Sunday, December 5, 2010

Tiada Lagi Esok...

Bismillah.. apabila sang suria sudah hendak berlabuh, suasana senja telah menjelma.. pastinya kegelapan yang panjang akan tiba. panjang yang tiada batasan, kerna tiada lagi esok baginya. ibarat lilin yang habis terbakar, ibarat bangunan yang menyembah bumi. tiada apa lagi.

memang senang bagi yang tidak mempercayai.. yang berlalu tetap pergi, pasti ianya tak akan kembali.. buat apa sesuka hati, yang penting kepuasan diri.. namun bagi kita?? kita akan hidup dengan cara kita, dan pasti kita akan dihidupkan kembali dengan satu cara. segalanya akan kembali, bicara di luar kawalan diri.

bukan untuk tunduk pada ciptaan.. berkerja seakan hidup selamanya, beribadah seakan mati esok hari. beginilah hidup kita penghianat, lupa akan segala janji.. pada tuhan, keluarga, sahabat, dan diri ini. tak mudah untuk mengingat, sangat mudah untuk melupakan.

kau yang menjadi hamba Allah.. indahnya menjadi contoh dan tauladan. bukan pengotor agama yang suci. bukan yang membakar diri dengan azabnya kepanasan di sana. memang hari akan semakin gelap, memang mentari itu akan lenyap. memang pelangi akan hilang. wallahua'lam..

.

di edit dr nasirdamanhour utk tazkirah pengubat hati

.

Friday, December 3, 2010

Rancang perkahwinan jangan last minute

UPDATE :

Prosedur poligami di Perlis kini tidak lagi semudah dulu...permohonan dari pemohon yang menukar alamat tidak lagi diberi perhatian, hanya yang memang orang Perlis akan diberi perhatian.
Perlis juga kini mempraktikkan memanggil isteri pertama sebagai saksi ketika permohonan poligami suami didengar di Mahkamah Tinggi Syariah.
Harap maklum.
Tak de apa nak update sebenarnya..so teringat pulak bila ana bukakFeed Jit ana, akan tertera ramai jugak yang terlepas masuk ke blog ana ni kerana meng'google' Prosedur kahwin la...prosedur poligami la...prosedur wali hakim la...dan lain-lain...maklum lah, Google ni asal ada perkataan berkaitan saja dia akan senaraikan resultnya... So ana rasa elok jugak la ana senaraikan serba sedikit prosedur-prosedur berkaitan perkahwinan yang ana tahu di Malaysia ni..basically sama saja semua negeri, cuma beberapa perkara kecil mungkin berbeza antara negeri...

1. Prosedur Permohonan Nikah Biasa

Untuk pernikahan biasa, maksudnya kahwin kali pertama antara Teruna dan Dara...(hehe..jangan la pandang semantiknya..hehe)..setiap pemohon lelaki dan perempuan kena memohon dari Pendaftar Nikah, Cerai dan Rujuk (NCR) di Jabatan Agama Islam Negeri masing-masing(mengikut alamat dalam MyKad)...setiap permohonan kena isi borang dan kena buat Pemeriksaan HIV di mana-mana Klinik Kesihatan Kerajaan...tapi sebelum tu kena sertai kursus kahwin tau...sebab dokumen yang perlu masa nak serahkan borang tu adalah:

- Salinan Kad Pengenalan Pemohon

- Salinan Kad Pengenalan Dua Orang Saksi

- Sijil Kursus Kahwin

- Sampul Pemeriksaan HIV

- Salinan Kad Pengenalan Wali (untuk perempuan saja la..)

Kalau pemohon tu Janda (samada cerai mati atau cerai hidup) ada tambahan la pulak...

- Sijil Cerai atau Sijil Kematian Suami yang original...bukan salinan ya...

Kalau Duda plak pun sama la..kena ada Sijil Cerai atau Sijil Mati isteri...

Siap semua submit la...dalam dua atau tiga minggu dapatlah kebenaran kahwin...maka selamat kahwin...

Kalau la salah seorang pengantin tu dari negeri lain...maka yang lelaki tu kena memohon kat NCR untuk kebenaran berkahwin di luar kariah...pasal kat Malaysia ni kita akad nikah kat tempat perempuan..so kena la lelaki tu mohon pergi ke tempat perempuan tu kahwin...tapi just in case nak kahwin kat tempat lelaki...kena la perempuan tu yang mintak kebenaran luar kariah...

2. Prosedur Wali Hakim

Yang ni terlibat dengan perempuan saja la...yang lelaki tu kalau nak tolong bagus...kalau tak jangan menyibuk...

Sebelum submit borang yang kat atas tadi tu...si perempuan ni kena mohon dari NCR tadi untuk mendapatkan wali hakim...nyatakan sebab-sebabnya...bawak datang saksi...then Pendaftar NCR tu akan buat satu laporan kepada Mahkamah Syariah Negeri terbabit untuk diberi keizinan wali hakim.... Then kena bawak laporan tu dan failkan kes permohonan Wali Hakim di Mahkamah Syariah...then bila tiba hari perbicaraan, semua saksi-saksi dan laporan Pendaftar tadi diambil kira...maka akhirnya setelah berpuas hati Hakim akan mengeluarkan penghakiman Kebenaran Wali Hakim.... Then barulah penghakiman bertulis itu tadi dibawa ke Pendaftar NCR untuk permohonan dalam perkara pertama atas tadi tu...rumit sikit la... Kalau dia Muallaf (baru masuk Islam) yang ni senang...walk in je pegi ke NCR..terus diorang akan bagi kebenaran Wali Hakim...silap-silap siap nikah kat situ je...

3. Prosedur Permohonan Wali Enggan

Yang ni lain sikit...perkara dua tadi wali dia dah meninggal dunia...

Yang ni wali dia tak nak bagi kahwin...tapi kena la alasan munasabah..kalau wali dia tak bagi pasal nak kahwin dengan Bapak Ayam ke...Mat Dedau ke...tu jangan le mintak... Contohnya kalau wali tak bagi kahwin atas alasan misai bakal menantu tak macho macam misai bakal bapak mertua...tu sungguh tak logik kan...jadi perempuan ni kena mengadu dulu di NCR...maka pihak NCR akan bertindak panggil kedua-dua pihak perempuan dan walinya untu berbincang dan kaunseling...sehingga tiga kali...andai wali masih nak kontrol misai dia dan degil...maka NCR akan buat laporan kepada Mahkamah Syariah bahawa pemohon layak mendapat Wali Hakim kerana wali sebenar enggan....so ikutlah pulak prosedur kedua dengan kena pergi Mahkamah Syariah...kemudian dapat Penghakiman dan serahkan permohonan kahwin kat NCR...

4. Prosedur Permohonan Poligami

Ada beberapa perbezaan antara Poligami di Perlis dan negeri lain... Harus diingat bahawa semua negeri TIDAK MENSYARATKAN KEBENARAN ISTERI PERTAMA...tetapi semua negeri lain akan memanggil isteri pertama sebagai responden untuk hadir ke Mahkamah semasa permohonan didengar..kecuali Perlis (setakat ni la..ana dengar dah nak dijadikan sama jugak dengan negeri lain...bila tak tau la...so sesape nak laksanakan tu boleh cepat-cepat datang sekarang sebelum diaorang gazette...hehehe...) Jadi ana tak tau nak huraikan prosedur permohonan poligami di luar Perlis...ana hanya boleh ceritakan yang kat Perlis sahaja... Syarat utama ialah Kad Pengenalan pemohon (lelaki) mestilah samada bernombor 09 kat tengah atau beralamat Perlis...kalau alamat lain maka kena tukar address la..tukar alamat ni pulak sekarang kena alamat di atas MyKad...dulu hanya slip pertukaran alamat saja...sudah tukar laaa... Then ada beberapa dokumen yang diperlukan...banyak jugak la...dan kena buat afidavit yang ditandatangani di depan samada Hakim atau Pendaftar Mahkamah... (Dokumen dan afidavit tak leh nak cerita kat sini pasal banyak jugak... ) Kemudian setelah permohonan di serahkan...dapat satu tarikh perbicaraan..maka kedua-dua pemohon dan bakal isteri kedua kena hadir ke Mahkamah... Then kena tunggu tempoh Hakim buat keputusan dan Perintah Kebenaran Poligami akan dikeluarkan... Setelah tu barulah boleh si lelaki ni mengemukakan permohonan berkahwin di NCR mengikut prosedur pertama tadi...kalau nak kahwin kat mana-mana negeri sekalipun boleh...sebab Kebenaran Poligami Perlis jugak dikeluarkan oleh Jabatan Kehakiman Syariah...so valid la kat mana pun...
Begitu lah serba sikit tentang prosedur-prosedur perkahwinan..bukannya apa...kadang-kadang tu ada yang kena buat sendiri semua urusan permohonan..muda lagi pulak tu, jadi kurang pengalaman..so harapnya entri ana kali ni dapat la membantu diorang... Macam mana pun nampak komplikated prosedur-prosedur kat atas tu, semuanya bertujuan nak jaga kehormatan dan keunggulan institusi perkahwinan...jangan ambik jalan mudah pergi kahwin kat Thailand tau...bukannya apa...komplikasinya lebih banyak dan risiko tinggi...macam mana sukar pun prosedur kat negara kita, masih ada ruang untuk merayu sekiranya ada kes-kes tertentu...dan kalau kena gaya boleh dipercepatkan jugak..hehe..apa nak dikata... UPDATE : Prosedur poligami di Perlis kini tidak lagi semudah dulu...permohonan dari pemohon yang menukar alamat tidak lagi diberi perhatian, hanya yang memang orang Perlis akan diberi perhatian. Perlis juga kini mempraktikkan memanggil isteri pertama sebagai saksi ketika permohonan poligami suami didengar di Mahkamah Tinggi Syariah. Harap maklum.

