Monday, February 8, 2010

Keluhan seorang mahasiswi ini...

Assalamualaikum dan salam sejahtera...

Kali ini celoteh seorang mahasiswi kecil ini kembali. Merungkaikan segala isi hati ini di sini. Sehingga bilakah celoteh ana akan berhenti? Entah la..ana pun tak pasti. Kesemuanya dalam suratan Ilahi. Namun, sejauh mana ana mengumpulkan bekalan? Herm...

Di waktu ini 2.29 petang, saat semua student fki runsing dengan test nahu dan sorof pada petang ini. Ana pula sibuk untuk melakar sedikit jeritan hati di blog ini. Masakan tidak, ana terlalu sibuk ke sana ke mari, menaip tak henti2, menguruskan persatuan yang bakal menjadi kenangan...

Tidak pernah ana rasa sepenat ini. Menguruskan dua laporan tahunan untuk satu kelab dan satu sekretariat. Penyata kewangan untuk sekretariat ana kene wat gak? Kemudian laporan xpdc ana kene wat gak? Apa tidak ada setiausaha? apakah tidak ada bendahari?

Jika sebelum ini Allah kurniakan waktu lapang, maka sekarang Allah datangkan waktu sempit buat ana sebagai ujian. Begitu kekurangan waktu untuk rehat, untuk study, untuk wat tesis... Menguruskan ekspedisi dalam masa seminggu selepas HEPA begitu lambat memberi kelulusan program. Kemudian menguruskan pula laporan xpdc balik. sekali ngan penyata... Kemudian menguruskan laporan untuk kelab catur yang mana setiausaha satu tidak ada basic untuk wat laporan menyebabkan ana yang terpaksa melakukan semuanya... Mengambil stok bisnes di bandar, pulang terus meneruskan perniagaan dari blok ke blok.

Malam pula terus menaip, mengedit laporan yang berkali-kali dibuat. La ni pula pilihanraya Persatuan Mahasiswa Fakulti Islam. Seakan ana terbeban dengan semua ini namun inilah amanahku... Amanah yang dipertanggungjawabkan....

Semalam terus sahaja ana ditegur oleh seseorang... "Enti terlampau baik sangat sampai orang pijak kepala enti..." Bedegup pantas dada ana. Erm... Teguran apakah ini???

Saat itu, ana tidak menangis hanya tangisan yang kedengaran di corong hati. Tidak mengalir sedikitpun air mata keletihan membuat semua perkara dalam suatu masa. Apabila seseorang meninggalkan kerjanya, siapa lagi yang akan meneruskan? Jika tidak ana, persatuan akan di banned dari melakukan prog pada masa akan datang malah boleh dimansuhkan lebih teruk lagi dihazafkan.

Ana sedar, ana sudah membantu lebih dari sepatutnya. Ana juga banyak mengorbankan masa, rehat, malah makan minum pun tak terjaga... (Patutlah tak gemuk2)...

Huh...keluhan kedengaran tatkala gastrik datang... Almaklmulah lupa nk makan nasi dalam masa 3 hari. Bertungkus lumus menyiapkan benda2 yang sepatutnya orang lain buat. Keluhan yan kedengaran ini hanya dapat ana luahkan di blog ini...

Pagi tadi, seorang sahabat dari syariah menegur, "Knapa enti selalu sorang2?"

Ana menjawab "Tak lah...ana sentiasa dengan sahabat2 ana. Cuma mungkin komitmen ana lebih dari yang biasa. Sahabat2 ana banyak membantu"

Biar ana maklumkan...

Ana bukan mahasiswi lemah

Ana mahasiswi yang aktif, tidak ada benda yang mampu menghalang ana melainkan Allah...

Ana bukan boleh dipandang enteng, bukan boleh direndah2kan...

Katakan apa sahaja yang anda suka Tetapi Allah sentiasa di sisi ana

Ana tabah dengan apa sahaja ujian melanda.

Ana akan jadi wanita penolong pemimpin yang terbaik

Ana akan teruskan perjuangan ana sehingga ke akhirnya

Ana tidak mahu amanah ini membebankan ana di akhirat

biarlah amanah ini berat di dunia sahaja tetapi ia tidak mempersoalkan kembali apa2 sahaja di akhirat...

Ana adalah diri ana sendiri

Lakum sabilukum waliya sabili...

Belajar di universiti bukan hanya tercurah di atas kertas peperiksaan

About The Author
Michi, that's my nickname. Im just an ordinary blogger. Searching for Mardhatillah. I'm hoping something. For those who knew me already, they will know what I looking for. Pray for my strenght and my success. I want to fly without wings... And I really what I think... (^_^) LuKLuK BaiDoa
Share This
Subscribe Here

4 comments:

Tinta Al-Murabbi on February 14, 2010 at 11:44 PM said...

Salam~

Setengah2 org kata kesibukan itu pembunuh hubungan sosial dengan masyarakat sekeliling..ape pndpt nti?

Kalau dah uruskan diri sendiri pun tunggang terbalik..camne plk nk uruskan hubungn kita dengan kwn2?

Sekadar muqadimah perkenalan~ Wassalam =)

DAKWAH YEOP on March 4, 2010 at 3:26 AM said...

kesempitan masa ini mengajar enti menghargai masa-masa yang terluang samada yang telah lalu mahupun akan datang. kepenatan dan keletihan itu mudah2an akan memberi kerehatan pada hari akhirat.

semoga terus berjaya didunia dan akhirat.

LuKLuK BaiDoa on March 5, 2010 at 6:26 AM said...

to tinta al-murabbi :

Waalaikumussalam...

pencapat enta mungkin ada betulnya.tp ana ada pendapat ana sendiri.

hubungan sosial ana dgn msyrkt skeliling masih lagi utuh.
Ana tidak mengenepikan hbgn dgn kwn2.

mereka memahami ana punya amanah berbeza dgn mereka.amanah yg ana dapat lebih berat dr mereka.Malah mereka mbantu ana jka mereka punya kelapangan.

Sebenarnya it depends to yourself. klu sibuk utk duniawi sahaja,tidak akan dapat apa2.tp klu sibuk kerana ibadah,insyaAllah.. seseorang itu tidak akan meninggalkan perkara laen yg menyebabkan dia 'membunuh hubungan sosial dgn masyarakat'..

mungkin pendapat enta ada benarnya juga.kadang-kadang manusia, apabila terlalu sibuk,akan meninggalkan kesan terhadap orang yg terdekat.menybabkn kurangnya perhatian dan sebagainya...

Yang sempurna itu Allah. maka dalam menjalankan amanah tersebut,pastilah ada ketidaksempurnaan... biasalah klu ade kekurangan dlm mjlankn amanah. tp, insyaAllah ana akn buat sebaiknya mjalankan amanah tersebut kerana kesemuanya ibadah lillah,insyaAllah...

Wallahu a'lam

LuKLuK BaiDoa on March 5, 2010 at 6:30 AM said...

to dakwah yeop:

salam elaik.

alhamdulillah dan syukran atas doanya.

ya,kesempitan byk mengajar ana menghargai masa luang. apabila ana ada masa lapang,seakan kosong pula jika tidak diisi dengan seseuatu perkara yang memberi faedah. maka ana berusaha untuk mencari kerja walaupun tidak ada kerja yang boleh dilakukan.

=)

 

Challenge Me!

Promote This Blog

Visitors

...::Lukluk Baidoa::..