Friday, June 19, 2009

Wanita Benci 8 G Lelaki

1. Garang

Garang tak bertempat, suka mencarut, suka cari gaduh, cakap kasar, suka marah-marah tak bertempat, silap sikit tak boleh... macam ler dia betul semua. Lelaki perlu menginsafi diri bahawa wanita bukan alat untuk melepaskan kemarahan atau perasaan geram, sebaliknya dihargai dan dilayan dengan lemah-lembut.

2. Ganas

Kaki pukul, dengan perempuan pun nak tunjuk kuat sebab tahu perempuan bukan lawannya. Lelaki bersikap ganas memang perkara utama yg dijauhi wanita sebab tak mahu mata biru atau badan lebam-lebam bila dah kahwin. Tidak kasihankah lelaki pada wanita yang lemah?. Wanita bukan lawan lelaki sebaliknya lelakilah yang patut melindungi wanita.

3. Gementar

Takut sangat, tak yakin diri sendiri, tak percaya kebolehan diri, bergantung pada orang lain. Contohnya, depan perempuan, lidah kelu sampai ayat yg dilafazkan pun tak jelas isi butir. Lelaki perlu mengatasi rasa gementar.

4. Gabrah

Tak pandai buat keputusan sendiri, ikut pendapat perempuan saja. Perempuan tak suka lelaki yang tiada keyakinan diri atau cepat panik menghadapi sesuatu perkara.

5. Gentleman tiada

Langsung tak gentle, pentingkan diri sendiri, ambl kesempatan. Kalau masa bercinta tak gentleman, inikan pula kalau dah kahwin nanti. Lelaki perlulah menghormati wanita selayaknya. Sudah pasti wanita itu juga akan menghormati lelaki dengan perasaan hormat lagi.

6. Gerumal

Bahasa kedah - bohong atau tipu. Suka tipu perempuan untuk kepentingan diri sendiri. Sekali dua boleh maaf, tapi ni berkali-kali. Lelaki tidak boleh menggunakan alasan bohong sunat utk melepaskan diri sebaliknya belajarlah untuk menjadi jujur dan bercakap benar dengan wanita. Bukankah berani kerana benar, takut kerana salah?. Jika asyik membohongi wanita, sudah pasti kepercayaannnya kepada anda akan musnah.

7. Ganggo

Keterlaluan - lembut sangat, pemalu sangat, pendiam sangat, macho sangat. Perempuan pun naik lemas jika lelaki bersikap keterlaluan dalam sesuatu hal. Cubalah bersikap sederhana dan mengimbangi karektor diri anda dengan baik.

8. Gatal

Miang keladi dengan perempuan lain selain dengan isteri. Tak boleh tengok perempuan dahi licin atau anak dara, mulalah pasang niat nak mengorat. Anda perlu ingat, kadangkala perempuan berpura-pura melayan anda kerana ada udang sebalik batu. Mungkin dia bermata materialistik dan cintakan duit anda sahaja.

Dirumus oleh - Datuk Fadzilah Kamsah.

Fahamilah perasaan isteri atau pasangan anda yang mencintai anda sepenuh hati! Bukankah lebih baik menggoda isteri sah anda daripada menggoda perempuan lain yang bukan hak anda.

Tuesday, June 16, 2009

Mencaci Seorang Muslim Suatu Kefasiqan dan Membunuhnya Suatu Kekufuran

Ketahuilah! Bahawa membenci,memutuskan hubungan dan memusuhi kaum Muslimin itu adalah haram. Mencaci seseorang Muslim merupakan suatu kefasiqan dan membunuhnya tanpa alasan yang benar, adalah suatu kekufuran apabila dia menghalalkan perbuatan tersebut.

Sebagai suatu tegahan dalam permasalahan ini, memadailah diperingatkan hadith Khalid ibn al Walid RA ketika diutuskan kepada kaum Bani Jazimah untuk mengajak mereka kepada Islam. Apabila beliau sampai, mereka pun menemuinya.

Lalu Khalid RA berkata kepada mereka,

"Masuklah kalian ke dalam Islam!"

Mereka menjawab,

"Kami adalah kaum Muslimin."

Khalid ibn Walid RA berkata,

"(Jika begitu) letakkanlah senjata kalian dan turunlah (dari bukit itu)."

Mereka menjawab,

"Tidak! Demi Allah, tidak ada sesuatu yang terjadi setelah meletakkan pedang melainkan pembunuhan. Kami masih belum berasa aman denganmu dan orang-orang yang bersamamu."

Khalid RA berkata dengan tegas,

"Tidak ada keamanan bagi kalian kecuali jika kalian turun (dari bukit itu)".

Setelah mendengar ancaman itu, sebahagian mereka pun turun, manakala sebahagian yang lain berpecah.

Dalam suatu riwayat disebutkan bahawa, ketika Khalid ibn Walid RA sampai kepada kaum Jazimah, mereka menyambutnya dengan baik. Lalu Khalid RA berkata,

"Siapakah kalian? Sudah Muslim, atau masih kafir?"

Mereka menjawab,

"Kami adalah Muslimin. Kami telah mendirikan solat, kami juga membenarkan kenabian Nabi Muhammad SAW, kami telah membangunkan beberapa buah masjid di halaman rumah kami, dan melaungkan azan di dalamnya".

Dalam satu lafaz, mereka tidak tidak menyatakan, "Aslamna (kami telah masuk Islam)," tetapi menyebut "(Soba'na,soba'na) Kami telah meniggalkan agama kami dahulu, kami telah meniggalkannya."

Kemudian Khalid ibn Walid RA berkata kepada mereka,

"Mengapa kalian masih menyandang pedang?"

Mereka menjawab,

"Sesungguhnya di antara kami dan sebahagian orang-orang Arab ada permusuhan. Kami takut, jikalau kalian adalah mereka. Maka kami pun tetap menyandang pedang".

Khalid RA berkata,

"(Sekarang) letakkanlah pedang kalian".

Mereka akhirnya meletakkan senjata. Kemudian Khalid ibn Walid RA berkata kepada angkatan tenteranya,

"Tawanlah mereka".

Maka sebahagiannya ditawan, sementara sebahagian lagi diikat dan kemudian dipecah-pecahkan (dibahagi-bahagikan) di antara sahabat-sahabatnya.

Pada waktu Sahur, seorang penyeru Khalis RA berseru,

"Sesiapa yang ada bersamanya tawanan, maka bunuhlah tawanan itu".

Bani Sulaim pun membunuh tawanannya, sedangkan orang-orang Ansar dan Muhajirin tidak mahu melakukannya. Bahkan, mereka melepaskan tawanan yang ada pada mereka. Ketika berita mengenai perlakuan Khalid ibn Walid RA terhadap tawanannya sampai kepada pengetahuan Rasulullah SAW, Baginda bersabda :

"Ya Allah! Sesungguhnya aku membebaskan diri daripada apa yang telah dilakukan oleh Khalid".

Baginda SAW mengucapkannya sebanyak dua kali.