.

.

Sunday, November 21, 2010

Kenali situasi dan kondisi..

Bismillahirrahmanirrahim.. assalamu'alaikum.. mengenal situasi dan kondisi adalah sangat penting di dalam kehidupan seseorang, lebih2 lagi bagi seorang yang bergelar pendakwah.. pendekatan yang berbeza dengan keadaan dan persekitaran yang barlainan.

sudah menjadi lumrah, masyarakat di satu2 daerah akan merasa janggal apabila ada seorang daripada mereka atau pun orang luar melakukan sesuatu yang bercanggah dengan kebiasaan yang mereka lakukan.. sebagai contoh; seorang pemuda yang baru pulang dari Mesir menjadi imam solat di masjid kampong dengan memakai seluar jeans dan t-shirt, dengan alasan mengikut apa yang dilakukan oleh orang arab. adakah ini satu tidakan yang bijak?

sahabat2 lihat sendiri; seoang petani yang bekerja di kebun tidak dapat tidak akan pulang ke rumahnya untuk menukar pakaian sebelum pergi ke masjid untuk menunaikan solat. berlainan apa yang berlaku di Mesir, mereka akan ke masjid dengan pakaian kerja mereka, hatta ketika solat jumaat.. di sini perbezaannya.

"jika kamu masuk ke dalam kandang harimau dengan mengembik nescaya kamu akan diterkamnya kerna kamu disangka adalah mangsanya, dan jika kamu masuk ke dalam kandang kambing dengan mengaum nescaya kambing2 akan lari ketakutan kerna disangka kamu adalah pemangsanya.." fikir2kanlah..

credit to nasir damanhour

.

Saturday, November 13, 2010

Beza Orang yang Berilmu vs Tidak Berilmu

Pengetahuan orang yang tersurat ini terhad kepada pengisian maklumat yang ada dalam dirinya. Mereka tak dapat menghuraikannya dengan panjang lebar dan melihat dari sudut yang pelbagai. Dalam hal ini mereka seakan punya pengetahuan sebesar kolam dan kolam ini ditambah airnya dari masa ke semasa dengan pengetahuan maklumat yang dicari. Jadi, kata-kata yang keluar dari mulut mereka akan terhad kepada pengetahuan yang ada dalam kolam ini, ia berulang-ulang berkisar tentang perkara yang sama dan tak lebih dari itu. Ini kerana mereka memandang hanya melalui mata kasar dan mata akal tetapi tidak dengan mata hati.

Pengetahuan maklumat ini sebenarnya akan menjadi lapuk. Lapuk dimamah masa. Misalnya maklumat tentang sesuatu kajian yang sering berubah dari zaman ke zaman yang satu lagi. Perubahan maklumat inilah yang menyebabkan pembangunan sains dan teknologi yang mana banyak produk dicipta dan diperbaharui. Lihatlah pada penciptaan kereta yang semakin lama semakin canggih dengan pelbagai pembaharuan. Jadi dalam hal ini mereka yang mengejar pengetahuan terpaksa selalu memastikan diri dikemaskini dengan dengan maklumat baru kalau tidak mahu ketinggalan. Dari sudut penghayatan dan perlaksanaan pula, kalau kita melaksanakan pengetahuan, ia boleh berubah. Sistem dan teori perniagaan contohnya telah banyak berubah dan banyak teori lama yang tak boleh lagi digunapakai pada hari ini. Ia seakan perkembangan fesyen. Kalau kita terus memakai baju kolar besar dengan seluar bell bottom pada hari ini pasti kita akan diketawakan dan dikatakan ketinggalan zaman.

Ia tak seperti ilmu. Ilmu kebenaran dari ALLAH S.W.T ini pula tak akan lapuk kerana ia akan terus-terusan boleh digunakan sampai bila-bila. Kita sering mendengar orang merujuk kepada Al Quran dan Hadis Nabi S.A.W semenjak dahulu lagi dan ia tak pernah bertukar. Katalah para ustaz merujuk surah Al Asr yang menerangkan tentang kepentingan masa, maka ia berterusan begitu rujukannya. Yang berbeza ialah perspektif penerangan dalam surah tersebut. Kita yang mempelajarinya pula hanya perlu mengetahuinya sekali dan ia terus-terusan boleh digunakan sepanjang umur kita. Apa yang berubah ialah pengetahuan baru yang kita temui di dalamnya dari satu kefahaman kepada satu kefahaman yang lebih baik. Ilmu seakan sungai yang mengalir masuk ke dalam empangan dan terus-terusan mengalir selagi kebenaran ilmu itu disampaikan.

Saya pernah bertemu dengan orang yang menggunakan Surah Al Asr ini untuk diimplementasikan dalam perniagaannya. Saya juga pernah mendengar ada orang yang menggunakan Surah Yusuf untuk diimplementasikan dalam penulisan dan banyak lagi selain mengambil iktibar dan peringatan darinya.

Mereka yang tajam mata hatinya ini akan mengaitkan semua perkara, kejadian dan peritiwa yang berlaku dengan kebesaran ALLAH S.W.T. Mereka juga bakal mendapat ilmu melalui pengisian tetapi mereka juga bakal mendapat taufik dan hidayah, kefahaman dari ALLAH S.W.T. Ini sebenarnya adalah sesuatu yang sukar untuk dihuraikan kerana sifatnya yang tidak kelihatan tetapi hanya boleh dirasai orang yang merasai. Mereka juga boleh menghurai dengan begitu panjang lebar walaupun topiknya hanyalah bermula dengan huruf alif. Alif yang bermaksud sa, esa, tunggal dan sebagainya. Inilah perbincangan yang dijalankan oleh para ilmuwan yang terdahulu.

Mari kita lihat dari sudut perlaksanaan dan penghayatan pula. Mereka yang melaksana dan menghayati ilmu akan punya akhlak yang baik. Ini kerana pengisian ugama ini membentuk akhlak dan budi pekerti yang baik. Kalau difikirkan fesyen pakaian sekular berubah dari zaman ke zaman namaun fesyen jubah sepertimana sunnah Rasullullah S.A.W masih merupakan satu fesyen yang tak berubah semenjak dahulu lagi. Inilah perbezaan ilmu kalau dibandingkan dengan pengetahuan. Ilmu bersifat tetap sedangkan pengetahuan sifatnya berubah-ubah.

Dalam kehidupan kadangkala saya bertemu dengan orang melayu yang begitu mengagung-agungkan budaya orang Barat yang dikatakan maju dan bertamadun. Mereka sanggup melanggan majalah Newsweek, Time dan sebagainya kerana mahu mengemaskini diri dengan kisah serta keadaan semasa di Amerika Syarikat.

Kemudian ada pula yang bila bercakap menggunakan rujukan dari Sarjana Barat. Contohnya dalam bidang motivasi mereka merujuk kepada Nepoleon Hill dan Stephen J. Covey, dalam bidang kewangan dengan merujuk kepada Robert Kiyosaki dan Warren Buffet. Dalam bidang Pemasaran pula mereka merujuk kepada Kotler dan sebagainya. Mereka mengikut dan percaya kepada apa yang diajarkan oleh para guru itu. Benar atau tidak sekali lagi tidak pula difikirkan. Kalau dalam bidang pemasaran contohnya, kajian, kaedah serta strategi yang disarankan Kotler dijadikan sandaran dengan menjalankan promosi, iklan dan diskaun dan sebagainya. Strategi penjenamaan produk yang meluas dan paling berkesan dipilih supaya nama produk diingati dan menjadi sebutan pengguna.

Namun demikian ada beberapa kisah kejayaan perniagaan yang melanggar semua aspek yang disarankan ini. Contohnya Ramly Burger menjadi produk yang terkenal di seluruh Malaysia tanpa perlu menjalankan promosi dan iklan secara meluas dan besar-besaran dan perniagaannya berkembang pesat hingga sampai ke timur tengah dan telah bertahan semenjak 40 tahun yang lalu.

Dalam topik ini, bagi saya ilmu sebenarnya berbeza kalau dibandingkan dengan maklumat. Bagi saya pengetahuan ilmu adalah sesuatu yang datang dari ALLAH S.W.T dan sifatnya bersih, suci lagi benar. Saya yakin kalau dibuat kajian akan semua ilmu yang terdapat dalam Al Quran pasti kita akan bertemu dengan kebenarannya.

Berpesan-pesan dengan kebenaran yang diungkapkan dalam Surah Al Ash sebenarnya membawa maksud berpesan-pesan dengan ilmu sepertimana yang diungkapkan dalam Al Quran dan yang disampaikan oleh Nabi SAW.

Pengetahuan pula hanyalah maklumat, konsep, teori, fakta yang bertaburan di muka bumi ini dari pelbagai aspek yang mana kebenarannya masih samar dan perlu dibuktikan. Malah masih terlalu banyak perkara di langit, di mukabumi dan di laut yang masih belum dikaji manusia.

Kadangkala kita belajar ke peringkat tertinggi dalam bidang akademik hingga ke peringkat PhD tanpa kita sedari yang apa yang kita pelajari itu hanyalah kebanyakannya terdiri dari pengetahuan maklumat dan sedikit sahaja pengetahuan ilmu.

Dari sudut akademik, kita belajar sedari kecil hinggalah ke peringkat yang tertinggi dengan silibus akademik yang tersusun dan berstruktur yang kebanyakannya dipelopori oleh tamadun Barat. Katalah kita pelajari pengkhususan dalam bidang kewangan tetapi apa yang terjadi ialah sistem kewangan yang mereka agung-agungkan akhirnya merudum.

