Monday, May 16, 2011

Sajak Untukmu Guru...

Tarikh 16 Mei dipilih sebagai Hari Guru kerana pada haribulan yang sama dalam tahun 1956 Majlis Undang-Undang Persekutuan Tanah Melayu ketika itu telah menerima cadangan-cadangan Laporan Jawatankuasa Pelajaran sebagai dasar pelajaran bagi negara kita. Dokumen tersebut yang dikenali sebagi Laporan Razak telah menjadi Dasar Pelajaran Kebangsaan semenjak itu.

Logo Hari Guru

Sambutan perayaan Hari Guru peringkat kebangsaan bagi bagi tahun ini akan berlangsung di Borneo Convention Centre, Kucing, Sarawak. Perdana Menteri Malaysia dijangka akan merasmikan majlis ini. Tema Hari Guru kali ini adalah Guru Penajana Transformed Pendidikan Negara, manakala tahun lepas pula ialah Guru Penjana Negara Bangsa.

Bersempena Hari Guru ini, disenaraikan di bawah ini beberapa sajak yang ditujukan kepada para guru dan dari guru kepada anak didik untuk tatapan dan renungan bersama.

.

Hari-hari Bahagia (أحلى الأيام)

.

Aku, anugerah Ilahi sebagai gurumu,

Berpenat, berjerih mendidik dirimu,

Kuabdikan diri sebagai hamba Pencipta,

Hanya kepada-Nya kumartabatkan ilmu.

.

Beberapa ketika kita bersemuka,

Riak mukamu penuh sengsara,

Mengejar harapan si orang tua,

Asik beradik, nusa dan bangsa.

.

Kumampu tersenyum dengan gelak tawamu,

Sedetik berlalu berpisah jua,

Kau kan pergi meninggalkan kita,

Membawa segulung harapan bangsa,

Menyuluh diri, tonggak intelektual.

.

Hidupmu merata meneruskan perjalanan

Ku tak ingin kau lemah dan terpinggir,

Di alam buana penuh pancaroba.

.

Jadikan azimat kalam Ilahi, hadis baginda;

Lukisan hati gurumu. Itu semua panduan kehidupan,

Hidupmu pasti tidak terbuang hina.

.

Ketika kau gembira, gurumu berbangga,

Ketika susahmu, ingatkan saat bahagia;

Waktu kanak-kanak dan juga remaja,

Mekar mewangi di taman sanubari.

.

Ingatlah kita pernah bersama di UDM itu,

mencari pelita menerangi kejahilan dan kerakusan nafsu,

Memahami kalam Ilahi, dan sabda junjungan'

Mekar mewangi di taman sanubari.

.

Wahdah Habibi, Universiti Sultan Zainal Abidin Malaysia (UNISZA),

23-3-2007

------------------------------------------

.

Kau Guruku Selamanya

.

Guru,

hari ini kau bergelar guruku

esok kau tetap guruku

meski sampai matiku

kau tetap guruku

meski aku kau lupakan

meski mati menjemput kita

budimu tetap terpahat.

.

Guru,

pendidik nusaku

takkan aku lupakan kamu

nekadmu memberiku erti

erti sebuah kehidupan

erti sebuah perjuangan

dengan senyum dan takwa

dengan keringatmu yang tak kehabisan.

.

Guru,

kami umpama kuntuman puspa

mewangi di zaman transformasi

mengalami perubahan berperingkat

bertitahkan pengalaman dan pembelajaran

yang dititipkan oleh kamu

.

Guru,

akan ku teruskan perjuanganmu

mewarisi jawatanmu

sebagai pendidik terhebat

agar anak-anak nusaku nanti

menjadi ikutan kepimpinan

dengan niat ikhlas

bernawaitukan Lillah

dan contoh Rasulullah

sepertimu guruku,

yang kami sanjung tinggi.

.

Guru,

maafkan kami

jika masih di hatimu

kedegilan yang membuas

atau hatimu terusik

dengan hati yang tidak matang ini

kerana kami pucuk muda

yang kadangkala mengugat kesabaranmu...

.

Mashitah binti Zainol Abidin

Universiti Mu'tah

Jordan

14 Mei 2011

About The Author
Michi, that's my nickname. Im just an ordinary blogger. Searching for Mardhatillah. I'm hoping something. For those who knew me already, they will know what I looking for. Pray for my strenght and my success. I want to fly without wings... And I really what I think... (^_^) LuKLuK BaiDoa
Share This
Subscribe Here

0 comments:

 

Challenge Me!

Promote This Blog

Visitors

...::Lukluk Baidoa::..