Ada yang mengatakan bahawa, pada pemahaman Khalid RA, kaum Jazimah menyatakan pernyataan masuk Islam itu hanya kerana mereka sebenarnya tidak akan memeluk agama Islam. Namun, Rasulullah SAW tidak menyetujui perbuatan Khalis RA yang terlalu tergesa-gesa itu dan tidak mempunyai kepastian tentang keadaan mereka yang sebenarnya, sebelum dia sendiri mengetahi maksud sebenar perkataan mereka, "(Soba'na) Kami telah meninggalkan agama kami dahulu." Namun perbuatan Khalis RA telah dimaafkan. Kenapa tidak, kerana Rasulullah SAW sendiri pernah bersabda:

"Sebaik-baik hamba Allah dan sebaik-baik saudara bagi sesebuah keluarga ialah Khalid ibn Walid RA. Dia adalah salah seorang daripada pedang-pedang Allah yang dihunus oleh Allah SWT untuk menghadapi orang-orang kafir dan munafiq".

Begitu juga kisah Usamah ibn Zaid RA ; kekasih Rasulullah SAW dan putera kepada kekasih Baginda SAW, sepertimana yang diriwayatkan oleh Imam Bukhari RA daripada Abu Zibyan RA berkata : Aku pernah mendengar Usamah ibn Zaid berkata :

"Kami pernah diutus oleh Rasulullah SAW kepada kaum al Huraqah. Kami menyerang mereka pada waktu pagi sehingga kami dapat menewaskan mereka. Aku dan seorang Ansar telah bertemu dengan seorang lelaki daripada mereka. Setelah kami menawannya, dia berkata,

"Laa Ilaaha Illallah (Tiada Tuhan yang berhak disembah melainkan Allah)".

Orang Ansar itu tidak mahu membunuhnya, lalu aku menikammnya dengan tombakku sehingga dia mati. Ketika kmi kembali dari peperangan itu, berita tersebut sampai kepada Rasulullah SAW. Maka Baginda SAW bersabda,

"Wahai Usamah! Apakah engkau membunuhnya setelah dia mengucap "Laa Ilaaha Illallah'?"

Aku menjawab,

"Dia mengucapkannya hanya untuk melindungi dirinya."

Tetapi Baginda SAW terus mengulangi sabdanya itu sehingga terfikir olehku bahawa lebih baik sekiranya aku belum masuk Islam sebelum hari itu".

Dalam satu riwayat lain disebut bahawa Rasulullah SAW bersabda kepada Usamah ibn Zaid RA:

"Kenapa kamu tidak membelah saja hatinya, maka kamu akan tahu sama ada dia bercakap benar atau berbohong?"

Usamah RA berkata :

"Aku tidak akan membunuh seseorang yang mengucapkan kalimah tauhid : (Laa Ilaaha Illallah)."

Imam Ali RA pernah ditanya mengenai golongan yang menentangnya, "Apakah mereka itu orang-orang kafir?" Beliau menjawab, "Tidak,mereka itu munafiq?" Jawab beliau, "Tidak. Sesungguhnya orang-orang munafiq itu tidak berzikir kepada Allah kecuali sedikit, sedangkan mereka banyak berzikir kepada Allah SWT". Lalu beliau ditanya lagi, "Kalau begitu, siapakah mereka itu?" Beliau menjawab, "Mereka adalah kaum yang ditimpa fitnah, lalu mereka menjadi buta dan tuli."

Oleh : Prof Dr Sayyid Muhammad ibn 'Alawi Al Maliki Al Makki Al Hasani RA

Rasulullah SAW Seorang Suami Yang Berwibawa

Sesungguhnya pergaulan Rasulullah SAW sangat baik terhadap isteri-isteri baginda, kelembutan baginda, bergurau dengan mereka dan sabar dengankemarahan mereka. Perkara ini tidak menghalang baginda untuk bersifat tegas dan berdisiplin terhadap mereka di dalam keadaan yang sesuai. Sebab tarbiyah tidak akan berhasil kecuali dengan menerapkan berlapang dada (bersuka ria) pada satu sisi dan marah pada sisi yang lain.

Allah SWT berfirman yang ditujukan kepada Muhammad SAW :

"Hai Nabi, katakanlah kepada isteri-isterimu : "Jika kamu sekalian mengingini kehidupan dunia dan perhiasannya, maka marilah supaya aku berikan kepadamu mu'tah dan aku ceraikan kamu dengan cara yang baik. Dan jika kamu sekalian mengkhendaki (keredhaan) Allah dan Rasul-Nya serta (kesenangan) di dunia akhirat, maka sesungguhnya Allah menyediakan bagi siapa saja yang berbuat baik di antaramu dengan pahala yang besar."

Surah Al-Ahzab :28-29

Ayat ini turun apabila tuntutan Ummahatul mukminin terhadap Rasulullah SAW sudah melampaui batas. Dia menuntut terlalu banyak nafkah dan perhiasan. Maka tidak ada sikap baginda pada ketika itu melainkan marah dengan kemarahan yang halus yang mana baginda bertekad untuk tidak mendekati mereka selama satu bulan. Baginda memisahkan diri daripada mereka selama satu bulan penuh sebagai pengajaran bagi mereka.

Maka Allah SWT menurunkan ayat ini untuk menyuruh mereka memilih hidup dengan Rasulullah SAW iaitu dengan cara hidup baginda serta bersabar bersamanya atau mereka kembali kepada keluarga maisng-masing. Maka tiada pilihan lain bagi seluruh Ummahatul Mukminin melainkan mereka memilih Allah dan RasulNya serta dunia akhirat.

Maka kembalilah mereka hidup bersama Nabi SAW untuk menunaikan tanggungjawab di rumah yang agung, untuk menjaga keamanan, kebahagiaan dan ketenteraman bagi baginda, serta saling tolong-menolong dengan baginda di dalam usaha menyebarkan Islam kepada umat manusia.

Diriwayatkan oleh Imam Muslim dalam sahihnya, daripada Jabir bin Abdullah berkata, "Abu Bakar masuk meminta izin kepada Rasulullah SAW sedangkan beliau mendapati bahawa orang-orang duduk di depan pintu baginda. Tidak seorang pun diizinkan masuk oleh Rasulullah SAW , tetapi Abu Bakar diizinkan, maka beliau pun kemudian masuk. Setelah itu, datanglah umar dan meminta izin daripada Rasulullah SAW dan baginda pun mengizinkannya.

Beliau mendapati bahawa Rasulullah SAW sedang duduk sedangkan isteri-isteri baginda duduk di sekeliling baginda dalam keadaan takut dan diam. Abu Bakar berkata, "Aku akan berkata sesuatu yang akan membuat Rasulullah SAW tertawa".

Beliau berkata: "Wahai Rasulullah seandainya aku melihat puteri Khadijah (isteri Abu Bakar) meminta nafkah yang tidak ada padaku maka aku akan berdiri untuk memukul tengkuknya". Maka Rasulullah SAW tertawa dan bersabda: "Mereka yang di sekelilingku ini juga meminta nafkah yang tidak ada padaku".

Maka Abu Bakar berdiri dan memukul tengkuk Aisyah. Disusul kemudian Umar mendatangi Hafshah dan memukul tengkuknya. Kemudian keduanya berkata: "Apakah kalian meminta kepada Rasulullah SAW sesuatu yang tidak ada pada baginda?" Mereka menjawab, "Demi Allah kami tidak akan meminta kepada Rasulullah SAW sesuatu yang tidak ada pada baginda selamanya".