Saya amat kecewa apabila sesetengah orang berilmu menggunakan ilmu yang mereka ada untuk kepentingan peribadi. Sebagai contoh, ahli perniagaan yang menggunakan ayat-ayat Quran atau sunnah untuk melariskan jualan mereka. Yang lebih mengecewakan mereka ini bukanlah orang yang belajar agama tapi tidak mengamalkannya dengan kaedah yang betul. Ilmu yang dikutip bukanlah untuk dimanipulasi sebagai kepentingan diri sendiri. Orang yang mempunyai ilmu agama lebih cenderung untuk melakukan kesilapan berbanding orang awam. Dinasihatkan kepada orang-orang ini agar berhenti men'jual' ayat-ayat Allah dan Al-Sunnah untuk kepentingan mereka sendiri.

BEZA ORANG YANG BERAGAMA DAN ORANG YANG BELAJAR AGAMA

Apa agaknya beza 2 istilah ini?

Orang yang beragama boleh jadi dia hanya mempunyai sedikit asas agama dan tidak belajar khusus dalam disiplin agama tetapi menghayati sedikit sebanyak ilmu tentang agama yang ada pada dirinya!

Sedangkan orang yang hanya belajar ilmu agama semata-mata tetapi tidak beramal apalagi mempergunakan agama untuk kepentingan peribadinya ternyata jauh menyeleweng.

Orang beragama yang paling mulia ialah dia belajar ilmu agama hayati kemudian menyebarkannya sebagaimana para sahabat r.a. yang digelar sebagai Jil Qur'aniyyun Faridun oleh al-Syahid Syed Qutb iaitu Generasi Qur'an yang unik. Oleh itu, mari sama-sama kita koreksi diri kita di golongan yang mana agaknya?

Teori Darwin pula contohnya mengenai asal manusia dari beruk yang mengalami pengembangan evolusi juga hanya merupakan pengetahuan maklumat kerana tiada fossil yang ditemui setakat ini yang membenarkan semua ini. Fossil ikan jerung, udang dan dan pelbagai tumbuhan yang ditemui bertarikh beratus juta tahun dahulu masih sama sepertimana keadaannya sekarang. Tidak terdapat sebarang perubahan evolusi padanya. Ini bermakna pengetahuan ilmu bahawasanya ALLAH S.W.T mencipta dari sesuatu yang tiada iaitu dengan berfirman “jadi maka jadilah” adalah kebenaran.

Semua ini menunjukkan walaupun penerapan nilai akademik ini tersusun dan berstruktur tetapi sebenarnya ia belum terbukti kebenarannya. Malah Albert Einstien sendiripun mengaku akan kewujudan Tuhan kerana banyak perkara yang tak dapat diungkaikannya.

Dalam hal ini telah terbukti ramai para pengkaji / saintis / ahli akademik / yang membuat kajian yang mendalam akhirnya bertemu dengan ilmu ALLAH S.W.T. Kajian mengenai pokok yang boleh bercakap, kajian mengenai peringkat kehamilan, kajian mengenai partikel air, kajian mengenai dinding yang memisahkan air laut masin dengan air sungai yang tawar, kajian mengenai planet dan cakerawala dan pelbagai kajian lagi telahpun dibuktikan dalam Al Quran semenjak 1400 tahun dahulu.

Oleh itu kajian, maklumat, teori dan konsep yang telah terbukti benar dengan rujukan yang ada di dalam Al Quran serta diperteguhkan dengan Sunnah adalah kajian yang benar dan boleh digunakan manusia sebagai rujukan. Oleh itu sebagai jalan pintas bukankah lebih baik kita terus sahaja mengambil ilmu dari Al Quran kerana sudah pasti ia merupakan kebenaran.

Kita pula sebagai manusia dianjurkan supaya bercakap benar, menyampaikan yang kebenaran dan bersabar dalam penyampaiannya. Kita juga disarankan supaya menggunakan akal untuk berfikir dan mengambil iktibar dan tamsilan atas semua perkara dan peristiwa yang berlaku di sekeliling kita. Inilah nilai yang terbaik untuk kita ambil untuk dijadikan prinsip penerapan diri.

Fikir-fikirkanlah..

Sesungguhnya segala kebaikan adalah dari Allah dan segala kelemahan adalah atas kelemahan diri saya sendiri. Kemaafan jualah yang saya pinta.

Bukalah pintu hati, anda pasti akan memahami. Terima kasih meluangkan masa membaca. Harap ia membawa manfaat buat anda.

Diubahsuai dari artikel Faizal Yusup

.

Thursday, November 11, 2010

Kerana telur rebus

Aku baru berkahwin setahun yang lepas dan duduk dengan isteri aku. Kami duduk berdua sahaja sebab belum dikurniakan anak. Aku ni ada satu kegemaran -iaitu makan telur rebus. Aku pun taktahu kenapa aku suka makan telur rebus, sedap agaknya. Sebelum aku kahwin, aku memang gila telur rebus. Pagi petang siang malam makan telur rebus. Tapi semenjak aku kahwin ni aku terpaksa berkorbanlah, iaitu dengan meninggalkan tabiat aku ini. Lama juga aku dah tak pekena telur rebus ni.. sebab orang rumah aku masak sedap-sedap. . so aku dah tak kisah lagilah..

Ceritanya begini, bulan lepas masa aku balik kerja, tiba-tiba kereta aku rosak.. akupun telefon bini aku katakan aku balik lambat sebab kena menapak. Sebab lapar akupun singgah satu kedai makan tu... ada telur rebus lah.. akupun makan nasi dengan telur rebus.. lepastu aku order telur rebus lebih lagi untuk diratah. Sebelum balik aku bungkus lagi 10 biji telur rebus untuk makan sambil berjalan balik nanti. Tiba jekat rumah aku rasa amatlah kenyang.. maklumlah balas dendam sebab lama tak pekena telur rebus. Sebelum aku masuk kerumah,i steri aku tiba-tiba cakap dia ada 'surprise' untuk aku malam ni. Dia suruh aku tutup mata dengan kain hitam yang diikat kemas dibelakang kepalaku. Dan dipimpinnya aku sampai ke meja makan Aku duduk dikerusi dan isteriku pesan jangan cuba buka ikatan yang menutup mataku.

Aku nak pergi toilet sebab perutku mula buat hal, tapi malaslah nak spoilkan 'surprise' isteriku ini. Aku pun tahan ler... Tetiba telefon berbunyi, isteriku pergimengangkatnya. Apa lagi ada chance aku pun melepaskan kentut yang ditahan sekian lama.. Fuuuuhhh lega rasanya.... bau boleh tahan... maklumler berapa biji telur tah aku bedal tadi... Alamak.. ada lagi satu la.. aku pun angkat sebelah punggung dan lepaskan satu das lagi.. bunyinya PROOOTTT!! ... fuh bau jangan cakap beb.. aku pun tak tahan bau dia... aku kipas pakai tangan angin dia kasi kurang sikit bau dia... adalah macam bau telur tembelang sikit.. Tetiba aku dengar bunyi telefon berdering lagi... hai lamanya tunggu isteri aku ni, aku tak sabar lagi ni nak tahu surprisedia ni. Aku terasa ada lagilah, kali ni memang aku rasa power punyalah.. aku kumpul dulu kasi padu.. lepastu aku bangun, tonggeng sikit dan lepaskan angin taufan tu... PRRROOOOOTTT! !!!... fuhh lega... bergegar sikit meja makan dibuatnya... peh tak tahan aku bau dia power gila.. aku tutup hidung aku.. aku rasa bau dia ada sikit-sikit macam bangkai la.. mau mati bunga atas meja makan aku ni.. sambil tu aku sebut 'ahhhh.... lega...'.

Adalah dekat 5 minit baru bau bangkai tu hilang.. Lepas tu isteri aku kembali dan minta maaf sebab lambat.. lalu dia kata 'SURPRISE!! HAPPY BIRTHDAY!!' dan suruh aku buka kain penutup mata aku.. laaa birthday aku hari ni le... camne boleh lupa ni.. Aku buka le kain penutup mata aku.. mulutku terus melopong... ALAMAK!!! Benda pertama aku lihat.. muka merah padam pak mertua aku, mak mertua aku, adik ipar aku dua orang, duduk keliling meja makan. Bos aku dengan jiran sebelah rumah rumah aku pun ada!!. ? jadi aku pun nak kaber malu, aku tanya la kat pak mertua aku.. 'dah lama ke pak sampai?'.

Dan pak mertua aku pun jawab.'Dah lama. Sebelum kentut pertama lagi!!!

ish x sopannya...nasib baik bapak mertua sporting...hahahahaha

credit to syahirul

.

Wednesday, November 3, 2010

Ketahuilah olehmu

Ketahuilah Olehmu

Jika kau merasa lelah dan tak berdaya dari usaha yang sepertinya sia-sia

Allah SWT

tahu betapa keras engkau sudah berusaha

{|{|{|

Ketika kau sudah menangis sekian lama dan hatimu masih terasa pedih...

Allah SWT

sudah menghitung airmatamu

{|{|{|

Jika kau pikir bahwa hidupmu sedang menunggu sesuatu dan waktu serasa berlalu begitu saja...

Allah SWT

sedang menunggu bersama denganmu

{|{|{|

Ketika kau merasa sendirian dan teman-temanmu terlalu sibuk untuk menghubungimu...

Allah SWT

selalu berada disampingmu

{|{|{|

Ketika kau pikir bahwa kau telah mencuba segalanya dan tidak tahu hendak berbuat apa lagi...

