Sunday, January 24, 2010

Majaz 'Aqli (Metafora Secara Akal) Dan Penggunaannya

Majaz adalah pemindahanmakna lafaz atau kata daripada maknanya yang asli, kepada makna yang lain.

Tidak diragui lagi, bahwa majaz 'aqli sering digunakan, baik dalam al-Quran mahupun Hadith. Di antaranya , firman Allah Subhanahu Wa Ta'ala yang bermaksud :

"Dan apabila dibacakan kepada mereka ayat-ayatNya, menjadikan mereka bertambah iman, dan kepada Tuhan mereka jualah mereka berserah." (Surah Al Anfaal :2)

Menyandarkan penambahan iman manusia kepada ayat-ayat al Quran merupakan majaz 'aqli, kerana (pembacaan) ayat-ayat itu hanyalah sebab bertambahnya keimanan, sedangkan yang menambahkan keimanan mereka sebenarnya ialah Allah Subhanahu Wa Ta'ala.

Begitu juga firman Allah Subhanahu Wa Ta'ala yang bermaksud :

"Hari yang huru-haranya menyebabkan kanak-kanak menjadi tua beruban?" (Surah Al Muzammil : 17)

Sesungguhnya, "hari yang menjadikan anak-anak itu beruban" hanyalah ungkapan majaz 'aqli, kerana hari Kiamat merupakan tempat kejadian anak-anak segera menjadi tua dan beruban. Kita mengetahui dengan pasti, bahawa yang menjadikan anak-anak itu beruban hanyalah Allah Subhanahu Wa Ta'ala.

Manakala contoh yang lain, firman Allah Subhanahu Wa Ta'ala yang bermaksud :

"Dan Yaghuthdan Ya'uuq serta Nasr (Nama-nama berhala yang disembah oleh mereka). Dan sesungguhnya mereka itu telah menyesatkan kebanyakan (dari umat manusia)" . (Surah Nuh : 23-24)

Menyandarkan kesesatan kepada berhala-berhala itu adalah majaz 'aqli, kerana berhala-berhala hanyalah menjadi sebab bagi sesatnya manusia. Sementara, yang memberikan hidayah atau menyesatkan sebenarnya hanyalah Allah Subhanahu Wa Ta'ala yang Esa.

Demikian juga firman Allah Subhanahu Wa Ta'ala yang mengisahkan tentang Fir'aun :

يَا هَامَانُ ابنِ لِي صَرْحًا

"Wahai Haman! Binalah untukku sebuah bangunan yang tinggi" (Surah Al Mukmin : 36)

Yang membuat bangunan sebenarnya bukanlah Haman. Dia hanyalah penyebab. Maka dia adalah orang yang menyuruh orang lain membuatnya, dan bukan dia sendiri yang membinanya. Pembina sebenarnya ialah pekerja-pekerjanya.

Di dalam hadith Nabi Sallahu 'Alaihi Wasallam juga banyak ungkapan yang mengandungi majaz 'aqli, yang hanya dapat diketahui oleh orang yang ahli dalam ilmu Balaghah. Bagi orang yang mengerti ungkapan haqiqi dan majazi (kiasan), tentu tidak memerlukan penjelasan yang panjang lebar berkenaan masalah ini.

Ulama' mengatakan, "Jika penyandaran ini keluarnya daripada ahli Tauhid, sudah cukup untuk memahami ucapan tersebut sebagai penyandaran majazi." Ini kerana, i'tiqad yang sohih ialah 'itiqad bahawa pencipta hamba-hamba Allah dan perbuatan mereka ialah Allah Subhanahu Wa Ta'ala, tiada selainNya yang mempunyai pengaruh dan kesan; baik yang masih hidup, mahupun yang telah mati."I'tiqad ini adalah tauhid yang murni dan selain itu adalah syirik.

Tuesday, January 12, 2010

Pilihanraya MPP UDM...caknakah kita?

.

Assalamualaikum...

Tajuk kali ni ana bawakan PILIHANRAYA MPP UDM...CAKNAKAH KITA?

