Sunday, December 5, 2010

Tiada Lagi Esok...

Bismillah.. apabila sang suria sudah hendak berlabuh, suasana senja telah menjelma.. pastinya kegelapan yang panjang akan tiba. panjang yang tiada batasan, kerna tiada lagi esok baginya. ibarat lilin yang habis terbakar, ibarat bangunan yang menyembah bumi. tiada apa lagi.

memang senang bagi yang tidak mempercayai.. yang berlalu tetap pergi, pasti ianya tak akan kembali.. buat apa sesuka hati, yang penting kepuasan diri.. namun bagi kita?? kita akan hidup dengan cara kita, dan pasti kita akan dihidupkan kembali dengan satu cara. segalanya akan kembali, bicara di luar kawalan diri.

bukan untuk tunduk pada ciptaan.. berkerja seakan hidup selamanya, beribadah seakan mati esok hari. beginilah hidup kita penghianat, lupa akan segala janji.. pada tuhan, keluarga, sahabat, dan diri ini. tak mudah untuk mengingat, sangat mudah untuk melupakan.

kau yang menjadi hamba Allah.. indahnya menjadi contoh dan tauladan. bukan pengotor agama yang suci. bukan yang membakar diri dengan azabnya kepanasan di sana. memang hari akan semakin gelap, memang mentari itu akan lenyap. memang pelangi akan hilang. wallahua'lam..

.

di edit dr nasirdamanhour utk tazkirah pengubat hati

.

Friday, December 3, 2010

Rancang perkahwinan jangan last minute

UPDATE :

Prosedur poligami di Perlis kini tidak lagi semudah dulu...permohonan dari pemohon yang menukar alamat tidak lagi diberi perhatian, hanya yang memang orang Perlis akan diberi perhatian.
Perlis juga kini mempraktikkan memanggil isteri pertama sebagai saksi ketika permohonan poligami suami didengar di Mahkamah Tinggi Syariah.
Harap maklum.
Tak de apa nak update sebenarnya..so teringat pulak bila ana bukakFeed Jit ana, akan tertera ramai jugak yang terlepas masuk ke blog ana ni kerana meng'google' Prosedur kahwin la...prosedur poligami la...prosedur wali hakim la...dan lain-lain...maklum lah, Google ni asal ada perkataan berkaitan saja dia akan senaraikan resultnya... So ana rasa elok jugak la ana senaraikan serba sedikit prosedur-prosedur berkaitan perkahwinan yang ana tahu di Malaysia ni..basically sama saja semua negeri, cuma beberapa perkara kecil mungkin berbeza antara negeri...

1. Prosedur Permohonan Nikah Biasa

Untuk pernikahan biasa, maksudnya kahwin kali pertama antara Teruna dan Dara...(hehe..jangan la pandang semantiknya..hehe)..setiap pemohon lelaki dan perempuan kena memohon dari Pendaftar Nikah, Cerai dan Rujuk (NCR) di Jabatan Agama Islam Negeri masing-masing(mengikut alamat dalam MyKad)...setiap permohonan kena isi borang dan kena buat Pemeriksaan HIV di mana-mana Klinik Kesihatan Kerajaan...tapi sebelum tu kena sertai kursus kahwin tau...sebab dokumen yang perlu masa nak serahkan borang tu adalah:

- Salinan Kad Pengenalan Pemohon

- Salinan Kad Pengenalan Dua Orang Saksi

- Sijil Kursus Kahwin

- Sampul Pemeriksaan HIV

- Salinan Kad Pengenalan Wali (untuk perempuan saja la..)

Kalau pemohon tu Janda (samada cerai mati atau cerai hidup) ada tambahan la pulak...

- Sijil Cerai atau Sijil Kematian Suami yang original...bukan salinan ya...

Kalau Duda plak pun sama la..kena ada Sijil Cerai atau Sijil Mati isteri...

Siap semua submit la...dalam dua atau tiga minggu dapatlah kebenaran kahwin...maka selamat kahwin...

Kalau la salah seorang pengantin tu dari negeri lain...maka yang lelaki tu kena memohon kat NCR untuk kebenaran berkahwin di luar kariah...pasal kat Malaysia ni kita akad nikah kat tempat perempuan..so kena la lelaki tu mohon pergi ke tempat perempuan tu kahwin...tapi just in case nak kahwin kat tempat lelaki...kena la perempuan tu yang mintak kebenaran luar kariah...

2. Prosedur Wali Hakim

Yang ni terlibat dengan perempuan saja la...yang lelaki tu kalau nak tolong bagus...kalau tak jangan menyibuk...