Allah SWT

punya jawapannya

{|{|{|

Ketika segala sesuatu menjadi tidak masuk akal dan kau merasa tertekan...

Allah SWT

dapat menenangkanmu

{|{|{|

Jika tiba-tiba kau dapat melihat jejak-jejak harapan...

Allah SWT

sedang berbisik kepadamu

{|{|{|

Ketika segala sesuatu berjalan lancar dan kau merasa ingin mengucap syukur..

Allah SWT

telah memberkatimu

{|{|{|

Ketika sesuatu yang indah terjadi dan kau dipenuhi ketakjuban...

Allah SWT

telah tersenyum padamu

{|{|{|

Ketika kau memiliki tujuan untuk dipenuhi dan mimpi untuk dikecapi...

Allah SWT

sudah membuka matamu dan memanggilmu dengan namamu

{|{|{|

Ingat bahawa dimanapun kau atau kemanapun kau menghadap...

Allah SWT

TAHU...

{|{|{|

Dari Abdullah bin 'Amr r.a., Rasulullah s.a.w. bersabda, Sampaikanlah pesanku biarpun satu ayat...

credit to : Kalam musafir.com

Thursday, October 28, 2010

Perlunya Riwayat Hidup Nabi Junjungan

Bismillahirrahmanirrahim...

PERANAN DAN PERLUNYA RIWAYAT HIDUP NABI MUHAMMAD SAW DALAM MEMAHAMI ISLAM

Tidak seharusnya kita menganggap kajian sejarah hidup Rasulullah sama dengan membaca dan menela'ah sejarah para pemerintah (khalifah) di zaman dulu.

Tujuan utama kajian yang dimaksudkan adalah supaya setiap muslim dapat memahami, menganggap dan mengambarkan bahawa hakikat zahir dan batin Islam semuanya teradun di dalam pghidupan Rasulullah itu sendiri. Gambaran dan anggapan ini akan timbul dan waujud setelah seseorang muslim itu dapat memahami dengan benar segala hikmah dan keistimewaan prinsip2 dan dasar2 Islam satu persatu terlebih dahulu.

Tegasnya kajian riwayat hidup Rasulullah SAW ini adalah suatu usaha mengumpul hakikat dan intiasari dasar2 Islam kemudian memadan dan menyeduaikan dengan contoh Islam iaitu Nabi Muhammad SAW.

.

Tujuan2nya adalah seperti berikut :

1- FAHAM PERIBADI NABI SAW menerusi penghidupan dan suasana hidup baginda sendiri.

2- Supaya MANUSIA DAPAT TIRU DAN IKUT SUATU CONTOH yang unggul dalam segenap lapanga hidup yang harmoni, dari itu juga dapat dijadikan sebagai dasar-dasar hidupnya.

3- TOLONG MANUSIA MEMAHAMI DAN MENGECAPI ISI KANDUNGAN AL-QURAN lantaran banyaknya ayat2 Al-Quran yang dihurai dan ditafsirkan oleh kejadian dan peristiwa2 sejarah hidup Nabi Muhammad SAW.

4-DAPAT KUMPUL PERBENDAHARAAN KEBUDAYAAN DAN PENGETAHUAN ISLAM YANG SEBENAR sama ada pengetahuan bersangkutan dengan 'aqidah kepercayaan, hukum hakam' dalam Islam atau tatasusilanya.

5- PARA PENDIDIK PENDAKWAH ISLAM MENCONTOHI DAN MENGAJAR MENGIKUT SISTEM PENDIDIKAN DAN PENGAJARAN YANG SIHAT kerana Nabi Muhammad SAW sendiri adalah pendidik, penasihat, guru dan petunjuk yang utama, tidak membuang masa begitu sahaja malah sentiasa mencari dan menyiasat jalan2 dan sistem2 pengajaran yg terbaik semasa Baginda berdakwah.

.

FAKTOR SEJARAH NABI MUHAMMAD SAW MAMPU DAN BERUPAYA UNTUK SAMPAI KE MATLAMAT2 TADI :

SEJARAHNYA LENGKAP meliputi segenap bidang kehidupan sama ada segi kemanusiaan mahupun kemasyarakatan yang terdapat di kalangan manusia lain, samada ianya sebagai seorang individu bebas dgn faham pembawaannya atau sebagai seorang anggota masayarakat yg cergas.

.

SEJARAH NABI MUHAMAMMAD SAW MENUNJUKKAN BAGINDA...

1- Seorang pemuda yang waras; peribadinya yang dipercayai dikalangan keluarga dan sahabat2.

2- Seorang manusia yang menyeru umat manusia ke jalan Allah secara berlemah lembut dan bersopan santun.

3- Seorang pejuang yang mengorbankan sepenuh usaha dan tenaga demi menyampaikan seruan Allah.

4- Seorang ketua negara yang mendayung bahtera pemerintahan dengan cekap dan pintar.

5- Seorang suami yang halus pergaulannya.

6- Seorang bapa yang teliti dan bijak menyempurnakan kewajipan terhadap anak dan isteri.

7- Seorang ketua bijak mengurus peperangan yang cergas, penuh dengan taktik strategi persediaannya.

8- Seorang Muslim yang waras lagi bijak membahagi dedikasinya kepada Allah, keluarga dan sahabat handai.

.

Kesimpulannya, belajar sejarah hidup Nabi Muhammad SAW dapat memahami semua sudut kemanusiaan dan menambahkan lagi kecintaan kita kepada Baginda...

.

Adapun post ini telah diedit dari rujukan-rujukan tersebut

1- فقه السيرة النبوية مع موجز لتاريخ الخلافةالراشدة oleh الدكتور محمد سعيد رمضان البوطي

2- Fiqh Al-Sirah Terjemahan Ust Mohd Darus Sanawi

.

.

Wednesday, October 27, 2010

Sajak : Awan yang menipu...

Awan Yang Menipu

Mungkinkah mengapai awan lagi,
Jika di Malaysia, mendung membawa hujan,
Tapi di sini, mendung membawa kesejukan,
Lebih parah kesannya,
Lebih menguis kulit,
Lebih dicakar kuku,
Tatkala sejuk membawa beku,
Mengeringkan permukaan dataran berdebu...

Mengapa di sebalik awan itu,
tersembunyi kedustaan,
tersepit penipuan,
kononnya membawa redup,
tapi datang membawa sejuk,
sedangkah wajah tersenyum,
dengan warna keputihan kebiruan,
tapi nista di sebaliknya...

Oh awan,
mengapa kamu menipuku,
aku inginkan kehangatan,
bukan kesejukan...

Lagu yang berlagu sendu,
mengingatkan Perang Dunia Kedua yang lalu,
membawa erti akan ada yang ketiga,
Sedangkan baru semalam,
aku menerima bingkisan hati,
di atas kepercayaan,
bahawa awan membawa kebahagiaan...

Aku kini dibelenggu,
masih mampukah menerima kamu,
sedangkah kamu membawa kesejukan,
menggigil perasaan cemburu,
kepada Malaysiaku,
yang panasnya kurindu...

Oh Awan,
aku berharap,
dan teruskan berharap,
jika benar kau tidak menipu,
tunjukkan bukti hadirmu membawa kehangatan,
tunjukkan kesahihan warnamu menceriakan,
di dalam sebuah perjalanan,
menongkah arus kehidupan...

~MASHITAH ZA~Merapu di petang hari~

selepas meng'usha' facebook k.mie
.
.

Sunday, October 24, 2010

Melangkah Ke Bumi Jordan

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh...

Sudah lama tidak menginjakkan diri ke dunia penulisan blog. Alhamdulillah selepas beberapa perkara sudah diselesaikan, ana mempunyai ruang sedikit untuk mencoretkan LANGKAH KE BUMI JORDAN.

Mula-mula teringat lambaian ayah, mak, kakak, abang dan 2 adikku 'Umar dan Safiyah di KL International Airport (KLIA). Tiada apa-apa perasaan ketika itu. Setelah melepasi pintu pertama untuk mengesahkan identiti dengan menggunakan pasport, mataku melilau mencari kelibat kelaurgaku. Adakah masih mereka menghantarku di atas sana? Ana orang yang pertama melepasi pintu itu. Sedangkan yang lain masih bersalaman-salaman dan berpeluk-pelukan dengan ahli keluarga masing-masing. Begitu juga sehingga ana menaiki pesawat Royal Jordanian J 181 pada tarikh 15 September 2010. Jam berlepas adalah 9.20 malam waktu tempatan.

Tidak henti-henti tangan menaip mesej mohon maaf kepada semua rakan-rakan, sahabat handai dan juga orang tersayang. Setelah memasuki pesawat, tempat ana di sebelah tingkap. Ana pandang ke luar tingkap...

Baru ana perasan, ana sedang 'berpisah' dengan orang2 tersayang...

Baru ana sedar, ana sedang pergi jauh...

Tit~Tit~ Henponku berbunyi menandakan ada mesej. Mesej dari emak :

"Kami semua sayangkan ita. Bila ita dah pegi, baru rasa khilangan.tp mak bangga krn cita2 mak nak salah sorang anak blajar d ngri ambia dtunaikn oleh ita.Jadilah anak terbaik"

Tit~Tit~ Henponku berbunyi lagi. Mesej dari ayah pula:

"Selamat berangkat dan semoga berjaya dalam cita2 Mashitah. Jadikan dirimu seorang pejuang Islam berilmu dan hebat di sisi Allah, islam, kelaurga dan masyarakat."

Terus air mataku bertakung tiba2. Aduhai air mata, janganlah kau buat hal... STOP IT OKAY..