Kawasan Umum ada 8 calon merebut 6 kerusi dan

Kawasan Fakulti ada 3 fakulti yang bertanding

iaitu:

1)Fakulti Perubatan dan Sains Kesihatan

2)Fakulti Pengurusan Perniagaan dan Perakaunan

dan yang ketiga Fakulti ana sendiri

3)Fakulti Pengajian Kontemporari Islam

Semua fakulti 3 calon merebut 2 kerusi

Pada 16 Oktober TAHUN 2009, kesemua 22 orang calon MPP pilihan diisytiharkan menang kerana pihak HEPA isytiharkan ia sudah dimenangi tanpa bertanding...

Tahun 2010 mula ada perubahan apabila tahun lalu, Kelab-kelab dan Persatuan Mahasiswa Universiti Darul Iman (UDM) telah menyerahkan satu memorandum kepada pihak Hal Ehwal Pelajar dan Alumni (HEPA) berikutan rasa tidak puasa hati terhadap Pilihanraya Kampus (PRK) di universiti kita.

TAHNIAH ana ucapkan kepada semua pihak kerana telah merealisasikan pilihanraya sebelum ana keluar,hahaha..Ana nak try tgk ja camnela pilihanraya kampus. Almaklumlah dah masuk UNIVERSITI bukan KOLEJ. Teringin ja nak tengok sebelum ana mengundi selepas umur ana 21 tahun utk pilihanraya kat luar sana pula.hehehe..ana non partisan tau... hehe

Namun, apa yang ana nak bincangkan di sini adalah mengenai keprihatinan mahasiswa terhadap pemilihan pemimpin mahasiswa kampus. Kalau tahun lepas, peratusan keluar mengundi amat mengecewakan. Bahkan mahasiswa fakulti ana sendiri pun mencatatkan peratusan keluar mengundi adalah paling terendah. Saat pemimpin dipilih di kalangan mereka, mereka tidak keluar untuk mengundi. Apakah sebabnya?

.

Mungkin...

1) Tak tahu pun ada pemilihan tersebut

2) Kurang tengok papan kenyataan

3) Tak kenal pun pemimpin mahasiswa tu sendiri

4) Malas nk amik port

5) Protes terhadap penukaran KUSZA ke UDM??? (untuk pro-pembangkang maybe)

6) Protes terhadap pemilihan yang tak telus? (same cam atas)

Namun demikian, ana telah menyelidiki beberapa orang dari kalangan mahasiswa, ana dapati mereka memang tak tahu menahu pun ada pemilihan tersebut dan malas utk ambil tahu. Ini adalah jawapan yang paling popular ana terima.

Di sini menunjukkan mahasiswa UDM kita memang berintelektual tinggi sebab study je kerjanya? Pegang laptop dan buku ke mana2 sahaja? Pergi ke perpustakaan mencari rujukan dan sentiasa mentelaah pelajaran semata-mata?

Nah, di sinilah kayu ukur perbedaan kita, mahasiswa UDM, dengan mahasiwa universiti2 laen. Sah la mahasiswa kurang cakna dengan keadaan sekeliling, kurang cakna dengan isu2 pelajar, isu2 tempatan mahupun negara. Ni pun belum bincang lagi tentang isu UMMAT... Kalau isu dalam kampus pun tak ambil berat, bagaimana pula dengan isu negara,isu agama??aduhai... kesian mahasiswa kita. Benarkah mahasiswa itu berintelektual, berpandangan jauh dan bakal menjadi tonggak negara???

ANA sokong Kementerian Pelajaran yang menetapkan kokorikulum sebanyak 10 % sebagai syarat kemasukan ke IPTA. Tak patut kalau seorang pelajar itu hanya tertumpu pada pelajaran semata-mata.

Perlulah ada perkara sampingan yang perlu dia kuasai. Budaya ilmu yang dijuangkan Persatuan Kebangsaan Pelajar Islam Malaysia (PKPIM) juga perlu disokong supaya dapat melahirkan generasi yang benar-benar berintelektual, berwawasan dan sebagainya lah....

