Friday, March 26, 2010

Terlajak perahu boleh diundur, terlajak kata...

Salam elaik.

Sudah dua kali ana di'kaunseling' oleh senior2 yang arif. Komen dan kritikan acapkali masuk ke emel,blog, ym, fb... Ketidakpuasaan hati orang2 Islam terhadap orang Islam sendiri. Ah,benarlah kata pujaan seven, salah satu blog yang ana follow, beliau berkata : "Lebih Baik Diam". Namun hakikatnya hati tidak pernah diam. Bertubi-tubi menerima cacian,makian, kritikan, sindiran, malah ugutan dan ancaman membuatkan mata ni berhabuk je sentiasa.

Rasa lemah sendi otot nak berdiri apabila menerima semua ini. Terkunci mulut melihat semua ini. Tak dapat nak sebut sepatah pun.. sahabat2 ana mereka juga berasal dari negeri tersebut. Mereka senyap pun ana sudah tahu mereka berasa hati. Rasa sesal tidak berguna. Terlajak perahu boleh diundur, terlajak kata... ?

Ana teringat kepada salah satu wasiat Rasulullah SAW untuk Wanita Solehah mengenai Janganlah Meratap Tangis Kerana Ditimpa Musibah.

Rasulullah SAW bersabda :

"Apabila wanita yang meratap tangis tidak bertaubat sebelum ia meninggal, maka dia akan dibangkitkan pada hari kiamat, dan ditubuhnya dikenakan pakaian jubah yang penuh dengan peyakit kudis" (HR. Muslim)

Perbutan ini adalah termasuk perbuatan wanita-wanita Jahiliyah. Jika ana melakukannya, bererti ana membuka diri ana untuk mendapat azab dan kemarahan Allah. Jadi ana pun bersabar kerana segala sesuatu yang ada ini datangnya dari Allah,maka kepada Allah-lah akan dikembalikan semuanya.

Banyak yang perlu ana belajar lagi. Banyak sangat yang kurang. Tak sampai setahun pun ana mengenakan purdah, tetapi MasyaAllah... ujian itu....erm... dikeji apabila bersuara lantang, dikritik apabila tidak sekepala, diejek dan sebagainya...ah, perempuan tetap fitnah dunia. Kecantikannya, pandangannya, auratnya, KATA-KATANYA... SEMUA FITNAH. Walaupun Allah memberi peringatan kepada kaum adam dahulu supaya menundukkan pandangan mereka, tetapi wanita juga perlu menutup segala yang bakal menjadi fitnah buat lelaki di dalam surah An-Nur.

Sekarang ana cuba mahu tetap gagah dalam mengharungi liku-liku perjuangan. Biarlah apa orang nak kata, biarlah... Ana takkan berhenti meneruskan perjuangan. Perjuangan ana bukan sampai di sini. Bukan mengunci terus mulut, mematungkn diri menerima kejian dan cacian... Ana bukan orang seperti itu, yang mana dibaling batu, terus berpaling. Biarlah lepas ni, masih ada yang membaling batu... Ana akan cuba memberi madu dengan sebaik mungkin. Biarkan... biarkan.. biarkanlah... ana bukan berseorangan. Allah bersama-sama ana... PASTI DAN YAKINLAH WAHAI HATI...

Cuma nak sebut kat sini tentang beberapa undang-undang untuk mempertahankan diri

Federal Constitution

Articel 10 Freedom of speech,assembly and association.

(1) (a) every citizen has the right to freedom of speech and expression;

.

Semua rakyat ada hak bersuara...

Ni bg sesiapa yang berniat utk insult ...

Criminal Procedure

Penal Code Section 500 - (Defamation)

Punnishment - Imprisonment for two years or fine, or both

Penal Kod Seksyen 500 - (Seksaan bagi fitnah) Barangsiapa memfitnah seseorang hendaklah dikenakan penjara selama tempoh 2 tahun atau denda atau kedua-duanya sendiri

.