Namun, air mataku tetap buat hal dengan melimpahkan takungan yang semakin sarat dengan muatan. Terus satu nombor di dail dan tercurahlah suara tangisan di corong talian. Tidak sanggup menangis di telinga ibunda tercinta...

NIAT

Biarlah kucerita-in bagaimana sih bisa terjadinya niat untuk ke negara orang dong... Dengarkan ya.

Awal tahun 2010, ana memikir tentang sesuatu solusi dan persamaan taraf. Pertamanya ana ingin bersaing dengan seorang hamba Allah ni. Lulusan luar negara sahaja boleh membuatkan ana rasa dapat bersaing. Keduanya, ana dari sekolah menengah memang mempunyai cita-cita menyambung ke luar negara. Ketiganya, ana ni seorang yang paling lemah antara adik beradik dalam pembelajaran. Lihat sahajalah kedudukan tujuan2 tersebut. Maka pastilah yang pertama itu lebih tinggi tujuannya.

Yang kedua pula hanyalah untuk kepentingan diri sendiri memandangkan seorang pakcik saudara berkelulusan Al-Azhar dan seorang lagi pakcik saudara Australia.Kedua2nya memberi gambaran bahawa pulangnya mereka membawa ilmu yang tiada di negara sendiri dan mempunyai pengalaman yang lebih luas. It will be called more motivated life by me? It's not true that studying in Malaysia is not good. But, when we are abroad, we can view more surroundings, more culture, more views lah... Pokoknya lebih banyak kita leh dapat benda yang baru yang tidak ada dalam Malaysia.

Ketiga, ana sedar ana ni anak bongsu (sebelum ade adik). Keluarga nomad(pindah-randah) seperti kami mengalami suasana yang baru di tempat baru. Masuk Sek agama, masuk sekolah biasa, masuk sekolah agama, masuk sekolah biasa balik,masuk balik sekolah agama... Membuatkan ana mengalami masalah perubahan suasana pergaulan. Disebabkan faktor ini ana adalah anak yang paling pelik, paling nakal, paling manja melampau2, paling ntah apa pailng lagi... walaupun kalau dibandingkan dengan abang dan kakak, ana lebih kurang serupa je dalam keputusan peperiksaan. Tapi ana merasakan terbeban tatkala bersaing dengan kak Jamilah. Rasa seakan ana tewas. Lalu membawa diri ke UNISZA dengan menyambung diploma walaupun sudah menerima tawaran metrik gopeng, perak.

Disebabkan faktor ketiga, ana cuba untuk menjadi lebih baik dari adik beradik yang lain. Setiap sem mula mendapat anugerah pelajar dekan dan setiap thun akan memegang taklifan2 yang tidak kurang dari 4. Sudah ana berjaya meletakkan diri ana kedua terbaik dari adik beradik yang lain dan ana merasakan puas setelah meletakkan diri ana sebagai pemain catur Peringkat ASEAN (walupun tak menang pun) dan pemain tetap universiti setiap tahun ke Majlis Sukan Universiti Antara Universiti (MASUM). Rasa puas itu akhirnya luntur setelah tahun ketiga terakhir ana di UNISZA. Sebabnya Kak Fatimah sudah pun ke Korea pada masa tu sebagai wakil UIAM.

Maka terjadilah niat yang ketiga untuk membezakan diriku dengan adik beradik yang lain. Lulusan luar negara... meliputi ketiga2 tujuan. MasyaAllah... tiada satu pun kerana agamaNya... Itulah niat ana pada awalnya.

Imbas kembali pada mesej2 kat henpon tadi, ana rasa bersalah. Sebab niat ana sudah salah. meletakkan tujuan pertama tu pada yang utama. Rasa bersalah kepada ibubapa... Sebab itulah ana menghubungi orang lain mencurahkan air mata rasa bersalah...

Setibanya di Queen Alia International Airport, langkahku berderap tegas. Biarlah tujuan pertama itu nanti akan menunaikan tujuan yang lain, harapan ibu bapa, agama, masyarakat. Tidak mengapa kut... Biarlah ia menjadi teras untuk kutunaikan tujuan dan harapan yang lain2....

Bumi Jordan dan datarannya...

Pada mula2 melangkah keluar Airport, yang ana nampak hanya pasir. Kiri kanan sepanjang perjalanan adalah gunung2 pasir....... pasir, pasir dan pasir...

Oh begini rupanya Jordan...

Setibanya di Mu'tah, kepelikan muncul. Almaklumlah pelajar baru. Mengapa ya bangunan dia begini? Semua bangunan seperti inikah? EH, RUMAH KE NI? Ingatkan kedai... Rupanya rumah... Semua rumah macam ni kah?? Betul kata Ustaz Wahid, Mu'tah suasananya kekampungan. Sudah masuk minggu ketiga barulah sedar kesasihan ustaz Wahid ^_^.

Mula-mula memberontak jugalah sebab semua orang sudah dapat rumah. tapi ana xdapat2 rumah. Kata tak ada masalah penempatan... Itulah yang dikhabarkan sebulan sebelum ana jejakkan kaki ke sini. Tapi rupanya masih ada masalah... Bila dapat satu rumah, masya Allah...apekah ini? tak sanggup la dok rumah tu...ada masalah sikit la... masalah apa? erm...

Maka telah datang satu bantuan dari Allah melalui seorang hamba Allah ni. Dicarikannya rumah sehingga dapat. Alhamdulillah rumah yang ana duduki baru seminggu ini adalah di atas bantuan hamba Allah ni. syukran jazilan... Ana tak tahu nak balas apa. Lalu katanya: balaslah dengan doa semoga dia berjaya. Lalu ana teringat bahawa ana ni sebenarnya dah ada kat bumi anbiya'. Antara doa2 yang mudah makbulnya di tempat inilah. Lalu terus ana mendoakannya...

Minggu ketiga diuji dengan satu ujian yang membuatkan tujuan pertama ana hilang... Betapa kuatnya penangan ujian tersebut setelah Allah datangkan fitnah yang begitu menggoyahkan ana untuk terus berada di Jordan. Sesuatu yang memeritkan untuk ditelan, yang payah untuk diterima, yang sukar digambarkan oleh kata2. Allah datangkan lagi ujian dengan keinginan untuk umrah dan solusinya. Datang pula ujian ketelihan yang tinggi dan keterpaksaan program persatuan. Tambah ujian kerinduan pada sentuhan seorang ibu. Datang lagi ujian demi ujian...

Masa itu, ada satu ayat yang terpapar di status id ym seorang insan yang bernama Aisyah. Ia mengatakan mengenai ujian dan tajdid niat. Kerana ayat itu, ana bermuhasabah kembali niat ana ke bumi Anbiya ini. Ana menyusun masalah2 yang ada dan cuba dirungkaikan belitannya yang menyesakkan dengan beberapa penyelesaian. Lalu ada yang diselesaikan dengan baik dan ada yang tidak sempurna penyelasaiannya. Niat ana pun bertukar lah dengan anjakan paradigma. Ana menutup kes tujuan2 tiga tadi. Membuka kes baru untuk dimahkamahkan oleh hati dan akal bersama istihoroh...

TAJDID NIAT

Selesai minggu ketiga, masuk minggu keempat...
Niat diubah, lalu mulalah perjalanan study plak. Ditajdidkan niat lillahi taala... Teringat pula seorang hamba Allah dari Mafraq menegur niat ana dalam menguruskan satu masalah keinginan untuk berumrah. Hehe... terkesan juga kata2nya~PEDAS.

ana pun tak tahu bila ketenangan itu hadir... pokoknya masuk minggu
kelima, ana lebih tenang. walaupn ada perkara yang ana terlepas pandang... kehidupan perlu diteruskan walau apa pun yang trjadi. Ana pun melangkah dengan niat baru...bukan mudah menggapai bintang, mengejar impian...

Kesimpulannya

Ana kini meletakkan belajar lillahi taala. biarlah nak jadi apapun...ada rejeki, ada lah. xde rejeki, xapalah.asalkan ana berusaha... melangkah di bumi jordan bukan senang. Memerlukan kesabaran yang tinggi... mudah2an akan di permudahkan lagi beberapa penyelasaian serta urusan... amin...

.

Sunday, September 26, 2010

Ujian Kesabaran, Ibarat Menanti Hujan Reda

Di saat menanti hujan reda, apa yang biasa dirasakan orang? Terasa lama? Mungkin. Hujan mengguyur selama tiga puluh menit saja serasa tiga puluh jam lamanya atau mungkin malah lebih. Inilah rasanya ujian kesabaran itu.

Banyak orang mengatakan, kesabaran ada batasnya. Bila ujian kesabaran diibaratkan dengan menanti hujan reda, apakah orang akan menumpahkan kekesalan itu pada rintik-rintik air hujan yang tengah menerpa bumi? Sedang hujan hanyalah merupakan makhluk ‘pendiam’ yang tidak akan mungkin menghiraukan rintihan kekesalan orang. Ia mengguyur ke bumi atas perintah-Nya. Tak peduli orang mengeluh kesal kepadanya, atau bahkan memaki akan kedatangannya yang tak kunjung pergi.

Sayangnya, hujan terlalu biasa untuk dikeluhkan orang. Di awal kedatangannya, orang akan nyeletuk berujar, “Yah… hujan deh!” Disadari atau tidak, kalimat pertama yang muncul ini sudah menunjukkan betapa awal ujian kesabaran itu sudah terpatahkan oleh rasa tidak bersyukurnya akan turunnya nikmat hujan.

