Saturday, November 13, 2010

Beza Orang yang Berilmu vs Tidak Berilmu

Pengetahuan orang yang tersurat ini terhad kepada pengisian maklumat yang ada dalam dirinya. Mereka tak dapat menghuraikannya dengan panjang lebar dan melihat dari sudut yang pelbagai. Dalam hal ini mereka seakan punya pengetahuan sebesar kolam dan kolam ini ditambah airnya dari masa ke semasa dengan pengetahuan maklumat yang dicari. Jadi, kata-kata yang keluar dari mulut mereka akan terhad kepada pengetahuan yang ada dalam kolam ini, ia berulang-ulang berkisar tentang perkara yang sama dan tak lebih dari itu. Ini kerana mereka memandang hanya melalui mata kasar dan mata akal tetapi tidak dengan mata hati.

Pengetahuan maklumat ini sebenarnya akan menjadi lapuk. Lapuk dimamah masa. Misalnya maklumat tentang sesuatu kajian yang sering berubah dari zaman ke zaman yang satu lagi. Perubahan maklumat inilah yang menyebabkan pembangunan sains dan teknologi yang mana banyak produk dicipta dan diperbaharui. Lihatlah pada penciptaan kereta yang semakin lama semakin canggih dengan pelbagai pembaharuan. Jadi dalam hal ini mereka yang mengejar pengetahuan terpaksa selalu memastikan diri dikemaskini dengan dengan maklumat baru kalau tidak mahu ketinggalan. Dari sudut penghayatan dan perlaksanaan pula, kalau kita melaksanakan pengetahuan, ia boleh berubah. Sistem dan teori perniagaan contohnya telah banyak berubah dan banyak teori lama yang tak boleh lagi digunapakai pada hari ini. Ia seakan perkembangan fesyen. Kalau kita terus memakai baju kolar besar dengan seluar bell bottom pada hari ini pasti kita akan diketawakan dan dikatakan ketinggalan zaman.

Ia tak seperti ilmu. Ilmu kebenaran dari ALLAH S.W.T ini pula tak akan lapuk kerana ia akan terus-terusan boleh digunakan sampai bila-bila. Kita sering mendengar orang merujuk kepada Al Quran dan Hadis Nabi S.A.W semenjak dahulu lagi dan ia tak pernah bertukar. Katalah para ustaz merujuk surah Al Asr yang menerangkan tentang kepentingan masa, maka ia berterusan begitu rujukannya. Yang berbeza ialah perspektif penerangan dalam surah tersebut. Kita yang mempelajarinya pula hanya perlu mengetahuinya sekali dan ia terus-terusan boleh digunakan sepanjang umur kita. Apa yang berubah ialah pengetahuan baru yang kita temui di dalamnya dari satu kefahaman kepada satu kefahaman yang lebih baik. Ilmu seakan sungai yang mengalir masuk ke dalam empangan dan terus-terusan mengalir selagi kebenaran ilmu itu disampaikan.

Saya pernah bertemu dengan orang yang menggunakan Surah Al Asr ini untuk diimplementasikan dalam perniagaannya. Saya juga pernah mendengar ada orang yang menggunakan Surah Yusuf untuk diimplementasikan dalam penulisan dan banyak lagi selain mengambil iktibar dan peringatan darinya.

Mereka yang tajam mata hatinya ini akan mengaitkan semua perkara, kejadian dan peritiwa yang berlaku dengan kebesaran ALLAH S.W.T. Mereka juga bakal mendapat ilmu melalui pengisian tetapi mereka juga bakal mendapat taufik dan hidayah, kefahaman dari ALLAH S.W.T. Ini sebenarnya adalah sesuatu yang sukar untuk dihuraikan kerana sifatnya yang tidak kelihatan tetapi hanya boleh dirasai orang yang merasai. Mereka juga boleh menghurai dengan begitu panjang lebar walaupun topiknya hanyalah bermula dengan huruf alif. Alif yang bermaksud sa, esa, tunggal dan sebagainya. Inilah perbincangan yang dijalankan oleh para ilmuwan yang terdahulu.

