Thursday, April 15, 2010

Akhlak dalam Surah An-Nisa ayat 58 - 62

PENGENALAN

Post ini membincangkan mengenai Surah An-nisa ayat 58 hingga 62.Antara akhlak yang terdapat dalam surah ini adalah tanggungjawab menunaikan amanah kepada ahlinya.Maka disini,kita dapat melihat tanggungjawab perintah atau penguasa menjalankan amanah dengan adil dan saksama berpandukan kepada Al-quran dan Al-Sunnah.Selain itu,kebijaksanaan pemimpin juga adalah seiring dengan menggunakan konsep musyawarah apabila terjadinya perselisihan dan perlulah kembali kepada dua sumber yang utama tersebut,Al-Quran dan Al-Sunnah.

Selain kita taat kepada ulul Amri maka kita hendaklah taat kepada Allah dan Rasul kerana ia adalah dasar utama ketaatan kita terhadap allah dan rasul maka selepas itu, barulah taat kepada ulul amri.Untuk membangunkan sesebuah masyarakat yang madani bagi sesuatu pemerintahan hendaklah berlandaskan kepada Al-quran dan Al-sunnah.Akhlak para ulul Amri juga perlulah sesuai dengan kehendak Allah dan Rasul iaitu mementingkan keadilan dan kebenaran.

Manakala ayat yang seterusnya Rasullah saw menerangkan celaan keatas orang yang beriman separuh-separuh.maksudnya disini,mereka mengaku beriman kepada allah dan rasul serta telah mengaku dirinya islam tetapi mereka percaya kepada taghut yakni syaitan.Hal ini adalah bercanggah dengan hukum allah dan sesungguhnya allah telah memberikan kerosakan terhadap orang yang ingkar terhadap hukum allah.Sesungguhnya allah mengecam bagi mereka yang berhakimkan taghut.Maka apabila mereka telah menyesal barulah mereka insaf dan ingin mencari perdamaian.Pada mulanya Nabi tidak mengendahkan permintaan mereka yang inginkan perdamaian kerana ingin memberi mereka sedikit pengajaran dan kesedaran terhadap kesilapan yang mereka lakukan bahawa ia bukanlah perkara yang kecil(taghut).Hendaklah kita taat kepada allah dengan sebetul-betulnya taat bukannya bercampur aduk dengan perkara taghut yang membawa kesesatan.Sesungguhnya beriman dengan erti kata yang sebenarnya adalah taat kepada allah secara mutlaknya bukan selainnya.

.

SURAH AL-NISA AYAT 58-59

58. Sesungguhnya Allah menyuruh kamu menyampaikan amanat kepada yang berhak menerimanya, dan (menyuruh kamu) apabila menetapkan hukum di antara manusia supaya kamu menetapkan dengan adil. Sesungguhnya Allah memberi pengajaran yang sebaik-baiknya kepadamu. Sesungguhnya Allah adalah Maha mendengar lagi Maha Melihat.

59. Hai orang-orang yang beriman, taatilah Allah dan taatilah Rasul (nya), dan ulil amri di antara kamu. Kemudian jika kamu berlainan pendapat tentang sesuatu, Maka kembalikanlah ia kepada Allah (Al Quran) dan Rasul (sunnahnya), jika kamu benar-benar beriman kepada Allah dan hari kemudian. yang demikian itu lebih utama (bagimu) dan lebih baik akibatnya.

60. Apakah kamu tidak memperhatikan orang-orang yang mengaku dirinya Telah beriman kepada apa yang diturunkan kepadamu dan kepada apa yang diturunkan sebelum kamu ? mereka hendak berhakim kepada thaghut[312], padahal mereka Telah diperintah mengingkari thaghut itu. dan syaitan bermaksud menyesatkan mereka (dengan) penyesatan yang sejauh-jauhnya.

61. Apabila dikatakan kepada mereka: "Marilah kamu (tunduk) kepada hukum yang Allah Telah turunkan dan kepada hukum Rasul", niscaya kamu lihat orang-orang munafik menghalangi (manusia) dengan sekuat-kuatnya dari (mendekati) kamu.