Kemudian Rasulullah SAW menjauhi mereka selama sebulan atau 29 hari, kemudian turunlah ayat:

"Hai Nabi, katakanlah kepada isteri-isterimu : "Jika kamu sekalian mengingini kehidupan dunia dan perhiasannya, maka marilah supaya aku berikan kepadamu mu'tah dan aku ceraikan kamu dengan cara yang baik. Dan jika kamu sekalian mengkhendaki (keredhaan) Allah dan Rasul-Nya serta (kesenangan) di dunia akhirat, maka sesungguhnya Allah menyediakan bagi siapa saja yang berbuat baik di antaramu dengan pahala yang besar."

Surah Al-Ahzab :28-29

Baginda memulai dengan menyoal Aisyah, sabdanya : "Wahai Aisyah aku ingin mengemukakan pilihan kepadamu yang aku ingin kamu tidak menangguhkan jawapanmu sehingga kamu terpaksa berbincang dengan orang tuamu terlebih dahulu." Berkata Aisyah, "Apa itu ya Rasulullah?"

Baginda kemudian membaca ayat tersebut. Maka Aisyah berkata: "Apakah untuk memilih anda saya harus bertanya dulu kepada orang tua saya ya Rasulullah? Maka sudah jelas saya tetap memilih Allah, RasulNya dan akhirat. Saya memohon kepada engkau agar tidak memberitahu jawapanku ini kepada isteri-isteri engkau yang lain."

Baginda bersabda, "Tiada seorang pun daripada mereka yang akan mengetahuinya melainkan aku akan memberitahukannya, sesungguhnya Allah tidak mengutusku untuk menyusahkan dan mempersulitkan, akan tetapi Allah mengutusku agar mengajar manusia dan memberikan kemudahan."

Kemudian mereka semua memilih apa yang lebih baik bagi mereka yang mana mereka memilih Allah, Rasul dan akhirat. Riwayat ini benar-benar telah disepakati bahawa Nabi memberi pilihan kepada pada isteri baginda antara cerai atau tetap menjadi isteri baginda daripada segi yang baginda kehendaki di antara mereka.

Perkara ini berlaku agar mereka menjadi teladan yang baik bagi seluruh wanita dalam urusa berumahtangga. Hal itu terjadi sebulan setelah peristiwa marah baginda terhadap isteri-isterinya apabila Hafshah membuka rahsia Rasulullah SAW kepada Aisyah namun kemusian baginda meredhai mereka.

Telah sahih pula bahawa peristiwa lain hingga Rasulullah SAW menawarkan pilihan kepada para isteriyna, kerana mereka merengek-rengek meminta nafkah dan barang perhiasan yan berlebih-lebih.

Terlalu sedikit para lelaki pada zaman sekarang memiliki ketegasan sebagaimana ketegasan Rasulullah SAW kerana membiarkan mereka dalam kebebasan bagi kebanyakan wanita. Ini akan menyebabkan timbulnya sifat yang keji akibatnya pada diri mereka sendiri atau kepada suaminya.

Monday, June 15, 2009

Siapa Prof. Dr. Sayyid Muhammad ibn 'Alawi Al Maliki Al Makki Al-Hasani?

Nama beliau ialah Sayyid Muhammad ibn 'Alawi ibn Abbas ibn Abdul Aziz al-Maliki al-Hasani.
Berasal dari keturunan yang mulia iaitu keturunan Sayyiduna Hasan ibn Sayiduna Ali R.A dan terkenal sebagai ulama' di Makkah al-Mukarramah.
Dilahirkan di rumahnya di Bab al-Salam pada tahun 1369 H.

Beliau pernah menuntut ilmu di Makkah dalam halaqah tradisi di Masjid al-Haram dan di al Azhar al Syarif.
Di antara gurunya ialah:
1) Ayahandanya Sayyid 'Alawi ibn Abbas al Maliki
2) Syeikh Hasan Muhammad al Mashsyat
3)Syeikh Muhammad 'Arabi al-Tabbani
4) Syeikh Muhammad Nur Saif ibn Hilal
5) Syeikh Hasan ibn Sa'id al Yamani
6) Syeikh Muhammad Yahya Aman
7) Syeikh Muhammad Zakaria al-Saharanfuri (Syeikh Hadith di India)
8) Syeikh Muhammad Yusof al Banuri (Syeikh Hadith di Pakistan)
9) Syeikh Muhammad al Hafiz ibn Salim al Tijani (Syeikh Hadith di Mesir)
10) Syeikh Soleh ibn Muhammad al Ja'fari (Imam Jami' al-Azhar)

Beliau mendapat ijazah Kedoktoran dalam bidang hadith di Universiti al Azhar dengan taqdir mumtaz (cemerlang) ketika berusia 25 tahun. Selepas kemangkatan ayahandanya pada malam Rabu 25 Safar 1391 Hijrah, beliau dilantik menjadi tenaga pengajar di Masjid al Haram menggantikan tempat ayahandanya melalui persepakatan ulama' Masjid al Haram

Beliau telah menggembara ke negara-negara Islam untuk menuntut ilmu. Di antara negara tersebut ialah Morocco, Mesir, India, Pakistan dan lain-lain. Ramai di kalangan ulama' yang ditemuinya di sana dan beliau telah mendapat ijazah daripada mereka. Beliau juga banyak bermusafir untuk bedakwah pada jalan Allah seperti Indonesia, Malaysia, Singapura, Thailand, dan negara-negara lain. Semasa berada di Indonesia, beliau telah mengasaskan 30 buah pusat ilmu dan dakwah untuk menyebarkan dan mempertahankan agama Islam yang sohih.

Semenjak muda lagi, beliau telah diberi kepercayaan untuk mengajar di Masjid al Haram semua bidang ilmu Islam terutamanya bidang yang menjadi kepakarannya iaitu ilmu hadith dan usul. Beliau juga pakar dalam bidang feqah Mazhab Maliki dan lain-lainnya. Di sana, beliau dihormati dan dimuliakan. Halaqah pengajiannya di Masjid al Haram diadakan pada setiap malam selepas Maghrib dan Isya'. Beliau menyampai dan menyambung pengajiannya dari satu bidang ke satu bidang dengan begitu bersungguh-sungguh demi memberikan manfaat kepada anak-anak muridnya selagi yang duduk di hadapannya ialah orang-orang yang menginginkan ilmu, bertaqwa kepada Allah dan berpegang kepada agama serta menunaikan syariat. Beliau sering menziarahi rumah anak-anak muridnya yang sakit dan sentiasa bertanyakan keadaan mereka. Beliau suka menerima undangan mereka dan tidak bersifat takabbur dan sombong untuk duduk bersama-sama di atas satu hamparan.

Orang ramai berbut-rebut untuk mengikuti halaqah pengajiannya pada bulan Ramadhan menunjukkan kehebatan dan ketinggian ilmunya. Lebih daripada seribu orang murid yang terdiri dari pelbagai bangsa dan negara datang untuk mendengar pengajarannya pada bulan Ramadhan.