Mari kita lihat dari sudut perlaksanaan dan penghayatan pula. Mereka yang melaksana dan menghayati ilmu akan punya akhlak yang baik. Ini kerana pengisian ugama ini membentuk akhlak dan budi pekerti yang baik. Kalau difikirkan fesyen pakaian sekular berubah dari zaman ke zaman namaun fesyen jubah sepertimana sunnah Rasullullah S.A.W masih merupakan satu fesyen yang tak berubah semenjak dahulu lagi. Inilah perbezaan ilmu kalau dibandingkan dengan pengetahuan. Ilmu bersifat tetap sedangkan pengetahuan sifatnya berubah-ubah.

Dalam kehidupan kadangkala saya bertemu dengan orang melayu yang begitu mengagung-agungkan budaya orang Barat yang dikatakan maju dan bertamadun. Mereka sanggup melanggan majalah Newsweek, Time dan sebagainya kerana mahu mengemaskini diri dengan kisah serta keadaan semasa di Amerika Syarikat.

Kemudian ada pula yang bila bercakap menggunakan rujukan dari Sarjana Barat. Contohnya dalam bidang motivasi mereka merujuk kepada Nepoleon Hill dan Stephen J. Covey, dalam bidang kewangan dengan merujuk kepada Robert Kiyosaki dan Warren Buffet. Dalam bidang Pemasaran pula mereka merujuk kepada Kotler dan sebagainya. Mereka mengikut dan percaya kepada apa yang diajarkan oleh para guru itu. Benar atau tidak sekali lagi tidak pula difikirkan. Kalau dalam bidang pemasaran contohnya, kajian, kaedah serta strategi yang disarankan Kotler dijadikan sandaran dengan menjalankan promosi, iklan dan diskaun dan sebagainya. Strategi penjenamaan produk yang meluas dan paling berkesan dipilih supaya nama produk diingati dan menjadi sebutan pengguna.

Namun demikian ada beberapa kisah kejayaan perniagaan yang melanggar semua aspek yang disarankan ini. Contohnya Ramly Burger menjadi produk yang terkenal di seluruh Malaysia tanpa perlu menjalankan promosi dan iklan secara meluas dan besar-besaran dan perniagaannya berkembang pesat hingga sampai ke timur tengah dan telah bertahan semenjak 40 tahun yang lalu.

Dalam topik ini, bagi saya ilmu sebenarnya berbeza kalau dibandingkan dengan maklumat. Bagi saya pengetahuan ilmu adalah sesuatu yang datang dari ALLAH S.W.T dan sifatnya bersih, suci lagi benar. Saya yakin kalau dibuat kajian akan semua ilmu yang terdapat dalam Al Quran pasti kita akan bertemu dengan kebenarannya.

Berpesan-pesan dengan kebenaran yang diungkapkan dalam Surah Al Ash sebenarnya membawa maksud berpesan-pesan dengan ilmu sepertimana yang diungkapkan dalam Al Quran dan yang disampaikan oleh Nabi SAW.

Pengetahuan pula hanyalah maklumat, konsep, teori, fakta yang bertaburan di muka bumi ini dari pelbagai aspek yang mana kebenarannya masih samar dan perlu dibuktikan. Malah masih terlalu banyak perkara di langit, di mukabumi dan di laut yang masih belum dikaji manusia.

Kadangkala kita belajar ke peringkat tertinggi dalam bidang akademik hingga ke peringkat PhD tanpa kita sedari yang apa yang kita pelajari itu hanyalah kebanyakannya terdiri dari pengetahuan maklumat dan sedikit sahaja pengetahuan ilmu.

Dari sudut akademik, kita belajar sedari kecil hinggalah ke peringkat yang tertinggi dengan silibus akademik yang tersusun dan berstruktur yang kebanyakannya dipelopori oleh tamadun Barat. Katalah kita pelajari pengkhususan dalam bidang kewangan tetapi apa yang terjadi ialah sistem kewangan yang mereka agung-agungkan akhirnya merudum.

Saya amat kecewa apabila sesetengah orang berilmu menggunakan ilmu yang mereka ada untuk kepentingan peribadi. Sebagai contoh, ahli perniagaan yang menggunakan ayat-ayat Quran atau sunnah untuk melariskan jualan mereka. Yang lebih mengecewakan mereka ini bukanlah orang yang belajar agama tapi tidak mengamalkannya dengan kaedah yang betul. Ilmu yang dikutip bukanlah untuk dimanipulasi sebagai kepentingan diri sendiri. Orang yang mempunyai ilmu agama lebih cenderung untuk melakukan kesilapan berbanding orang awam. Dinasihatkan kepada orang-orang ini agar berhenti men'jual' ayat-ayat Allah dan Al-Sunnah untuk kepentingan mereka sendiri.