Nk cakap secara terperinci nanti kita akn buka entry lain pula ea... Tapi yang ana nak cakap kat sini... Pilihanraya MPP pada 14 Januari ini harapnya peratusan keluar mengundi membanggakan... Ana tetibe ilang idea nk cakap... jadi klu ade kurang,sowi ea...

APA YANG PENTING!!

KELUAR MENGUNDI

14 JANUARI INI

UNTUK FAKULTI ANDA

UNTUK PEMIMPIN ANDA

UNTUK UDM TERCINTA ANDA

JOM MENGUNDI!!!

Friday, January 8, 2010

Kesibukan Dunia

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh...

Di saat mula menjejak kaki ke UDM tercinta huhu, untuk meneruskan kuliah bagi semester akhir, ana semakin sesak nafas untuk melakukan kesemua kerja dalam satu2 masa. Meeting tak stop2...sampai hari2 meeting. Petang meeting persatuan lain, malam pulak kelab yang lain. Tesis pula buat selang antara kelas2 yang kosong atau yg ditunda. Tengah2 mlm pula buat proposal, minit mesyuarat, isi borang upu dan jordan, design banner, editor bg papan kenyataan PMKI. Pagi2 bangun lps tahjud terus je wat nota (biasa wat pagi,mudah mengingat). solat, pastu terus amik sarapan... Kemudian ke kuliah...

Itulah rutinku sebagai seorang mahasiswa aktif (walaupun orang tak perasan). Semoga selepas pembubaran MPP nnt, selepas pembubaran jawatankuasa kolej kediaman dan persatuan2 lain, serta mukhtamar nnt, semoga Allah kurniakan ruang untukku yg lebih utk beribadat lebih dari yang sblm ni. Juga moga Allah kurniakan masa untuk ana menelaah lebih pada pelajaran di saat akhir ana berada di bumi UDM ini.

Alhamdulillah, masih dapat meneruskan lagi hidup meneruskan cita2 yang belum lagi tercapai. Terima kasih buat emak tersayang yang tabah mengharungi liku2 kehidupan. Ketabahan emak mengajarkan anak ini lebih matang menilai baik buruk sesuatu perkara. Terima kasih buat teman2 seperjuangan yang tak mengeluh sedikitpun kerana kekurangan waktu utk discussion and study group. Terima kasih buat Dayah,Didi,Mai,Farah n Lia yang sama2 menempuh alam universiti dari sem satu sehingga sem akhir. Tak lupa juga pada Saudari Izyan yg menjadi dang pendengar setia, Rosmiyati KPIJ yg memberi banyak bantuan (pelapis ana utk barisan PMKI akan datang), serta Ustazah Nor Salimah (ABIM) ketua usrah~byk bg maklumat ttg isu semasa.

Dan terima kasih tak terhingga juga buat tiga insan istimewa Ustaz Firdaus dan Akh Kamarul (my bro) serta Maya (Madrasah Qasimul Ulum). Jasa kalian akan kukenang.Kata-kata semangat kalian kupegang. Terima kasih Akh Kamarul memantapkan lagi fikrah yang ada pada diri ana yg ketandusan idea2. TErima kasih Maya, kerana mengajarkanku perjuangan dan kehidupan wanita berniqab serta cabarannya. Terima kasih Ustaz Firdaus kerana memberi sedikit harapan untuk ana melangkah lebih jauh lagi walaupun agak kecewa gak, tapi sabar je... hehe.

Post kali ni memang nak ucap terima kasih pada semua orang... Sebab rase macam lain je. Ntah nape ntah. Almaklumlah bilik baru yang ana duduk ni penghuni sebelumnya dah jadi arwah. Bila dengar cite bilik ni, rase seram je. Mgkin mati tu sesaat lagi... Allah Maha Berkuasa. Mati itu di tangan Allah, begitu juga jodoh. Andai kita merancang, tetapi tidak menjadi, itu adalah kuasa Allah dan ada hikmah di sebaliknya. Maka bersabarlah... Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui apa yang terbaik buat hamba2Nya.

