
"Sesungguhnya aku sedang menasihati kamu, bukanlah bererti akulah yg terbaik dalam kalangan kamu. Bukan juga yang paling soleh dalam kalangan kamu, kerana aku juga pernah melampaui batas untuk diri sendiri. Seandainya seseorang itu hanya dapat menyampaikan dakwah apabila dia sempurna, nescaya tidak akan ada pendakwah. Maka akan jadi sikitlah orang yang memberi peringatan"-Imam Hassan alBasri
.

Assalamualaikum wa salam mujahadah..
ringkas dan padat maksud nasihat Imam yang kita kagumi,Imam Hassan alBasri..
.
biarlah pernyataan 'hati yang tak sempurna' menjadi cabaran buat kita utk terus berusaha mendapatkan yg terbaik..bukan sebagai pelemah semangat..kerana kita manusia sememangnya melakukan kesilapan..namun jangan berputus asa..ianya bukan sifat orang mukmin..
.
berpeganglah pada ayat, 'islah nafsak wad'u ghairak'..perbaiki(solehkan) diri,dan ajak orang lain..ajak utk apa?ajak untuk berubah menjadi yang lebih baik..hamba Allah yang semakin patuh, anak yang semakin soleh, pelajar yang semakin rajin, isteri/suami yang semakin mithali dan manusia yang semakin baik..insyaAllah..
.
jangan pernah merendah-rendahkan diri sehingga menganggap diri x layak berdakwah..kerana kita semua punya tanggungjawab terhadap diri sendiri dan orang di sekeliling..pikullah ia sebaik mungkin..
.
ya ikhwan wa akhowat,jadilah kader(dai'e) ilaLlah..kekuatan itu bukan perlu ditunggu,namun harus dicari dan dibina..
.
Sentiasalah bersyukur kerana hati mu masih berdenyut. Bersyukurlah meski kehidupan bukan seperti dalam mimpian, tetapi dianugerahkan pelbagai nikmat yang tidak pernah putus (pancaindera, ibubapa, pasangan, nurani, iman, takwa dll). Bersyukurlah kerana Allah sentiasa membuka peluang untuk kita berubah dan bertaubat serta meneruskan perjuanganNya mencari keredhaanNya sehingga menuju ke Jannatul Firdausi...
.
Salam 10 Ramadhan terakhir dan Salam Lebaran Aidilfitri.
Ampun dan Maaf jika ada salah dan khilaf dari pemilik blog ini yang tak sempurna hatinya...












2 comments:
Assalamualaikum mashitah...lama x dgr khabar dari mu...apakhabar diri mu di sana?? bagaimana keadaan mu...puas mencari Fb luklukbioda.....dah deactivatekan ya?? apa pon...moga kamu sihat2 sentiasa....
Waalaikumussalam...
alhamdulillah sehat...
dah deactivate fb. suami tak izinkan.
akur kehendak suami insyaAllah lebih berkat.... moga kamu sihat2 juga...selamat hari raya aidulfitri ya...maaf zahir batin... jemput datang rumah di manjung... sekarang di malaysia sebulan je cuti. hujung bulan 9 balik smula ke jordan
Post a Comment