Beliau pernah menjadi pensyarah Kuliah Syariah si Universiti Malik Abdul Aziz Makkah alMukarramah dari tahun 1390 hingga 1399 Hijrah. Beliau juga pernah memegang jawatan sebagai Ahli Pertubuhan Perikatan Islam Sedunia dan sering menjadi pembentang kertas kerja di dalam Muktamar Islam. Pada tahun 1392 Hijrah, beliau telah membentangkan kertas kerja mengenai orientalis dalam Nadwah Pemikiran Islam Sedunia sebagai mewakili kerajaan Arab Saudi dalam majlis pembukaan Markaz Islam di Nigeria. Beliau juga pernah dilantik sebagai Ketua Lujnah Hakim dalam Majlis Tilawah al Quran peringkat antarabangsa di Arab Saudi pada tahun 1399 H, 1400 H dan 1401 H.

Beliau juga terkenal sebagai seorang penulis yang hebat, berani dan disegani. Antara kitab karangannya ialah :
1) Huwa Allah
2) Imam Dar al Hijrah Malik ibn Anas
3) Fadhl al Muwattho'
4) Tarikh al Hawadith
5) Al Toli' al Sa'id al Muntakhab min al Musalsalat wa al Asanid
6) Al Manhal al Latiff
7) Syariah Allah al Khalidah
8) Al Qawaid al Asasiyyah fi Ulum al Hadith
9) Al Qawaid al Asasiyyah fi Ulum alQuran
10) Al Qawaid al Asasiyyah fi Usul al Fiqh
11) Mafahim Yajibu an Tusohhah
12) Muhammad al Insan al Kamil
13) Al Zakhair al Muhammadiah
14)Duru' al Wiqayah bi Ahzab al Himayah
15) Abwab al Faraj
16) Syawariq al Anwar min Ad'iyah al Saadah al Akhyar
17) Qul Hazihi Sabili
18) Al Qudwah al Hasanah fi Manhaj al Dakwah ilallah

Majlis Pengajiannya yang terakhir diadakan di rumahnya sendiri yang terletak di Rusaifah, Makkah al Mukarramah yang menjadi tempat tumpuan penuntut ilmu dan juga ulama' dunia Islam. Pada setiap musim haji, beliau akan mengadakan majlis perjumpaan di antara ulama' di rumahnya.

Setelah bertungkus lumus memerah otak dan mengharungi pelbagai onak dan duri dalam menegakkan agama Allah yang tercinta, beliau akhirnya dijemput Ilahi dengan tenang pada waktu Sahur hari Jumaat 15 Ramadhan 1425 Hijrah bersamaan 29 Oktober 2004 Masihi. Pemergian pejuang agama yang tidak mengenal erti jemu dan penat ini, ditangisi oleh jutaan umat Islam di seluruh pelusuk dunia. Semoga pemergiannya menjadi i'tibar kepada umat Islam yang masih lena dan membakar semangat pendakwah agama Allah. Semoga Allah menempatkannya bersama nendanya, Sayyiduna Rasulullah SAW. Amin.

Bila Al-Quran Berbicara...

Waktu engkau masih kanak-kanak………….

kau laksana kawan sejatiku
Dengan wudu’, saya kau sentuh
dalam keadaan suci. saya kau pegang
saya, kau junjung dan kau pelajari
saya engkau baca dengan suara lirih atau pun keras setiap hari
Setelah selesai engkau menciumku mesra

Sekarang engkau telah dewasa…………..

Nampaknya kau sudah tak berminat lagi padaku…
Apakah saya bahan bacaan usang yang tinggal sejarah…?
Menurutmu, mungkin saya bahan bacaan yang tidak menambah pengetahuanmu
Atau, menurutmu saya hanya untuk anak kecil yang belajar mengaji…….
Sekarang. saya tersimpan rapi sekali; sehingga engkau lupa di mana saya tersimpan
saya sudah engkau anggap hanya sebagai pengisi setormu.

Kadang kala

saya dijadikan mas kawin agar engkau dianggap bertaqwa
Atau saya kau buat penangkal untuk menakuti iblis dan syaitan
Kini saya lebih banyak tersingkir, dibiarkan dalam kesendirian , kesepian.
Di dalam almari, di dalam laci. saya engkau pendamkan.
Dulu…pagi-pagi… surah-surah yang ada padaku engkau baca beberapa halaman.
Di waktu petang. saya kau baca beramai-ramai bersama temanmu di surau…..

Sekarang…

seawal pagi sambil minum kopi…engkau baca suratkhabar dahulu
Waktu lapang engkau membaca buku karangan manusia
Sedangkan saya yang berisi ayat-ayat yang datang dari Allah Azzawajalla,
Engkau engkau abaikan dan engkau lupakan…

Waktu berangkat kerja pun kadang engkau lupa baca pembuka surah2ku (Bismillah).
Di dalam perjalanan engkau lebih asyik menikmati musik duniawi
Tidak ada kaset yang berisi ayat Allah yang terdapat di dalam keretamu
Sepanjang perjalanan, radiomu selalu tertuju ke stasyen radio kesukaanmu
Mengasyikkan.

Di meja kerjamu tidak ada saya untuk kau baca sebelum kau mulai kerja
Di Komputermu pun kau putar musik favoritmu
Jarang sekali engkau putar ayat-ayatku………
E-mail temanmu yang ada ayat-ayatku pun kau abaikan Engkau terlalu sibuk dengan urusan dunia mu
Benarlah dugaanku bahawa engkau kini sudah benar-benar hampir melupaiku

Bila malam tiba engkau tahan bersekang mata berjam-jam di depan TV.
Menonton siaran televisyen
Di depan komputer berjam-jam engkau betah duduk
Hanya sekedar membaca berita murahan dan gambar sampah Waktupun cepat berlalu………
saya semakin kusam dalam laci-laci mu Mengumpul debu atau mungkin dimakan hama

Seingatku,

hanya awal Ramadhan engkau membacaku kembali
Itupun hanya beberapa lembar dariku.
Dengan suara dan lafadz yang tidak semerdu dulu
Engkau pun kini terangkak-rangkak ketika membacaku Atau waktu kematian saudara atau taulan mu

Bila engkau di kubur sendirian menunggu sampai kiamat tiba
Engkau akan diperiksa oleh para malaikat suruhanNya
Apakah TV, radio, hiburan atau komputer dapat menolong kamu?
Yang pasti ayat-ayat Allah s.w.t yang ada padaku menolong mu
Itu janji Tuhanmu, Allah s.w.t

Sekarang engkau begitu enteng membuang waktumu…
Setiap saat berlalu…
Dan akhirnya…..
kubur yang setia menunggu mu………..
Engkau pasti kembali, kembali kepada Tuhanmu

Jika saya engkau baca selalu dan engkau hayati…

Di kuburmu nanti….
saya akan datang sebagai pemuda gagah nan tampan. Yang akan membantu engkau membela diri
Dalam perjalanan ke alam akhirat.
Dan Akulah “Al-Qur’an”, kitab sucimu Yang senantiasa setia menemani dan melindungimu.