Nah, cukuplah entry kali ni. Mohon ampun dan maaf atas khilaf dan salah selama ini ana lakukan. Halalkanlah apa yang patut... Ana harap tak de hutang2 ke apa... Maaf juga buat pembaca budiman kerana kesuntukan masa untuk berkongsi ilmiah atau post yang bermanfaat buat kalian. Lepas mukhtamar nnt, mgkin ada kelapangan, InsyaAllah..semoga diizin Tuhan dan dipermudahkan urusan...amien...

Disebabkan ana nk bg manfaat buat pembaca, ana selitkan sekali Pengurusan Masa yang diambil dari fikrah.net buat tatapan kalian. Semoga bermanfaat...


Penggunaan masa yang efektif adalah satu perkara yang selalu dibincangkan. Ramai orang menyatakan bahawa masa yang dipunyai mereka tidak mencukupi. Justeru itu selalunya mereka gagal dalam banayak perkara. Sebenarnya ini ini merupakan alasan semata-mata. Sebenarnya manusia diperuntukkan masa sebanyak 24 jam sehari semalam, samada manusia itu berjaya atau tidak berjaya. Kita lihat tokoh-tokoh di dalam bidang masing-masing. Semuanya adalah manusia biasa yang juga diperuntukkan masa yang sama dengan kita. Keluhan-keluhan yang tidak membina itu sebenarnya adalah alasan untuk kita masih berada pada tahap yang lama dan tidak bertindak. Oleh sebab itu alasan inilah yang menyebabkan kita berada dikepompong tersebut dan sukar bagi kita meloloskan diri dari belenggunya. Di dalam bab ini kita akan membincangkan bagaimanakah keadaannya untuk mengurus masa secara berkualiti. Pengurusan masa yang akan dibincangkan nanti akan membawa kita supaya berfikir tentang perkara-perkara yang selalunya kita anggap ianya adalah perkara remeh. Pengurusan masa yang baik ialah apabila kita dapat mendisiplinkan diri kita dalam melaksanakan aktiviti pembelajaran. Disiplin yang dimaksudkan dii sini adalah kita mesti melakukan jadual harian. jadual itu termasuk: 1. Masa membaca buku atau mengulangkaji 2. Waktu bermain atau beriadah 3. Waktu menonton televisyen 4. Waktu menyelesaikan kerja sekolah 5. Waktu membantu ibu dan ayah 6. Waktu menziarahi rumah kawan Semua aktiviti yang disebutkan ini perlu dijadualkan dan dilibatkan berapa lamakah aktiviti atau perlakuan itu berlaku. Ianya perlukan disiplin yang jitu dari kita. Perkara ini bukan peraka remeh. Untuk mendisiplinkan diri kita maka sewajarnya kita mencatat di atas kertas dan ianya mesti dipatuhi. Selalunya kita dengar keluhan di mana kita belajar 5 jam sehari tetapi merasa seolah-olah kita tidak tidak mendapat apa-apa daripada pembelajaran tersebut. Berbeza kadang-kadang kita mendengar ada individu yang hanya belajar 2-3 jam sehari tetapi mendapat keputusan tang cemerlang. Perbezaan antara individu ini adalah hasil kualiti masa yang digunakan. Oleh sebab itu seharusnya kita memberi perharian kepada kedua-dua perkara ini iaitu kuantiti masa dan kualiti masa yang kita gunakan. Terdapat beberapa perkara yang berkaitan dengan prinsip asas pengurusan masa. 1. Mengubah tabiat lama yang negatif Tabiat lama selalu juga disebut sebagai habit. Tabiat yang negatif mesti dibuang dari ianya berada dalam diri. Jika selama ini kita merupakan seorang yang selalu menangguhkan kerja maka kita perlu mengambil perhatian terhadap perkara ini. Misalnya sebagai pelajar, tugas yang diberi oleh guru perlu kita siapkan secepat mungkin. Selalunya kita menangguhkan tugasan dan menyiapkan secara `minit terakhir' kadang-kadnag hingga larut malam, yang terlebih teruk lagi apabila kita meniru kawan tanpa mendapat apa-apa pengajaran