62. Maka bagaimanakah halnya apabila mereka (orang-orang munafik) ditimpa sesuatu musibah disebabkan perbuatan tangan mereka sendiri, Kemudian mereka datang kepadamu sambil bersumpah: "Demi Allah, kami sekali-kali tidak menghendaki selain penyelesaian yang baik dan perdamaian yang sempurna".

.

TAFSIRU 'L-MUFRADAT

1) الأمانة : Sesuatu yang dijaga untuk disampaikan kepada pemiliknya. Orang yang menjaga dan menyampaikannya dinamakan hafiz (orang yang menjaga) , amin (orang yang dipercaya) dan wafiy (orang yang memenuhi) ; sedangkan yang tidak menjaga dan tidak menyampaikannya disebut pengkhianat.

2) العدل : Menyampaikan hak kepada pemiliknya melalui jalan terdekat.

3) التأويل : Menerangkan kesudahan dan akibat.

4) الذعم : Pada asalnya beerti perkataan , baik benar mahupun batil, kemudian ianya banyak digunakan dalam erti ‘dusta’ .

5) الطاغوت : Keaniayaaan yang banyak. Yang selalu memusuhi nabi dan kaum muslimin dan ada yang mengatakan abu Barzah seorang tukang tenung di masa nabi. Termasuk thaghut juga:

1. orang yang menetapkan hukum menurut hawa nafsu.

2. berhala-berhala.

6) ضلالا بعيدا : Jauh dari yang hak, kerana ia tidak menggunakan jalan untuk menuju kepada yang hak itu.

7) صدودا : Sengaja berpaling dari menerima keputusan Allah.

8) إحسنا : Kebaikan dalam bermuamalat bagi orang-orang yang bersengketa.

9) توفيقا : Perdamaian dengan musuh dan bersatu dengan musuh.

.

TAFSIRAN AYAT

Pengertian Secara Ijmali

Dalam Surah An-nisa' ayat 58-59 Allah taala telah memerintahkan kaum muslimin supaya melakukan amalan-amalan yang baik iaitu kewajipan menunaikan amanah dan menetapkan perkara diantara manusia dengan cara yang adil.Hal ini menerangkan mengenai sistem asasi pemerintahan berdasarkan syariat Allah taala.Di samping itu,Allah mewajibkan kepada mereka supaya taat kepada Allah,rasul dan ulul amri.Manakala taat kepada Ulul Amri berlandaskan batas-batas yang telah ditetapkan oleh Allah.

TANGGUNGJAWAB MENUNAIKAN AMANAH

58. “Sesungguhnya Allah menyuruh kamu menunaikan segala amanah (dan tanggungjawab) kepada yang berhak menerimanya dan apabila kamu mengadili di antara manusia, maka hendaklah kamu mengadili mereka dengan adil. Sesungguhnya Allah memberi sebaik-baik pengajaran kepada kamu. Sesungguhnya Allah Maha Mendengar dan Maha Melihat.”

Perintah Kewajipan Menunaikan tanggungjawab Amanah kepada orang yang berhak:

Kaum muslimin dipertanggungjawabkan untuk menunaikan amanah-amanah dan tanggungjawab kepada orang-orang yang berhak menerimanya. Amanah adalah satu bentuk kepercayaan kepada manusia dan diperintahkan untuk dikerjakan. Dan amanah itu mempunyai pelbagai bentuk. Amanah kepada Allah, amanah kepada orang lain, amanah bermuamalah dengan orang lain, amanah terhadap pemerintah dan terhadap rakyat, amanah menjaga dan mendidik kanak-kanak, amanah menjaga kehormatan kelompok muslimin dan sebagainya.

Allah Taala telah meninggikan kedudukan sifat amanah berdasarkan hadis:

عن أبي هريرة رضي الله عنه قال : قال رسول الله صلى الله عليه وسلم : إذا ضيعت الأمانة فالنتظر الساعة . قال : كيف إضاعتها يا رسول الله ؟ قال : إذا أسند الأمر إلى غير أهله فالنتظر الساعة

Apabila engkau menghilangkan sifat amanah, maka tunggulah hari pembalasan. Bagaimana hilangnya sifat amanah tersebut? Rasulullah menjawab : Apabila perkara yang diamanahkan itu diletakkan bukan pada orang yang berhak, maka tunggulah hari pembalasan.

.

