana. Terima kasih sahabatku...

Allahuakbar... Apa yang perlu ana buat? Tambang tiket LRT ana hanguskan sebab ana perlu sembahyang maghrib. Kaki ana melangkah ke surau KLCC di tingkat bawah sekali.

Ya Allah, aku memohon perlindunganMu dari malam yang mempunyai fitnah, aku memohon perlindunganMu dari kejahatan hati2 manusia berlandaskan syaitan, aku memohon perlindungan dariMu dari sebarang bentuk kecelakaan. Aku memohon padaMu ya Allah, sungguh aku insan kerdil yang lemah lagi ...permudahkanlah perjalanan pulangku... Ya Allah permudahkanlah urusanku...

Sabda Rasulullah s.a.w, hadis riwayat Bukhari iaitu:

Daripada Abu Hurairah r.a, Nabi s.a.w bersabda: “Siapa yang Allah kehendaki kepadanya kebaikan, nescaya Allah mengujinya.”

Bahkan dosa juga akan terhapus bila datangnya ujian. Seperti sabda Rasulullah,

Daripada Abu Sa’id al-Khudri r.a dan Abu Hurairah r.a, Nabi s.a.w bersabda: “Tidak menimpa seorang mukmin suatu penyakit yang berpanjangan, kepayahan, sebarang jenis kesakitan dan kesedihan melahan kedukacitaan, melainkan dihapuskan sebahagian dosa-dosanya.” Riwayat Sunan Bukhari dan Muslim.

Perkara yang paling penting ialah sabar, redha dan ikhlas. Jangan salah anggap kepada pencipta yang agung. Ciri-ciri ini ialah ciri-ciri hamba yang mukmin. Wahai diriku yang lemah… bersabarlah…

gambar hiasan

Selesai solat maghrib, ana membaca ma'thurat. Barulah ana berangkat menuju ke stesen bas. Tidak sanggup berhimpit dengan bukan mahram. Tak sanggup!!!

Ana tanya kepada seorang wanita berhampiran stesen bas, kecewa. Dia tidak tahu arah yang kutuju. Tanya lagi kepada seorang wanita yang lain. masih lagi kecewa. Tapi ana tidak patah semangat. Di mana ada kemahuan, di situ ada jalan... Selagi ana berusaha, pasti Allah akan membantu.

Alhamdulillah, seorang wanita membantu.

"Naik bas ni, berhenti di Titiwangsa, kemudian naek bas ke gombak"

Alhamdulillah ya Allah...

Ana pun naek la bas tu. Astaghfirullah... ana hanya ada RM5 sekeping. Tidak ade duit pecah untuk membayar.... Ha... kan itu ujian. Ana mengeluarkan syiling. Ish..tak cukup 20 sen. Sedang ana menguis-nguis mencari lagi 20 sen di dalam beg, seorang pemuda yang mukanya macam orang Pakistan (secocok pula muka die dgn muka ana. Muka ana muka Pakistan... Hihihi... perasan), dia menghulurkan 20 sen. Hihihihi.. malu utk menerima.

"Syukran laka, barakallahufik. Semoga Allah membalasnya"

ana berkata demikian. tak sangka pula die balas. Tapi ana tak faham bahasa dia...(tergelak dalam hati... rase nk terkeluar da air mata. kelakar sangat sebab langsung tak faham...

Alhamdulillah ala kulli hal. Setelah beberapa destinasi, tiba2 semua orang turun. Eh... ni kat mana pulak ni???

Ana pun mula bertanya kepada orang ramai. Tanya kepada wanita sahaja. Last skali ana tanya indian woman.

She said : I really don't have any idea where is the bus station to Gombak. Before this, it's here. But now, it is changed already. But I don't know where is the new bus staion. Really sorry"

I replied : "Its okay madam. Could you tell me please how far I am from the town centre?

She said : This is town centre.

I replied : Oh really? But it seems not. Can you help please because I've lost my way and need to get to Gombak as soon as possible?

She said : Hurm... Actually I don't know where is the way to Gombak. Truely sorry miss.

I said : Okay, it's fine. thanks for your help. May God bless you.

Ana pun berlalu. Pusing 2-3 kali tempat ni mancari sedikit clue... Namun hampa. Ana seakan-akan orang yang cari barang yang hilang pula kat situ, sebab pusing kat situ je hampir 10 kali.

Jam sudah menunjukkan pukul 8.59 malam. Ya Allah... tak pernah jadi macam ni. Ujian...

Setelah beberapa kali pusing, ana hantar mesej pada abang ana. "Benci"

ana begitu benci situasi ini. Berada di tempat asal sendiri tapi tapi tersesat. Berada di luar rumah selepas maghrib dan tidak pulang. Berada di tempat yang seakan-akan dihuni makhluk asing. Tiadak ada seorang pun yang kenal, tidak ade clues for me to back home. not even one. I'M LOST IN MY TOWN.

