Monday, February 14, 2011

Detik Keputeraan...

Nabi Muhammad Rasulullah s.a.w. diputerakan beberapa saat sebelum fajar menyinsing dihari Isnin 12hb. Rabi'ul-awwal, Tahun Gajah bersamaan 20hb. April, 570 Masehi.

Aminah, bunda Rasulu'llah s.a.w. adalah anak perempuan kpd Wahab bin Abdu Manaf, berasal dari kaum Quraisy.

Ayahandanya menduduki jawatan tinggi di Makkah sbg Penyelia Telaga Zamzam; dan ibundanya ialah Birrah binti Abdul Uzza bin Usman bin Abdu Dar bin Qusai bin Kilab.

Sejak mula menghamili Rasulu'llah s.a.w., Aminah tidak mengalami apa jua kerumitan pun malah tidak menyedari kehamilannya disebabkan isi kandungannya begitu ringan sekali.

ANGKASAWAN

Keringanan seluruh anggota tubuhnya itu seakan keringanan yg dirasai oleh para angkasawan diluar angkasa disebabkan ketiadaan daya tarikan bumi.

Aminah tersedar dgn kehamilannya tatkala Malaikat Jibril a.s. mendekatinya dan berkata, "Tahukah anda bahawa anak yg dikandung itu akan dilantik sbg Nabi bagi seluruh umat manusia? Berhati-hatilah!". Sejurus mendengar suara Malaikat itu maka Aminah mendapati tubuhnya memancarkan segaris sinar yg melepas jauh – sejauh Syria.

Tatkala saat keputeraan Muhammad Rasulu'llah s.a.w. hampir tiba, Malaikat Jibril a.s. muncul sekali lagi dan mendekati Aminah dgn berkata, "Bila melahirkan bayi ke alam dunia nanti, baca dan mohonlah doa begini, 'Aku mohon perlindungan dari Allah Yang Maha Esa keatas dirinya, dari segala kejahatan dan gangguan; dan namakanlah Muhammad, yg bererti terpuji, sbg mana yg tertulis dlm Taurah dan Injil; dan tentunya nanti seluruh makhluk di langit dan di bumi akan memuji-mujinya kelak.' "

BERKHATAN

Sewaktu Baginda dilahirkan ke dunia, keadaan Baginda begitu bersih dan suci berkhatan dgn talipusat terkerat sudah; menurut riwayat, yang mengkhatan dan mengerat talipusat Baginda adalah Malaikat Jibril a.s.

Tahun itu dinamakan Tahun Gajah, sempena dgn peristiwa yg berlaku ketika itu, diwaktu mana Abrahah, Gabernor Yaman, datang menyerang Makkah utk meruntuhkan Kaabah dgn mengirim pasukan balatentera yg menunggang gajah.

Meruntuhkan Kaabah adalah berupa ajenda Abrahah, yg berhasrat mengalihkannya ke Yaman, agar Yaman kelak mengambil-alih Makkah sbg pusat ibadah dikalangan orang-orang Arab, yg sekaligus dapat menjana aktiviti ekonomi negara dibawah pemerintahannya kelak.

PANAS

Pasukan balatentera gajah itu bagaimanapun, dimusnahkan oleh Allah s.w.t. sewaktu mereka menghampiri pintu Kaabah, dgn mengirim sekumpulan burung 'Ababil', yg setiap seekor membawa batu kerikil diparuh dan kedua kakinya. Batu krikil itu, berasal dari tanah panas yg terbakar, lalu digugurkan keatas setiap kepala ahli balatentera bergajah itu, yg menyebabkan terbunuh-mati.

Sehubungannya, Allah s.w.t. berfirman dlm Surah al-Fil sbg mana bunyinya seperti berikut:

"ألَمْ تَرَ كَيْفَ فَعَلَ رَبُّكَ بِأصْحَابِ الفِيلِ. ألَمْ يَجْعَلْ كِيْدَهُمْ فِي تَضْلِيلٍ. وَأرْسَلَ عَليْهِمْ طَيْرًا أبَابِيلَ. تَرْمِيهِمْ بِحِجَارَةٍ مِنْ سِجِّيلٍ. فَجَعَلهُمْ كَعَصْفٍ مَأكُوْلٍ." – الفيل 105: - 5-1

[Mfhm: "Apakah kamu tidak melihat bagaimana Tuhanmu telah membinasakan Pasukan Tentera Bergajah. Bukankah Dia menjadikan tipu-daya mereka (utk menghancurkan Kaabah itu) sia-sia. Dan Dia mengirimkan kepada mereka burung Ababil. Yang melimpari mereka dgn batu (berasal) dari tanah yg terbakar. Lalu Dia menjadikan mereka seperti daun-daun dimakan ulat."

KRIKIL

Pengguguran batu krikil yg membawa maut dan memusnahkan seluruh anggota balatentera gajah itu, tidak seharusnyua dipertikaikan kerana dipertengahan Abad ke-20, masyarakat dunia telah menyaksikan sendiri betapa hebatnya bom atom, yg sebegitu kecil hasil buatan manusia, berupaya mengorbankan 140,000 nyawa dlm beberapa saat, dan mengakibatkan seramai 250,000 lagi cedera parah di Hiroshima.

Kekuatan bom atom itu berasaskan kuasa tinggi yg terdapat dlm zarrah yg amat kecil dan halus. Sebelum perkataan atom diketahui umum maka al-Qur'an telah lbh awal memperkenalkannya melalui kalimah "zarrah", yg bermaksud jirim terhalus yg tak terlihat dgn mata kasar akan tetapi mempunyai kuasa tinggi yg amat mengkagumkan.

Sempena keputeraan Muhammad Rasulullah s.a.w., pelbagai peristiwa anih yg menakjubkan berlaku dialam dunia. Kota Basrah di Syria, tiba-tiba terang-benderang oleh sinar cahaya yg datang dari arah langit; Istana Kisra bergegar oleh gempa bumi yg mengakibatkan 14 menara runtuh; api kuil yg menyala seribu tahu lamanya di Parsi, tiba-tiba padam dgn sendirinya, dan diriwayatkan, pepatung berhala tertunduk malu yg amat sangat.

ABDUL MUTTALIB

Keputeraan Muhammad Rasulu'llah s.a.w. turut disambut oleh nenekendanya, Abdul Muttalib dgn keriangan dan kegembiraan lalu membawanya ke kaki Kaabah, Baitu'llah yg mulia, sbg tanda kesyukuran.

Dikaki Ka'abah itulah nama Muhamad diberi secara rasmi, suatu nama yg belum pernah didengar oleh bangsa Arab sebelumnya.

Apabila ditanya mengapa anak itu dinamakan Muhammad (yg dipuji), jawabnya "aku berharap, penghuni dunia seluruhnya akan memujinya kelak."

*

والله أعلم و أستغفروه و أتوب إليه.

- rashad

Rabi'ul-awwal, 1432/Feb., 2011

*

dipetik-suai dari:

"Sirah Muhammad Rasulullah s.a.w."

- Hj. Mohd. Rashad Shamsuddin

- terbitan: al-Hidayah Publishers, KL

______________

About The Author
Michi, that's my nickname. Im just an ordinary blogger. Searching for Mardhatillah. I'm hoping something. For those who knew me already, they will know what I looking for. Pray for my strenght and my success. I want to fly without wings... And I really what I think... (^_^) LuKLuK BaiDoa
Share This
Subscribe Here

0 comments:

 

Challenge Me!

Promote This Blog

Visitors

...::Lukluk Baidoa::..