Sunday, January 24, 2010

Majaz 'Aqli (Metafora Secara Akal) Dan Penggunaannya

Majaz adalah pemindahanmakna lafaz atau kata daripada maknanya yang asli, kepada makna yang lain.

Tidak diragui lagi, bahwa majaz 'aqli sering digunakan, baik dalam al-Quran mahupun Hadith. Di antaranya , firman Allah Subhanahu Wa Ta'ala yang bermaksud :

"Dan apabila dibacakan kepada mereka ayat-ayatNya, menjadikan mereka bertambah iman, dan kepada Tuhan mereka jualah mereka berserah." (Surah Al Anfaal :2)

Menyandarkan penambahan iman manusia kepada ayat-ayat al Quran merupakan majaz 'aqli, kerana (pembacaan) ayat-ayat itu hanyalah sebab bertambahnya keimanan, sedangkan yang menambahkan keimanan mereka sebenarnya ialah Allah Subhanahu Wa Ta'ala.

Begitu juga firman Allah Subhanahu Wa Ta'ala yang bermaksud :

"Hari yang huru-haranya menyebabkan kanak-kanak menjadi tua beruban?" (Surah Al Muzammil : 17)

Sesungguhnya, "hari yang menjadikan anak-anak itu beruban" hanyalah ungkapan majaz 'aqli, kerana hari Kiamat merupakan tempat kejadian anak-anak segera menjadi tua dan beruban. Kita mengetahui dengan pasti, bahawa yang menjadikan anak-anak itu beruban hanyalah Allah Subhanahu Wa Ta'ala.

Manakala contoh yang lain, firman Allah Subhanahu Wa Ta'ala yang bermaksud :

"Dan Yaghuthdan Ya'uuq serta Nasr (Nama-nama berhala yang disembah oleh mereka). Dan sesungguhnya mereka itu telah menyesatkan kebanyakan (dari umat manusia)" . (Surah Nuh : 23-24)

Menyandarkan kesesatan kepada berhala-berhala itu adalah majaz 'aqli, kerana berhala-berhala hanyalah menjadi sebab bagi sesatnya manusia. Sementara, yang memberikan hidayah atau menyesatkan sebenarnya hanyalah Allah Subhanahu Wa Ta'ala yang Esa.

Demikian juga firman Allah Subhanahu Wa Ta'ala yang mengisahkan tentang Fir'aun :

يَا هَامَانُ ابنِ لِي صَرْحًا

"Wahai Haman! Binalah untukku sebuah bangunan yang tinggi" (Surah Al Mukmin : 36)

Yang membuat bangunan sebenarnya bukanlah Haman. Dia hanyalah penyebab. Maka dia adalah orang yang menyuruh orang lain membuatnya, dan bukan dia sendiri yang membinanya. Pembina sebenarnya ialah pekerja-pekerjanya.

Di dalam hadith Nabi Sallahu 'Alaihi Wasallam juga banyak ungkapan yang mengandungi majaz 'aqli, yang hanya dapat diketahui oleh orang yang ahli dalam ilmu Balaghah. Bagi orang yang mengerti ungkapan haqiqi dan majazi (kiasan), tentu tidak memerlukan penjelasan yang panjang lebar berkenaan masalah ini.

Ulama' mengatakan, "Jika penyandaran ini keluarnya daripada ahli Tauhid, sudah cukup untuk memahami ucapan tersebut sebagai penyandaran majazi." Ini kerana, i'tiqad yang sohih ialah 'itiqad bahawa pencipta hamba-hamba Allah dan perbuatan mereka ialah Allah Subhanahu Wa Ta'ala, tiada selainNya yang mempunyai pengaruh dan kesan; baik yang masih hidup, mahupun yang telah mati."I'tiqad ini adalah tauhid yang murni dan selain itu adalah syirik.

About The Author
Michi, that's my nickname. Im just an ordinary blogger. Searching for Mardhatillah. I'm hoping something. For those who knew me already, they will know what I looking for. Pray for my strenght and my success. I want to fly without wings... And I really what I think... (^_^) LuKLuK BaiDoa
Share This
Subscribe Here

1 comments:

suhaila_annur on February 2, 2010 at 3:31 PM said...

Salam Ziarah kembali..
Semoga ukhuwah terbina..
Blog yg sangat menarik..
Tahniah!
Sarat dgn maklumat berguna..
Teruskan perjuangan..
=)

 

Challenge Me!

Promote This Blog

Visitors

...::Lukluk Baidoa::..