Tuesday, February 16, 2010

Kepentingan Memerhatikan Nisbah Majazi Dalam Mengukur Kekafiran Dan Keimanan Seseorang

Terdapat beberapa kelompok dari ahli kesesatan berpegang dengan kesamaran zahir lafaz-lafaz dari ayat-ayat al Quran yang mengandungi majaz atau kiasan, tanpa memerhatikan kepada qarinahnya (ikatannya) dengan ungkapan yang lain, dan tanpa mengaitkannya dengan maksud ungkapan tersebut, bahkan tidak mencari titik temu di antara beberapa perkataan yang pada zahirnya kelihatan seperti ada pertentangan. Sebagai contoh, ada yang beranggapan bahawa al Quran itu makhluk (diciptakan dengan berpegang kepada ayat :

إنا جعلناه قرءانا عربيا

"Sesungguhnya Kami jadikan kitab itu sebagai al Quran yang diturunkan dengan bahasa Arab".

( Surah Al-Zukhruf : 3 )

Ada pula yang menyatakan bahawa manusia itu mempunyai kekuasaan (qudrat) sendiri dalam menentukan nasibnya, dengan bersandarkan ayat:

فبما كسبت أيديكم

"Maka ia adalah disebabkan apa yang kamu lakukan (dari perbuatan-perbuatan yang salah dan dosa)."

( Surah Al-syuura : 30 )

Dan juga ayat:

بما كنتم تعلمون

"Kemudian Dia akan menerangkan kepada kamu (balasan) apa yang kamu telah lakukan "

( Surah Al Maaidah : 105 )

.

Begitu juga, ada yang berkeyakinan bahawa manusia itu dipaksa (majbur) oleh Allah SWT melakukan perbuatannya, dengan dalil:

والله خلقكم وما تعلمون

"Padahal Allah yang mencipta kamu dan benda-benda yang kamu perbuat itu!"

( Surah Al-Saaffat : 96 )

.

وما رميت إذ رميت ولكن الله رمى

"Dan bukanlah engkau (wahai Muhammad) yang melempar ketika engkau melempar, akan tetapi Allah jua yang melempar (untuk membinasakan orang-orang kafir)"

( Surah Al Anfaal : 17 )

.

Bagi menyingkap kegelapan ini, semua umat Islam -selain golongan Qadariyah yang bertanggapan bahawa perbuatan manusia itu adalah hasil perbuatannya sendiri- meyakini bahawa perbuatan manusia itu dicipta oleh Allah SWT berdasarkan firmanNya:

والله خلقكم وما تعلمون

"Padahal Allah yang mencipta kamu dan benda-benda yang kamu perbuat itu!"

( Surah Al-Saaffat : 96 )

.

Dan firmanNya:

وما رميت إذ رميت ولكن الله رمى

"Dan bukanlah engkau (wahai Muhammad) yang melempar ketika engkau melempar, akan tetapi Allah jua yang melempar (untuk membinasakan orang-orang kafir)"

( Surah Al Anfaal : 17 )

.

Meskipun demikian, manusia juga boleh disifatkan dengan kekuasaan atau kemampuan untuk berbuat; yang disebut sebagai iktisab (berusaha menentukan pilihan), sebagaimana firman Allah:

لها ما كسبت وعليها ما اكتسبت

"Ia mendapat pahala kebaikan yang diusahakannya, dan ia juga menanggung dosa kejahatan yang diusahakannya."

(Surah Al-Anfaal : 17)

.

Dan juga ayat :

فبما كسبت أيديكم

"Maka ia adalah disebabkan apa yang kamu lakukan (dari perbuatan-perbuatan yang salah dan dosa)

( Surah Al-Syuura : 30 )

.

Serta ayat-ayat lain yang jelas menunjukkan penyandaran kesab (usaha) kepada hamba Allah, iaitu ayat yang menegaskan bahawa manusia pun mempunyai bahagian dalam perbuataannya.

.

Tidak semestinya ta'alluq(2) qudrat (kekuasaan) dengan maqdur (yang dikuasai) itu berlaku dengan ikhtira' (penciptaan) semata-mata kerana qudrat Allah itu sejak azali lagi berhubung kait dengan alam sebelum dicipta kewujudannya, dan qudrat itu ketika diciptakan alam ini tertakluk dengan jenis ta'alluq yang lain.

(2)(Ta'lluq atau takluq bermaksud sesuatu sifat itu menuntut kerja tambahan selain dari berdiri pada zat, dan tiada takluq melainkan pada sifat ma'ani. Setiap orang yang mukallaf tidak diwajibkan mengetahui takluq-takluq ini (kerja-kerja tambahan) kerana ia adalah perbicaraan di peringkat yang mendalam dalam ilmu ini)

.

.

Hakikat Penyandaran Sesuatu Kepada Hamba

Dari penjelasan di atas, menjelaskan bahawa ta'alluq qudrah itu tidak dikhususkan dengan terhasilnya sesuatu yang ditaqdirkan. Manakala perbuatan hamba itu pula dinisbahkan kepada mereka dari jalan kasab (usaha atau ikhtiar hamba), bukannya ikhtira' (penciptaan), kerana Allah SWT adalah sebenar-benar Mukhtari' (pencipta), Muqaddir (yang mentaqdirkan) dan Murid (berkehendakkan kepada sesuatu ciptaan). Tidak akan datang lagi persoalan, bagaimana Allah mengkehendaki apa yang dilarangNya, kerana perintah itu berbeza dengan iradah (kehendak), dengan dalil Allah menyuruh kepada sekalian hamba supaya beriman, tetapi Allah tidak mengkehendaki kebanyakan mereka beriman, berdasarkan firmanNya :

وما أكثر الناس ولو حرصت بمؤمنين

"Dan kebanyakan manusia tidak akan beriman walaupun engkau sangat-sangat ingin (supaya mereka beriman)"

( Surah Yusuf : 103 )

Jadi, penisbahan atau penyandaran perbuatan kepada manusia adalah penyandaran perbuatan kepada manusia adalah penyandaran musabbab (akibat) kepada sebab atau wasitoh (perantara). Ungkapan ini tidak mengandungi kontradiksi kerana Musabbib al Asbab (Penyebab segala sebab, iaitu Allah) Dialah yang menciptakan wasitoh dan menciptakan makna wisatoh (perantara). Jika bukan begitu yang diletakkan oleh Allah ke dalam wasitoh tersebut, maka ia tidak mungkin akan menjadi wasitoh; sama ada makhluk yang tidak dikurniakan akal seperti benda-benda keras, cakerawala, hujan dan api; atau pun yang berakal seperti malaikat, manusia dan jin.

About The Author
Michi, that's my nickname. Im just an ordinary blogger. Searching for Mardhatillah. I'm hoping something. For those who knew me already, they will know what I looking for. Pray for my strenght and my success. I want to fly without wings... And I really what I think... (^_^) LuKLuK BaiDoa
Share This
Subscribe Here

0 comments:

 

Challenge Me!

Promote This Blog

Visitors

...::Lukluk Baidoa::..