Peganglah saya kembali.. ..

bacalah saya kembali saya setiap hari.
Karena ayat-ayat yang ada padaku adalah ayat-ayat suci.
Yang berasal dari Allah Azzawajalla Tuhan Yang Maha Pengasih dan Maha Pemurah
Yang disampaikan oleh Jibril melalui Rasulmu
Keluarkanlah segera saya dari almari, lacimu……. Letakkan saya selalu di depan meja kerjamu.
Agar engkau senantiasa mengingat Tuhanmu.
Sentuhilah saya kembali…

Baca dan pelajari lagi saya….

Setiap datangnya pagi, petang dan malam hari walau secebis ayat
Seperti dulu…. Waktu engkau masih kecil
Di surau kecil kampungmu yang damai
Jangan saya engkau biarkan saya sendiri….
Dalam bisu dan sepi….

Tuesday, June 9, 2009

Cantiknya Wanita...Idaman Lelaki

Sekadar peringatan kecil buat kaum sejenis...juga untuk difahami...dimengertikan juga buat kaum lelaki...

*Jika inginkan bentuk bibir yang menawan...bukan dengan mencalit lipstik dengan warna idaman...tapi bentuklah ia dengan ucapan kata-kata kebaikan.

*Inginkan mata yang cantik menawan dan indah bukan hanya mencalit pewarna mata...tapi sebenarnya adalah dengan mencari dan memandang kebaikan pada setiap orang yang anda jumpai.

*Nak dapatkan bentuk badan yang langsing dan mengkagumkan...bukan dengan berdiet semata-mata...tapi berbagilah makanan dengan mereka yang kelaparan.

*Rambut yang indah tentulah menjadi idaman wanita...bukan syampoo bukan pewarna yang diperlukannya...tapi lurutan penuh kasih ke atasnya...bagi si ibu...mintalah seorang anak kecil untuk menyisirnya dengan jemarinya setiap hari...kerana anak kecil itu sememangnya penuh kasih dihati...

*Bagi mendapatkan sikap tubuh yang indah, berjalanlah dengan segala ilmu pengetahuan, nescaya anda tidak akan pernah berjalan sendirian.

Manusia, jauh melebihi segala ciptaan lain, perlu senantiasa berubah, diperbaharui, dibentuk kembali,dan diampuni.

Jadi, jangan pernah kecilkan seseorang dari hati anda. Apabila anda sudah melakukan semuanya itu, ingatlah senantiasa. Jika suatu ketika anda memerlukan pertolongan, insyaAllah akan senantiasa ada tangan terhulur buat mu...

...Dan dengan bertambahnya usia anda, anda akan semakin mensyukuri nikmat yang telah diberi pada dua tangan mu itu, satu untuk menolong diri anda sendiri dan satu lagi untuk menolong orang lain.

Tapi sebenarnya...Kecantikan wanita bukan terletak pada pakaian yang dikenakannya, bukan pada bentuk tubuhnya, atau cara dia menyisir rambutnya.

....Kecantikan wanita terdapat pada matanya, cara dia memandang dunia...kerana di matanyalah terletak gerbang menuju ke setiap hati manusia, di mana cinta dapat berkembang.

...Kecantikan wanita bukan pada kehalusan wajahnya.Tetapi kecantikan yang murni, terpancar pada jiwanya,yang dengan penuh kasih memberikan perhatian dan cinta yang dia berikan. Dan kecantikan itu akan tumbuh di sepanjang waktu buatnya...

Tetapi cantiknya seorang wanita itu adalah dengan memberi rasa cintanya kepada Allah Azzawajalla...kerana itulah cinta yang paling hakiki yang tak mampu ditandingi...

-selembutbayupemikirbumi-

Bid'ah penyembahan kubur

Allah Subhanahu Wa ta’ala telah menciptakan alam semesta beserta isinya, khasnya jin dan manusia, agar mereka beribadah kepada-Nya dengan mengEsakan-Nya serta tidak menyekutukan-Nya dengan sesuatu apapun.

”Dan Aku tidak menciptakan jin dan manusia melainkan supaya mereka beribadah kepada-Ku.”

(Q.S. adz-Dzariyat: 56)

Dalam semua bentuk ibadah, yang hakikatnya adalah segala sesuatu yang dicintai dan diredhai Allah Subhanahu Wa ta’ala, baik berupa perkataan hati, lisan mahupun perbuatan hati dan anggota badan, baik yang nampak mahupun yang tersembunyi. Seperti mahabbah (kecintaan) dan ta’zim (pengagungan) kepada Allah, berdo’a, ber-isti’anah dan ber-istighatsah, solat, puasa, menyembelih korban, dan bentuk-bentuk ibadah yang lain, semuanya hanya ditujukan kepada Allah Subhanahu Wa ta’ala semata.

Untuk tujuan itu, Allah Subhanahu Wa ta’ala mengutus para Rasul-Nya dengan membawa kitab dan risalah dari-Nya kepada umat masing-masing, terkecuali Nabi dan Rasul-Nya, Muhammad Sallallahu ’Alaihi Wasallam, yang Dia Subhanahu Wa Ta’ala mengutus kepada semua manusia, untuk memberikan pengajaran dan penjelasan tentang begaimana cara mereka beribadah kepada Allah Subhanahu Wa ta’ala tersebut sekaligus bagaimana mereka harus mengesakan Allah Subhanahu Wa ta’ala dalam ibadah mereka kepada-Nya.

Allah Subhanahu Wa ta’ala berfirman :

”Dan sesungguhnya Kami telah mengutus Rasul kepada tiap-tiap umat (untuk menyeru umatnya), ’Sembahlah Allah (sahaja), dan jauhilah Thagut itu.’ ”
(Q.S. an-Nahl: 36)

Sejarahnya

Manusia pada awal mulanya, semenjak Allah Subhanahu Wa ta’ala menciptakan Adam ’Alaihissalam, mereka dalam keadaan bertauhid, beribadah kepada Allah Subhanahu Wa ta’ala semata, dan tidak menyekutukan-Nya dengan sesuatu apapun.

”Manusia itu adalah umat yang satu. (Setelah timbul perselisihan), maka Allah mengutus para Nabi, sebagai pemberi khabar gembira dan pemberi peringatan, dan Allah menurunkan bersama mereka Kitab yang benar, untuk memberi keputusan di antara manusia tentang perkara yang mereka perselisihkan.”

(QS. al-Baqarah: 213)

”Manusia dahulunya hanyalah satu umat, kemudian mereka berselisih.”

(QS. Yunus: 19)

Jadi, dahulunya manusia itu di atas millah (ajaran) yang satu iaitu mentauhidkan/ mengesakan Allah Subhanahu Wa ta’ala dalam ibadah mereka dan tidak menyekutukan-Nya. Mereka beribadah dengan tata cara yang satu dengan petunjuk dan bimbingan para nabi-nabi Allah, tidak dengan tata cara bid’ah yang mereka ada-adakan sendiri.

Saat itu belum ada orang yang melakukan kesyirikan, belum ada yang menyembah kubur, patung, dan berhala, dan belum ada yang melakukan bid'ah dalam agama Allah. Saat itu belum ada patung yang disujudi, belum ada berhala yang disembah, belum ada kubur yang dijadikan tempat beri’tikaf/ beribadah berdekatannya, belum ada pohon yang dijadikan sebagai tempat mengambil barakah, belum ada batu (yang dikeramatkan) yang dijadikan tempat menyembelih, belum ada malaikat yang dijadikan sandaran dalam bernazar, belum ada Nabi yang dijadikan tempat beristighatsah, dan belum ada orang soleh yang dimintai pertolongan selain Allah.