langsung. Maka tabiat seumpama ini perlu diubah. Tabiat ini adalah tabiat negatif yang begitu dominan dalam diri pelajar. Oleh sebab itu kita mesti mengubah tabiat ini supaya kita lebih awal menyiapkan tugas-tugas agar pada waktu yang lain kita dapat memberikan tumpuan yang lebih kepada aktiviti mentelaah pelajaran. Kita belajar semestinya lebih awal bukan melaksanakannya pada saat-saat akhir. Kita lihat kebanyakan orang mengatakan perasaan tertekan bila mendengar tentang peperiksaan. Ini semua sebenarnya hasil daripada tidak membuat persediaan pada peringkat awal. Kadang-kadang ini memberi kesan yanga lebih teruk jika kita merasa bahawa kita sudah tuada masa untuk memberi tumpuan pada pelajaran. Tabiat ini perlu diatasi untuk berjaya. Tabiat yang baik ialah apabila kita sentiasa melaksanakan tugas-tugas sekolah, mengulangkaji pelajaran dan bertindak pada saat yang awal. Elakkan dari melakukan perkara-perkara yang tidak baik dan melakukan pada "minit terkahir". 2. Komunikasi Komunikasi adalah faktor yang amat penting dalam pengurusan masa. Komunikasi juga memberikan implikasi yang besar jika kita tidak dapat menggunakan dengan berkesan dan terbaik. Kita sering membazirkan masa kita, kerana kita sering berkomunikasi dengan cara yang tidak baik. Sebagai contoh: Semasa guru tiada di dalam kelas, kita sering berbual-bual kosong dengan kawan-kawan tentang hiburan, dan perkara-perkara yang sia-sia yang mana ianya tiada kaitan langsung dengan pelajaran. Semasa ketiadaan guru juga kita sering bercerita tentang hal orang lain yang tidak memberi faedah dalam pelajaran. Ini sebenarnya satu pembaziran masa yang amat ketara dan begitu merugikan. Ramai pelajar tidak mengetahui dan menganggap ini satu perkara yang ringan. Jika diterliti kita banyak membuang masa di dalam sehari tanpa mengaitkan perkara yang kita bualkan itu dengan pelajaran. Kita sepatutunya melakukan tugas-tugas pada masa terluang agar bila pulang ke rumah dapat kita membuat kerja-kerja yang lain atau mengulangkaji pelajaran. Ini sebenarnya tidak memberi tekanan dan bebanan di rumah nanti. Ramai antara kita mengatakan masa tidak cukup.Sesungguhnya masa mengcukupi tetapi cara kita menguruskan masa yang menyebabkan kita rasa masa tidak mencukupi. Sebagai contoh lagi, semasa berada di dalam bas atau tempat menunggu bas kita sering marasa bosan. Kerana apa? kerana 30 minit misalnya adalah begitu lama untuk kita sampai ke rumah atau ke tempat yang dituju.Sepatutnya semasa di dalam bas atau tempat menunggu bas, kita menggunakan peluang ini untuk kita mengingat fakta atau apa yang diajar oleh guru. Pada masa ini juga kita boleh membaca nota-nota kecil agar masa di dalam bas dan sebagainya digunakan dengan berkesan dan terbaik. Darii segi komunikasi perkara yang penting juga adalah atentang perasaan malu. Ramai dikalangan kita yang bijak berkomunikasi dengan akawan-kawan tentang hal-hal yang tidak berlaitan dengan hal pelajaran. Namun kelemahan komunikasi kita adalah kerana jarang sekali kita menggunakan kelebihan komunukasi ini untuk bertanya kepada guru-guru atau rakan tentang topik yang tidak diketahui. Kenapa ini berlaku? Sebenarnya terdapat dua perkara yang berlaku iaitu wujudnya komunikasi interpersonal dan komunikasi intrapersonal (komunikasi dalam diri). Sebagai contoh apabila kita ingin bertanya guru, sebenarnya ini adalah satu perkara yang baik. masalah yang wujud adalah apabila komunikasi intrapersonal