PEMIMPIN HENDAKLAH BERLAKU ADIL KEPADA RAKYATNYA

Keadilan merupakan satu aspek utama dalam membina satu pemerintahan yang sistematik. keadilan di sini bermaksud pemimpin menjatuhkan hukuman yang sesuai dengan yang telah disyariatkan oleh Allah melalui RasulNya. Keadilan itu merangkumi kepada seluruh manusia bukan hanya kepada orang-orang Islam sahaja dan bukan pula keadilan kepada ahlul kitab sahaja malah keadilan adalah hak setiap manusia dengan sikapnya sebagai 'insan' kerana sifat ini sahaja yang mewujudkan hak keadilan dalam sistem hidup Rabbani. Inilah asas kehakiman di dalam Islam sebagaimana amanah - dengan segala pengertiannya - menjadi asas kehidupan di dalam kehidupan Islam.

Kemudian, Allah menerangkan kebaikan keadilan dan menunaikan amanah berdasarkan ayat:

Perintah menunaikan amanah dan bersikap adil merupakan peringatan dan bimbingan dari Allah Taala dan itulah sebaik-baik pengajaran dan bimbingan.

Sesungguhnya Allah maha mengetahui adakah kamu menjalankan tanggungjawab dengan adil dan Allah maha melihat adakah kamu menjalankan tanggungjawab menunaikan amanah:

Ungkapan perkataan 'Allah dan menjadi isim kepada 'ان' dan menjadikan 'نعم ما' نعما' dan segala hubungannya sebagai khobar selepas dibuang khobar untuk menyarankan hubungan yang amat rapat di antara Allah dan pengajaran yang diberikan.

KETAATAN TERHADAP PERATURAN ALLAH, RASUL SERTA ULUL AMRI

Syarat keimanan dan ta'rif keislaman dalam masa ia menjelaskan sistem asasi kelompok muslimin, berdasarkan kehakiman dan sumber kekuasaan dan semuanya itu adalah bermula dan berakhir pada titik dasar menerima segala undang-undang dan peraturan dari Allah Yang Maha Esa sahaja. Peraturan yang tinggi adalah peraturan Allah Taala dan inilah yang wajib ditaati kemudian barulah taat kepada Rasul dan Ulul Amri. Hal ini menunjukkan orang-orang yang beriman wajib mentaati Allah kerana Allahlah yang memberi hak dan kuasa mengaturkan syariat manakala taat kepada Rasul pula merupakan perkara kedua kerana baginda membawa syariat dari Allah. Rasul berperanan menjelaskan perkara syariat kepada manusia.

Seterusnya perintah Taat kepada Ulul Amri (Pemerintah)

Ulil Amri mengikut pendapat ulama tafsir mempunyai dua golongan iaitu golongan pemerintah di negara Islam dan ulama. Ketaatan kepada ulil amri bukanlah satu ketaatan yang mutlak tetapi apa yang dimaksudkan di sini ialah ulil amri itu menjadi tempat rujukan ketika berselisih pendapat sebagaimana yang diperintahkan oleh Allah dan ulul amri itu perlulah kembali kepada dua sumber yang utama iaitu Al-Quran dan Al-Sunnah.

Sekiranya Terdapat Perselisihan dalam sesuatu masalah,hendaklah merujuk kepada Al-Quran dan Al-Sunnah.

Rujukkanlah kepada nas-nas yang boleh dipadan atau yang disesuaikan dengannya secara tidak langsung dan andainya didapati nas-nas yang seperti itu maka rujukkanlah kepada dasar-dasar kulli ataupun / semesta yang umum bukannya dasar-dasar yang tidak diketahui dan menyesatkan akal manusia. Ketaatan kepada Allah, Rasul serta Ulul Amri merupakan kewajipan kepada kaum muslimin dan segala persoalan yang dipertikaikan itu wajiblah berpegang kepada Al-Quran dan Al-Sunnah. Ini menjadi syarat keimanan kepada Allah dan Hari Akhirat.

Kebaikan mengembalikan perkara yang diperselisihkan kepada allah dan rasulnya adalah sebaik-baik perkara berdasarkan ayat:

Mematuhi peraturan Allah yakni menunaikan amanah dan berlaku adil bukan sahaja membawa keredhaan Allah dan menghasilkan pahala diakhirat,tetapi ia juga menghasilkan kebaikan di dunia dan memberikan kesudahan yang baik bagi individu dan kelompok di dalam kehidupan di dunia ini.

