Friday, May 20, 2011

PEMBELA Sokong Titah Sultan Perak

Kenyataan Media Pertubuhan-Pertubuhan Pembela Islam (PEMBELA)

17 Mei 2011

PEMBELA Sokong Titah Sultan Perak

Pertubuhan-pertubuhan Pembela Islam (PEMBELA) yang merupakan gabungan pertubuhan-pertubuhan Islam utama di Malaysia ingin merakamkan sokongan penuh kami kepada titah Sultan Perak, Sultan Azlan Shah semalam yang mengingatkan bahawa tindakan tegas wajar diambil terhadap mana-mana pihak yang mempertikaikan kedudukan Islam dan kuasa Raja-raja Melayu berkaitan dengan hal ehwalagama Islam. PEMBELA merasakan bahawa kegagalan bertegas dan sikap terlalu melayan tuntutan dan dakwaan sesetengah pihak yang bercanggah dengan kedudukan istimewa agama Islam sebagai agama Persekutuan adalah menjadi antara faktor yang menggalakkan lagi sikap dan tuntutan seumpama itu.

PEMBELA juga amat mengalu-alukan teguran Baginda bahawa falsafah tersirat di sebalik peruntukan-peruntukan Perlembagaan Persekutuan perlu dihormati dan bukan sekadar memperakui apa yang tersirat. Ini adalah kerana, PEMBELA memperhatikan bahawa ada kecenderungan sesetengah pihak untuk akur kepada peruntukan yang tersurat tetapi sering disusuli sikap dan perbuatan yang bercanggah dengan semangat peruntukan perlembagaan yang terbabit. Misalnya, ada yang mengaku akur dengan Perkara 3(1) yang memperuntukkan Islam sebagai agama persekutuan tetapi tidak henti-henti cuba menuntut kedudukan yang sama tinggi bagi agama-agama lain. Sering pula tuntutan ini dibuat dengan cara yang kasar dan dengan pendekatan konfrontasi yang menunjukkan sikap tidak hormat dengan falfasah peruntukan ini.

Oleh itu PEMBELA menyeru semua pihak agar menyambut baik nasihat di raja ini dan menterjemahkannya dalam amalan dan sikap.

PEMBELA juga ingin mengambil kesempatan ini untuk mengajak semua pihak agar mengelakkan sikap ekstrim dalam menangani isu-isu berkaitan agama di negara kita. Ini termasuklah mengelakkan daripada mengeluarkan seruan jihad dan syahid kerana ia boleh di salah-fahami dan menimbulkan tanggapan yang salah terhadap Islam dan penganutnya. Hakikatnya, walaupun ‘jihad’ dan ‘syahid’ adalah prinsip-prinsip yang termaktub dalam agama Islam, prinsip-prinsip ini tertakluk rapi dengan syarat-syarat dan batasan syariat. Ia tidak boleh diisytiharkan dan ditentukan oleh mana-mana individu kecuali pemimpin yang mempunyai kuasa rasmi dalam sesebuah negara Islam.

Semoga Allah Subhanahu wata`ala sentiasa memelihara keutuhan agama, bangsa dan negara di tanah air yang kita cintai ini.

Dr. Yusri bin Dato’ Mohamad

Pengerusi PEMBELA

.

About The Author
Michi, that's my nickname. Im just an ordinary blogger. Searching for Mardhatillah. I'm hoping something. For those who knew me already, they will know what I looking for. Pray for my strenght and my success. I want to fly without wings... And I really what I think... (^_^) LuKLuK BaiDoa
Share This
Subscribe Here

9 comments:

amerhakim on May 20, 2011 at 6:52 PM said...

wahhh..new header =),, opps, coment xde kna mngena ngn n3..asif3

amerhakim on May 20, 2011 at 6:53 PM said...

waaahh..new header..opss, coment xde kna mngena dgn n3..asif3

LuKLuK BaiDoa on May 22, 2011 at 9:24 PM said...

makaseh....
bile nk kawin?
meh akak support rm10 utk hantaran...hihihi

amerhakim on May 22, 2011 at 9:49 PM said...

kawen?? klu ade duit dah kawen dah..n klau ade org nak dah lame sy kawen..tp msalahnye xde smua tu.. xmau la lewat2 kawen, ssh nk jga diri ^_^

LuKLuK BaiDoa on May 22, 2011 at 10:19 PM said...

ala....klu isteri tu mengamalkan islam dengan sebaiknya, die tak kesah kalau gune rm500 pun jadi - >kenduri dan mas kawin mcm akk ni..huhuhu

aihhh...takkan la takde calon...dah jadi pimpinan pmki mesti la ramai peminat... :D

itupon tak gitau akak die jadi pmki

amerhakim on May 22, 2011 at 10:29 PM said...

akak x kesah ye klu mas kawen murah?? subhanallah, klu la smua org mcm akak, kn indah hdup ni.. hurm sy bkn pmki, sy bawah syu'bah la kak =)

LuKLuK BaiDoa on May 22, 2011 at 10:48 PM said...

akak x kesah asalkan bahagia tak cerai berai dah la...
kalau hantaran mas kawin beribu2 tapi cerai gak, kan tak berbaloi...

yg diikuti adalah sunnah bukannya nilai anak dara semasa...

ye ke bwh syukbah bukan pmki ke??

amerhakim on May 22, 2011 at 10:59 PM said...

itulah pemikiran yg jarang sekali difikirkan oleh ibubapa sekarang =(
bkn ape, tggapan msyarakt sgt berlawanan dgn kita.. akak ckp mcm dah nk kawen je ni?? msty dah jmpe ust dr jordan.=P
sy bawah syukbah je kak..

LuKLuK BaiDoa on May 23, 2011 at 11:06 PM said...

akak da kawen da la dik oiiii
ngan ust jordan
dah 5 bulan akak kawin
^_^
kat bwh header tu ade "Zauji"
tu le akk nye husband

 

Challenge Me!

Promote This Blog

Visitors

...::Lukluk Baidoa::..