Sampai pada suatu generasi sebelum diutusnya Nabi Nuh ’Alaihissalaam, adalah Iblis –la’natullah ’alaih – tidak senang melihat pemandangan yang menyakitkannya tatkala mereka taat kepada Allah, berpegang dengan syari’at-Nya, dan beibadah hanya kepada –Nya. Dia mencari-cari kesempatan untuk memalingkan mereka dari hal itu dengan memalingkan mereka dari hal itu dengan cara-cara yang halus, meski awal mulanya dia tidak berhasil.

Hingga ketika wafat sebahagian orang-orang soleh dari kalangan mereka (Wad, Suwa’, Yaghuts, Ya’uq, dan Nasr) yang memiliki kedudukan di mata mereka – kerana telah berjasa mengajarkan kepada mereka ilmu dan kebaikan – mereka amat bersedih berpisah dengan orang-orang soleh tersebut. Maka Iblis –la’natullah ’alaih – datang kembali untuk membuat makar dan pengelabuan terhadap mereka sampai akhirnya mereka melakukan i’tikaf (beribadah) berdekatan dengan kubur orang-orang soleh tersebut dan membuat patung-patung mereka yang ditancapkan di majlis-majlis di mana mereka dahulu mengajarkan ilmu dan kebaikan.

Demikianlah keadaan tersebut sampai datang generasi berikutnya, di saat ilmu telah ditinggalkan dan kejahilan telah merajalela, hingga akhirnya patung-patung tersebut disembah.[1]

Itulah makna dari penafsiran Ibnu ’Abbas radliallahu ’anhuma tentang ayat yang ertinya,

”Dan mereka berkata, ’Jangan sekali-kali kamu meninggalkan (penyembahan) Ilah-Ilah kamu dan jangan pula sekali-kali kamu meninggalkan (penyembahan) Wadd, dan jangan pula suwaa’, Yaghuts, Ya’uq dan Nasr’.”

(QS. Nuh:23)

Begitulah cara-cara syaitan dalam menjatuhkan manusia, sehingga muncullah di antara anak keturunan Adam ’alaihissalaam satu firqah (kelompok) penyembah kubur, yang melakukan kesyirikan terhadap Allah, beribadah kepada orang-orang soleh atau para wali dengan berbagai macam bentuk ibadah.

Ibnul Qayyin rahimahullah menyebutkan bahwa fitnah penyembahan kubur merupakan salah satu tipu daya syaitan yang paling besar. Beliau menegaskan bahwa awal pertama kali fitnah ini muncul pada kaum Nabi Nuh ’alaihissalaam

sebagaimana yang Allah khabarkan di dalam al-Qur’an : "Nuh berkata, Ya rabbku, sesungguhnya mereka telah menderhakaiku, dan telah mengikuti orang-orang yang harta dan anak-anaknya tidak menambah kepadanya melainkan kerugian belaka, dan melakukan tipu-daya yang amat besar. Dan mereka berkata, ’Jangan sekali-kali kamu meninggalkan (penyembahan) ilah-ilah kamu dan jangan pula sekali-kali kamu meninggalkan (penyembahan) Wadd, dan jangan pula Suwaa’, Taghuts, Ta’uq, dan Nasr.’ Sesudahnya mereka telah meyesatkan kebanyakan (manusia); dan janganlah Engkau tambahkan bagi orang-orang yang zalim itu selain kesesatan’.”

(QS. Nuh: 21-24)[2]

Lalu beliau – Ibnul Qayyim rahimahullah – menukil perkataan Salaf tentang ayat ini yang menyebutkan bahawa mereka –Wad, Suwa’, Yaghuts, Ya’uq, dan Nasr –adalah orang –orang soleh di antara kaum Nuh ’alaihissalaam. Kemudian tatkala mereka wafat, orang-orang beri’tikaf di kubur-kubur mereka, lalu membuat patung-patung mereka. Hingga lama masanya atas mereka, kemudian manusia menyembah mereka (orang-orang soleh tersebut).[3]

Maka mereka telah menggabungkan antara dua fitnah, fitnah kubur dan fitnah patung. Kedua fitnah inilah yang pernah dikhabarkan oleh Rasulullah Sallallahu ’Alaihi Wasallam dalam hadits muttafaq ’alaih dari ’Aisyah radliallahu ’anha tentang gereja yang dilihatnya di negeri Habasyah, yang disebut Maria. Dan bahwa dalam gereja tersebut terdapat gambar-gambar dan patung-patung.

Maka Rasulullah Sallallahu ’Alaihi Wasallam bersabda,

”Mereka adalah kaum yang apabila mati seorang –hamba- yang soleh di antara mereka, mereka membangun masjid (tempat ibadah mereka) di atas kuburnya, lalu mereka buat gambar-gambar/ patung-patung di dalamnya. Mereka itulah sejelik-jelik makhluk di sisi Allah.”[4]

Maka Nabi Sallallahu ’Alaihi Wasallam telah menggabungkan antara patung-patung dan kuburan. Dan ini pulalah sebab dari penyembahan terhadap ’Laat’.

Ibnu Jarir meriwayatkan dengan sanadnya dari Sufyan dari Manshur dari Mujahid –tentang ayat yang ertinya-,

”Maka apakah patut (pantas) kamu (hai orang-orang musyrik) menganggap Al-Lata dan Al-Uzza.”

(QS. An-Najm: 19)

Beliau –Mujahid- berkata, ”Laat –dahulunya- adalah seorang yang membuat adunan tepung –gandum- untuk mereka –yang berhaji-. Kemudian dia mati, mereka beri’tikaf di kuburannya.”[5]
Jadi, jelaslah bahwa sebab penyembahan kepada Wad, yaghuts, Ya’uq, Nasr, dan Laat adalah pengagungan terhadap kubur mereka, kemudian dibuatlah patung-patung mereka hingga disembah.[6]

Penyembahan - dari Masa ke Masa

Apa yang disebutkan di atas –yang dilakukan oleh kaum Nuh ’alaihissalaam – merupakan asal-usul terjadinya penyembahan terhadap kubur yang merupakan sumber permulaan pensyirikan yang terjadi di dunia.

Meskipun kemudian Allah Subhanahu Wa ta’ala telah membinasakan mereka, kerana menentang ajakan rasul-Nya Nuh ’alaihissalaam agar mereka kembali kepada tauhid, beribadah hanya kepada Allah. Namun, penyembahan terhadap orang-orang soleh terus menyebar, sampai kepada umat-umat setelahnya seperti kaum ’Ad –kaum Nabi Hud ’alaihissalaam-, Tsamud –kaum Nabi Soleh ’alaihissalaam-, Madyan –kaum Nabi Syu’aib ’alaihissalaam-, dan yang lainnya.

Bahkan dengan jelas bahwa keyakinan Quburiyyah (penyembahan kubur) telah masuk dalam filsafat yunani, seperti yang dikibarkan Aristoteles dan murid-muridnya, di samping mereka juga adalah para penyembah patung.