Tafsiran Ijmali

Manakala ayat 60-62 adalah berkaitan mengenai Sikap orang munafik dan orang-orang yang yang berpenyakit didalam hatinya iaitu mereka tidak mahu taat kepada Allah dan rasul bahkan percaya dan mahu mengikut keputusan daripada taghut yakni syaitan.Disamping itu juga,ayat seterusnya menerangkan ancaman dan amaran terhadap perkara yang mereka lakukan itu iaitu menyeleweng dari peraturan atau syariat allah dan rasul.

.

Sikap Orang-Orang Munafik yang tidak mahu beriman kepada Allah dan rasulnya malah mengikut Taghut

60." Tidakkah engkau melihat orang-orang yang mendakwa bahawa mereka telah beriman kepada wahyu yang telah diturunkan Allah kepada engkau dan kepada wahyu yang telah diturunkannya sebelum engkau,sedangkan mereka masih ingin berhakimkan taghut meskipun mereka telah diperintah supaya mengingkarkannya?Syaitan memang bermaksud untuk menyesatkan mereka dengan kesesatan yang amat jauh."

Mendakwa Beriman Kepada Allah Dan Rasul,Walhal percaya dan mengikut kepada taghut. Perkara ini menunjukkan tanda-tanda munafik:

Terdapat sekumpulan manusia yang mendakwa mereka beriman akan tetapi pada waktu yang sama, mereka berdolak dalih dengan dakwaan mereka. Mereka mengatakan mereka beriman dengan wahyu yang diturunkan oleh Allah tetapi kemudiannya mereka tidak menerima wahyu tersebut setelah menetapkan bahawa mereka menerima peraturan, hukum-hakam dan ajaran Taghut yang zalim. Taghut ini mendakwa dia memiliki salah satu ciri uluhiyyah tetapi mereka tidak tunduk kepada neraca uluhiyyah yang betul. Mereka berbuat begini bukan sebab jahil tetapi kerana kehendak mereka sendiri.

.

Perintah Allah supaya mengingkari perkara Taghut tersebut tetapi tetap berdegil mahu mengikut taghut dengan sengaja dan mempunyai tujuan bukan disebabkan kerana kejahilan mereka:

Perbuatan mereka bukanlah kerana kejahilan ataupun sangkaan tetapi mereka lakukan dengan sengaja dengan qasad dan niat.Sebab itulah,dakwaan mereka yang mengaku beriman ini adalah satu dakwaan yang tidak betul dan jujur malah yang sebenarnya Syaitan mahu membawa mereka kepada kesesatan yang tiada harapan untuk kembali ke pangkal jalan.

Allah memberikan peringatan dan pengajaran bahawa berhakimkan kepada taghut (syaitan)membawa kepada kesesatan yang nyata dan tiada harapan untuk kembali ke pangkal jalan berdasarkan ayat:

Inilah sebab sebenar yang tersembunyi disebalik kemahuan mereka hendak berhakimkan taghut.Inilah motif yang menyebabkan mereka terkeluar dari batas keimanan.Inilah motif yang didedahkan oleh Allah kepada mereka supaya mereka sedar dan pulang ke pangkal jalan.

Seterusnya ayat ini menjelaskan keadaan mereka apabila mereka diseru supaya mengikut perintah yang telah telah diturunkan sebelumnya kerana mereka mendakwa beriman kepadaNya:

61.“Dan apabila dikatakan kepada mereka: Marilah kamu mematuhi perintah yang telah diturunkan Allah dan apa yang telah diputuskan oleh rasul nescaya engkau dapati orang-orang Munafiqin berpaling darimu dengan penuh angkuh.”

.

Kaum Munafik Menghalangi Manusia Untuk Berhakimkan Kepada Rasullah S.A.W

Ayat ini menguatkan apa yang ditunjukkan oleh ayat sebelumnya,iaitu betapa munafiqnya mereka yang tidak suka kepada hukum Allah dan hukum rasul-Nya,tetapi mereka suka kepada hukum taghut dan para pengikut hawa nafsu.Seterusnya ayat ini menunjukkan bahawa orang yang berpaling dengan sengaja dari hukum Allah,lebih-lebih lagi setelah hukum itu diserukan dan diingatkan kepada mereka,mereka adalah orang munafik yang pengakuan dan keislamannya tidak dapat dibenarkan.