BEZA ORANG YANG BERAGAMA DAN ORANG YANG BELAJAR AGAMA

Apa agaknya beza 2 istilah ini?

Orang yang beragama boleh jadi dia hanya mempunyai sedikit asas agama dan tidak belajar khusus dalam disiplin agama tetapi menghayati sedikit sebanyak ilmu tentang agama yang ada pada dirinya!

Sedangkan orang yang hanya belajar ilmu agama semata-mata tetapi tidak beramal apalagi mempergunakan agama untuk kepentingan peribadinya ternyata jauh menyeleweng.

Orang beragama yang paling mulia ialah dia belajar ilmu agama hayati kemudian menyebarkannya sebagaimana para sahabat r.a. yang digelar sebagai Jil Qur'aniyyun Faridun oleh al-Syahid Syed Qutb iaitu Generasi Qur'an yang unik. Oleh itu, mari sama-sama kita koreksi diri kita di golongan yang mana agaknya?

Teori Darwin pula contohnya mengenai asal manusia dari beruk yang mengalami pengembangan evolusi juga hanya merupakan pengetahuan maklumat kerana tiada fossil yang ditemui setakat ini yang membenarkan semua ini. Fossil ikan jerung, udang dan dan pelbagai tumbuhan yang ditemui bertarikh beratus juta tahun dahulu masih sama sepertimana keadaannya sekarang. Tidak terdapat sebarang perubahan evolusi padanya. Ini bermakna pengetahuan ilmu bahawasanya ALLAH S.W.T mencipta dari sesuatu yang tiada iaitu dengan berfirman “jadi maka jadilah” adalah kebenaran.

Semua ini menunjukkan walaupun penerapan nilai akademik ini tersusun dan berstruktur tetapi sebenarnya ia belum terbukti kebenarannya. Malah Albert Einstien sendiripun mengaku akan kewujudan Tuhan kerana banyak perkara yang tak dapat diungkaikannya.

Dalam hal ini telah terbukti ramai para pengkaji / saintis / ahli akademik / yang membuat kajian yang mendalam akhirnya bertemu dengan ilmu ALLAH S.W.T. Kajian mengenai pokok yang boleh bercakap, kajian mengenai peringkat kehamilan, kajian mengenai partikel air, kajian mengenai dinding yang memisahkan air laut masin dengan air sungai yang tawar, kajian mengenai planet dan cakerawala dan pelbagai kajian lagi telahpun dibuktikan dalam Al Quran semenjak 1400 tahun dahulu.

Oleh itu kajian, maklumat, teori dan konsep yang telah terbukti benar dengan rujukan yang ada di dalam Al Quran serta diperteguhkan dengan Sunnah adalah kajian yang benar dan boleh digunakan manusia sebagai rujukan. Oleh itu sebagai jalan pintas bukankah lebih baik kita terus sahaja mengambil ilmu dari Al Quran kerana sudah pasti ia merupakan kebenaran.

Kita pula sebagai manusia dianjurkan supaya bercakap benar, menyampaikan yang kebenaran dan bersabar dalam penyampaiannya. Kita juga disarankan supaya menggunakan akal untuk berfikir dan mengambil iktibar dan tamsilan atas semua perkara dan peristiwa yang berlaku di sekeliling kita. Inilah nilai yang terbaik untuk kita ambil untuk dijadikan prinsip penerapan diri.

Fikir-fikirkanlah..

Sesungguhnya segala kebaikan adalah dari Allah dan segala kelemahan adalah atas kelemahan diri saya sendiri. Kemaafan jualah yang saya pinta.

Bukalah pintu hati, anda pasti akan memahami. Terima kasih meluangkan masa membaca. Harap ia membawa manfaat buat anda.

Diubahsuai dari artikel Faizal Yusup

.

About The Author
Michi, that's my nickname. Im just an ordinary blogger. Searching for Mardhatillah. I'm hoping something. For those who knew me already, they will know what I looking for. Pray for my strenght and my success. I want to fly without wings... And I really what I think... (^_^) LuKLuK BaiDoa
Share This
Subscribe Here

0 comments:

 

Challenge Me!

Promote This Blog

Visitors

...::Lukluk Baidoa::..