negatif. Komunikasi intrapersonal hadir dalam diri. Komunikasi intrapersonal seolah-olah mengatakan bahawa soalan ini soalan bodoh. Jika kita bertanya, mungkin kawan-kawan menganggap kita pelajar lemah. Mungkin juga menyebabkan orang lain memandang serong kepada kita. Ini yang membuatkan halangan dalam membantu kita bermotivasi untuk belajar. Maka penggunaan komunikasi intrapersonal yang negatif ini perlu dilawan dan ditentang. Oleh itu gunakan komunikasi interpersonal (bertanya guru) dengan sebaik mungkin. Dengan membuangkan komunikasi intrapersonal yang negatif itu maka akan wujudlah keyakinan dalam diri. 3. Penumpuan Selalunya kita akan merasa bosan dan jemu apabila perkara tersebut berkaitan dengan pelajaran. Apabila guru dan rakan-rakan bercakap tentang pelajaran kita sememangnya jarang memberi tumpuan.Tetapi apabila kawan-kawan menceritakan tentang perkara yang kita minati seperti hiburan dan sebagainya, semuanya itu kita dapat berikan tumpuan walaupun kita dalam keletihan.Oleh sebab itu ubah suasana supaya kita dapat memberikan konsentrasi pada pelajaran. Jika guru sedang memberikan pengajaran, berikan tumpuan. Gangguan yang lain perlu dielakkan. 4. Rehat Manusia perlu rehat di dalam setiap perkara. Rehat adalah faktor penting dan sering dikaitkan dengan tidur. Setiap manusia memerlukan rehat yang cukup. Kita sering mrenganggap bahawa tidur yang cukup perlu untuk pembelajaran yang berkesan. Dalam hal ini terdapat banyak definasi tentang berapa jumlah masa untuk tidur yang baik dalam setiap hari. Sebenarnya apabila kita berbicara tentang tidur maka kita harus faham bahawa tidur juga memerlukan kualiti. Maksudnya kita tidur atau berehat adalah apabila kita bebar-benar terasa bahawa kita perlu tidur. Kadang-kadang kita lihat ramai orang mengatakan bahawa mereka perlu tidur pada petang selama 3 jam dan waktu malam selama 8 jam. Ini adalah kaedah yang tidak begitu baik. Sepatutnya kita mesti menguruskan waktu tidur dengan berkesan. Sebagai contoh; kita perlu berehat selama 15 minit pada waktu tengahari bertujuan menyegarkan kembali daripada keletihan. Setelah itu kita akan lebih bertenaga dan segar. Pada malamnya pula kita tidur umpamanya pada 11.30 malam dan bangun pada awal pagi dan setelah kita menunaikan solat subuh, maka kita mempunyai masa sekurang-kurangnya 30 minit untuk membaca buku-buku pelajaran. Kadang-kadang kebiasaannya pada waktu senggang seumpama ini (selesai solat subuh) sebelum bersiap-siap pada waktu pagi selalunya kita tidak menggunakan waktu ini untuk belajar, tapi kita melakukan perkara yang sia-sia. Ramai pakar mengatakan bahawa belajar waktu pagi baik untuk mentelaah pelajaran mengingat. Pengurusan waktu rehat dengan tidur adalah penting untuk kita belajar dengan lebih berkesan. Jelaslah kepada kita sekarang bahawa prinsip asas kepada pengurusan masa perlu diketahui oleh kita. Dengan yang demikian maka kita akan lebih bijak untuk mendisiplinkan diri dan membuat jadual waktu untuk aktiviti Pembelajaran. Berdasarkan kepada perbincangan tadi maka dapat disimpulkan di sini bahawa pengurusan masa yang baik adalah penggunaan masa yang berkualiti. Kualiti masa dicapai dengan adanya prinsip asas bagi kita menguruskan masa. Justeru itu aktiviti pembelajaran akan menjadi lebih berkesan dan penuh bermakna. Sumber : Fikrah.net + Amer Shakir Zainol ,Kaunselor UiTM Segamat.
 

Challenge Me!

Promote This Blog

Visitors

...::Lukluk Baidoa::..