Thursday, April 1, 2010

Al-muhsinat Al-Lafziah ( المحسنات اللفظية )

ILMU BADI’ (علم البديع )

Ilmu badi' dari sudut bahasa berasal dari kata akar ( بدع الشيء وأبدعه ) dengan makna : ( اخترعه لا على مثال ) benda yang dicipta dengan tidak ada contoh terdahulu. Perkataan ( البديع ) ialah ( المحدث الجيب ) iaitu, sesuatu yang baru yang menakjubkan.

Manakala dari sudut istilah, ilmu badi' adalah ( علم يعرف به وجوه تحسين الكلام بعد رعاية المطابقة لمقتضى الحال ووضوح الدلالة على المعنى المراد ) dengan maksud ilmu yang membincangkan cara memperindah ungkapan dengan mengambil kira situasi dan kejelasan makna iaitu, lenggok bahasa tersebut.

Apabila kita kaitkan antara ilmu badi' dengan ilmu-ilmu balaghah yang lain kita akan dapati tugas ilmu badi' sebagai menyempurnakan keilmuan ma'ani dan bayan. Ini kerana kedua-dua ilmu ini memberi tumpuan kepada keelokan zat, sedangkan ilmu badi' pula memberi tumpuan kepada keelokan sifat pada ungkapan. Ilmu ma'ani dan bayan memastikan kefasihan dari segi lafaz dan makna.

Orang pertama yang menemui ilmu ini ialah Ibnu Heram Ibrahim ibn Ali ibn Salmah ibn Mermah. Beliau ialah seorang penyair Ahlul Bait a.s.

Orang pertama yang mengarang kitab tentang ilmu Badi’e ialah dua tokoh besar yang hidup sezaman, yaitu Qudamah ibn Ja’far Al-Katib dan Abdullah ibn Al-Mu’tazz. Sejauh ini, tidak dijumpai orang lain yang mendahului upaya kepeloporan mereka berdua di bidang ini.

Dalam pengantar dalam syarah Al-Badi’iyyah, Shofiyyuddin Al-Hilli mengatakan: “Di antara semua yang disusun oleh Al-Mu’tazz terdapat tujuh belas bab. Tokoh semasanya ialah seorang penulis bernama Qudamah ibn Ja’far. Qudamah telah berjaya menyusun dua puluh bab; tujuh bab di antaranya sama dengan yang disusun oleh Al-Mu’tazz.

Oleh kerana itu, pertambahan beberapa bab yang berbeza di antara mereka mencapai tiga belas bab. Jadi, secara keseluruhan, semua bab yang disusun oleh mereka berdua berjumlah tiga puluh. Setelah itu, tokoh-tokoh yang lain mengikuti mereka dalam upaya penyusunan kitab Al-Badi’e.”

Qudamah ibn Ja’far adalah seorang syi’ah. Ia memiliki sebuah karya berjudul Naqdusy Syi’r, yang lebih dikenal juga dengan nama Naqd Qudamah.

Ilmu badi' amat unik apabila diumpamakan sebagai seorang wanita yang diindahkan dengan barang-barang perhiasan. Ilmu badi' terbahagi kepada dua komponen utama iaitu penghias lafaz ( المحسنات اللفظية ) dan penghias makna ( المحسنات المعنوية ).

.

AL-MUHSINAT AL-LAFZIAH ( المحسنات اللفظية )

Takrifan penghias lafaz adalah : Gaya bahasa yang menjadikan kata-kata lebih indah dan enak untuk didengar dari segi lafaz atau bunyi.

Penghias lafaz ( المحسنات اللفظية ) adalah salah satu komponen utama ilmu badi' salain penghias makna ( المحسنات المعنوية ).

Tujuan Penghias Lafaz Digunakan ( أغراض محسنات اللفظية )

1 - Ia bertujuan mencantikkan lafaz yang digunakan oleh seseorang dari sudut bentuk, huruf, syakal, ayat dan urutan perkataan tersebut yang berbeza ertinya.

Sebagai contoh :

{وَيَوْمَ تَقُومُ السَّاعَةُ يُقْسِمُ الْمُجْرِمُونَ مَا لَبِثُوا غَيْرَ سَاعَةٍ كَذَلِكَ كَانُوا يُؤْفَكُونَ} (55)

سورة الروم

Maksudnya : Dan pada hari (ketika) terjadinya kiamat, orang-orang yang berdosa bersumpah, bahawa mereka berdiam (dalam kubur) hanya sesaat (saja). Begitulah dahulu mereka dipalingkan dari kebenaran).

( Surah Al-Ruum ayat 55 )

.

2 - Memberi kekuatan berhujah dan mempamerkan kemahiran seseorang dalam percakapannya dengan mengambil potongan dari ayat-ayat suci Al-Quran atau potongan dari hadis.

Sebagai contoh yang diambil dalam kitab Muhyiddin Abduzh-Zhahir :

لا عدمت الدولة بيض سيوفه التي يرى بها الذين كذبوا على الله وجوههم مسودة

Maksudnya : Negara tidak akan menghilangkan pedangnya "yang dengannya ia dapat melihat orang-orang yang berbuat dusta kepada Allah, mukanya menjadi hitam".

.

3 - Penghias lafaz juga bertujuan membina sajak atau puisi indah dan cantik dengan rangkaian kalimahnya yang seimbang, bagus, tidak dibuat-buat, bebas dari pengulangan yang tidak berfaedah.

Sebagai contoh Ats-Tsa'alibi berkata:

الحقد صدأ القلوب ، واللجاج سبب الحروب

Maksudnya : Dengki itu adalah karat hari, dan pertengkaran yang berkepanjangan itu adalah sebab perang.

Penghias-penghias lafaz ini akan diterangkan secara terperinci kemudian.

About The Author
Michi, that's my nickname. Im just an ordinary blogger. Searching for Mardhatillah. I'm hoping something. For those who knew me already, they will know what I looking for. Pray for my strenght and my success. I want to fly without wings... And I really what I think... (^_^) LuKLuK BaiDoa
Share This
Subscribe Here

0 comments:

 

Challenge Me!

Promote This Blog

Visitors

...::Lukluk Baidoa::..