Racun Quburiyyah terus menyebar sampai kepada kaum Yahudi dan Nasrani, di mana mereka termasuk orang-orang yang menyembah kubur para nabi dan orang-orang soleh. Dan terus berkembang dengan berbagai bentuknya, sampai bermunculan beragam peribadatan kepada berhala, patung, bebatuan dan pepohonan yang memiliki hubungan dengan kuburan dan para penghuninya –yang diyakini sebagai orang-orang soleh-.

Hingga sampailah keyakinan Quburiyyah ini kepada kaum musyrikin Arab. Pada asalnya dahulu mereka berada di atas millah (ajaran) Nabi Ibrahim ’alaihissalaam yaitu ajaran tauhid. Akan tetapi syaitan elah menggelincirkan mereka agar beribadah kepada kubur dan para penghuninya, sehingga mesuklah bermacam-macam penyembahan kepada berhala-berhala melalui jalur peribadatan kepada kubur sebagai pembukanya.[7]

Rujukan

[1]
Lihat Juhud ‘Ulama al-Hanafiyyah fi Ibthali Aqaid al-Quburiyyah (I/17-18) dan (I/401-405), karya DR. Syamsuddin as-Salafi al-Afghani –rahimahullah- [2] Ighatsah al-Lahfan (I/286) [3] Idem (I/287). Dan lihat pula Kitab at-Tauhid dan syarahnya, Fath al-Madjid, (I/281) tahqiq Abu Muhammad Asyraf Abdul Maqshud. [4] H.R. Bukhari (no. 424, 3660), dan Muslim (no. 528). Dan ini adalah lafal Bukhari. [5] Lihat Tafsir Ath-Thabari tentang tersebut, surat an-Najm ayat ayat 53 [6] Lihat Ighatsah al-Lahfan (I/287-288) [7] Lihat Juhudul Ulama al-Hanafiyyah (I/18-19) dan (I/407-417)

Monday, June 8, 2009

Antara Sabar dan Mengeluh

Pada zaman dahulu ada seorang yang bernama Abul Hassan yang pergi haji di Baitul Haram. Diwaktu tawaf tiba-tiba ia melihat seorang wanita yang bersinar dan berseri wajahnya.

"Demi Allah, belum pernah aku melihat wajah secantik dan secerah wanita itu, tidak lain kerana itu pasti kerana tidak pernah risau dan bersedih hati."

Tiba-tiba wanita itu mendengar ucapan Abul Hassan lalu ia bertanya,

"Apakah katamu hai saudaraku? Demi Allah aku tetap terbelenggu oleh perasaan dukacita dan luka hati kerana risau, dan seorang pun yang menyekutuinya aku dalam hal ini."

Abu Hassan bertanya,

"Bagaimana hal yang merisaukanmu?"

Wanita itu menjawab,

"Pada suatu hari ketika suamiku sedang menyembelih kambing korban, dan pada aku mempunyai dua orang anak yang sudah boleh bermain dan yang satu masih menyusu, dan ketika aku bangun untuk membuat makanan, tiba-tiba anakku yang agak besar berkata pada adiknya, "Hai adikku, sukakah aku tunjukkan padamu bagaimana ayah menyembelih kambing ?"

Jawab adiknya, "Baiklah kalau begitu," Lalu disuruh adiknya baring dan disembelihkannya leher adiknya itu.

Kemudian dia merasa ketakutan setelah melihat darah memancut keluar dan lari ke bukit yang mana di sana ia dimakan oleh serigala, lalu ayahnya pergi mencari anaknya itu sehingga mati kehausan.

Dan ketika aku letakkan bayiku untuk keluar mencari suamiku, tiba-tiba bayiku merangkak menuju ke periuk yang berisi air panas, ditariknya periuk tersebut dan tumpahlah air panas terkena ke badannya habis melecur kulit badannya.

Berita ini terdengar kepada anakku yang telah berkahwin dan tinggal di daerah lain, maka ia jatuh pengsan hingga sampai menuju ajalnya. Dan kini aku tinggal sebatang kara di antara mereka semua."

Lalu Abul Hassan bertanya,

"Bagaimanakah kesabaranmu menghadapi semua musibah yang sangat hebat itu?"

Wanita itu menjawab,

"Tiada seorang pun yang dapat membezakan antara sabar dengan mengeluh melainkan ia menemukan di antara keduanya ada jalan yang berbeza. Adapun sabar dengan memperbaiki yang lahir, maka hal itu baik dan terpuji akibatnya. Dan adapun mengeluh, maka orangnya tidak mendapat ganti yakni sia-sia belaka."

Demikianlah cerita di atas, satu cerita yang dapat dijadikan tauladan di mana kesabaran sangat digalakkan oleh agama dan harus dimiliki oleh setiap orang yang mengaku beriman kepada Allah dalam setiap terkena musibah dan dugaan dari Allah.

Kerana itu Rasulullah s.a.w bersabda dalam firman Allah dalam sebuah hadith Qudsi:

"Tidak ada balasan bagi hamba-Ku yang Mukmin, jika Aku ambil kekasihnya dari ahli dunia kemudian ia sabar, melainkan syurga baginya."

Begitu juga mengeluh. Perbuatan ini sangat dikutuk oleh agama.

Kerana itu Rasulullah s.a.w bersabda:

"Tiga macam daripada tanda kekafiran terhadap Allah, merobek baju, mengeluh dan menghina nasab orang."

Dan sabdanya pula,

"Mengeluh itu termasuk kebiasaan Jahiliyyah, dan orang yang mengeluh, jika ia mati sebelum taubat, maka Allah akan memotongnya bagi pakaian dari wap api neraka."

(Riwayat oleh Imam Majah)

Semoga kita dijadikan sebagai hamba Tuhan yang sabar dalam menghadapi segala musibah.

Qala Allah: "Ya ayyuhallazeena aamanu Isbiru wa Saabiru wa Raabitu wa AttaquLlah.....(ilakh) "

Aktivis Muslimah Harapan Rasulullah S.A.W...

Menjadi wanita memang menyenangkan, apalagi wanita "Muslimah", sebab muslimah bererti wanita yang telah diseleksi oleh Allah untuk menerima hidayah-Nya dan menjalankan kehidupan sesuai dengan sunnah Rasul-Nya. Rasulullah sebagai manusia pilihan Allah, sangat peduli terhadap muslimah.

Baginda sangat menyayangi muslimah sehingga beliau berpesan dalam sebuah hadits yang diriwayatkan oleh Ibnu Abbas, "Tidaklah seorang muslim yang mempunyai anak dua orang perempuan kemudian ia berbuat baik dalam berhubungan dengan keduanya akan bisa memasukannya ke dalam surga."

Di masa baginda hidup kaum wanita merasakan angin segar dalam kehidupannya, setelah sebelumnya pada masa jahiliyah hidup teraniaya, tidak mendapatkan hak yang semestinya. Kehidupan wanita muslimah saat itu boleh dikata beruntung dibandingkan dengan wanita sekarang pada umumnya. Kerana muslimah relatif hidup dalam komuniti masyarakat yang memahami nilai Islam secara baik. Hidup mereka betul-betul tersanjung, kerana mereka merasakan hidup sesuai fitrahnya.