Sebelum submit borang yang kat atas tadi tu...si perempuan ni kena mohon dari NCR tadi untuk mendapatkan wali hakim...nyatakan sebab-sebabnya...bawak datang saksi...then Pendaftar NCR tu akan buat satu laporan kepada Mahkamah Syariah Negeri terbabit untuk diberi keizinan wali hakim.... Then kena bawak laporan tu dan failkan kes permohonan Wali Hakim di Mahkamah Syariah...then bila tiba hari perbicaraan, semua saksi-saksi dan laporan Pendaftar tadi diambil kira...maka akhirnya setelah berpuas hati Hakim akan mengeluarkan penghakiman Kebenaran Wali Hakim.... Then barulah penghakiman bertulis itu tadi dibawa ke Pendaftar NCR untuk permohonan dalam perkara pertama atas tadi tu...rumit sikit la... Kalau dia Muallaf (baru masuk Islam) yang ni senang...walk in je pegi ke NCR..terus diorang akan bagi kebenaran Wali Hakim...silap-silap siap nikah kat situ je...

3. Prosedur Permohonan Wali Enggan

Yang ni lain sikit...perkara dua tadi wali dia dah meninggal dunia...

Yang ni wali dia tak nak bagi kahwin...tapi kena la alasan munasabah..kalau wali dia tak bagi pasal nak kahwin dengan Bapak Ayam ke...Mat Dedau ke...tu jangan le mintak... Contohnya kalau wali tak bagi kahwin atas alasan misai bakal menantu tak macho macam misai bakal bapak mertua...tu sungguh tak logik kan...jadi perempuan ni kena mengadu dulu di NCR...maka pihak NCR akan bertindak panggil kedua-dua pihak perempuan dan walinya untu berbincang dan kaunseling...sehingga tiga kali...andai wali masih nak kontrol misai dia dan degil...maka NCR akan buat laporan kepada Mahkamah Syariah bahawa pemohon layak mendapat Wali Hakim kerana wali sebenar enggan....so ikutlah pulak prosedur kedua dengan kena pergi Mahkamah Syariah...kemudian dapat Penghakiman dan serahkan permohonan kahwin kat NCR...

4. Prosedur Permohonan Poligami

Ada beberapa perbezaan antara Poligami di Perlis dan negeri lain... Harus diingat bahawa semua negeri TIDAK MENSYARATKAN KEBENARAN ISTERI PERTAMA...tetapi semua negeri lain akan memanggil isteri pertama sebagai responden untuk hadir ke Mahkamah semasa permohonan didengar..kecuali Perlis (setakat ni la..ana dengar dah nak dijadikan sama jugak dengan negeri lain...bila tak tau la...so sesape nak laksanakan tu boleh cepat-cepat datang sekarang sebelum diaorang gazette...hehehe...) Jadi ana tak tau nak huraikan prosedur permohonan poligami di luar Perlis...ana hanya boleh ceritakan yang kat Perlis sahaja... Syarat utama ialah Kad Pengenalan pemohon (lelaki) mestilah samada bernombor 09 kat tengah atau beralamat Perlis...kalau alamat lain maka kena tukar address la..tukar alamat ni pulak sekarang kena alamat di atas MyKad...dulu hanya slip pertukaran alamat saja...sudah tukar laaa... Then ada beberapa dokumen yang diperlukan...banyak jugak la...dan kena buat afidavit yang ditandatangani di depan samada Hakim atau Pendaftar Mahkamah... (Dokumen dan afidavit tak leh nak cerita kat sini pasal banyak jugak... ) Kemudian setelah permohonan di serahkan...dapat satu tarikh perbicaraan..maka kedua-dua pemohon dan bakal isteri kedua kena hadir ke Mahkamah... Then kena tunggu tempoh Hakim buat keputusan dan Perintah Kebenaran Poligami akan dikeluarkan... Setelah tu barulah boleh si lelaki ni mengemukakan permohonan berkahwin di NCR mengikut prosedur pertama tadi...kalau nak kahwin kat mana-mana negeri sekalipun boleh...sebab Kebenaran Poligami Perlis jugak dikeluarkan oleh Jabatan Kehakiman Syariah...so valid la kat mana pun...
Begitu lah serba sikit tentang prosedur-prosedur perkahwinan..bukannya apa...kadang-kadang tu ada yang kena buat sendiri semua urusan permohonan..muda lagi pulak tu, jadi kurang pengalaman..so harapnya entri ana kali ni dapat la membantu diorang... Macam mana pun nampak komplikated prosedur-prosedur kat atas tu, semuanya bertujuan nak jaga kehormatan dan keunggulan institusi perkahwinan...jangan ambik jalan mudah pergi kahwin kat Thailand tau...bukannya apa...komplikasinya lebih banyak dan risiko tinggi...macam mana sukar pun prosedur kat negara kita, masih ada ruang untuk merayu sekiranya ada kes-kes tertentu...dan kalau kena gaya boleh dipercepatkan jugak..hehe..apa nak dikata... UPDATE : Prosedur poligami di Perlis kini tidak lagi semudah dulu...permohonan dari pemohon yang menukar alamat tidak lagi diberi perhatian, hanya yang memang orang Perlis akan diberi perhatian. Perlis juga kini mempraktikkan memanggil isteri pertama sebagai saksi ketika permohonan poligami suami didengar di Mahkamah Tinggi Syariah. Harap maklum.

.

.

 

Challenge Me!

Promote This Blog

Visitors

...::Lukluk Baidoa::..