Ya Allah... kuatkanlah diri ini. Betul2 dungu, seakan-akan orang tak betul. Mata dah macam masuk habuk.

Talipon pun berbunyi...

"Assalamualaikum."

"Waalaikumussalam.." suara ana menggeletar.

"Kat mana dah ni? "

"Sebenarnye... mici tak tahu kat mana mici berada"

"HAH???!!!"

"Mici tak tahu...tadi ade orang suh naek bas sampai titiwangsa. tapi la ni bukan titiwangsa. Entah..." Suara dah menunjukkan air mata dah keluar...

"Ya Allah...tadi kan naek lrt"

"Macam sardin, tak boleh dan tak sggup nak naek" suara sedu2 ana...tak tahu macam mana..

"Okey, ape yang ada di sekeliling"

"Erm...Jalan Batu Bata"

"Lagi, bangunan ape yan ada kat situ"

"Ade International College...erm Vistana"

"Okey, itu Jalan Pekeliling. Tggu nanti abang datang"

Talian ana putuskan....

Seakan-akan banyak mata-mata memerhati. Ana makin tak tenteram. Ada pulak seekor anjing besar warna hitam. Mata die sedang memerhati ana. Mata hitam menyala... fuh...

gambar hiasan

Ana pun terus baca ayat yang diajar atuk untuk mengelak dari binatang buas. Surah al-Baqarah.. ayat berapa tak ingat.. tapi ana baca tujuh kali...

Mata anjing tu redup dan memandang ke tempat lain. Akhirnya die tak menuju pada ana, tapi menuju ke tempat lain.

Alhamdulillah... Allah lindungi ana...abang...cepatla sampai...

Akhirnya abang sampai. Nampak je kereta abang, air mata terus merembes laju, bahu terhinjut-hinjut. Masuk kereta, ucapan maaf asyik keluar dari mulut abang. Tapi tak ada satu perkataan pun keluar dari mulut ana.

"Terima kasih abang, tolong amik mici dan hantar mici pulang. Maafkan mici sebab meyusahkan abang sewaktu kerja.", ucapan ini tidak lahir di mulut, tapi hanya lahir di hati...

Seakan terlepas semua beban dalam hati. Terlepas semua kesedihan. Semua ketakutan.

Ya Allah, sungguh aku memohon ampun atas dosa-dosaku. Aku bersyukur kepadaMu kerana selamatkan aku dari sebarang bentuk kecelakaan, kebahayaan, khianat dan kejahatan malam... Syukur alhamdulillah....

**************************************************************

Renungan

"Lambung mereka jauh daripada tempat tidurnya, sedang mereka berdoa kepada Tuhannya dengan rasa takut dan menaruh harapan; dan sebahagian daripada apa yang Kami kurniakan itu, mereka belanjakan."

- Maksud Ayat 16 Surah As-Sajadah

*************************************************************************

About The Author
Michi, that's my nickname. Im just an ordinary blogger. Searching for Mardhatillah. I'm hoping something. For those who knew me already, they will know what I looking for. Pray for my strenght and my success. I want to fly without wings... And I really what I think... (^_^) LuKLuK BaiDoa
Share This
Subscribe Here

4 comments:

haziQah on December 3, 2009 at 7:22 PM said...

salam..tah knapa tibe2 terharu n terkuar air mata bila baca kisah mici ni..mungkin sbb bca ni dgn iringan lagu ni dalam blog ni kot.betapa Allah permudahkan urusan mici ble kite sntiasa mengingatiNya dan memohon pertolonganNya

LuKLuK BaiDoa on December 3, 2009 at 7:45 PM said...

wslmwbt...sesungguhnya Allah bersama dengan orang-orang yang bersabar. Kene sentiasa mohon perlindungan dari Dia... Dia Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui apa yang berada di dalam hati kita...

iqbalsyarie on December 3, 2009 at 11:58 PM said...

salam ziarah.
pengalaman yang berharga...bukan semua org mampu memandang sesuatu perkara dari sudut 'hikmah'

LuKLuK BaiDoa on December 4, 2009 at 1:30 AM said...

wslmwbt... pengalaman itu mengajar kita erti kehidupan. Setiap ujian itu punya hikmah. Hatta kita terlanggar batu pun ada hikmah. Allah menciptakan ujian itu sebgai kafarah dosa-dosa kita yang lepas. Allah lebih Maha Mengetahui...

 

Challenge Me!

Promote This Blog

Visitors

...::Lukluk Baidoa::..