Wednesday, May 25, 2011

Penamaan Calon PERMATA

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh...

PERMATA singkatan bagi Persatuan Mahasiswa Malaysia Universiti Mutah Jordan adalah satu persatuan di bawah naungan Majlis Perwakilan Pelajar Malaysia Jordan (MPPMJ) dan Education Malaysian Jordan (EMJ). Semua pelajar Malaysia yang belajar di Universiti Mutah secara automatik menjadi ahli PERMATA yang rasmi sehingga hilang kelayakan sebagai ahli.

Hari ini 25 Mei 2011, tarikh terakhir untuk penamaan calon bagi Jawatankuasa PERMATA yang akan menggantikan jawatankuasa kepimpinan yang lepas. Ana juga tidak terlepas untuk mengisi borang penamaan calon untuk mencalonkan nama-nama yang layak untuk dicalonkan.Cara penamaan calon PERMATA sangat berbeza dengan universiti tempatan. Suruhanjaya Pilihanraya (SPR) untuk Pilihanraya PERMATA akan mengedarkan kepada setiap ahli PERMATA :
  1. borang penamaan calon,
  2. peraturan umum penamaan calon dan berkempen,
  3. surat makluman awal mesyuarat Agung PERMATA kali ke-12,
  4. borang usul & cadangan,
  5. nama-nama calon yang layak dicalonkan

Cara penamaan calon adalah dengan mengisi kotak ruangan berikut:

  1. 3 orang calon untuk jawatan presiden (siswa)
  2. 3 orang calon untuk jawatan timbalan presiden (siswi)
  3. 16 orang calon untuk jawatan ahli lembaga tadbir siswa
  4. 16 orang calon untuk jawatan ahli lembaga tadbir siswi

Ahli PERMATA akan mengisi ruangan kosong tersebut dengan nama yang telah disenaraikan sebagai calon yang layak untuk bertanding. Kemudian, borang tersebut perlu dihantar kepada pihak SPR pada tarikh 25 Mei 2011 sebelum jam 12 tengah malam.

Ana tidak sempat untuk menulis peraturan umum yang ingin dikomen memandangkan malam ini ana kekurangan waktu-->Almaklum le ade orang nk buat surprise ape tah...

Ana telah baca dengan teliti peraturan umum penamaan calon dan ana yakin tiada peraturan yang boleh membuatkan hak menamakan calon ana gugur selepas entry ini dibuat. Kempen yang dimaksudkan adalah untuk memberitahu orang ramai kelebihan calon yang kita calonkan dan sebab-sebab perlunya kita menamakan calon tersebut. Di dalam peraturan tersebut tiada penerangan secara terperinci mengenai KEMPEN. Hanya ada beberapa perkara umum yang di highlight-kan seperti kawasan pilihanraya tidak boleh berkempen sama sekali dan kempen melalui media cetak hendaklah mendapat kebenaran terlebih dahulu dari pihak SPR.

Maka, di sini ana sengaja mengumumkan calon-calon yang ana rasa layak untuk dicalonkan TANPA KEMPEN.

Bagi siswa calon-calonnya adalah:

  1. Aizul Aiman bin Musa (calon PRESIDEN)
  2. Mohd Firdaus bin Mohd Osmani (calon PRESIDEN)
  3. Mohd Farhan bin Mohd Ariff
  4. Ahmad Khailani bin Zahari
  5. Mohamad Iezwan Bin Ielias
  6. Ahmad Syukran bin Baharuddin
  7. Aiman Sufyan bin Aezman
  8. Anas bin Abdul Rahman
  9. (Selebihnya ana tidak maklumkan atas sebab-sebab tertentu)

Bagi siswi calon-calonnya adalah:

  1. Umaimah binti Salam (calon TIMBALAN PRESIDEN)
  2. Aslam Farah binti Selamat (calon TIMBALAN PRESIDEN)
  3. Ma Razhanlaily binti Abd Razak
  4. Syarifah NurFathiah binti Syed Mustapha
  5. Siti Aimah binti Borhan
  6. Nurul Nadwa binti Azman
  7. Azimah Sumayah binti Norzihan
  8. Arini Waznah binti Ahmad Lotfi
  9. Masyitah binti Abdul Majid
  10. Farah Farhanah binti Safie
  11. Siti Norhaidah binti Harun
  12. Siti Adibah binti Abu Bakar
  13. Faizura binti Khalek
  14. Nurul Izzah binti Ismail
  15. (Selebihnya ana tidak maklumkan atas sebab-seba tertentu)

Sebab-sebab nama di atas dicalonkan oleh ana akan di beritahu dalam tempoh berkempen. Selamat Menamakan Calon Pilihan Anda ^_^

.

About The Author
Michi, that's my nickname. Im just an ordinary blogger. Searching for Mardhatillah. I'm hoping something. For those who knew me already, they will know what I looking for. Pray for my strenght and my success. I want to fly without wings... And I really what I think... (^_^) LuKLuK BaiDoa
Share This
Subscribe Here

0 comments:

 

Challenge Me!

Promote This Blog

Visitors

...::Lukluk Baidoa::..