Belum lagi di benaknya masih membayangkan bagaimana nasib jemuran bajunya di rumah. Sudah pasti akan basah kuyub, setelah sebelumnya tak sempat ‘diselamatkan’ dari guyuran air hujan. Terbetik pula bagaimana nasib kendaraannya yang berkilau lantaran baru dicuci kemarin sore, lagi-lagi harus terkena cipratan air hujan yang bercampur tanah. Al hasil, kotorlah sudah.

Ini baru contoh sederhana, belum contoh-contoh lain yang amat menguji kesabaran. Misalnya ketika urusan duniawi yang menurutnya sangat urgen untuk segera dikerjakan, namun terpaksa harus tertunda lantaran hujan.

Di saat air hujan semakin deras mengguyur, tak kunjung reda, saat inilah kesabaran orang benar-benar berada di titik kulminasi. Terbayang di benaknya, berapa kerugian yang didapat karena urusan duniawinya banyak yang terbengkalai. Saat itu juga, emosi kian tak terbendung. Umpatan-umpatan kekesalan pun keluar dari mulutnya. Dihardiklah hujan, sebagai pelampiasan kekesalan, seolah hujan adalah makhluk serupa dengannya.

وَهُوَ الَّذِي يُرْسِلُ الرِّيَاحَ بُشْرًا بَيْنَ يَدَيْ رَحْمَتِهِ حَتَّى إِذَا أَقَلَّتْ سَحَابًا ثِقَالا سُقْنَاهُ لِبَلَدٍ مَيِّتٍ فَأَنْزَلْنَا بِهِ الْمَاءَ فَأَخْرَجْنَا بِهِ مِنْ كُلِّ الثَّمَرَاتِ كَذَلِكَ نُخْرِجُ الْمَوْتَى لَعَلَّكُمْ تَذَكَّرُونَ

Dan Dialah yang meniupkan angin sebagai pembawa berita gembira sebelum kedatangan rahmat-Nya (hujan); hingga apabila angin itu telah membawa awan mendung, Kami halau ke suatu daerah yang tandus, lalu Kami turunkan hujan di daerah itu, maka Kami keluarkan dengan sebab hujan itu pelbagai macam buah-buahan. Seperti itulah Kami membangkitkan orang-orang yang telah mati, mudah-mudahan kamu mengambil pelajaran.“(QS Al A’raaf 57)

Hujan diturunkan sebagai pembawa berita gembira, namun yang terjadi justru malah sebaliknya. Orang malah berkeluh kesah dengan hadirnya hujan. Tak ada sedikit rona bahagia di rautnya lantaran datangnya hujan tengah menghambat urusan duniawinya. Tidak tahukah orang, untuk apa hujan diturunkan?

وَاللَّهُ أَنْزَلَ مِنَ السَّمَاءِ مَاءً فَأَحْيَا بِهِ الأرْضَ بَعْدَ مَوْتِهَا إِنَّ فِي ذَلِكَ لآيَةً لِقَوْمٍ يَسْمَعُونَ

Dan Allah menurunkan dari langit air (hujan) dan dengan air itu dihidupkan-Nya bumi sesudah matinya. Sesungguhnya pada yang demikian itu benar-benar terdapat tanda-tanda (kebesaran Tuhan) bagi orang-orang yang mendengarkan (pelajaran).” (QS An-Nahl 65)

Bayangkan jika hujan tidak diturunkan ke bumi, tidak akan mungkin ada kehidupan di sini. Bumi akan mengering, dan semua makhluk hidup akan mati. Dalam ayat lain Allah juga berfirman.

هُوَ الَّذِي أَنْزَلَ مِنَ السَّمَاءِ مَاءً لَكُمْ مِنْهُ شَرَابٌ وَمِنْهُ شَجَرٌ فِيهِ تُسِيمُونَ

Dia-lah, Yang telah menurunkan air hujan dari langit untuk kamu, sebahagiannya menjadi minuman dan sebahagiannya (menyuburkan) tumbuh-tumbuhan, yang pada (tempat tumbuhnya) kamu menggembalakan ternakmu.” (QS An-Nahl 10)

Hujan yang membawa berkah, menghidupkan serta menyuburkan tanaman-tanaman yang hijau lagi banyak buahnya. Inilah ibarat ujian kesabaran itu, layaknya menanti hujan reda. Menanti memerlukan kesabaran yang teramat berat, terlebih ketika harus merelakan hal-hal yang menyangkut duniawi.

Hujan yang dinyana sebagai penghambat pada urusan duniawi, sesungguhnya merupakan berkah dari-Nya. Kehadirannya akan menghijaukan tanaman hingga menghasilkan buah yang ranum, menghasilkan mata air yang jernih yang sangat bermanfaat bagi semua makhluk yang hidup di bumi ini.

Demikian halnya dengan ujian kesabaran itu. Meski dinyana sebagai sesuatu yang pahit dirasa, atau bahkan berat didaki, namun sesungguhnya Allah akan menghadiahi surga bagi para hamba-Nya yang sabar.

أَمْ حَسِبْتُمْ أَن تَدْخُلُواْ الْجَنَّةَ وَلَمَّا يَعْلَمِ اللّهُ الَّذِينَ جَاهَدُواْ مِنكُمْ وَيَعْلَمَ الصَّابِرِينَ

Apakah kamu mengira bahwa kamu akan masuk surga, padahal belum nyata bagi Allah orang-orang yang berjihad diantaramu dan belum nyata orang-orang yang sabar. (QS Ali Imran 142)

Ujian dari Allah tak hanya berupa kesedihan, tapi juga mencakup kebahagiaan. Sayangnya, ketika orang diuji dengan kebahagiaan, orang lupa jika itu hanyalah sebuah ujian. Ketika mendapat kebahagiaan, orang malah berpikir bahwa itu adalah keberuntungan. Padahal, keberuntungan di dunia ini hanyalah merupakan tipuan.

لِكَيْلا تَأْسَوْا عَلَى مَا فَاتَكُمْ وَلا تَفْرَحُوا بِمَا آتَاكُمْ وَاللَّهُ لا يُحِبُّ كُلَّ مُخْتَالٍ فَخُورٍ

“(Kami jelaskan yang demikian itu) supaya kamu jangan berduka cita terhadap apa yang luput dari kamu, dan supaya kamu jangan terlalu gembira terhadap apa yang diberikan-Nya kepadamu. dan Allah tidak menyukai setiap orang yang sombong lagi membanggakan diri.” (QS Al Hadiid 23)

Seperti halnya ketika menanti hujan reda. Meski hujan mengguyur deras, tak kunjung reda, hingga menyebabkan banjir, tanah longsor ataupun bencana lainnya, kesabaran haruslah selalu ada pada jiwa tiap-tiap orang yang beriman. Bagaimanapun hujan adalah berkah dari-Nya, meski kehadirannya terkadang mendatangkan bencana, namun ini hanyalah ujian bagi para hamba-Nya agar bersyukur.

مَّا يَفْعَلُ اللّهُ بِعَذَابِكُمْ إِن شَكَرْتُمْ وَآمَنتُمْ وَكَانَ اللّهُ شَاكِراً عَلِيماً

“Mengapa Allah akan menyiksamu, jika kamu bersyukur dan beriman? Dan Allah adalah Maha Mensyukuri lagi Maha Mengetahui.” (QS An-Nisaa’ 147)

Maka bersabarlah, karena Allah beserta orang-orang yang sabar. Ujian kesabaran itu ibarat menanti hujan reda. Terasa lama untuk dinanti redanya, hingga terpikir bahwa hujan hanyalah penghambat yang banyak memberi mudharat pada urusan duniawi.

Namun, tidak bagi orang-orang yang bersabar. Ia akan memaknai hujan sebagai berkah dari-Nya, berapapun lamanya dan banyaknya curah hujan yang diturunkan. Sekalipun mendatangkan bencana, maka ia akan tetap bersabar, karena di balik ujian pastilah mengandung hikmah.

Dan semestinyalah, orang-orang yang beriman akan mengambil hikmah di balik cobaan itu. Ia akan senantiasa bersabar dan bersyukur di kala sedih ataupun bahagia. Karena segala sesuatu di dunia ini hanyalah merupakan ujian dari-Nya, agar nyatalah siapa sesungguhnya hamba-hamba-Nya yang terpilih itu. [ntz]

.

Monday, September 6, 2010

Mari BACA ! Amalan Hari Raya

selamat hari raya, maaf zahir batin - amalan hari raya mengikut sunnah nabi SAW

Islam adalah satu-satunya agama yang diredhai oleh Allah serta agama paling sempurna. Firman Allah S.W.T:

"Pada hari ini, Aku telah sempurnakan bagi kamu agama kamu dan Aku telah cukupkan nikmat-Ku kepadamu, dan Aku telah redha Islam itu menjadi agamamu." - Surah al-Maaidah: 3.

Kesempurnaan Islam itu terserlah apabila ia mampu menangani segala permasalahan manusia secara menyeluruh. Islam telah membicarakan isu-isu bersifat global seperti sistem ekonomi, sistem pemerintahan malah ia juga membicarakan sekecil-kecil perkaraseperti adab masuk ke tandas dan beristinjak. Oleh itu, tidak hairanlah sekiranya Islam juga telah memberikan garis panduan berkaitan tatacara menyambut hari-hari kebesarannya seperti hari raya Aidilfitri ini. Adalah penting bagi kita untuk sentiasa menjadikan al-Quran dan sunnah sebagai petunjuk dalam mengendalikan upacara sambutan Aidilfitri kerana inilah masa untuk kita semua membuktikan bahawa kita benar-benar telah menjadi seorang insan yang bertakwa setelah melalui bulan Ramadan kerana padanya terdapat ibadah puasa yang berupaya membentuk golongan muttaqin(orang yang bertakwa). Justeru itu, ada baiknya sekiranya kita mengetahui apakah amalan-amalan yang telah diajar oleh Rasulullah s.a.w sempena menyambutketibaan hari lebaran Aidilfitri ini.