Seterusnya ayat ini menjelaskan Pembalasan atau Akibat Apabila tidak berpegang atau berpaling dari hukum/syariat allah

62. “Oleh itu bagaimana nanti jika mereka ditimpa muslihat kerana perbuatan yang telah dilakukan oleh tangan mereka sendiri kemudian mereka datang kepadamu sambil bersumpah: Demi Allah, tiadalah kami kehendaki melainkan hanya kebaikan dan penyesuaian.”

Kemudian, bagaimanakah keadaan mereka apabila Allah menjadikan kamu tahu bahwa mereka berpaling dari hukum Allah dan tidak suka menghakimimu; apabila nampak, bahawa perbuatan mereka mendustakan dakwaa; bahawa keadaan yang mereka pilih, bahawa mereka berhakim kepada selain Rasul itu tidak akan kekal; bahawa mereka hampir ditimpa musibah kerana perbuatan-perbuatan ini dan sebangsanya yang telah mereka lakukan; kemudian mereka terpaksa kembali kepadamu agara kamu menghilangkan musibah itu dari mereka; dan megemukakan dalih bahawa mereka berhakim kepada selain Rasul itu tidak lain kerana mengkhendaki kebaikan di dalam mu'amalah dan tercapainya kesepakatan antara mereka dengan musuh-musuhnya dengan jalan pendamaian atau dengan memadukan manfaat antara kedua pihak yang bersengketa lalu untuk itu mereka bersumpah dengan nama Allah, padahal mereka menipu.

Di dalam ayat ini terdapat ancaman yang berat atas apa yang telah mereka lakukan dan bahawa mereka akan menyesal ketika penyesalan tidak berguna lagi bagi mereka, serta akan mengajukan alasan ketika tidak berguna lagi alasan bagi mereka.

.

PENGAJARAN AYAT

1. Setiap manusia mahupun orang muslim ataupun bukan muslim hendaklah bersikap amanah dan bersikap adil

2. Janganlah bersikap angkuh dimuka bumi ini dengan menyembah selain daripada Allah S.W.T

3. Hendaklah taat kepada pencipta kita iaitu Allah S.W.T. kerana kita adalah makhluk ciptaan-Nya

4. Hendaklah taat kepada pemerintah iaitu ulil amri kerana mereka bertanggungjawab besar dalam menjaga kebajikan kita sebagai rakyatnya.

5. Orang-orang yang munafik tidak akan diberi muka oleh Allah pada dari akhirat kelak atas dosa-dosa yang telah mereka lakukan. Maka dengan demikian, kita perlu sentiasa menyedari kesilapan kita dan bertaubat serta berazam tidak melakukan hal tersebut pada masa akan datang serta berusaha menjauhi bisikan syaitan laknatullah yang sentiasa mendorong kita melakukan kejahatan.

.

RUJUKAN

1) Muhammad Fuad Abdul Baqi (2001), Al-Mu’jam al-Mufahras Li Alfaz Al-Quran al-Karim, DarulHadith : Kaherah.

2) Imam Raghib Al-Asfahani(1992), Mu’jam Mufradat Alfaz Al-Quran, Darul Qalam Damsyik : Safwan Adnan Dawwari.

3) Said Kutub (t.t), Fi Zilalil Quran, Darus Syuruq : TTP

4) Ahmad Mustofa Al-Maraghi (t.t), Tafsir Al-Maraghi, Syarikat Maktabah Matba'ah Mustofa Al-Babi Al-Halabi : Mesir)

5) www.altafsir.com (3/2/2010)

About The Author
Michi, that's my nickname. Im just an ordinary blogger. Searching for Mardhatillah. I'm hoping something. For those who knew me already, they will know what I looking for. Pray for my strenght and my success. I want to fly without wings... And I really what I think... (^_^) LuKLuK BaiDoa
Share This
Subscribe Here

0 comments:

 

Challenge Me!

Promote This Blog

Visitors

...::Lukluk Baidoa::..