Friday, June 17, 2011

Eh, Ustazah Berinai~~

Hari tu ustazah, adiknya si Amalina, dengan beberapa orang anak murid keluar membeli-belah. Sampai kat satu kedai ni...
Amalina: Akak! Cantiknyaaaaa~~~
Ustazah: Ape dia yang cantik tu?
Amalina: Tuuuu~ (Sambil menunjuk ke arah seorang gadis India yang sedang mengukir inai di tangannya di sebuah kedai)
Ustazah: Owh... Cantik~ Tapi...
Nurin: Tapi ape, ustazah?
Ustazah: Dia je la yang boleh pakai macam tu, kita tak boleh tiru dia~ Nampak kan selama ni diorang yang selalu pakai macam tu?
Ezahd: Ha'ah... Tapi kenapa kita tak boleh ikut dia pakai macam tu gak, ustazah?
Ustazah: Sebab bila kita ikut dia, kita pun tergolong dalam kalangan dia jugak...
Azri: Owhhhh... Jadi takleh lah nak ukir-ukir macam tu?
Ustazah: Ha'ah, kalau boleh elakkan dari ikut macam tu, lagipun sekali tengok benda tu kan menyerupai tatoo.
Amalina: Kalau masa kawen-kawen tu pulak, kak? Ramai je yang ukir inai kat tangan.
Ustazah: Itu lagilah patut dijauhkan. Sebab bila kita pakai macam tu, atas tujuan ape sebenarnya? Untuk bermegah-megah dan menunjuk-nunjuk? Dikhuatiri ada riak dalam hati bila ukiran inai tu dipuji-puji oleh pemilik mata-mata yang melihat.
Nurin: Jadi, tak boleh berinai langsung keee???
Ustazah: Hehehe... Boleh, sayang... Sekadar yang biasa-biasa saje, di hujung-hujung jari bagi perempuan.
Ezahd: Kami???
Ustazah: Haaa... Lelaki tak boleh!
Azri: Erkkk! Kenapa pulak ustazah? Tak boleh ke lelaki berinai???
Ustazah: Lelaki diharamkan berinai pada jari tangan dan kaki sebab...
Nurin: Kuma-kuma? Ape tu ustazah?
Ustazah: Kuma-kuma tu sejenis tumbuhan yang mengeluarkan warna dan bau harum. Sama macam daun inai kondisinya. Tentang bau harum kat sini, tak salah, sebab lelaki disunatkan memakai bau-bauan. Tapi dari segi warnanya tu yang tak dibolehkan. Tambahan pulak, lelaki berinai ni menyerupai wanita dalam berhias.
Azri: Owhhh... Jadi tak boleh lah kami nak berinai ye, ustazah?
Ustazah: Boleh.
Ezahd: Eh, boleh pulak??? Mana satu ni, ustazah?
Ustazah: Lelaki boleh berinai pada jari jemari atau mana-mana bahagian tubuh badan sekiranya untuk tujuan perubatan. Macam dulu-dulu, Rasulullah pernah menyarankan supaya orang yang pecah kulit kakinya supaya berinai. Ada juga yang menyarankan supaya pakai inai sebelum kulit hujung jari tu pecah.
Amalina: Oooo... Kalau tak sakit, tak boleh langsunglah kan lelaki berinai?
Ustazah: Ha'ah, diharamkan ke atas lelaki berinai tanpa tujuan, kecuali pada janggut dan rambut, berinai tu disunatkan.
Nurin: Kecuali warna hitam ye, ustazah?
Ustazah: Yup, kecuali warna hitam. Sebab inai hitam tu bila letak kat rambut, mesti tujuannya nak nampak lebih muda.
Ezahd: Jadi warna merah atau kuning boleh lah ye, ustazah?
Ustazah: Ha'ah... Tapi bila rambut tu da beruban la ye, Ezahd... Kalau tak beruban lagi, jangan buat-buat tua pulak~
Ezahd: Errr... Heheh... Baru nak gi inaikan rambut kaler perang... Tak jadi lah...
Azri: Ina tadi cam nak berinai ajeee...
Amalina: Biarlah, saya kan perempuan~
Ustazah: Untuk perempuan, masih ada hukum-hukum yang perlu dipatuhi dalam berinai.
Amalina: Ha? Ade lagi ke kak?
Ustazah: Hehehe... Ade...
Amalina: Errr... Jadi makruh la ye kalau Ina nak pakai untuk suka-suka saje. Huhuhu...
Ustazah: Aha... Tau pun, melainkan Ina memang amalkan untuk tujuan perubatan.
Nurin: Alhamdulillah, tak sakit pecah kulit macam tu...
Azri: Kalau sakit, haruslah pakai...
Ezahd: Alhamdulillah ustazah gitau, kalau tak, mesti da berinai da...
Ustazah: Alhamdulillah, jomlah kita gi kedai sana pulak.
Mereka melangkah ke kedai buku tidak jauh dari situ.
Mana yang boleh, mana yang tak boleh, walaupun remeh atau kecik, pun kena ambil perhatian. Bimbang kelak terbuat perkara yang diharamkan dan dilaknat oleh Allah s.w.t. Kalau was-was? Tinggalkan terus! Bila kita dah terbuat, istighfar dan pohonlah keampunan kepadaNya. Sesungguhnya Dia Maha Menerima Taubat.

credit to Sunah Mohamad

About The Author
Michi, that's my nickname. Im just an ordinary blogger. Searching for Mardhatillah. I'm hoping something. For those who knew me already, they will know what I looking for. Pray for my strenght and my success. I want to fly without wings... And I really what I think... (^_^) LuKLuK BaiDoa
Share This
Subscribe Here

0 comments:

 

Challenge Me!

Promote This Blog

Visitors

...::Lukluk Baidoa::..