• Bertakbir.

Bertakbir pada tarikh 1 Syawal bersempena Aidilfitri merupakan suatu amalan yang disyariatkan. Takbir pada hari Aidilfitri bermula ketika terlihatnya hilal (anak bulan) dan berakhir setelah selesainya kemuncak hari raya, iaitu ketika imam selesai berkhutbah. Firman Allah S.W.T:

"Supaya kamu cukupkan bilangan puasa (sebulan Ramadan), supaya kamu membesarkan Allah (dengan bertakbir) kerana telah memberi petunjuk-Nya kepada kamu dan supaya kamu bersyukur." – Surah al-Baqarah:185.

Adalah juga disunnahkan untuk kita bertakbir disepanjang perjalanan dari rumah kita menuju ke masjid untu menunaikan solat Aidilfitri. Menurut Syeikh Muhammad Nasiruddin al-Albani r.h:

"Mengenai syariat bertakbir (pada hari raya Aidilfitri) yang perlu dilakukan oleh kaum muslimin ialah bertakbir dengan suara lantang ketika dalam perjalanan menuju ke tempat solat walaupun kebanyakan umat Islam mula memandang remeh sunnah ini." – RujukKitab Meneladani Rasulullah S.a.w Dalam Berhari Raya, karya Syeikh Ali Hassan bin Ali al-Halabi al-Atsari, ms. 32

Bertakbir sejak mula keluar dari rumah bertujuan menyerlahkan syiar Islam di setiap pelusuk jalan yang dilalui ketika menuju ke tempat solat.

• Lafaz ucapan selamat pada hari raya Aidilfitri.

Majoriti amalan umat Islam di Malaysia akan mengucapkan antara satu sama lain pada hari lebaran dengan ucapan ‘Selamat Hari Raya Aidil Fitri, Maaf Zahir dan Batin’. Namun, apa yang lebih bertepatan dengan amalan para salafussoleh dalam meneladani sunnah Nabi s.a.w adalah sebagaimana yang diceritakan oleh al-Hafiz Ibn Hajar al-'Asqalani r.h yang dinukilkan daripada Jubair bin Nufair r.a katanya:

“Apabila para sahabat Rasulullah s.a.w bertemu di hari raya, sebahagian mereka mengucapkan kepada yang lain ‘taqabbalullah minna waminka’ (Semoga Allah menerimaamalan kami dan amalanmu).” – Rujuk Fath al-Bari, al-Hafiz Ibn Hajar al-'Asqalani, , jil. 5, ms. 270-271. Menurut beliau hadis ini berstatus hasan.

• Meneruskan qiamullail.

Jika sepanjang bulan Ramadan kita telah bersungguh-sungguh menghidupkan malam kita dengan pelbagai ibadah terutamanya solat qiyam Ramadan (solat tarawih), ia seharusnya diteruskan juga pada hari-hari berikutnya dengan mengerjakan solat tahajjud. Saranan ini tidak bermaksud mengkhususkan pada malam Aidilfitri untuk dikerjakan qiamullail. Apa yang cuba ditekankan di sini adalah semangat mengerjakan qiyam Ramadan (solat tarawih) haruslah diteruskan dengan mengerjakan qiamullail pada hari-hari berikutnyasesudah bulan Ramadan.

• Mandi pada pagi hari raya.

Disunnahkan mandi di pagi hari raya sebagaimana mandi wajib, iaitu sebelum berangkat menuju ke tempat perlaksanaan solat Aidilfitri. Ali bin Abi Thalib r.a pernah ditanya mengenai mandi. Adakah diharuskan mandi setiap hari? Beliau menjawab:

"Tidak harus melakukannya. Namun, mandi yang diharuskan ialah mandi pada hari Jumaat, hari Arafah, hari Aidiladha dan Aidilfitri." - Hadis riwayat Imam Syafie di dalam Musnad al-Syafi’i, jil. 1, ms. 118-119.

• Makan sebelum solat Aidilfitri.

Disunnahkan kaum muslimin menjamah makanan sebelum berangkat menunaikan solat Aidilfitri. Perbuatan ini bertujuan menutup segala andaian bahawa dibenarkan berpuasa pada hari raya. Menurut al-Muhallab r.h:

"Mengenai hikmah menjamah makanan sebelum mengerjakan solat hari raya adalah agar seseorang tidak berpendapat bahawa dia boleh berpuasa sehingga solat hari raya Aidilfitri dilaksanakan. Seolah-olah Rasulullah s.a.w ingin menutup prasangka semacam ini." - Rujuk Fath al-Bari, jil. 5, ms. 272.

Kebiasaannya, Rasulullah s.a.w akan memakan kurma dalam jumlah yang ganjil pada pagi hari raya. Namun, tidak bermakna umat Islam perlu menyediakan buah kurma untuk dimakan pada pagi hari raya Aidilfitri. Mereka bebas memakan apa sahaja. Tetapi, mengikut sunnah itu lebih baik daripada menyanggahinya. Sedangkan, sunnah itu termasuk perkara tauqifi (tidak boleh dipersoalkan). Anas bin Malik r.a berkata:

“Rasulullah s.a.w tidak akan pergi ke tempat solat pada pagi Aidilfitri sebelum memakan beberapa biji kurma.” Murajja’ bin Raja’ berkata: Ubaidillah menceritakan kepadaku bahawa Anas r.a berkata: Rasulullah s.a.w memakannya dalam jumlah yang ganjil.” - Hadis riwayat al-Bukhari di dalam Sahihnya, no: 953.

Namun, jika tidak memiliki kurma maka dibolehkan untuk mengisi perut dengan makanan lain terutamanya makanan yang manis-manis seperti madu. Sekiranya tidak ada makanan sama sekali, memadai dengan hanya meminum air.

• Memakai pakaian yang indah.

Disunnahkan kaum muslimin menghiaskan diri dengan pakaian yang indah-indah pada hari raya. Imam Syafier.h berkata:

"Aku lebih menyukai seseorang memakai pakaian terbaik yang dimilikinya pada hari-hari raya, iaitu pada hari Jumaat, dua hari raya (Aidiladha dan Aidilfitri) dan tempat diadakan majlis (seperti majlis perkahwinan). Dia hendaklah memakai baju yang bersih dan memakai wangi-wangian." – Rujuk Ringkasan Kitab Al-Umm, Imam al-Syafi’I, jil. 1, ms. 327.

Bagi kaum wanita pula walaupun disunnahkan memakai pakaian yang terbaik, namun mereka hendaklah menghindari dari memakai pakaian yang bercorak-corak serta perhiasan yang berlebih-lebihan sehingga menarik perhatian golongan lelaki. Bagi golongan kanak-kanak pula, Imam Syafie r.h menambah:

"Mengenai golongan kanak-kanak pula, mereka boleh memakai pakaian paling bagus yang dimilikinya, baik lelaki mahupun perempuan dan mereka(perempuan) juga boleh memakai perhiasan emas atau apa sahaja perhiasan." – Rujuk Ringkasan Kitab al-Umm, Imam Syafie, jil. 1, ms. 327.

Semoga di pagi hari raya kita akan memilih pakaian yang terbaik serta paling mahal mengikut kemampuan masing-masing menuju ke tempat solat hari raya. Disunnahkan juga bagi kaum lelaki memakai wangi-wangian tetapi tidak disunnahkan kepada kaumwanita. Sabda Rasulullah s.a.w:

"Mana-mana wanita yang memakai wangian lalu dia melintas di hadapan lelaki supaya mereka dapat menghidu kewangiannya, dia adalah penzina." - Hadis riwayat al-Nasaai di dalam Sunannya. no: 5036.

Namun begitu bukanlah bermakna kaum wanita harus membiarkan dirinya berbau busuk. Islam adalah agama yang menitik-beratkan kebersihan serta kesihatan diri. Dibenarkan bagi wanita untuk memakai wangian yang keharuman sekadar untuk menjaga dirinya dari berbau busuk dan tidak sehingga menarik perhatian orang di sekelilingnya. Haruman-haruman yang kuat dan boleh menaikkan nafsu berahi hanyalah khusus untuk suaminya.

• Berjalan kaki menuju tempat dikerjakan solat hari raya.

Umat Islam dianjurkan berjalan kaki menuju ke tempat solat Aidilfitri jika tidak keberatan. Ali bin Abi Thalib r.a:

"Termasuk sunnah, iaitu engkau berjalan kaki menuju ke tempat solat hari raya dan memakan sesuatu sebelum berangkat." - Hadis riwayat al-Tirmizi di dalam Sunannya, no: 487.

Namun begitu bagi yang sesiapa yang perlu menggunakan kenderaan kerana tempat solat terlalu jauh, ia dibolehkan dalam syarak. Tetapi, berjalan kaki menuju ke tempat solat lebih afdal berbanding menaiki kenderaan.

. Mengikuti jalan yang berbeza ketika pergi dan kembali dari mengerjakan solat hari raya.

Disunnahkan juga mengikuti jalan yang berbeza ketika pergi dan kembali dari mengerjakan solat hari raya. Jabir bin ‘Abdullah r.a berkata:

"Nabi s.a.w melalui jalan yang berbeza pada hari raya." - Hadis riwayat al-Bukhari di dalam Sahihnya, no: 986.