Berbeza dengan situasi sekarang, ketika banyak wanita menuntut persamaan hak dan darjat. Boleh dikatakan kehidupan wanita sekarang berada ditengah komuniti masyarakat yang tidak memahami nilai-nilai Islam. Ini menyebabkan keserabutan dalam hidup mereka. Sudah tentu wanita muslimah harus berupaya menghilangkan dugaan tersebut. Caranya adalah dengan mulai mengaktifkan dirinya dalam pelaksanaan nilai-nilai Islam serta berupaya mengajak wanita lain untuk beramal Islami.

Ustadz Faisal Maulawi, seorang Mufti Lebanon, menyatakan, "Saatnya sekarang keadaan ummat sedang dalam keadaan bahaya, para wanita muslimah yang solehah terjun untuk terlibat aktif dalam membentengi dan memperbaiki ummat."

Untuk menjadi muslimah yang disayang oleh Rasulullah SAW hendaknya diperhatikan empat hal berikut:

1. Faqihah Lidiiniha

Seorang muslimah hendaklah faqih (paham) terhadap din (agamanya). Selayaknya ia dapat membaca Al-Qur'an dengan baik dalam erti tajwid dan makhraj hurufnya. Kemudian dapat membaca hadits dan selalu pula menjadi bacaan hariannya, karena dengan itu ia memahami keinginan Rasulnya untuk kemudian berusaha menyesuaikan kehidupannya sesuai dengan cara hidup Rasulullah SAW.

Ia juga harus berusaha memperkaya diri dan wawasannya melalui belajar kepada seorang guru yang jujur dalam menyampaikan ilmunya, dan berusaha banyak membaca buku agama lainnya seperti tentang aqidah, akhlaq, fiqh, sirah, fiqh da'wah, Tarikh Islam, sejarah dunia dan ilmu kontemporari lainnya. Contoh muslimah yang menguasai ilmu-ilmu ini adalah Aisyah RA.

2. Najihah fi Tarbiyyati Auladiha

Seorang aktivis muslimah yang telah berkeluarga hendaklah berupaya dalam mendidik anaknya, bahkan bagi seorang aktivis yang belum berkeluarga pun seharusnya mempelajari bagaimana cara mendidik anak dalam Islam, kerana ilmu tersebut fardhu 'ain, sehingga mempelajarinya sama dengan mempelajari wudhu, sholat, puasa, dan sebagainya. Sehingga ia tahu betul cara mendidik anak dalam Islam yang nantinya anak-anak tersebut akan ia persembahkan untuk kejayaan Islam dan kaum muslimin. Insya Allah kelak ia akan menjadi Ibu yang sukses seperti Hajar dan Khadijah ra.

3. Muayyidah fi Da'wati Zaujiha

Sebagai aktivis amal Islami, kepedulian kita bukan hanya kepada masalah luaran, mengupayakan pelaksanaan amal Islam terhadap orang lain, akan tetapi kepedulian terhadap aktiviti keluarga harus lebih diutamakan, misalnya memberikan motivasi amal Islami kepada anak, pembantu, juga suami. Ia menjadi muslimah yang senantiasa menjadi motivator kebaikan suaminya, seperti Ummu Sulaim yang menikah dengan Abu Tholhah dengan mahar syahadat.

Namun ketika Abu Tholhah wafat Rasulullah mensholatkannya sampai sembilan kali takbir, menunjukkan sayangnya Rasulullah kepada beliau karena tidak pernah berhenti dalam beramal dan berjihad bersama Rasul. Hal ini ia lakukan karena selalu mendapat motivasi dari Ummu Sulaim, istrinya.

4. Naafi'ah Fi Tagyiiri Biiatiha

Ia selalu peduli terhadap lingkungannya, selalu membuka mata dan telinga untuk mengetahui keadaan sekelilingnya, selalu mengupayakan lingkungannya menjadi lebih baik. Contohnya Ummu Syuraik yang selalu mengelilingi pasar bila saat solat tiba untuk mengingatkan penghuni pasar agar segera melaksanakan solat dengan kalimatnya yang terkenal 'Assolah, Assolah!!!'

Demikian semoga dengan empat hal ini kita dapat menjadi aktivis Muslimah yang di cintai Rasulullah SAW. Amin.

-mujahideenkekasihallah.blogspot.com/-

Buah Hikmah

Hanya lidah yang mahu berdusta dan berbohong. Namun pandangan mata, hayunan kedua belah tangan, langkah kedua belah kaki dan pergerakan tubuh atau seluruh anggota badan akan menafikan apa yang diucapkan oleh lidah. -Khalifah Ali bin Abi Talib

Jangan engkau percaya melihat kegagahan seorang lelaki. Tetapi jika mereka teguh memegang amanah dan menahan tangannya daripada menganiayai sesamanya, itulah lelaki yang sebenarnya. -Khalifah Umar al-Khattab

Agama buat kehidupan di akhirat, harta buat kehidupan di dunia. Di dunia orang yang tidak berharta berasa susah hati, tetapi orang yang tidak beragama merasa lebih sengsara. -Saidina Abu Bakar As-Siddiq

Barangsiapa menempatkan dirinya di tempat yang dapat menimbulkan persangkaan, maka janganlah menyesal kalau orang menyangka buruk kepadanya. -Saidina Umar al-Khattab

Manusia yang berakal ialah manusia yang suka menerima dan meminta nasihat. -Saidina Umar bin Al-Khatab

Bagi setiap nikmat ada kunci yang membukanya dan ada kunci yang akan menyelaknya yang mana kunci pembukanya adalah sabar dan kunci penyelaknya adalah malas. -Saidina Ali bin Abi Thalib

Kemarahan orang yang berakal dilihat pada tindak tanduknya dan kemarahan yang ada pada orang jahil itu dapat dilihat melalui perkataannya. - Saidina Ali bin Abi Thalib

Dua nikmat yang sering dilupakan ialah kesihatan dan keselamatan. - Saidina Ali bin Abi Thalib

Kalau engkau berasa berkuasa untuk membuat aniaya kepada hamba Allah, ingatlah pula bahawa Allah lebih berkuasa membalasnya. -Saidina Umar bin Al-Khatab

Manusia yang paling lemah ialah orang yang tak sanggup cari teman dan yang paling lemah daripada itu ialah orang yang mensia-siakan teman yang telah diperolehinya. -Imam Al-Ghazali

Usaha yang halal itu lebih berat daripada memindah bukit ke atas bukit. -Ibnu Abbas

Hiduplah sesuka hatimu, sesungguhnya kamu pasti mati. Cintai siapa saja yang kamu senangi, sesungguhnya kamu pasti akan berpisah dengannya. Lakukan apa saja yang kamu kehendaki, sesungguhnya kamu akan memperoleh balasannya. Dan ingatlah bahawa bersama kesulitan itu sentiasa akan timbul kesenangan. - Ibnu Abbas

Orang yang menzalimi diri sendiri ialah mereka yang tunduk dan patuh pada mereka yang tidak menghormatinya, mengharapkan kemanisan pada sesuatu yang tidak memberi manfaat kepadanya dan menerima pujian daripada mereka yang tidak dikenalinya. -Imam Syafi'e

-Brilliant Marjan-

 

Challenge Me!

Promote This Blog

Visitors

...::Lukluk Baidoa::..