Penal Code Section 509 - ( Uttering any word or making any gesture intended to insult the modesty of a person, etc)

Punnishment - Imprisonment for five years, or fine or both Penal Kod Seksyen 509 - ( Perkataan atau isyarat yang dimaksud mengaibkan kehormatan seseorang)

Barangsiapa dengan maksud hendak mengaibkan kehormatan seseorang, menyebut apa-apa perkataan, membuat apa-apa bunyi atau isyarat, atau menunjukkan apa-apa benda, dengan maksud supaya perkataan atau bunyi itu didengar, atau supaya isyarat atau benda itu dilihat ileh seseorang itu, atau mengganggu kesantunan seseorang itu, hendaklah diseksa dengan penjara selama tempoh yang boleh sampai lima tahun, atau denda, atau kedua-duanya.

Terima kasih kepada seorang lawyer yang bagi akta ni yang membela ana. wuu..terharu...

.

Teringat salah satu wasiat Rasulullah SAW lagi mengenai Menjauhi Sifat Pendendam :

Rasulullah SAW bersabda :

"Ada tiga perkara yang akan aku beritahukan kepadamu. Barangsiapa tidak terdapat salah satu dari sifat-sifat ini, maka Allah akan mengampuni segala dosanya yang lain, iaitu:

Pertama, orang yang mati tidak menyekutukan Allah dengan sesuatu.

Kedua, Orang yang mati yang tidak pernah menjadi tukang sihir. Ketiga, Orang yang tidak pernah dendam terhadap saudara-saudaranya"

.

Ana rasa terharu sangat apabila seseorang ni menegur secara berhikmah tentang penulisan ana. Dia katakan begini, begini, dan begini. Malah dia ceritakan pula apa yang pernah dia hadapi dalam hidup dia adalah lebih teruk dari apa yang ana pernah alami. Maka terubatlah sikit rasa kesok di hati dan semakin thabat meneruskan perjalanan yan masih jauh... Cuma pesannya, lain kali berhati-hati ketika berbicara... =) "Baik, bos!". Ya! Ana perlu tabah! =)

Begitu juga kakak ana sendiri telah memberi sedikit peringatan buat adiknya ini agar tidak suka-suka mengulas mana2 isu yg menyebabkn diri disaman..hehe. agak keras suaranya tapi itulah sebenarnya kasih antara kami adik beradik. Walau tak berapa rapat (kerana dari kecil tak sentiasa bersama,kakak ngn ana terpisah dek asrama jauh dan universiti serta cuti yg berlainan), tapi kami sebenarnya mesra dgn brgaduh.hehe..kalu xgaduh xsah... gaduh itu lah kemesraan kami (tapi bukan tarik2 rambut lah...hahaha)... Kakak pun ada menceritakan tentang sahabat2nya yg "ta'sub" berblog, tidak ada rules dlm mmbuat penulisan di blog,ada di antara mereka di saman. Kemudian ana membalas "oh ye ke kak?? sapa kawan kakak tu??"...tapi perbualan ini mati di sini sahaja kerana dia hendak bergegas ke UIAM utk mghadiri kuliah. Ana kagum ngan kakak yg boleh lg bertahan menymbung pelajarannya ke peringkat master padahal dia sakit... Semoga Allah percepatkn jodohnya agar die dijaga seseorang... =)

Itulah pengalaman. Tiada pengalaman, tiadalah keindahan di dalam kehidupan, tiadalah pelajaran ketika berjalan di bumi Allah. Pengalaman adalah pengajaran paling berguna untuk kita di kemudian hari. Erm... masih bolehkah ana menjadi Perdana Menteri Wanita Pertama di Malaysia? Hehe... Jauh lagi perjalanan. Nantilah suatu hari nanti, ana ada ilmu yang membolehkan ilmu syariat Islam di amalkan di Malaysia secara hundred percent. Undang-undang Allah lebih bermakna dari undang-undang manusia... Mungkinkah perlembagaan perlu digubal semula oleh ANA utk merealisasikn cita2 ini..hehe..nantikan... Last skaly, skali lagi ana memohon maaf secara terbuka kepada semua anak-anak negeri Sembilan tentang isu sebulan yg lalu...

Wallahu 'Alam bima fi qalby wa fi anfusikum wa fi kully hal...

About The Author
Michi, that's my nickname. Im just an ordinary blogger. Searching for Mardhatillah. I'm hoping something. For those who knew me already, they will know what I looking for. Pray for my strenght and my success. I want to fly without wings... And I really what I think... (^_^) LuKLuK BaiDoa
Share This
Subscribe Here

0 comments:

 

Challenge Me!

Promote This Blog

Visitors

...::Lukluk Baidoa::..