Imam Ibn Qayyim al-Jauziyyah r.h berkata:

"Baginda s.a.w selalu melalui jalan yang berbeza ketika menuju dan pulang dari tempat solat pada hari raya. Ada yang berpendapat, hal ini dilakukan agar dapat bersalaman dengan orang-orang yang melalui kedua-dua jalan itu. Sebahagian lain berpendapat untukmemberikan barakah kepada mereka. Ada juga berpendapat untuk memberikan pertolongan kepada mereka yang memerlukannya di kedua-dua jalan itu. Menurut pendapat lain pula untuk menampakkan syiar Islam di jalan-jalan. Pendapat yang lebih tepat adalah supaya perjalanan yang ditempuh lebih jauh (banyak langkahnya). Orang yang berjalan ke masjid atau tempat solat, salah satu langkah kakinya akan meninggikandarjat. Sedangkan langkah kaki yang lain akan menghapuskan kesalahan-kesalahannya." - Rujuk Zaadul Ma'ad, Ibn al-Qayyim al-Jauziyyah, ms. 49.

• Tempat perlaksanaan solat hari raya.

Sunnah mengerjakan solat hari raya di kawasan lapang atau musholla (tempat terbuka seperti padang sehingga khatib dapat melihat semua hadirin) merupakan satu amalan yang jarang dilakukan di Malaysia melainkan beberapa kelompok kecil yang benar-benar kuat berpegang kepada sunnah Nabi s.a.w. Apakah musholla itu berbeza dengan masjid? Abu Said al-Khudri r.a berkata:

"Pada hari Aidilfitri dan Aidiladha, Rasulullah s.a.w keluar menuju ke musholla. Ketika itu, perkara pertama yang dilakukan oleh baginda ialah mengerjakan solat hari raya (tanpa ada sebarang solat sunat)." - Hadis riwayat al-Bukhari di dalam Sahihnya, no: 956.

Tentang hikmah mengerjakan solat hari raya di musolla, Syeikh Abu Ubaidah Masyhur bin Hasan telah berkata:

"Sesungguhnya mengerjakan kedua-dua solat hari raya di tanah lapang mengandungi hikmah yang besar. Di antaranya adalah seluruh kaum muslimin setidak-tidaknya mereka boleh berkumpul bersama (bersua muka) dua kali dalam setahun. Semua orang dariseluruh pelusuk negeri akan berkumpul di sebuah tempat sama ada lelaki, perempuan atau kanak-kanak. Mereka semua menghadap Allah dengan hati yang penuh konsentrasi, dikumpulkan dengan satu kalimat (tauhid), solat di belakang seorang imam, membaca takbir dan tahlil bersama dan berdoa kepada Allah dengan penuh ikhlas. Seakan-akan hati mereka terikat menjadi satu, merasa bahagia dan mensyukuri nikmat Allah yang telah dilimpahkan kepada mereka. Dengan itu, hari raya benar-benar bermakna bagi mereka." – Rujuk Koreksi Total Ritual Shalat, Syeikh Abu Ubaidah Masyhur bin Hasan, ms. 394.

• Mengerjakan Solat Aidilfitri

Di antara syiar yang palin utama dalam menyambut Aidilfitri adalah perlakasanaan solat Aidilfitri sebanyak 2 rakaat oleh seluruh umat Islam. Ibn Abbas r.a berkata:

"Rasulullah s.a.w telah keluar pada hari raya Aidilfitri kemudian terus mengerjakan solat hari raya sebanyak dua rakaat. Baginda tidak melakukan sebarang solat sebelumnya dan sesudahnya." - Hadis riwayat al-Bukhari di dalam Sahihnya, no: 989.

Disunnahkan menyampaikan khutbah sesudah mengerjakan solat hari raya Aidilfitri. Abu Sa’id al-Khudri r.a berkata:

"Pada hari raya Aidilfitri dan Aidiladha, Rasulullah s.a.w akan keluar menuju musolla. Perkara pertama yang dilakukan oleh baginda (apabila tiba di masjid) baginda akan mengimami solat. Kemudian, baginda akan berpusing dan menghadap ke arah makmum yang sedang duduk di dalam saf mereka. Seterusnya, baginda akan memberikan nasihat, wasiat dan perintah kepada mereka (khutbah)." - Hadis riwayat al-Bukhari di dalam Sahihnya, no: 956.

Para jemaah tidak diwajibkan menghadiri atau mendengar khutbah hari raya. Sebaik sahaja selesai mengerjakan solat hari raya, sesiapa yang tidak ingin turut serta mendengar khutbah maka dia dibenarkan meninggalkan majlis itu. Abdullah bin al-Sa’ib r.a berkata:

"Aku pernah menghadiri solat hari raya bersama Nabi s.a.w. Setelah selesai solat baginda bersabda: Sesungguhnya kami akan berkhutbah. Oleh itu, sesiapa ingin duduk mendengar khutbah, dia boleh duduk. Sesiapa yang ingin pergi, dia boleh beredar." - Hadis riwayat Abu Daud di dalam Sunannya, no: 975.

• Bergembira Pada Hari Raya Aidilfitri

Islam adalah agama yang begitu praktikal lagi munasabah. Setelah sebulan umat Islam memberi tumpuan sepenuhnya untuk beribadah kepada Allah, maka kini tiba masanya untuk menyambut kejayaan itu dengan kegembiraan dan kemeriahan. Oleh itu, usaha-usaha untuk menimbulkan suasana kegembiraan di dalam keluarga masing-masing pada hari raya Aidilfitri adalah sebahagian daripada syiar Islam. Suasana kegembiraan ini berbeza mengikut adat setempat. Bagi kita di Malaysia, kegembiraan sambutan hari rayaAidilfitri dapat dilihat dengan memakai baju-baju baru yang indah, seluruh ahli keluarga berkumpul, ziarah-menziarah sesama umat Islam dan pelbagai lagi. Di sesetengah negara Timur Tengah, cuti umum hari raya Aidilfitri dipergunakan untuk membawa ahli keluargabersiar-siar serta berkelah di tempat-tempat peranginan. Semua bentuk suasana kegembiraan dan kemeriahan ini adalah sebahagian dari tuntutan agama Islam sempena menyambut hari raya Aidilfitri selagi ia dilaksanakan sesuai dengan lunas-lunas syarak. Syeikh Sayyid Sabiq r.h berkata:

"Mengadakan permainan serta kegembiraan yang tidak melanggar aturan agama, termasuk pelbagai bentuk nyanyian yang baik (dari segi makna), semua itu termasuk syiar agama yang disyariatkan oleh Allah pada hari raya untuk melatih tubuh jasmani dan memberi kepuasan serta kegirangan hati." – Rujuk Fiqh al-Sunnah, Syeikh Sayyid Sabiq, jil. 2, ms. 290.

Rasulullah s.a.w sendiri telah membenarkan penduduk Madinah al-Munawwarah bergembira apabila munculnya hari raya Aidilfitri dan Aidiladha. Anas bin Malik r.a berkata:

"Nabi s.a.w pernah datang ke Madinah sedangkan penduduknya memiliki dua hari raya yang mana mereka bermain-main (bergembira) di masa jahiliah pada kedua-dua hari itu. Lalu baginda berkata: Aku datang kepada kamu semua sedangkan kamu memiliki dua hari (raya) yang menjadi medan permainan kalian pada masa jahiliyyah. Sabdanya lagi: Sesungguhnya Allah telah menggantikan kedua-dua hari itu dengan yang lebihbaik, iaitu hari raya Aidiladha dan Aidilfitri.” - Hadis riwayat al-Nasaai di dalam Sunannya, no: 959.

• Mengerjakan Puasa Sunat Enam Hari Pada Bulan Syawal

Sabda Rasulullah s.a.w:

"Sesiapa yang berpuasa pada bulan Ramadan lalu diiringi dengan puasa enam hari di bulan Syawal, seolah-olah dia telah berpuasa setahun." - Hadis riwayat Muslim di dalam Sahihnya, no: 1164.

Demikianlah keutamaan puasa sunat enam hari di bulan Syawal. Cara yang paling afdal untuk melaksanakannya adalah memulakan berpuasa sesudah hari raya Aidilfitri secara berturut-turut (bermula pada 2 Syawal) sebagaimana yang ditetapkan oleh para ulama. Ini juga merupakan pendapat Imam Abu Hanifah dan Imam Syafie r.h. Namun, seseorang bebas memilih mana-mana hari sepanjang bulan Syawal sama ada di awal, pertengahanmahupun di akhirnya bahkan dia juga boleh mengerjakan secara berturut-turut atau berpisah-pisah. Amalan sesetengah pihak yang melakukan puasa qada dan sunat Syawal secara serentak mengikut formula dua dalam satu merupakan perbuatan bid’ah yang tidak ada dalilnya dari mana-mana hadis Nabi s.a.w yang thabit. Oleh itu, afdhal menyempurnakan puasa bulan Ramadan yang ditinggalkan terlebih dahulu diikuti puasa sunat di bulan Syawal. Perbuatan ini lebih bertepatan dengan maksud hadis di atas untuk mendapat keutamaannya, iaitu seolah-olah berpuasa setahun.

PENUTUP

Inilah sebahagian daripada hukum-hakam dan amalan yang disunnahkan ketika menyambut bulan Ramadan al-Mubarak dan hari raya Aidilfitri menurut al-Quran dan sunnah yang sepatutnya dijadikan contoh ikutan bagi seluruh umat Islam. Mudah-mudahan, sambutan hari raya Aidilfitri yang akan menjelma nanti disambut dengan penuh keikhlasan, kemeriahan dan selari dengan perintah Allah serta Rasul-Nya s.a.w. 

sumber-alfikrah.net

.

Diadaptasi dari Mohd Firdaus bin Abdul Hamid

www.subulassalam.blogspot.com

.

 

Challenge Me!

Promote This Blog

Visitors

...::Lukluk Baidoa::..